SaLAM PeRsAuDaRaAn
Wednesday, September 8, 2010
berterima kasihlah pada tuhan
bangunlah untuk hari ini
buka mata
rasakan udara segar
nyaman dan permai sekali
berjalanlah
saksikan pepohon yang tumbuh menghijau
apabila keletihan
berehatlah sekejap di bawah teduhannya
berterima kasihlah kepada matahari
kerana dia bumi menjadi terang
kadang-kadang kita merasa kehausan
dek pancaran yang terang benderang
maka tidak perlu merasa gelisah
maka tidak perlu merasa gundah
apabila merasa haus
pergilah mencari sebatang sungai
dan pandanglah air yang mengalir segar
ketika kamu berlapar
lihatlah gerak geri seekor semut
lihat betapa jauhnya mereka berjalan
mundar mandir mahu mencari makanan
ketika kamu berlapar
saksikan kapal - kapal yang berlabuh pergi
bayangkan keringat para nelayan semua
menangkap ikan demi suapan manusia
oh
betapa indahnya petang ini
dapat melihat alam sekeliling
sebelum tiba waktu berbuka
mengucap syukur pada yang Esa
atas kasih-Nya kepada kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jom ReLax
hamster^_^
InDaHnYa IsLaM..
Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!
No comments:
Post a Comment