SaLAM PeRsAuDaRaAn

Friday, September 21, 2012

perkenankanlah ya Allah..

YA ALLAH...
Yang mengenggam sekelian hati-hati kami, yang menguasai sekelian Alam...
tolonglah kami agar kami dapat merasakan, bahawa setiap kata-kata kami didengar oleh-MU, merasakan setiap perilaku kami dilihat oleh-MU, merasakan setiap l
intasan hati kami diketahui oleh-MU, merasakan indahnya hidup ini dengan bersandar kepada-MU...

YA ALLAH...
Terbalik kanlah hati-hati yang bermusuhan menjadi hati-hati yang rindu pada kedamaian, kurniakan kepada kami, hati yang ikhlas yang tidak memandang kebencian terhadap hamba-MU yang beriman, limpahi kami dengan kasih sayang MU YA ALLAH....

Pandangan yang penuh kasih sayang, kata-kata yang penuh kasih sayang, akhlak yang penuh kasih sayang, berikan kepada kami keturunan yang soleh solehah, yang dapat menjadi cahaya dan kebahagiaan Dunia Akhirat kami.

YA ALLAH....
Ampunilah orang-orang yang membuat kebaikan kepada kami, ampunilah hamba-hamba-MU yang pernah menyakiti kami, yang berghibah dan memfitnah kami, sayangilah mereka...

Jangan biarkan kami memendam kebencian, gantikan permusuhan dengan persaudaraan....

YA ALLAH....
Jadikan saat ini saat doa kami di terima, hanya Engkaulah penolong kami, hanya Engkaulah yang menguasai setiap sesuatu, bantulah orang-orang yang berjuang dijalan-MU....
Amin, Amin, Amin....
Ya Rabbal 'Alamin....

Rintihan Roh

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah
lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku,
perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang
dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya.
Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua
lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis
d
engan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai
tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari
kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah
yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku,
perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah
memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh.
Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.
 
Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul
qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu
adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain
mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada
keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi
Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di
malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan
kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui
mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para
kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga
Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga
kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu
turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya,
hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu
Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat
semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-
pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada
kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami
memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu
sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat
kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan
ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari
salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang
menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita
(isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami
yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang
membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim
kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang
perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian
dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur
melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan
sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada
kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia
kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia
pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari
mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak
dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa
bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya
seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan
ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka
itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di
dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan
bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT
menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali
yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka
kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada
perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma
kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama
sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama
sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat
ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika
roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia
menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di
rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu
tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya
berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada
di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa
tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah
bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia
mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di
situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur
burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir
berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan
bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat
rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan
memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari
sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam
Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya
dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai
datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka
para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka
ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah
mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan
ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat
kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini
sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka
mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang
dari berkata.

salman al-farisi

Pemimpin Yang Rendah Diri ;

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia. Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.

Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: "Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini." Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: "Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan". Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.

Friday, September 14, 2012

jika mahu memilih kawan

Kata Imam al-Ghazali pilih akan mu kwan yg baik buatmu..

Pertama: PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh
kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat
kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik
kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak
kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong
kerana akan memusnahkan jiwa

Doa Seorang Muslimah

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Monday, September 10, 2012

BERDAKWAH WALAUPUN BELUM SEMUA DILAKUKAN

BERDAKWAH WALAUPUN BELUM SEMUA DILAKUKAN

░▒▒▓█►BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM◄█▓▒▒░

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarokatuh




Saudara dan saudariku yang kukasihi Allah
Sebahagian orang dikalangan kita tidak tergerak hatinya untuk menasihati sesama
manusia,kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak (pantas) untuk menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran kepada sesama manusia.
Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat
syaithon bergembira. Betapa tidak, kerana jika seseorang itu mesti menunggu sampai dirinya bersih dari segala dosa baru menganggap layak menasihati manusia, maka tidak akan ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah wafatnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang tercinta.
Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”
Sa’id bin Jubair berkata:
“Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang kemungkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang mungkar”.
Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.
Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah:
“Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab:
“Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.
Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.
Al-Hassan Al-Bashri melanjutkan dan berkata
Seandainya seorang mukmin tidak mau memberikan nasihat kepada saudaranya kecuali setelah mampu mengontrol dirinya, niscaya hilanglah para pemberi nasehat dan kuranglah orang-orang yang mau mengingatkan.
Sebagaimana dikatakan seorang penyair
“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam”
(Nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran:al-Qurtubi).
Saudaraku sekalaian Imam Nawawi pernah berkata
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal.Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah.
Kerana sesungguhnya setiap orang wajib pada dirinya dua perkara iaitu :
mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran;
dan mengajak orang lain ke arah kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).
Sahabtku sekalian yang berbahagia
Adapun mengenai hadist Dari Abu Zaid bin Zaid bin Haritsah r.a
bahwa Rasulullah sallallahu'alaihi wassalam yang bermaksud :
''Seorang dihadapkan dihari kiamat.Kemudian dilemparkan keNeraka.Maka keluar Usus perutnya.Lalu berputar putar diNeraka Bagaikan Himar yang berputar penggilingan
Maka berkerumunlah Ahli Neraka dan bertanya...Hai fulan..Mengapakah engkau Bukankan kamu dahulu yang menganjurkan kebaikan dan mencegah Mungkar..?
Jawabannya''Benar,Aku dahulu menganjurkan kebaikan.tetapi tidak saya kerjakan
Dan mencegah Mungkar tetapi Saya mengerjakan (Bukhari -Muslim)
Hadits diatas jangan disalah fahami sebab jika disalah fahami dari penafsirannya maka amatlah bahaya akibatnya ,dan sudah tidak ada yang mau berdakwah lagi sebab tidak ada manusia yang bebas dari sebarang dosa.Dan ingat bahwa dakwah adalah kewajiban kita semua tidak ada seorangpu yang boleh bebas dari kewajiban ini.
Sahabat dan sahabiahku yang kukasihi karenaNya
Sebab itu teruskan berdakwah dan setelah berdakwa maka apa yang kalian dakwahkan usahalah kebaikan dan cegahlah dirimu dari kemungkaran, dan kalau tidak ada seorangpun yang mau mendengarnya teruskanlah dengan niat ikhlasmu
Badiuzzaman Said Nursi Berkata :
"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara da'wahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."
Sahabatku sebagai permberi semangat buat kita semua pewaris dan penerus perjuangan islam dan dakwah saya sampaikan beberapa hadits tentang kelebihan orang yang berdakwah dan banyak lagi dalil2 lainnya yang tidak sempat saya paparkan
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda:
"Sesungguhnya Allah memberikan hidayah kepada satu orang lantaran (dakwah) kamu, itu lebih baik dari pada dunia seisinya."
"Sebaik baiknya pemberian adalah kalimat haq yang kamu dengar, kemudian kamu membawanya kepada saudaramu sesama muslim,
lalu kamu mengajarkannya kepadanya." (Riwayat Thobroni)
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat, serta semua makhluk di langit dan di bumi, sampai semut dlm lubangnya dan ikan (di lautan), benar2 mendoakan kebaikan bagi orang yg menyerukan kebaikan (ilmu agama) kpd manusia”. (Hr-Tirmidzi)
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda:
Siapa saja yang bangun pagi, sementara ia hanya memperhatikan masalah dunianya, maka ia tidak berguna apa-apa di sisi Allah. Siapa saja yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslim, maka ia tidaklah termasuk golongan mereka. [HR. ath-Thabrani dari Abu Dzar al-Ghifari]
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda:
“Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim
SELAMAT BERDAKWAH PERBAIKILAH DIRI SENDIRI DENGAN DAKWAHMU SEMOGA DENGAN DAKWAHMU JUGA DAPAT MEMPERBAIKI SAUDARAMU SESAMA HAMBA.

