Allahumma solli 'ala saidina Muhammad, wa 'ala aali saidina Muhammad..
Tahniah, anda baru sahaja memulakan pembacaan dengan nama Allah dan berselawat ke atas Rasul-Nya, semoga tergolong dalam umat di rahmati Allah, di sayangi Nabi S.A.W..
Time-time waktu exam ni la, baru terasa nak update blog walapun padat otakku disumbat dengan perencah subjek pelbagai rasa. Alhamdulillah, baru selesai satu paper exam. Tajuk ini "antara dua cinta" terilham semasa otakku senak memutarkan "makanan-makanan" supaya di hadam dengan baik. Tiba-tiba Allah ilhamkan ayat motivasi untuk diri sendiri yang di kongsi kat fb,:
mood exam:
~ serahkan semua yg kita baca, kita hafal, kita tulis kpd Allah, moga Allah mmbantu kita utk mngingt dn mndptknnya kmbali pd waktu yg kta perlukn dan Dia izinkn~
p/s: bkn bnyknya baca mnjadi asbab utm kecrmlngn dan kjayaan, tp taqarrub billah yg kuat adlh pkra pokok pnymbg kjyaan di dunia dan akhrt~
Sambil tu, layan kejap nasyid yang best ni =)
Jom hayati sejenak bait demi bait nasyid ini, menyentuh hati di kala malam semakin gelap, di kala semut hitam di atas batu yang hitam tidak dapat di lihat, di kala insan-insan sudah leka diulit mimpi~
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan..
leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu
ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
~Letakkan dunia di tanganmu, bukan di hatimu~
Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment