SaLAM PeRsAuDaRaAn

Wednesday, November 17, 2010

NUSAIBAH BINTI KA'AB AL-ANSAHARI



NUSAIBAH BINTI KA'AB AL-ANSAHARI

Nusaibah binti Ka'ab bin 'Amr bin 'Auf bin Mabzul al-Anshariyah Al-Khazriyah An-Najjariyyah Al-Maziniyyah sering dipanggil dengan nama Ummu 'Imarah adalah salah seorang golongan sahabat wanita yang terkenal di awal zaman Islam, yang telah mencapai mati syahid di medan jihad, ilmu, ibadah, warak dan keimanan.

Keluarga Yang Mulia
Ummu 'Imarah hidup dan berkembang besar dalam lingkungan keluarga yang dikenali dengan tingkat kemuliaannya. Keluarganya berasal daripada golongan keluarga yang sangat mulia, yang sentiasa berkhidmat untuk Islam dan Muslimin sesuai dengan kemampuan mereka. Di antara keluarga ini ada seorang pejuang wanita Ansar, Ummu 'Imarah r.a.

Suami Ummu 'Imarah r.a : Zaid bin 'Ashim ( golongan awal masuk Islam) Anak-Anak Ummu 'Imarah r.a : Habib dan Abdullah ( sahabat Rasulullah S.A.W) Saudara Kandung Ummu 'Imarah r.a: 'Abdullah bin Ka'ab Al-Maziniy ( Perang Badar) 'Abdurrahman [Sahabat Rasulullah S.A.W termasuk golongan dalam Al-Bukkain(sentiasa menangis)] Suami Kedua Ummu 'Imarah r.a : Ghaziyyah bin 'Amrin bin 'Athiyyah An-Najjari Anak-Anak daripada suami kedua : Tamim dan Khaulah

Seorang Sahabat Wanita Yang Mujahidah
Nusaibah adalah pejuang Muslimah pertama dalam Islam. Imam Al-Zahabi pernah berkata: "Ummu 'Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah, ikut serta menyaksikan Bai'at Al-'Aqabah, Perang Uhud, Perang Al-Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah.

Ketika Perang Uhud, Ummu 'Imarah keluar untuk memberikan minuman kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang terluka. Tatkala pasukan muslimin mulai terdesak dalam perang tersebut setelah menguasai sebelumnya dan lari daripada peperangan, kecuali hanya beberapa orang sahaja yang tetap bertahan, maka Ummu 'Imarah menghunus pedangnya dan memakai perisai serta melidungi Rasulullah S.A.W daripada jangkauan musuh.

Ummu 'Imarah selalu berusaha untuk melindungi Rasulullah S.A.W ketika Perang Uhud daripada segala merbahaya yang datangnya daripada musuh, sehingga Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Saya tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu 'Imarah berperang di hadapanku."(Segala puji bagi Allah yang memenangkanmu).

Perang Uhud masih berlanjutan, keluarga mujahidah melingkari Rasulullah S.A.W untuk melindungi Baginda. Ketika salah seorang anaknya yang bernama Abdullah terluka parah, Ummu 'Imarah mengikat luka tersebut sambil berkata: "Bangun wahai anakku! Maka anaknya terus melawan para kaum musyrikin." Maka Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Wahai Ummu 'Imarah! Siapakah yang mampu berbuat seperti apa yang telah kau lakukan?"

Ketika orang musyrik yang melukai anaknya mendekat, Rasulullah S.A.W berkata kepada Ummu 'Imarah: "Ini dia orang yang telah melukai anakmu" seketika itu juga Ummu 'Imarah menghampiri orang tersebut dan berhasil melukai betis orang tersebut dengan pedangnya. Rasulullah S.A.W tersenyum sambil berkata: " Ya Ummu 'Imarah! Engkau telah berhasil membalasnya."

Kemudian Ummu 'Imarah bersama yang lainnya berhasil membunuh orang musyrik tersebut. Maka Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Segala puji bagi Allah yang telah memenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu di hadapanmu."

Selalu Menyertai Peperangan

Di antara Medan Peperangan yang telah disetai Ummu 'Imarah ialah :

Perang Al-Hudaibiyyah - Ummu 'Imarah telah mengasah pisau kerana bimbang kaum musyrikin mengingkari perjanjian. Mujahidah turut serta dibai'atkan oleh Rasulullah S.A.W dalam Bai'at Ar-Ridhwan.

Perang Khaibar - Umrah Al-Qadha (pengganti)

Perang Hunain - memiliki mauqif (kedudukan) yang tidak kalah pentingnya daripada Perang Uhud. Ummu 'Imarah termasuk salah seorang daripada seratus orang sahabat yang sabar dan tabah, ketika yang lainnya mulai was-was dengan kekuatan Muslimin, dan dia juga berhasil membunuh seorang daripada pasukan berkuda musyrikin.

Perang Yamamah - memerangi orang murtad yang diketuai Musailamah Al-Kazhzhab pada zaman khilafah Abu Bakar As-Siddiq. Salah satu tangan Ummu 'Imarah putus.

Abu Nu'aim pernah berkata tentang Ummu 'Imarah dengan ucapannya: "Ummu 'Imarah adalah salah seorang yang ikut berbai'at di Aqabah, seorang mujahidah dan merupakan seorang yang memiliki kemuliaan, ijtihad, puasa, ibadah dan pendirian yang kukuh."

Memahami Kandungan Al-Quran dan Hadith
Ummu 'Imarah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah S.A.W dan diriwayatkan daripada cucunya 'Abad bin Tamim, Al-Harith bin Abdillah bin Ka'ab dan Ikrimah hamba sahaya Abdullah bin Abbas. Rasulullah S.A.W pernah berkunjung ke rumah Ummu 'Imarah. Maka Ummu 'Imarah menyediakan makanan untuk Baginda. Ketika Rasulullah S.A.W mempelawanya untuk makan bersama, dia menjawab: "Ya Rasulullah S.A.W! Aku berpuasa." Maka Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang berpuasa itu ketika orang makan disekitarnya maka malaikat akan sembahyang ke atasnya sampai mereka selesai makan."

Kunjungan Rasulullah S.A.W ke rumah Ummu 'Imarah menunjukkan bahawa dia termasuk golongan orang yang mulia dan juga sebagai bukti karamahnya, ibadahnya, zuhudnya kerana dia sentiasa berpuasa sunat. Beliau seorang ibu, isteri yang peuh kasih sayang, mujahidah mulia, seorang ahli hadith dan seorang yang selalu meningkatkan tahap keimanannya.

Moga wanita dan muslimah di zaman ini dapat mengambil contoh tauladan sirah wanita Islam dalam menghadapi cubaan dan kehidupan dunia yang penuh pancaroba dari sejarah hidup Nusaibah atau Ummu 'Imarah.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background