SaLAM PeRsAuDaRaAn

Thursday, November 8, 2012

PESANAN UNTUK ISTERI PEJUANG

Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab
[ Pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israhell ]

* Bagaimana akhlak Abu Syanab?

# Akhlaknya adalah [berdasarkan] Al-Quran..
Beliau melaksanakan perintah Allah dengan cara yg betul tanpa fanatik membuta.Beliau sentiasa tekun dan memelihara sembahyang,puasa,dakwah dan Jihad Fi sabilillah.Seringkali beliau berpuasa sunat secara mingguan.Beliau menghafaz 20 juzuk dari kitab Allah [Al-Quran].Beliau mula mengenali Syeikh Ahmad Yasin [Pemimpin utama dan pengasas Hamas] sebaik tiba di Ghaza tahun 1964 dari Mukhayyam An Nusairat,kampung keluarganya.

* Adakah As Syahid [Abu Syanab] membimbing keluarga dengan baik dan adakah beliau dapat seimbangkan antara tugas-tugas dakwah,politik dan rumah tangga?

# Alhamdulillah,beliau bukan sahaja membimbing keluarga dengan baik,tetapi cemerlang.Beliau adalah pembimbing keluarga yg terbaik.Sememangnya tugas-tugas dakwah mengambil waktunya, begitu juga dengan politik dan kerja beliau di Universiti Islam. Tetapi bagi kami [ahli keluarga] kami tidak kisah.Bahkan sebaliknya kami sentiasa memberi ruang supaya beliau dapat menunaikan tugas dan kewajipannya dengan sempurna.

Al Marhum bekerja menerusi politik untuk kemaslahatan dakwah dan untuk mencari keredhaan Allah di samping satu khidmat untuk Islam dan umatnya.[Dalam keadaan itu pun] beliau satu haripun tidak pernah alpa terhadap hak keluarganya.Beliau sentiasa bertanya tentang pelajaran dan keadaan anak-anaknya walaupun seketika. Beliau juga sering menziarahi anak-anak perempuannya..

Dalam hal mengambil berat terhadap keluarga ini,saya masih ingat ketika beliau dipenjarakan oleh Yahudi pada tahun 1989.Dalam keadaan kami yg sentiasa risaukan keselamatannya yg mungkin beliau disiksa dan sebagainya,beliau masih berkesempatan menghantar pesanan menerusi pasukan Palang Merah bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anaknya di sekolah rendah.Sedangkan ketika itu kami tidak dibenarkan melawat beliau.

Dari sudut kerja-kerja dakwah,saya tidak banyak masuk campur urusannya.Tetapi beliau tidak pernah cuai menjalankan tugas tersebut.Ia dilakukan semata-mata untuk keredhaan Allah,di samping menyahut seruan rakan-rakan pejuang.

* Bagaimanakah detik-detik terakhir sebelum Abu Hasan [Abu Syanab] mati syahid?

# Detik-detik terakhir seperti biasa sahaja.Sebelum terbunuh beliau sempat membelikan perabot baru untuk rumah kami.Pada pagi kejadian,beliau menunaikan solat Subuh di rumah kerana sebab-sebab keselamatan.Kemudian beliau bersarapan bersama dengan rakan-rakan yg datang menziarahinya.Kemudian beliau duduk berehat seketika dan sempat mandi terlebih dahulu sebelum keluar rumah.

Biasanya sebelum beliau keluar rumah saya akan menasihatinya terlebih dahulu.Contohnya,"Berhati-hatilah" atau,"Jangan memandu kereta jika ada helikopter mengekori."
Tetapi pada hari kejadian, saya tidak berbuat demikian kerana merasakan sudah terlalu kerap beliau mendengar pesanan berkenaan dari saya..Perangainya seperti biasa.Pada saat-saat terakhir beliau kelihatan sangat gembira.Beliau berusaha menggembirakan anak-anak perempuannya yg masih kecil dengan membelikan keperluan mereka..