~Meniti Jalur Dakwah~..(✿◠‿◠)


~Meniti Jalur Dakwah~..(✿◠‿◠)

Cerita dakwah adalah cerita indah . Jalannya penuh liku dan cabarannya menuntut pengorbanan. Tidak ada yang lebih indah dalam kehidupan seorang pendakwah apabila dgn izin Allah orang yang didakwah berubah...(✿◠‿◠).

Kerja dakwah adalah kerja mulia . Tanpa dakwah ajakan tidak akan berlaku dan seruan tidak akan terjadi. Dkwah bukan sekadar menjentik minda tetapi perlu... juga mejen...tik hati. Kalimah dakwah bkan shaja berfikir ttapi membimbing manusia merasa kebenaran. Jalur dkwah adalah jalur terbaik membimbing manusia berubah.~..(✿◠‿◠).
Kerja dakwah adalah tugasku, pemberi hidayah adalah kerja Allah. Apabila orang tdak berubah, caraku mungkin tidak kena. Orang tidak harus dipersalahkan. Apa yang penting PUTUS ASA tidak ada dalam diri..(✿◠‿◠).
~Selagi prinsip ini mnjadi tunjang seorg murabbi dan da'ie, gerak kerja dakwah akn terus subur dan Islam akn terus bangkit m'bawa perubahan~..(✿◠‿◠).

Dimanakah kedudukan kita sebagai HambaALLAH


Pada zaman moden kini, ramai yang telah lupa tanggungjawab masing-masing sebagai manusia terutamanya remaja. Mereka terlalu lalai dengan duniawi sehingga melupakan tugas mereka di dunia ini sebagai pengembara sehingga lupa kepada pencipta mereka sendiri iaitu Allah S.W.T..

1) WAKTU

Manusia sentiasa menjaga atau lebih tepat lagi menepati waktu mereka sesama manusia.

Di mana mereka cepat menggelabah apabila tidak dapat menepati waktu yang di janjikan dengan orang sekeliling kerana khuatir di kenali sebagai seorang yang tidak menepati masa.
Sebaliknya, manusia tidak menjaga waktu mereka dengan Allah S.W.T.
Manusia tidak menjaga waktu solat. Di mana mereka sering melambatkan waktu solat. Kebanyakan manusia suka menunaikan solat di akhir waktu.

2) PATUH KEPADA PERINTAH
Manusia sentiasa patuh kepada perintah manusia.
Kekasih patuh kepada kepada pasangannya sehingga sanggup menyerahkan segala-galanya demi cinta.
Sebaliknya, manusia tidak patuh kepada Allah S.W.T.
Lelaki dan perempuan tidak patuh kepada perintah Allah S.W.T di mana Allah S.W.T mewajibkan supaya menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan sehingga ada yang terjerumus ke dalam maksiat dan mengakibatkan lahirnya anak di luar nikah.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

3) MENGHORMATI PENDAPAT/KEPUTUSAN
Manusia menghormati pendapat orang di sekeliling.
Rakan menghormati pendapat rakan yang lain kerana khuatir akan membuatkan rakan yang memberi pendapat akan berkecil hati.
Sebaliknya, manusia tidak menghormati keputusan Allah S.W.T.
Manusia mudah kecewa, sedih apabila tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka menganggap hidup tidak sempurna dan bernasib malang.
Sedangkan manusia tidak pernah tahu bahawa Allah S.W.T punya sejuta alasan di atas segala yang berlaku dalam kehidupan manusia. Tetapi manusia tidak sedar bahawa Allah S.W.T lebih berkecil hati dengan tindakan kita yang memperkecilkan kebesaran-Nya.
"Allah S.W.T tidak memberikan apa yang kita inginkan dalam hidup, tetapi Allah S.W.T memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup."

4) SABAR
Manusia sentiasa sabar dengan manusia lain.
Manusia sabar dengan kerenah manusia lain sehingga sanggup bersabar semampu mungkin demi menjaga hubungan.
Sebaliknya, manusia tidak sabar dengan Allah S.W.T.
Manusia tidak bersabar sedikit pun akan ujian yang Allah S.W.T berikan. Manusia cepat berputus asa kerana merasakan penantian untuk memperoleh sesuatu terlalu lama.
Ingatlah bahawa ada hikmah di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah S.W.T hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

5) HUBUNGAN
Manusia sentiasa menjaga hubungan mereka sesama manusia.
Mereka menziarahi jiran tetangga, sanak saudara, menjaga hubungan dengan semua di dalam laman sosial seperti facebook, myspace, tagged dan juga twitter.
Sebaliknya, manusia tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah S.W.T.
Manusia leka dengan duniawi untuk perkara yang tidak berfaedah seperti laman sosial (facebook, myspace, tagged dan juga twitter) sehingga mengabaikan solat lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Sedarkah kita bahawa hubungan dengan Allah S.W.T lebih penting berbanding hubungan dengan manusia?
Kerana manusia boleh meninggalkan manusia untuk manusia yang lain tetapi Allah S.W.T tidak akan pernah sesekali meninggalkan hamba-Nya walaupun sebesar mana dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya.
Jadi, dimanakah kedudukan kita sebagai manusia?
Di kedudukan MANUSIA+MANUSIA ataupun MANUSIA+ALLAH?
Renungkanlah.

NASIHAT tu macam UBAT, PAHIT tapi MENYEMBUHKAN!!!


kamu semua tahu tak, ----> NASIHAT tu macam UBAT, PAHIT tapi MENYEMBUHKAN!!!
oleh Lipstik Merah pada pada 4hb Januari 2012 pukul 3.33 ptg 

”Kata bijaksana bijaksini dalam benda2 begini…, cinta, semakin dikejar semakin jauh berlari…. Hentikan mengejar ia akan datang mendekati. Saat kita tak lagi memerlukan cinta…, saat itu ia akan cuba menghampiri. Biar ia datang tanpa mencari….. Kala itu kau cuba bersedia menghadapi.

KATA HAMKA ’cinta membangkit rasa semangat untuk jadi kuat’.

Tapi KATA SAYA, ’cinta kadang2 menjadi racun membunuh rasa bertuhan’.

Itu yang saya minta agar KAMU isi sedaya mampu kalbu yang satu dengan tauhid yang padu agar keputusan yang berlaku diterima seredho mungkin…. Jangan cuba keluarkan dari lisan kata2 mengeluh walau jauh di sudut hati kesakitan dialami. Biar ia pulih secara alami semulajadi. Melalui itu, KAMU dah mula kenal karektor insan bernama LELAKI/WANITA. Itu baru gerak langkah awal mengenal, belum lagi BERSUAMI/BERISTERI… Insya'allah gerak langkah selepas ini mudah2an tegap dan semakin berani”.

Siapa pernah kecewa kerana cinta manusia? Tak perlu angkat tangan, ANGKAT KENING pun dah cukup. HEHEHE… Tulisan kali ini bukan berfokus pada kecewa dek cinta manusia tapi kecewa dek ’kerikil2’ sepanjang ranjau perjalanan yang kita pernah ’tersepak’. Kecewa tu perencah hidup, renyai yang nantinya menghadirkan pelangi dan proses mencapai kematangan emosi.

Pada saat2 kita berendam airmata, berteman tangis, berbalut luka (di hati)? Pada saat2 sebeginilah kita akan mula ’merangkak’ mengetuk pintu2 EMOSI.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang pernah berkata: “Apabila aku melakukan sesuatu yang betul maka bantulah aku, dan apabila aku menyeleweng maka perbetulkan daku.”

Baginda Rasul saw bersabda, ‘Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat’.
Maka sahabat pun bertanya: ’Kepada siapa?’
Jawab Baginda: ’Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.’ (Hadis riwayat Muslim).

Mulai sekarang (ingatan keras untuk diriku), jangan tunggu tangis dan kecewa datang bertandang menjengah kamar hati baru nak mengetuk pintu2 nasihat. Ketuklah setiap waktu, jangan pernah jenuh mengetuk pintu2 nasihat.

Percayalah tak semua pintu yang kita ketuk tu akan meluahkan rasa letih mereka ‘menghulur’ nasihat. Yang kata letih tu pun aku yakin jauh di sudut hati mereka rasa dihargai bila kita datang meminta nasihat (betul tak, hatimerdeka? Kihkihh..)

Kita semak balik firman Allah yang maksudnya:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3).


kamu semua tahu tak,

----> NASIHAT tu macam UBAT, PAHIT tapi MENYEMBUHKAN!!!

Dalam keadaan berbalut luka tu NASIHAT dihulurkan umpama ‘antibiotik’ ni dengan harapan ‘luka’ tak kena ’infection’ (hikhikk..! Banyak bermain dengan bahasa).

"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah?


Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?.
Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?
Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang Islam banyak yang baik hati. Hehe.
Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam,dik. Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi.
"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata." - Surah Al-Hajj (Ayat 11)
Adik : Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.
Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?
Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?
Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?
Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.
Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan.Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?
Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.
Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.
Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.
Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.
Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu men'dakwah'nya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan wang, tenaga dan masa kita demi membawanya kepada Allah Taala. Apa sahaja. Mintalah masa ini untuk ummah.
Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'.
"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."
Dakwah : Antara amanah dan hobi? Apa pilihan anda?
"Sesungguhnya bai'ah (sumpah setia) dalam perjuangan bukan sekadar pada lafaz yang disaksikan. Bukan hanya tandatangan dan mengisi borang. Namun yang paling penting, bila mana kita berbai'ah, diri kita bukan lagi diri kita yang sebelumnya. Diri kita bukan lagi milik diri kita sepenuhnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada perjuangan Islam, di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna"
Komited dalam pengorbanan

Jadilah seorang muslim


Jadilah seorang muslim yang beriman,.
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang senantiasa haus dengan ilmu,
Yang senantiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senaantiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang muslim,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.
Jadilah seorang muslim,
Yang menghormati ibu bapaknya,
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang akan menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang muslim,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah sallAllaahu 'alaihi wa salam,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah atasnya.
Jadilah seorang muslim,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Karena sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang muslim,
Yang senantiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang muslim,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga Allah

PEREMPUAN


PEREMPUAN.
Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya,
sehingga terbayang kulitnya.
Kerana dia tahu bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
"am yashluh an yura minha”
(tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya)
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupun
tersembunyi tetap
bergemerincing & menarik perhatian orang lain,
lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia
telah melanggar larangan Allah.
Allah Taala berfirman :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(An-Nur : 31)
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.
Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu.
Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi
Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian,
adalah seperti pelacur.
Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji,
kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah
mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan
perkataan yang buruk atau jahat,
adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.
Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik & buruk dinyatakan dengan jelas di
dalam Al-Quran.
Allah Taala berfirman :
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup”
(Ibrahim : 24-26)
PEREMPUAN
Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat,
memperkatakan keabaian saudaranya.
Dia tahu bahawa sekiranya orang yang
suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging
saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firman-Nya.
Allah Taala berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Al-Hujurat : 12)
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi yang pendek,
apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk tubuhnya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan.
Dia tahu apabila bertudung,
dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga
menutup alur lehernya & tidak menampakkan
bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasulullah seperti yang disuruh oleh Allah.
Allah Taala berfirman :
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Ahzab : 59)
Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami
mesti memberi peringatan
untuk isteri & anak-anaknya
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa
yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,
bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat,
jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.
Bahaya suara wanita yang bercakap dengan
gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya)
Allah Taala berfirman :
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al-Ahzab : 32)
Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.
PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk
menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja.
Adab bersolek (tabarruj) ini amat
ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana kecantikannya
Allah Taala berfirman :
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(An Nur : 60)
Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid & berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi.
Allah Taala berfirman :
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”
(Al-Ahzab : 33)
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya,
daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian & perhiasannya kepada lelaki asing; & memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya & kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak

WANITA…MUTIARA YANG TERPELIHARA

Wahai saudariku,aku ingin mengajakmu merenung beberapa hukum yang Allah s.w.t. syariatkan untukmu demi memelihara kemuliaan jati dirimu sebagai wanita..

