SaLAM PeRsAuDaRaAn

Sunday, October 10, 2010

MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN...

Kata Ibrahim Bin Adham : Doa kamu tertolak kerana hati kamu mati. Hati kamu mati kerana 8 sebab iaitu :

* Kamu mengetahui hak-hak Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.
* Kamu selalu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamal isi kandungannya.
* Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.
* Kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
* Allah s.w.t memberitau bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata tetapi kamu bersahabat dengannya.
* Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampak ke dalamnya.
* Kamu mengaku kamu suka masuk ke dalam syurga tetapi kamu tidak pernah berusaha membuat amal-amal kebaikan supaya kamu dimasukkan ke dalamnya.
* Setiap hari kamu berusaha menutup aib kamu tetapi dalam masa yang sama kamu tidak bosan-bosan membuka aib orang lain.

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka Dia Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA ingin MengujiMu, Bila DIA tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu yang lebih baik untukmu."

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background