Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : “Gadis kampung mana pulak datang res toran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu…ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfukan..”
Seorang anak muda pulak menyampuk: “Ish…muka cantik tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia, kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan, nak jaga badan….”
Seorang lagi berkata : “Eww..tengok tu…sampai menjilat jari dowh..geli aku, pengotor rupanya awek ni…”. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu…
Lelaki itu berkata:
♥ Gadis bertudung itu makan guna TANGAN kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung..
♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk MEMBAZIR, bukan kerana dia tidak malu. .
♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, BUKAN kerana dia pengotor..
---> Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MENGHIDUPKAN SUNNAHKU, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam SYURGA."
(Riwayat Anas ra.)
No comments:
Post a Comment