PERTAMA
Allah s.w.t.menghalalkan kepadamu memperhias diri dengan perhiasan dari emas dan sutera yang Ia haramkan bagi kaum lelaki,
Rasulullah s.a.w. bersabda :“Kedua-dua perhiasan ini (emas dan sutera) diharamkan bagi lelaki dan dihalalkan bagi wanita”.(HR.IbnuMajahdari Ali Bin AbiThalib).
Iadihalalkaniniuntukmu demi menjaga kecantikanmu dan sifatmu yang lembut.

KEDUA
Sebaliknya,Allah s.w.t. mengharamkan segala sesuatu yang dapatmenghilangkan sifat kewanitaanmu yang halus dan lembut itu baik dalam berpakaian,bertingkah dan perilaku yang menyerupai lelaki,demikian juga lelaki diharamkan menyerupai wanita dalam pakaian,gerak dan tingkahlaku,kerana hal itu tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya.
Rasulullahs.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah s.w.t. melaknati lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki”.(HR Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

KETIGA
Allah s.w.t. melindungi kelemahanmu dan menempatkanmu selalu dalam naungan lelaki,Allah tidak menghendaki kamu mencari penghidupan untuk memenuhi keperluanmu atau keperluan orang lain,tetapi kaum lelakilah yang diwajibkan memenuhi semua keperluan hidupmu,kerana Allah tidak mahu engkau susah dalam kehidupan demi sesuap nasi agar engkau tidak terhina.Jika engkauseorang gadis,ayah dan saudara lelakilah yang akan memenuhi keperluanmu,jika engkau seorang ibu,anaklelaki yang berhak dituntut menjamin keperluan hidupmu dan jika engkau seorang isteri,suami yang bertanggungjawab atas semua keperluanmu,lalujika tidak ada seorang antara mereka yang menjamin keperluan hidupmu maka Allah mewajibkan kepada pemerintah memenuhi semua hajat hidupmu yang asasi.

KEEMPAT
Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menjaga pandanganmu terhadap kaum Adam agar syaitan tidak menjerumuskan ke dalam lembah yang hina.
Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka…” (QS.24:31)

KELIMA
Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu daripada tangan-tangan jahil dan penghinaan mata-mata yang jahat dengan membalutnya dengan pakaian yang mulia kecuali muka dan tapak tanganmu.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka..” (QS.24:31)

KEENAM
Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu tidak menampakkan perhiasanmu yang tersembunyi seperti rambut,leher,betis dan lengan tanganmu kecuali kepada suamimu,dan orang-orang yang termasukmahrammu.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-puteramereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara-saudara mereka,atau putera-putera saudara lelaki mereka,atau putera-putera saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita Islam,atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”(QS.24:31)

KETUJUH
Allah s.w.t memerintahkan kepadamu berjalan dengan santai dan berbicara dengan nada yang rendah sehingga engkau nampak berwibawa dan terhormat.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…Dan janganlah mereka menghentak-hentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…” (QS.24:31) “…Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya,dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.33:32)

KELAPAN
Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menghindari segala sesuatu yang dapat menarik perhatian kaum lelaki kepada dirimu dan tergoda dengan penampilanmu dengan mengikuti perilaku kaum jahiliah pertama atau kaum jahiliyah abad ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Wanita yang memakai wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang-orang mencium aromanya adalah penzina.” (HR.Abu Daud)

KESEMBILAN
Allah s.w.t. melarangmu berdua-duaan dengan lelaki selain suami dan mahrammu agar syaitan tidak menjatuhkanmu ke jurang kehinaan.
Rasulullahs.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali didampingi mahramnya.” (Muttfafaqun a’laih)

Saudariku,jika engkau renungkan semua perintah Allah s.w.t. ini dengan hati nurani dengan penuh jujur,maka engkau akan mendapati bahawa Allah s.w.t. telah meletakkan dirimu bagai intan mutiara yang tersimpan di tempat terjaga dan tidak boleh dijamah oleh tangan orang yang di hatinya ada penyakit,engkau adalah makhluk mulia dan terhormat dalam Islam.

Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah

..

Para penda’wah membawa imej Islam yang dipamerkan kepada masyarakat. ,Kesilapan dan kecacatan akhlak mereka membawa kesan yang negatif kepada masyarakat. Kemuliaan ajaran Islam tercalar dengan pelbagai sangkaan yang tidak sepatutnya. Ayuh, tingkatkan usahamu wahai para penda’wah, moga-moga kalian tidak menjadi ejen fitnah untuk Islam.
Moga-moga ilmu ini bakal menjadi sesuatu yang berguna dan berkat... untuk kita amalkan secara bersama, lebih-lebih lagi apabila membawa amanah selaku pendakwah.


Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah.

1. Ikhlas.

2. Menentukan tujuan dakwah yang jelas.
3. Bersikap sebagai seorang mujahid.
4. Menuntut ilmu.
5. Tidak terlalu idealis.
6. Tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.
7. Seimbang antara khauf (perasaan takut akan Allah) dan raja’ (pengharapan kepada Allah).
8. Tidak mengkritik peribadi tertentu dengan menyebut identiti mereka.
9. Tidak merasa bersih di hadapan orang.
10. Tidak menambahi ucapan melebihi kitabullah.
11. Tidak berpaling walau perosak dan kerosakan bermaharajalela.
12. Tidak menjadikan hadits maudhu’ sebagai dalil.
13. Tidak memperkecil organisasi atau kelompok tertentu.
14. Menentukan sesuatu masalah sesuai dengan kadarnya.
15. Berlemah lembut dan kasih sayang ketika memberi nasihat.
16. Bergaul dengan baik sesama manusia dan menghormati mereka.
17. Isytiharkan bahawa dakwah adalah untuk kemaslahatan.
18. Peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa.
19. Berkomunikasi dengan orang lain sesuai tahap pemikirannya.
20. Tidak memperlihat aib orang lain untuk mengangkat diri sendiri.
21. Memelihara peribadi sebagai Qudwah.
22. Menjalinkan hubungan dengan orang lain.
23. Memiliki Wala’ dan Bara’ yang nisbi.
24. Memiliki sikap bermasyarakat.
25. Memelihara tadarruj dalam berdakwah.
26. Meletakkan manusia sesuai dengan kedudukannya.
27. Muhasabah dan memohon dengan rendah diri kepada Allah.
28. Memiliki kelebihan dalam amal ibadah.
29. Sedikit cita-cita terhadap dunia dan persiapkan menghadapi kematian.
30. Penampilan yang baik.
~~Smoga segala ilmu yg dicurahkn oleh shbat2 smua tdk berunsurkn lagha,,wallahualam..

OBSESI CINTA MU ZULAIKHA

Zulaikha, Aku lelaki Yahudi. Yahudi ortodoks kelahiran tebing Gaza. Daerah yang tidak pernah berhenti mengalirkan darah dan korban kematian. Cita-cita kami adalah kota al-Quds yang tersergam Masjid al-Aqsa yang menjadi tempat suci agama mu. Kata mu, di situ terpahat sejarah penting yang tidak pernah kau lupakan setiap kali mengingati kalendar Rejab – Rasul mu berangkat ke lapis langit ketujuh Sidratul Muntaha menemuiTuhan dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Engkau bercerita tentang ketakjuban al-Quran yang terkandung enam ribu enam ratus enam puluh ayat yang kata muajaran yang sesuai mengikut zaman tatkala aku tidak berhenti-henti melampiaskan teori zionis pujaan ku yang mimpikan dunia di bawah satu telapak tangan ajaran Yahweh yang berkiblatkan Jerussalam, kota suci agama ku yang suatu hari nanti bakal berstatus pusat pentadbiran sedunia.

Engkau ketawa terkekeh-kekeh di balik jilbab tatkala ku bentangkan piagam zionis yang terkandung di dalam doktrin Machiavellianisme. Jelas ku, dunia telah mula menerima konsep menghalalkan cara demi menggapai satu revolusi menjarah keadilan dan hak asasi yang diperjuangkan segelintir manusia moralis. Lihat sahaja bagaimana mudahnya si penguasa polisdunia itu menggunakan alasan untuk menggondam Saddam dan Iraq hingga terbujur ranap kota tamadun awal Babylon hanya kerana dakwaan uranium dan senjata nuklear WMD yang akhirnya tidak pernah ditemui. Tataplah konflik Dartur yang kononnya dicemari keserakahan pemuda-pemuda berkuda Islam yang menjarah wanitadan anak-anak gadis demi memuaskan gelojak nafsu yang tidak lagi terbendung.Sedang nun di sepanjang pesisiran Laut Arab jauh di selatan terhimpun khazanah emas hitam yang sedang diintai untuk dilahap sang politikus dari Rumah Putih.Hey, mereka juga di bawah taklukan kami. Serigala putih yang angkuh dan garang itu telah kami peralatkan demi memenuhi haloba kami menguasai ekonomi dunia sejagat. Engkau tahu Zulaikha, kamilah yang mengutuskan amalan berhutang dankonsep riba sebagai dasar permainan ekonomi ke seluruh pelosok dunia demi mengukuhkan lagi cengkaman kami di atas nilai mata wang bagi membina empayar zionis yang teragung. Malah, kau pasti terkejut kala ku nyatakan tanah air kerdil mu nun jauh di kepulauan Nusantara juga tidak terlepas daripda cengkaman kami. Kami zionis penakluk dunia alaf baru.

Wajah manis Muslimah Melayu itu cukuptenang setiap kali ku bentangkan piagam rejim zionis. Yahudi ortodoks yangsuatu hari bakal menjadikan bangsa-bangsa lain sebagai hamba abdi. Zulaikha siperawan intelektual berdarah campuran Arab Melayu itu melampiaskan senyum tatkala mata nakal ku menatap alis lentik dan bibir basahnya yang tidak berlipstik. Ada keharuman Alhambra yang tida-tida mencuit gelora nafsu ku yang terhidu aroma di sebalik jubah labuh yang membaluti tubuh kecilnya. Pertama kali bertemu engkau awal-awal lagi telah meminta ku menghormati batas-batasajaran mu yang menekankan prinsip pergaulan bertatasusila dan tertib.
"Kesopanan dan merendah hati itu ajarankami. Panduannya sirah Rasulullah yang sepanjang hayatnya tidak mengenal suteradan mahligai".

Aku hampir mengilai kuat kala kau rentaplengan kematuku yang cuba menyentuh jari jemari halusmu. Engkau pantasmenuduhku Yahudi gila yang ingin mengambil kesempatan daripada kelemahan manusia sejenismu. Lantas, kau bandingkan diriku dengan seorang demi seorang pemimpin negara zionisku yang tidak berperikemanusiaan. Yatzak Rabin, SimonPerez, Benyamin Netanyahu hinggalah Si Ariel Sharon yang katamu datang disebalik pembunuhan ribuan pelarian di khemah Shabra dan Shatilla.
Anehnya, kau tergelak halus tatkala membayangi bagaimana seorang pembunuh paling kejam dan zalim itu dinobatkan untuk merangkul anugerah tokoh nobel keamanan dunia. Sungguh melucukan, katamu.

Hey, si gadis yang belum mengerti apa-apa tentang percaturan dunia. Telah kukatakan berkali-kali, kami zionis yang bakal menjarah dunia dengan kuku-kuku beruncing licik dan penuh helah.Bukankah kezaliman dan kebiadapan itu sebahagian daripada misi opportunis untuk menguasai dunia. Bangsa-bangsa lain mesti di bawah cengkaman kami. Kami mesti teruskan visi yang terkandung di dalam fasa 3 piagam Bani Israel yang termenterai lebih seratus tahun silam yang merumuskan zionis mesti mengepalai dunia walau dengan apa cara sekalipun. Dan hakikatnya, perjanjian Balfour dan perjanjian Oslo membuktikan impian kami bukan retorik semata tetapi realitiyang berpijak di bumi nyata.

Engkau patut tahu Zulaikha bahawa tragedi Shabra dan Shatilla pada 21 September itu hanyalah cebisan kecil kezaliman dan keganasan kami. Jika kau selongkar fail rahsia agen Mossad kami,akan kau temui platun-platun Palmach, Haganah, Stern, Lehi dan Irgun yang jauh lebih licik dan ganas demi mendaulatkan zionis sebagai pemangsa. Buktinya,ratusan pemuda-pemuda Hamas yang menggerakkan intifada hilang tanpa dapat dikesan. Kami memiliki penjara yang jauh lebih menggerunkan daripada penjaraGuantanamo Bay di Cuba yang menggemparkan dunia itu. Jangan sesekali kauterkejut andai di situ kau temui hakikat kuncu-kuncu kami bertopengkan seribu wajah telah bertaburan ke pelusuk dan daerah dunia. Barangakali engkau akan terkulai kaku tatkala ku khabarkan tragedi Ground Zero, 11 September yang menerjah wajah gagah World Trade Center di New York sebenarnya angkara agenkami. Dan siri-siri ledakan dan letupan bom di seluruh dunia juga tidak terlepas daripada muslihat zionis. Demi mengaburi mata dunia, kami tempelkanwajah-wajah Islam dan umatnya terus-terusan dikutuk masyrakat antarabangsa sebagai fundamentalis dan terrorist.

