SaLAM PeRsAuDaRaAn

Saturday, December 4, 2010

Apa Yang Lelaki Mahu Dari Seorang Wanita?(copy n paste dri blog http://ruangdalammasa.blogspot.com/2010/11/apa-yang-lelaki-mahu-dari-seorang.html)

Tajuk ini menjadi perbincangan kita pada hari ini.
Wah~ macam bukak forum pula~ =D

Buat pengetahuan, saya hanya berumur 18 tahun sahaja~
Ingin melangkah ke 19 tahun tak lama lagi~
Ini hanyalah pendapat saya.
Lain orang lain pemikirannya.
Dan bukan semua lelaki adalah sama. =)

Apa Yang Lelaki Mahu Dari Seorang Wanita?
Mungkin sahaja akan ada jawapan seperti:
"Kecantikannya"
"Hartanya"
"Perhatiannya"
"Belaiannya"
"Kesetiannya"

Itu mungkin sebahagian daripada lelaki akan berfikiran begitu.


Tapi bagi pendapat saya sebagai seorang lelaki, saya hanya inginkan keikhlasan dan kesudian wanita dalam membentuk sebuah ikatan yang suci atau masjid bersama, menjaga dan mendidik anak-anak dan bersama saya hingga ke akhir hayat.



Saya ingin setiap hari menjadi hari yang indah dan ceria bersama wife.
Bila balik rumah dari kerja sahaja tengok wife sudah ada di rumah setia menunggu kepulangan saya.
Dengan masakannya, pakaiannya, wangianya dan perhiasannya yang hanya untuk hubby nya SAHAJA.
Terasa diri ini "SPECIAL" dan dihargai oleh isteri.
Penat lelah bekerja pun boleh hilang tengok wife camtu.
Rasa kena recharge balik bateri yang dah habis tu.
Mana tak sayang wife macam tu kan?
Mahu habis kerja terus berlumba balik rumah kot.
Haha~ =D

Namun, saya tidak menidakkan bahawa tidak akan ada saat di mana akan timbul masalah di dalam rumah tangga. =,="
Yelah~ =)
Tak akan nak bubuh gula sahaja dalam masakan, mesti letak sedikit garam baru sedap rasanya.
Banyak sangat gula nanti kencing manis pun tak elok jugak kan. =P
Kalau gaduh sekali sekala apa salahnya kan?
Baru meriah sikit rumah tu. Tak adalah senyap sunyi jer.
Dekat sinilah sikap toleransi itu diperlukan.
Janganlah dua-dua nak tunjuk besar kepala masing-masing.
Kenalah saling bertolak ansur antara satu sama lain.
Cuba menerima kekurangan masing-masing.
Dan bukanlah mengutuk kekurangan pasangan.

Tapi ramai yang salah memilih jalan bagi merialisasikan impian ini.
Ramai yang memilih COUPLE sebagai jalannya.
Bukankah berNIKAH itu adalah lebih baik jalannya.
Jikalau tidak berani menyatakan hasrat hati kepada kedua ibu bapanya usahlah kita bercinta.
Lagi-lagi buat mereka yang masih bersekolah.
Fikirlah, bahawa perjalanan anda masih jauh lagi.

Untuk kita memiliki perhatian, kecantikan, belaian daripada seorang wanita itu.
Kita seharusnya memperbaiki diri kita ini sendiri.
Lihat di mana kelemahan diri ini. Cuba perbaikinya.
Supaya menjadi seorang yang lebih baik, bertanggungkawab, prihatin dan bertoleransi.

Lelaki seharusnya sedar akan tanggunjawab yang bakal mereka terima jikalau ingin menyunting bunga di taman. Ada harga yang perlu dibayar.
Bukan kita boleh sesuka hati boleh memetiknya.
Janganlah anda menjadi mat buaya atau kasanova.
Janganlah bermain dengan hati si bunga jika anda hanya ingin berteduh sebentar di bawahnya.
Janganlah anda ingin mendapatkannya hanya untuk sebagai barang pameran untuk rakan-rakan anda lihat.

Wanita bukanlah seperti handphone di tangan.
Bila ada hp yang lebih baru dan cantik di pasaran.
Hendak di trade in atau di tukar dengan hp yang baru.
Hp yang lama itu dibiarkan begitu sahaja atau diberi kepada orang lain.

Janganlah kita layan wanita dengan sedemikian rupa.
Wanita juga mempunyai perasaan.
Mereka juga ingin merasakan diri dihargai.
Bukan apabila sudah puas dibuang begitu sahaja.

Namun bagi mereka yang belum berkahwin lagi,
Batas pergaulan antara lelaki dan wanita harus dijaga.
Ingatlah bahawa Allah mengetahui tiap-tiap perkara yang dilakukan oleh hambaNYA.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background