* Apakah ciri-ciri yg perlu ada pada wanita yg ingin berkahwin dengan Pejuang-pejuang Jihad seperti Abu Syanab supaya mereka boleh membantu suami mereka dalam berjihad?

# Saya tidak suka memuji diri sendiri kerana Allahlah yang terbaik. Tetapi secara realiti,setiap wanita yg ingin berkahwin dengan Mujahid dan Da'ie [Pendakwah] di jalan Allah hendaklah membiasakan diri dengan kehidupan Mujahid dan kehidupan Jihad. Kerana kehidupan para Mujahideen adalah kehidupan yg tidak tetap. Rumah tangga hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua suasana pada bila-bila masa.

Justeru,mereka yg ingin mengahwini Mujahid hendaklah benar-benar faham tugas suami [sebagai pejuang] dan hendaklah bersedia membantu mereka menunaikan tugas mereka.Mereka juga perlu menjadi orang yang sabar dan hendaklah tahu bahawa mereka perlu menerima tetamu pada bila-bila masa.Begitu juga mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan Yahudi atau musuh-musuh Islam yg lain sama ada mereka menghalau atau membunuh syahid.

* Bagaimana puan menerima berita syahidnya jurutera Ismail [Abu Syanab]?

# Perasaan saya adalah perasaan orang yg kehilangan kekasih. Tetapi saya bangga dan merasa mulia kerana suami saya berhasil memperoleh apa yg dikehendakinya dan dicita-citakan dalam hidupnya.

Saya juga bersedih hati kehilangan orang yg paling saya sayangi. Apapun,kematian boleh datang bila-bila masa.Ada orang mati kerana kemalangan jalan raya.Tetapi suami saya dipilih Allah untuk mati syahid.Saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya ditemukan kembali dengannya di dalam rahmat-Nya yang berkekalan [Syurga].

Alhamdulillah,kami semua yakin beliau adalah Syahid.Kami menerima berita Syahidnya dengan bertakbir,"Allahu Akbar,baba telah mati syahid!Allahu Akbar,baba sudah Syahid di sisi Allah."

Anak-anaknya yg lelaki dan perempuan merasa sedih dengan kehilangan bapa mereka,tetapi mereka tetap bersabar dan bertekad meneruskan perjuangan menerusi jalan yg telah dilalui oleh bapa mereka.Bapa mereka adalah model,contoh ikutan,kemuliaan dan kebanggaan.Hidupnya sebagai Mujahid dan matinya sebagai Syahid, dengan izin Allah.

* Adakah puan kesal dengan jalan yang ditelusuri oleh suami puan yg diakhiri dengan puan kehilangan suami?

# Sama sekali saya tidak menyesal !
Bahkan ingin saya tegaskan,jalan yg dilalui oleh suami saya adalah jalan yang benar.Saya merasa sangat mulia menjadi isteri beliau. Kalaulah suami saya berada di atas jalan yg tidak benar,tentulah Yahudi tidak menjadikannya sebagai sasaran pembunuhan.Jadi Alhamdulillah pada waktu senang atau waktu susah.Saya sungguh-sungguh berbangga menjadi isteri kepada lelaki seperti Abu Hasan [Abu Syanab].

* Adakah puan yakin terhadap kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang,khususnya Hamas dalam menuntut bela di atas pembunuhan As Syahid [Abu Syanab]?

# Ya,pertama sekali saya yakin dengan kuasa Allah.Kemudian saya percaya kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang.Saya tidak mahu [mereka] menuntut bela untuk suami saya sahaja.Tetapi saya mahu menuntut bela untuk Dakwah,untuk agama [Islam] dan untuk para Syuhada'.Saya berdoa kepada Allah agar pembelaan ini berlaku dengan jalan Allah dan bukannya dengan jalan manusia.

Semua pihak,timur,barat dan Amerika memusuhi kami.Saya berharap agar Allah menunjukkan kepada kami hari hitam buat mereka sebagai satu pembelaan kepada agamanya dan dakwahnya sebelum pembelaan kepada suami saya Abu Hasan [Abu Syanab] rahimahullah.Saya beriman dengan Allah.Kemudian saya percaya akan kekuatan Gerakan Kebangkitan Islam HAMAS untuk membalas dan menuntut bela kerana agama,dakwah dan Palestin dan bukannya untuk suami saya sahaja.