Engkau tahu apa vision kami? Islam tidakakan bangkit lagi mencipta tamadun seperti mana yang tercipta di negara Madinahal-Munawarah dan Andalusia ratusan tahun silam. Kami membiarkan mereka di alam khayalan mengimbas kegemilangan zaman Islam mu yang terus terusan menjadi mangsa terjahan dan penindasa sepanjang zaman.

Zulaikha, misi kami setiap detik untuk menjulang doktrin zionis di pucuk dunia sentiasa berubah-ubah. Kami tidak akan selamnya menggunakan peluru kekerasan untuk menentang Intifadah yang bangkit.Makin banyak darah pemuda-pemuda Palestin yang tumpah ke bumi rupa-rupanya tidak pernah mengendurkan semangat mereka. Walau secanggih manapun peluru yang tersepai di kepala dan dada san Intifada, makin membara keislaman mereka untuk mati syahid. Itulah ketakutan dan kebimbangan yang bakal menghalang cita-cita kami menjajah dunia. Kami tidak mempunyai keberanian itu.

Tentu engkau tidak lupa tragedi Rishun Letzion pinggir Tel Aviv yang membunuh puluhan rakyat Israel dalam serang hendap awal pagi di sebuah disko. Tatkala kami siasat bagi mengesahkan status dalang penyerang berani mati, seluruh kami tersentak saat menemui mayat serikandi Palestine yang baru mencecah empat belas tahun terbujur bersama darah pekat memenuhi tubuhnya yang dijeruti bongkah-bongkah bom yang berkecai hangus.Yang kami bayangkan bagaimana harus kami hadapi kewujudan ribuan lagi anak muda sementah itu yang bersedia menjadi perisai menghalang penjajahan kami di bumi mereka dan di seluruh pelusuk dunia. Mereka diasuh dengan kecekalan hati,kekuatan iman dan takwa yang dibajai bertahun-tahun. Mereka tidak lagi mimpi kankeseronokan dunia kerana cita-cita mereka adalah mati bergelar syahid atau syahidah. Sejak berpuluh-puluh tahun usaha kami melumpuhkan pergerakan jihad sentiasa menemui jalan buntu. Kau tahu Zulaikha, raifal automatik, peluru berpandu dan kereta kebal rupanya tidak mengerunkan mereka. Di dalam hatimereka hanya ada iman dan Tuhan. Lalu mati di medan tempur menjadi nikmat agung yang dicita-citakan.

Zulaikha, gadis Nusantara yang bermastautin lebih dua bulan di tebing Gaza sebagai bulan Sabit Merah Sedunia terlopong menunggu jawapan dari mulut ku, zionis ortodoks berfahaman ekstremisini menghulurkan jawapan.

Media!, Ya, media massa. Alat propaganda paling canggih yang mampu menipiskan iman dan ketakwaan anak-anak bangsa musupaya lemas di dalam gelodak hawa nafsu. Kami eksport segala filem-filem yang mengkhayalkan perasaan. Kami utus cerita-cerita yang mengagungkan dunia Barat kepada generasi timur. Kami hijrahkan adengan-adengan pornografi melalui karya cetak dan elekronik demi membuaikan jiwa mereka agar melupakan matlamat hidup yang sebenar.

Dan kalau kau ceritakan tentang kebimbangan mu terhadap generasi baru yang gemar melanggani laman web lucah hingga menjadi isu besar di negara mu, aku ketawa geli hati mengenangkan misiutama kami telah mencapai sasarannya. Anak-anak bangsa mu perlu disuburkan dengan segala macam hiburan dan pesta keseronokan yang terus-terusan melekakan minda. Dan usaha kami mula memberi petanda awal kejayaan visi zionis ini.Tatkala ribuan petunjuk perasaan mengganas di Kubul dan Jalalabad saat tersebar perlakuan keji tentera-tentera Amerika melumuri kitab suci Al-Quran dengan najis manusia di kem Guantanamo, Cuba, anak-anak  muda mu tidak landsung mempedulikannya. Merekatelah dimabukkan dengan keasyikan irama lagu dan lenggok muzik yang kamisebarkan. Mereka dilemaskan dengan sarat evolusi khayalan yang dilimpahi virus dadah, seks bebas, memuja hedonisme dan segala macam krisis sosial yang kiantenat. Dan aku merasa bangga menatap fesyen-fesyen dan bentuk pakaian yang membaluti tubuh anak-anak muda mu yang sudah berubah mengikut acuan zaman kontemporari yang berkiblatkan Barat.

Hey, kau tahu Barat itu sebenarnya didalangi zionis. Ya , kami si zionis tidak akan jemu-jemu mengirimkan segala bentuk fesyen pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh anak-anak gadis mu agar lebih liberalisme. Malah kami perkenalkan slogan globalisasi dan dunia tanpa sempadan demi mengikis perasaan tradisi yang masih lagi menebal di kalangan umat mu. Tatkala mata ku sempat menatap ribuan anak muda di Kuala Lumpur yang asyik meraikan kedatangan seorang selebriti dari luar negara di sebuah channel antarabangsa senyum ku melebar memerhati kegilaan anak-anak muda mu berpakaian mendedahkan tubuh tanpa segan silu.

