bila di sebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini, bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi..
✿~ Dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini, bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki penjahat, perogol bersiri..
✿~ Dulu,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa yang berani menggoda,
kini, bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa..
✿~ Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini, lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya.
✿~ Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini, lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah..
✿~ Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..
✿~ Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini, lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah..
---> KEMBALILAH lelakiku pada KELAKIANMU..
kami RINDUKAN lelaki dulu, ACUAN madrasah Rasul.
No comments:
Post a Comment