SaLAM PeRsAuDaRaAn

Saturday, June 23, 2012

TIDUR CARA NABI MUHAMMAD SAW

Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi)

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)

Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan.

Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu.

Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’)

Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: “Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi)

“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)

Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)

Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.

Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’)

Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah.

Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid)

Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali.

Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.


Disalin dari : http://blog.upsi.edu.my/heai/2009/12/31/cara-tidur-nabi-dan-kajian-semasa-dipetik-dari-httpbismillah2meblogspotcom200811rahsia-tidur-dalam-islam-dan-faktahtml/

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

LARANGAN MENGHEMBUS NAFAS KE DALAM BEKAS KETIKA MINUM

Diriwayatkan dari Abu Qotadah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Apabila salah seorang kalian minum maka janganlah ia bernafas di dalam bejana," (HR Bukhari [153] dan Muslim [267]).

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, bahwasanya Rasulullah saw. telah melarang bernafas di dalam bejana atau meniupnya," (Shahih, HR Abu Dawud [3727]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Apabila salah seorang kalian minum, maka janganlah ia bernafas dalam bejana. Jika ia ingin kembali minum maka hendaklah ia jauhkan bejana itu kemudian jika ia mau barulah kembali meminumnya," (Hasan, HR Ibnu Majah [3427]).



Kandungan Bab:

Larangan bernafas di dalam bejana. Karena bisa jadi nafas tersebut akan merubah bau bejana. Dan terkadang dahak, hawa kotor dan ingus keluar bersama nafas sehingga dapat mengeluarkan bau yang tidak enak. Larangan ini khusus ketika minum sebagaimana yang disebutkan dalam hadits bab ini.

Jika ingin bernafas, maka disunnahkan untuk menjauhkan bejana lalu bernafas dan kembali meletakkan bejana itu ke mulutnya jika ingin meminumnya lagi, sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadits Abu Hurairah r.a. Lalu kepada makna inilah dibawa hadits Anas r.a. y ang menyebutkan bahwasanya beliau bernafas di bejana.

Oleh karena itu, di dalam kitab Fathul Baari, al-Hafidz mengkompromikan hadits ini dan hadits Abu Qatadah dengan mengatakan, "Sepertinya ia ingin mengkompromikan hadits bab ini dengan hadits sebelumnya. Sebab, tampaknya kedua hadits tersebut saling bertentangan."

Hadits pertama dengan jelas melarang bernafas di dalam bejana sementara hadits ke dua menetapkan bolehnya bernafas di dalam bejana. Dengan demikian hadits tersebut dapat difahami dengan dua hal:

Pertama: Larangan bernafas di dalam bejana dan hendaknya bernafas itu di luar bejana. Secara eksplisit, yang pertama ini menunjukkan sebuah larangan bernafas dalam bejana.

Kedua: Mungkin yang dimaksud adalah bernafas ketika sedang meneguk air dari bejana.

Saya katakan, "Hal ini dikuatkan lagi oleh hadits yang diriwayatkan oleh hadits yang dirirwayatkan al-Mutsanna al-Juhaini, ia berkata, 'Ketika aku bersama Marwan bin Hakam, datanglah Abu Said al-Khudri. Lantas Marwan bin Hakam bertanya, 'Apakah Anda pernah mendengar Rasulullah saw. melarang menghembus di dalam tempat minuman?' Abu Said menjawab, 'Pernah. Dan seorang laki-laki berkata kepada beliau, 'Ya Rasulullah, dahagaku tidak akan lepas bila bernafas hanya sekali.' Rasulullah saw. bersabda, 'Jauhkan bejana tersebut dari mulutmu, kemudian barulah kamu bernafas.' Laki-laki itu bertanya lagi, 'Jika aku melihat ada kotoran di dalamnya?' Beliau menjawab, 'Buang airnya'," (Shahih, HR Ahmad [III/26]).

Hadits Abu Hurairah r.a. yang tercantum di bawah bab ini dan hadita Abu Sa'id al-Khudri r.a. yang lalu menunjukkan boleh bernafas satu kali ketika minum.

Sebab nabi saw. tidak mengingkari ketika laki-laki itu berkata, "Dahagaku tidak akan lepas jika bernafas hanya sekali." Bahkan beliau bersabda yang artinya, "Jika dengan bernafas sekali dahagamu tidak lepas, maka jauhkanlah bejana itu darimu."

Apabila minum dengan sekali nafas tidak dibolehkan tentunya lelaki itu akan bertanya, "Bolehkah minum dengan satu nafas?"

Dengan demikian hal ini menunjukkan bolehnya bernafas satu kali ketika minum. Akan tetapi jika ingin bernafas maka bernafas di luar bejana merupakan perkara yang sudah jelas dan terang sebagaimana yang tercantum dalam hadits Abu Hurairah r.a.

Al-Hafidz berkata dalam Fathul Baari (X/93), "Dengan hadits ini Malik menyimpulkan bolehnya minum dengan sekali nafas."

Ibnu Abi Syaibah meriwatkan hukum pembolehannya dari Sa'id bin Musayib dan sekelompok ulama.

Umar bin Abdul Aziz berkata, "Yang dilarang ialah bernafas di dalam bejana. Adapun bagi yang belum bernafas, maka silahkan ia minum dengan sekali nafas."

Saya katakan, "Ini merupakan rincian yang bagus."

Ibnu Abdil Bar dalam kitab Tahmid (I/393), "Aku telah meriwayatkan atsar dari orang salaf tentang dimakruhkannya bernafas satu kali ketika minum, namun mereka tidak memberikan dalil."

Dibolehkannya minum dengan sekali nafas dan tidak bertentangan dengan hadits yang menjelaskan minum dengan tiga kali nafas. Sebab yang pertama boleh dan yang kedua lebih utama berdasarkan hadits Anas bin Malik r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. minum dengan tiga kali nafas, lalu beliau bersabda, 'Yang demikian itu lebih melepas dahaga, lebih bersih dan lebih bermanfaat," (HR Muslim [2028]).

Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 3/163-165.

Disalin dari : http://alislamu.com/content/view/2582/67/

Selain itu, apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Begitu juga jika kita minum air yang panas, hindarkan dari meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

SUNNAH MENCICAH GARAM DENGAN JARI KELINGKING

SUNNAH MENCICAH GARAM DENGAN JARI KELINGKING

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingkingnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut doktor, di hospital-hospital , " the first line of treatment for poisoning" adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

http://layarminda2.blogspot.com/2011/05/hikmah-makan-menggunakan-tangan.html

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background