Rasulullah S.A.W dalam hadis daripada Ukbah bin Amir menyebut bahawa Nabi S.A.W bersabda:
“Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan.”
(Hadis Riwayat Al-ImamAt-Tirmidzi)
Dalam fikiran mereka sebanyak manapun dosa mereka, masih ada peluang diampunkan Allah. Jadi, lakukan dosa dahulu nanti bertaubat kemudian.
Mungkin mereka tidak tahu mengapa Rasulullah S.A.W melarang lelaki berkhalwat dengan wanita. Mungkin pada mereka larangan itu menyekat kebebasan hak asasi mereka.
Sebab itu ada yang berkata, pertemuan itu hanya sekadar bualan biasa, tidak lebih daripada itu. Tetapi sebenarnya Rasulullah sendiri sudah memberi jawapan yangjelas, iaitu tatkala mereka berdua-duaan akan ada syaitan antara keduanya.
Maknanya apa? Syaitan yang sifatnya suka menggoda, akan meniupkan rangsangan seks wanita dan kemudiannya lelaki. Jika rangsangan syaitan itu lambat laun akan berhasil dan ketika itu pasti berlaku perzinaan.
Sebenarnya larangan berdua-duaan di tempat yang mencurigakan dan sebaliknya digalakkan bertiga dalam sesuatu pertemuan adalah untuk merealisasikan perintah Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.”
(Surah Al-Israa’ Ayat 32)
Jelasdalam ayat di atas Allah tidak melarang berzina secara langsung tetapi melarang umat Islam menghampir perbuatan zina.
Rasailah Malu & Takutlah kepada Allah serta peliharalah maruah kerana-NYA
Tubuh wanita adalah ciptaan Allah yang termahal, maka tidak wajar diberikan percuma kepada seseorang lelaki. Ya, wajarkah barang yang mahal milik wanita diberikan kepada seseorang begitu sahaja? Tentu tidakkan?
Jadi,apa faedahnya wanita menggadaikan maruahnya hanya kerana keseronokan sementara. Sebenarnya walaupun wanita itu tidak mengandung anak luar nikah, hati wanita itu tetap menderita dan hidup dalam keadaan ketakutan.
Walaupun secara zahirnya mereka rasa seronok melakukan dosa dan maksiat tetapi hakikatnya hati mereka diburu rasa takut.
Mereka juga takut kalau-kalau ditangkap pihak berkuasa agama. Pada masa yang sama,mereka takut kalau-kalau diketahui ibu bapa masing-masing.
Sesungguhnyaibu bapa dalam keadaan ini akan lebih terasa malu jika anak yang dididiknya sehingga dewasa mencemarkan nama baik mereka. Malah akan terlebih malu kalauanaknya dibiarkan mengandung tanpa suami.
Percayalah kalau semua ini dapat dirasakan oleh wanita sebelum atau semasa hendak melakukan dosa dan maksiat itu, pasti kenikmatan sementara itu boleh ditinggalkandengan senang hati.
Peliharalah Hati Dengan Iman Supaya Kembali Kepada Allah
Oleh sebab itu sentiasalah mengingatkan anak-anak mereka sama ada lelaki mahu perempuan agar menjauhi dosa dan maksiat. Ingatkan anak perempuan bahawa sentuhan lelaki boleh menyebabkan mereka mengandung.
Ingatkan juga, jika mereka mengandung bukan sahaja dia akan malu tetapi ibu bapa juga malu. Dan ingatkan juga anak lelaki jika mereka merosakan maruah wanita,hakikatnya dia telah merosakkan maruah ibu bapanya sendiri.
Didikan iman yang boleh diberikan kepada anak-anak. Jiwa mereka perlu disuburkan dengan rasa takut kepada Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya.
Jika semua ini dapat direalisasikan diri diri semua umat Islam pasti mereka akan menjaga maruah masing-masing.
Wallahua’lam…
No comments:
Post a Comment