Zulaikha, semalam aku terbaca di laman internet tentang kadar jenayah yang terus meningkat hari demi hari di tanah airumat Islam. Di negara mu, pembunuhan kejam bagaikan menjadi budaya baru dengan jenayah rogl, khalwat, sumbang mahram dan pergaulan bebas yang bagaikan tiada nokhtahnya. Engkau tahu Zulaikha, apakah punca sebenarnya telah meracuni mindaanak-anak generasi mu. Ingatkah lagi pesan Nabi mu yang termaktub di dalamsurah Al-Maidah ayat lima. Di situ terbentang suruhan memakan makanan yang halal dan berkat. Hey, pernahkah engkau menyoal apakah yang dimakan oleh mereka? Apakah kandungan bahan-bahan yang menjadi santapan generasi baru musetiap hari? Tentu engkau akan terkejut jika mengetahui kamilah sebenarnya yang mengeksport makanan-makanan ke negara mu. Usah panik andai ku katakanbahan-bahan itu sebenarnya diambil daripada yang makhluk-makhluk yang jelas diharamkan di dalam ajaran agama mu. Senjata kami amat licik. Kami telah lama menelaah dan mengkaji kitab pengangan mu, al-Quran. Di situ kami menemui rahsiakekentalan iman dan jihad generasi umat mu yang terletak pada apa yang mengisidi dalam perut mereka. Bukankah juga rasul mu memberi amaran beribu tahundahulu agar berwaspada dalam persoalan makan dan minum.

Kini pesan dan nasihat itu hanya tinggal nasihat. Ketika kami terus lekakan anak-anak remaja mu supaya berkiblatkan dunia Barat, orde Yahudi yang terhimpun di dalam dokumen asal zionis tiada lainingin melihat seluruh masyarkat dunia sujud dan tunduk kepada sebuah negara kecil, kami bumi Israel yang pernah melahirkan ramai para anbia' mu. Selagi belum tercapai cita-cita ini, selagi itulah kami jajah fikiran dan minda anak bangsa mu agar menyembah zionis yang bertopengkan Barat. kami khayalkan mereka dengan pesta demi pesta. Kami ciptakan pakaian-pakaian yang menjolok mata dengan ciptaan terkini. Kami jadikan media sebagai medan memperkanalkan produk-produk makanan ciptaan kami yang dicemari, gelatin dan tisu yang tidak halal! Malah, kebanggaan ku lebih terserlah ketika menatap wajah-wajah generasi Islam yang mula menagih alkohol sebagai minuman kegemaran.

Hanya satu yang masih terkilan di hatikecil ku, aku masih belum mampu menundukkan nafsu berahi mu agar rebah di dalam pelukan cinta si zionis ortodoks ini. Benteng iman mu terlalu kental untuk kutewaskan, Zulaikha. Tidak seperti si Puteri Zulaikha yang gagal mengawal godaan cintanya terhadap Nabi Yusuf yang serba menawan, engkaulah perawan Muslimah yang hampir-hampir melemaskan lelaki Yahudi ini terhadap kejelitaan dan kehalusan budi bahasa mu. Aku terpanah oleh kelembutan pekerti mu, saat kau bakal tinggalkan bumi al-Quds ini dengan serangkap pesan yang mengocak rohaniku.

"KAMI BUKAN DILAHIRKAN UNTUK MENJADIBAHAN EKSPERIMEN MU, YAHUDI. ISLAM AKAN BANGKIT DENGAN CAHAYANYA BERGEMERLAPAN,GEMILANG DI SEBELAH TIMUR DUNIA. KEADILAN DAN KEBENARAN AKAN MERUNTUHKAN PAKSIKEJAHATAN DAN KEMUNGKARAN.

Waktu ku tatap E-Mail kiriman mu,teringat aku buku rujukan tesis sarjana psikologi ku The Revolution of Hopetulisan Erich Fromm, psikoanalisis berfahaman zionis kelahiran Jerman yang meramalkan humanisme berasakan keadilan sejagat akan menguasai dunia. Bukan komunisme, zionisme atau kapitalisme tetapi Islamisasi yang terus subu rmemperjuangkan kebenaran dan keadilan hakiki. Aku mengakui kebenaran mu itu,Zulaikha. Justeru, ku balas E-Mail mu dengan perenggan kata-kata seikhlas hati.Anak-anak bangsa mu memerlukan perisai keimanan dan ketakwaan yang kental untuk menghadapi serangan virus F3ml yang boleh menjerumuskan umat mu ke lembah kehinaan. F3- Fiesta, food and fesyen... semuanya digerakkan di dalam sel yangsatu, MULTIMEDIA.
Ingat, virus ini belum pernah tercatat di dalam mana-mana istilah perubatan. Namun, bahananya lebih buruk daripada virus-virus yang pernah dikesan. E-Bola, E-Coli, HIV, selesema burung dan virus nipah. Pesan ku buat mu dan anak-anak cucu mu. Terapilah dengan iman dan takwa,munajat dan doa. Yakinlah dengan kemuliaan agama mu. Berjuanglah melawan hawanafsu yang bergelojak dan membara itu...

Oleh: Nazri bin Hussein.
SinarRohani Pembimbing Ummah..

~CINTA TERINDAH~

Sebuah kisah Cinta Sejati, Kisah nyata yg pernah terjadi di Bumi ini...

Sekian ratusan tahun yang lalu...

.. Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya. seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya si suami pulang larut malam. Si isteri bingung... hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tidak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu. namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Si suami tercinta belum juga datang.

Tidak berapa lama kemudian....

seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana.

Lelaki ini adalah suami dari si wanita tersebut.

Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa.

Namun, ketika ingin mengetuk pintu.., terpikir olehnya Si isteri yang tengah terlelap tidur. ah, sungguh dia tak ingin membangunkannya.

Tanpa berfikir panjang, dia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga melebarkan serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya.

Dengan kelembutan hati yang tidakk ingin membangunkan isteri tercinta, Si suami lebih memilih tidur di luar rumah..

di depan pintu...

dengan udara malam yang dingin melilit...

hanya beralaskan selembar serban tipis.

Penat dan lelah seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi..

kerana tak ingin membangunkan isteri tercinta. Subhanallah...

Dan ternyata, di dalam rumah..

dibalik pintu tempat si suami melebarkan kain serban dan berbaring diatasnya..

Si isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar di balik pintu.

Tidak terlintas sedikitpun dalam pikirinnya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang.

Namun, kerana risau rasa mengantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Si suami ketika pulang, ia memutuskan tuk menunggu suaminya di depan pintu dari dalam rumahnya.

Malam itu...tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana. kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Si Isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada suaminya dan si suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada isterinya.

dan Nun jauh di langit....

ratusan ribu malaikat pun bertasbih....

menyaksikan kedua sejoli tersebut...

SUBHANALLAH WABIHAMDIH

betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina

terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...

saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...

TAHUKAH ANDA... siapa mereka..?

Si suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW.

dan

si isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq.

Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan,

Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak. Dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk meneladani kedua manusia mulia tersebut.

Aamiin...Aamiin ya rabbal'alamiin....

~HP saya dah lama tak berbunyi


"Tidak bererti kita tak call orang tu kita tidak ingat pada dia, tidak bermakna kita tidak tegur dia kita tidak sayang pada dia, tidak bermaksud kita tidak rapat dengan dia kita tidak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia. 

