SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 3, 2012

MENGAPA KITA DIHIDUPKAN DIDUNIA INI??? FIKIR-FIKIRKAN...

MENGAPA KITA DIHIDUPKAN DIDUNIA INI??? FIKIR-FIKIRKAN...

oleh Dhiya Mujahidah pada pada 23hb November 2010 pukul 8.21 pagi ·
UNTUK SUJUD MENYEMBAH ALLAH S.W.T...

~Firman ALLAH, maksudnya: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah Al-Bayyinah:5)

UNTUK KITA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI...

~Firman ALLAH, maksudnya: "Dan DIA-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana DIA hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya DIA Maha Pengampun lagi Maha mengasihani." (Surah Al-An'am:165)

UNTUK KITA MENYERU KEBAIKAN, MENCEGAH  KEMUNGKARAN...

~Firman ALLAH, maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Al-Imran:104)

ALLAH S.W.T. TIDAK JADIKAN KITA SIA-SIA...

~Firman ALLAH, maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah Al-Mu'minun:115)

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background