* Adakah As Syahid [Abu Syanab] sudah dapat merasakan bahawa ajalnya sudah hampir,kerana biasanya pejuang-pejuang Mujahideen ini mereka dapat merasakan kedatangan ajal mereka?

# Sebenarnya,beliau tidak merasa demikian.Tapi boleh jadi juga ada perasaan berkenaan di dalam dirinya.Bagaimanapun,saya dapati beliau sangat senang hati dan terlalu gembira..Saya tidak menyangka itu adalah saat-saat terakhir kehidupan beliau.

Alhamdulillah beliau telah menjayakan cita-citanya iaitulah kegembiraan di dalam hidupnya.Saya berdoa moga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan redha dan mendapat Nikmat Syurga dengan penuh kegembiraan dan kekal di dalamnya.

Dalam tempuh terakhir itu juga beliau pergi menemui semua orang yang bekerja di rumah dan membayar baki gaji mereka.Orang terakhir menerima bayaran daripadanya ialah Duhan.Katanya,
"Awal bayaran kali ini Abu Hasan?"

Beliau menjawab,"Wahai orang muda, ambil hak kamu ini. Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati."

Alhamdulillah,beliau sempat membayar semua bayaran yang sepatutnya beliau jelaskan dan beliau meninggalkan dunia ini dengan tidak menanggung sebarang hutang.
Moga-moga Allah menerimanya sebagai Syahid...

Tuesday, November 6, 2012

as solah

"TeLaH BeRJaYa OrG Mu'MiN,IaITu MeReKa YanG KhuSYu' DaLaM SoLaT"..


"Awwalul Hisaab as-Solah." Perkara pertama yang akan dihisab(dihitung di akhirat ) adalah solat.

Apa yang perlu dibuat setiap hari adalah mencari kembali semangat solat yang hilang. Kemudian, perlu cari sebab dan check diri:

"Sejak bilakah aku tidak lagi rasa berminat untuk solat? Bagaimanakah cara untuk menyuburkan rasa cinta dalam diri untuk beribadat kepada Allah? "

Solat tanpa perasaan adalah solat hanya kerana orang Islam wajib solat. Masuk waktu, solat. Malu tengok orang lain solat, maka kita solat. Tapi hati tidak bersama dengan solat. Dalam solat, fikir benda lain. Hati rasa nak sudahkan solat dengan cepat.

Solat mengambarkan kecantikan hati kita. Manusia yang hidup tanpa hati adalah manusia tanpa perasaan. Manusia yang hidup tanpa solat adalah manusia yang nampak hidup bernafas dgn baik, tetapi hakikatnya tidak bernyawa. Solat adalah jantung kehidupan.

Jika kita betul-betul menjaga solat, Allah akan kurniakan beberapa anugerah.
Antaranya:-

1. Tidak merasa susah dengan duniawi
2. Tidak ada masa untuk maksiat
3. Kekuatan dalaman yang tidak disangka-sangka
4. Rezeki cukup walaupun tidak terlebih-lebih
5. Ujian yang datang kepadanya untuk menaikkan imannya, bukan menjadikan dia hina dan terseksa

p/s :solatlah walaupun terpaksa …..usirlah bisikan2 syaitan…jgn biarkan syaitan menakluki hati dan fikiran kita ..lawan dan terus lawan…kuatkan hati..kuatkan benteng iman….insyaAllah kita mampu…^_^

SOALAN DALAM JAWAPAN & JAWAPAN DALAM SOALAN.

Fitrah manusia kebiasaannya melihat:-

Acapkali sememangnya yang bertanya itu tidak tahu jawapan.

Fitrah manusia yang jarang dilihat :-

Kadangkala yang bertanya itu bukan bererti tidak tahu.

Kadangkala yang tidak menjawab itu bukan bererti tidak tahu.

