A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ Khalifah
ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu
Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:
1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.
3.
Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu,
dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu
berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia
menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat
dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut
seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu
terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat,
terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah
Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya
dan memperolehi segala kebaikan.
4.
Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi
perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan
kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada
bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan
kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.–
Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada
sembahyang.
5. Sesungguhnya hamba itu
apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah
memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.
6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.
7.
Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan
urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan
kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku
tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.
B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB 1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:
– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
2.
Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu
membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.
3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.
4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.
5.
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama
lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan
larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa
sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman)
kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat
dicapai dengan sabar.”
C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A. Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:
1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.
2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.
3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c.
Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak
menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut
keredhaan Allah.
D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W. Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:
1.
Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu
sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2.
Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan
dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh
orang-orang Islam.
3. Siapa yang tidak
ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka
tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w.,
“Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia
(misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah
Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama
manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali
menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”
4.
Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf
ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram
ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau
orang yang selalu menolong.
5. Memadai
aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa
bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah
aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).
6.
Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu
daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang
disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.
7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.
8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.
9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.
11. Buta hati akan lupa zikrullah.
12.
Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya
dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah
hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.