BERPENAMPILAN KEMAS BERSIH DAN INDAH.
~ BismillahirRahmaanirRahiim ~
Asslamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
BERPENAMPILAN KEMAS BERSIH DAN INDAH.
Jabir bin Abdullah meriwayatkan :
"Pada suatu hari, Rasulullah SAW melhat seorang berambut kusut, baginda
kemudian berucap : "Apakah orang itu tidak ada sesuatu untuk merapikan
rambutnya ?". Baginda SAW melihat lagi seseorang yang pakaiannya sangat
kotor, lalu berucap : "Apakah tidak boleh mendapatkan sesuatu untuk
mencuci pakaiannya?". (H.R. Abu Dawud).
Islam menyeru umatnya
supaya berusaha memperolehi penghargaan masyarakat dengan berhias diri
dengan memperindahkan penampilan kerana penampilan yang kemas, bersih
dan Indah ini secara tidak langsung akan membina keyakinan diri dan
keyakinan orang lain terhadap dirinya.
Rasulullah SAW bersabda :
"Orang yang menyimpan di dalam hatinya rasa takbur walau sekecil biji
sawi, dia tidak akan masuk Syurga". Salah seorang sahabat bertanya :
(menyeleweng dari persoalan yang disebutkan Nabi). : "Bagaimana kalau
orang itu suka memakai baju dan selipar yang baik ! ". Baginda
Rasulullah SAW bersabda : "Allah SWT adalah Maha Indah dan menyukai
keindahan :. (H.R. Muslim)
Dalam riwayat hadith yang lain disebutkan seperti berikut :
"Pada suatu hari seorang yang tampan datang kepada Rasulullah SAW lalu
berkata : "Aku sangat suka kepada keindahan dan sebagaimana yang engkau
ketahui, aku telah dikurniakan sebahagian dari keindahan itu. Aku tidak
senang melihat orang lain mengangguku walau dengan tali sepatu. Apakah
itu termasuk takbur ya Rasulullah ?". Baginda Rasulullah SAW menjawab :
"Bukan ! Takbur ialah sikap menolak kebenaran dan tidak mengindahkan
orang lain !".
Apabila Rasulullah SAW melihat orang yang tidak
menjaga keindahan dirinya dan kerapian penampilannya, baginda SAW
segera mengingatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut serta
memerintahkan supaya mereka memakai pakaian yang lebih baik dan menjaga
penampilan diri.
Wallahu'alam.
InDaHnYa IsLaM..
Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!
No comments:
Post a Comment