Kadangkala yang bertanya itu lebih tahu daripada yang diajukan soalan.

Kadangkala yang tidak menjawab itu lebih daripada yang diajukan soalan.

Fitrah manusia yang terlalu sedikit mampu melihat:-
Kadangkala yang ditanya sengaja memberikan jawapan yang salah atau tidak menjawab kerna semata2 mahu melihat sejauh mana yang bertanya itu menghormati ilmu-Nya. Padahal yang ditanya itu tahu jawapan yang sebenar.

Kadangkala yang bertanya itu sengaja bertanyakan soalan2 yg agak kurang bijak soalannya semata2 mahu melihat sejauh mana yg ditanya itu zuhud kepada ilmu-Nya. Padahal yg bertanya itu tahu jawapan yang sebenar.

Bukan persoalan apa yang disoal @ apa yang dijawab tetapi sejauh mana kita tunduk malu dengan Ilmu-Nya....

Menyembunyikan sesuatu ilmu setelah kita ketahui, amatlah dilaknat oleh Allah Taala (2: 159) .

Jangan tanya Aiman, sure nnt Aiman jawab " Aiman x kisah"... tapi tanyalah iman.

'Alakulihal tepuk dada tanya iman kita.

ukhti...

Tika dirimu terasa hambatan ujian Nya terlalu perit,
Maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang,
Secebis ketenangan akan menyusup kembali,
Saat terasa kehabiskan semangat di medan juang,
Sahutlah kembali seruan 'Hayya 'alal falah',
Usah dibiarkan mutiara berharga itu mengalir sia-sia,
Salurkan ia kepada Yang Maha Esa,
Dia yang selalu bersamamu,
Saat duka dan gembira menerpa,
Tabahkan hatimu sayangku,
Moga rahmat Allah bersamamu,

Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahidah muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,
Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah...

Sayangku,
Usah hiraukan kumbang yang menerpa,
Kerana kau bunga berkembang mekar,
Indah di taman larangan,
Bukan permainan untuk sebarangan,
Tapi permata berharga,
Intan yang berkilau cahayanya,
Hanya yang 'haq' mampu mendekatimu,
Seindah Mawar BERDURI,
Itulah pujaan seorang lelaki,
Yang mendambakan sayap kiri,
Yang suci dari debu dunia,
Apatah lagi sebutan sang lelaki....

Sayangku,
Bentengkan dirimu dengan iman pada Nya,
Kuatkan hatimu dengan taqwa pada Nya,
Pasakkan semangatmu dengan hidayah Nya,
Kerana ku yakin....
Kau mawar BERHARGA,
Milik si kumbang yang juga berharga,
Di kanvas sejarah ISLAM,
Kerana janji Allah itu pasti kan tiba,
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik....

" Sesungguhnya yang tertutup indah "

wanita..fahamilah

Bismillahirrahmanirrahim~

Wahai wanita bermaruah,
Kalian adalah kekasih rasulullah...
Kenapa kalian kecewakan baginda...

Kalian faham 'menutup aurat' sbg menutup badan dgn kain,
... Sdgkan yg rasulullah faham ialah mnutup diri dari pndangan lelaki,
Apa guna kalian berpurdah lalu ditayangkan pnuh aksi kepada lelaki ajnabi?
Apa guna kalian mnutup bdan dgn kain tp tidak mnutup diri dari pandangan lelaki?

Kenapa kalian mesti kecewakan rasulullah?
Kenapa kalian mahu rasulullah palingkan wajah?
Kenapa kalian tidak mahu simpan gmbr kalian utk suami yg sah?
Kenapa mesti menggoda lelaki ajnabi dgn gmbar berpurdah?
Tidak kah kalian malu kpd allah dan rasulullah?
Kenapa kalian pamerkan diri dgn alasan mahu 'berdakwah'?
Sdgkan maksiat tidak boleh dikira sbg ibdah?