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, ialah mereka yang selalu ingat pada kita. 

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tidak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tidak luahkan masakan mereka tahu. Kita tidak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala orang tu assume yang kita tidak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar. 
Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata. Memang susah hendak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yang kita tidak percaya tapi tidak rugi kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita. Mungkin mereka sudah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanyamereka akan dikata busy body. 

Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah, boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal. Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang. Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yang mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T..

~WAHAI ANAK ADAM~


WAHAI ANAK ADAM...

Apakah kamu meninggal dunia ataukah dunia meninggalkan kamu.Apakah kamu mengumpulkan dunia atau dunia mengumpulkan kamu.Apakah kamu mematikan dunia ataukah dunia mematikan kamu.
Dimana tubuhmu yang kuat tidakkah melemahkan kamu.Dimana mulutmu yang cakap tidakkah menjadikan kamu diam.Dimana semua kekasihmu tidakkah mengasingkan kamu..

Pergilah kamu ketempat yang jauh tanpa membawa bekal.Keluarlah kamu dari rumahmu dan janganlah kembali.Naiklah kuda dan kamu tidak akan naik saperti itu selamanya dan kamu akan menjadi sesuatu dalam rumah yang penuh kesedihan.

Sangat bahagialah kamu jika kamu menjadi seorang yang taubat.Sangat berbahagialah kamu jika amalmu baik.Sangat berbahagialah kamu jika sahabatmu dalam keridhaan AllahSangat celakalah kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai Allah.

Segala amal yang kamu perbuat akan kamu lihatJika amal itu baik maka kamu akan melihat baikJika amal itu buruk maka kamu akan melihat buruk.

Tidaklah kamu menambah damai pada tempat yang sempit iniTidaklah kamu membawa kekayaan ditempat kefakiran iniTidaklah kamu membawa cahaya penerang ditempat yang gelap ini

Kamu berada diatas punggungku bersenda gurautetapi kamu dalam perutku menjadi menangis.Kamu berada diatas punggungku bergembira riatetapi kamu dalam perutku menjadi susah perhatian.Kamu diatas punggungku dapat berbicaratetapi kamu dalam perutku diam.

Allah s.w.t. berkata:"Wahai hambaKu, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur dan kamu telah berbuat maksiat kepada Ku kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak dan Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan Rahmat yang dengannya para makhluk sama kagum dan Aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya".

SEJIWA, SEKATA, SEHALA...AL-QURAN, HADIS, IJMAK DAN QIAS...IMAN , ISLAM, IHSAN

~PESAN SEORANG SAHABAT~


Assalamualaikum Sekadar menyampaikan. ...... 

Pesanan terbaik dari seorang rakan.... 
 Assalamualaikum, 

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. 

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. 

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. 

Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. 

Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mun gkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. 

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. 

Pertama, kekuatan minda 
 Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. 

Kedua, kekuatan hati 
 Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun il mun ya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik... 

Ketiga, kuat fizikal 
 Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya . 

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.. 

Iqra'.....! 
 Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind... Recite 3x : 1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Hikmah 10 jari tangan dan kaki yang ada pada manusia-

Setiap manusia mempunyai 5 jari....Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.

Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlahdaripada rebungnya'

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari tengah @ jari hantu.

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati, dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah. ....begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam

Gunakan kehebatan dan keistimewaan jari-jari tangan anda....

Allah sayang orang muda yang berbuat amal.Allah benci orang tua yang berbuat maksiat.Waallahu aalam. (sekadar peringatan sahaja) Dari an-Nu'man bin Basyir r.a., katanya:

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat itu adalah seseorang yang di bahagian bawah kedua kakinya diletakkan dua buah bara api yang dengannya itu mendidihlah otaknya.

Orang itu tidak percaya bahawa ada orang yang mendapat siksaan yang lebih teruk daripada dirinya, padahal dialah yang teringan sekali siksanya." (Muttafaq 'alaih)

-Berpesan-pesan sesama insan-

BERCINTALAH HINGGA KE SYURGA


wahai para isteri...
ketahuilah tatkala suami melafazkan ijab dan kabul buat memiliki dirimu..
ketaatanmu hanya buat suamimu...
perhiasanmu hanya buat suamimu...
kecantikanmu hanya buat suamimu,,,
tatkala suami memerlukanmu...
melunas rasa di hati dan di jiwa...
janganlah menjauhinya...penuhilah kebutuannya selayaknya dan seharusnya...
dirimu wahai para isteri hanya buat para suamimu sahaja...
jangan menjauhkan diri, carilah pahala di setiap detik bersamanya...
jangan menyakitinya dengan kata2mu,,,
dan bersyukurlah,,,labuhkan cintamu kepadanya...
kerana kunci syurgamu adalah suami yang tercinta...
hapus gundahnya...sediakan segala keperluannya,,
perhatikan makan minum, pakaian dan tempat tinggalnya...
agar dia sentiasa dalam keadaan selesa..
jagalah dirimu sebaiknya hanya untuk suami yang tercinta...
sopanmu,,tundukmu,,,manismu,,, dirimu...biar suami sentiasa tenang dengannya...
tatkala rindu terpahat menjadi satu..
biarkannya ianya bertapak di muara cinta..
biar ianya menyulam kasih yang tidak terhingga..
hingga dia redha kepadamu dengan sebenar2 redha..
kerana keredhaan suamimu,,,adalah keredhaan Allah jua...
MAKA BERCINTALAH HINGGA KE SYURGA BERSAMA SUAMI YANG TERCINTA...
AMIEN,,,ALLAH HUMMA AMIEN YA RABB!!!!

:: SEHELAI KERTAS ::


Hayatilah...............
Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Kita masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata suami.

Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

“Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata,

"Aku tidak mencatat sesuatu pun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satu pun daripada peribadimu yang ku dapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...

Intipatinya : Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapannya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam.. 

selawat.

Rama-Rama Dan Wanita..


Rama-Rama Dan Wanita..
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
 
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.  
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.  
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.<<--------♥....
P/s : Dedicated Buat smua shbt2ku Wanita ^___~ ♥♥♥.......

BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS

Salam ukhuwwah..
Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan terpikul di bahu sendiri, hakikatnya ia sungguh payah.Sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremukredamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan. Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa. Lain orang lain cara menanganinya. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati, meskipun bibirnya tersenyum lebar...

Menangis dan sedih bukanlah beerti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan. Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...Sesekali menangis, percayalah..bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. Subhanallah!
Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai.

Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background