Wahai yg memiliki akal senipis rambut...
Andai kalian tahu pengikut teramai dajal selepas yahudi ialah wanita...
Andai kalian tahu penghuni neraka paling ramai ialah wanita.....
Andai kalian tahu diri kalian sgt berharga...
Hingga nabi bsbda jika dpt istri solehah mka tlah sempurna sparuh agamanya.......

Berhenti dari kecewakan Rasulullah,
Hentikan godaan kpd lelaki bkn mahram,
Hentikan pameran gmbr walaupun berpurdah,
Fatwa yg dibenarkan hnya gmbr sbsar ibu jari dipamerkan,itu pun JIKA PERLU....
Kalian tidak tahu betapa ramai lelaki soleh telah kalian rosakkan imannya hanya dgn skeping gmbr....
Jgn smpai kalian mati nanti nabi palingkan wajahnya kecewa dgn kalian dan x mahu ngaku kalian sbg umatnya....

Bangun!

Berusahalah menjadi KEBANGGAAN RASULULLAH!

mengapa aku berpurdah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih...

Nahmaduhu wanusalli wanusallim a'la rasulihilkareem...

Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun "ustazah".
Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar "ustazah" oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.

Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk pulang. Termasuk lah Aishah.

"Erm Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?" Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. "entahla~" jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. "Aik? entah je? abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam "ninja"? hehe.." gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.

"erm..ok lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?" Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. "Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?"

"MashaAllah, hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe." Aishah bergurau. "Ade2 je la Aishah ni. "Aqilah bersuara malu. "Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh.." Aishah mengembalikan perbincangan. "Betul sgt ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu.."
"Eh salah ke? astaghfirullahalazim~" kerisauan Aqilah jelas terpancar. "Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin." Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.
"Alah, Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama~" Aqilah memuji Aishah. "segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut sikit2 aje.." Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian
tersebut.

"Ok2..sambung eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah al-'Asr, "setiap manusia itu dalam kerugian..". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita." Hurai Aishah.

"Oooo..mcam tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?" Aqilah kembali bertanya. "Tak jugak~" sekali lagi mudah Aishah menjawab. "Pulak dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?" Aqilah inginkan penjelasan.

"Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi." Aishah menjelaskan. "Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?" Aqilah inginkan kepastian. ""Ya" pada Aishah, mungkin "tidak" bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah." Aishah menjawab. "Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw...takkan la Nabi ....." Aqilah kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.

Aishah ketawa kecil, "memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi "title" yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak". " "title" ahli syurga? apa die?" Aqilah ingin tahu. "RadiaAllahu'anhu waradhu'anh (Allah redha ke atas mereka)" jawab Aishah.

"Oooo..Jadi, apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe" Aqilah tetap ingin tahu. "Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. itu jep." Aishah tenang menjawab. "Ooo. gitu eh? kalau camtu, buleh "share" dengan Aqilah tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?" Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. "Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."

"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .
"Eh Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk kot~" Aqilah cuba mendapatkan kepastian. "Eh, tak lah. betul la tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu. "Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. "Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ" pinta Aishah.

"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]
"Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu." pinta Aishah lagi.

"Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Baca Aqilah sambil tersenyum kagum. "Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?" tanya Aishah. "MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~" Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.

"Yup~ itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah "extremist" atau ape2 pun Aishah tak kesah, sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka." tambah Aishah.

"Allah~lepas ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~" Aqilah memberi azam. "Amin ya Rab. suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu" Aishah mengambil hati. "hehehe...emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)" Aqilah cuba berkongsi ilmu. "Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? " Aishah inginkan kepastian.

"Haaaa..."lurus" yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!" Aqilah mengagumi Aishah.

"Oooo..kire Aqilah nak kate Aishah ni "lurus" la eh?" Aishah bergurau. "Eh? Buleh jugak kot~ haha" spontan jawapan dari Aqilah. "Amboih~" Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, "Ayoyoyo~ tak mau balik lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~" tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.

"Eh, sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe...jom Aishah~" Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.

nota kecil : "Beramallah kerana taqwa, bukan kerana fatwa" Semoga kalian istiqamah

Monday, October 8, 2012

ukhwah


Maksudku dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpakasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada danyang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya daridirinya sendiri).

Akh yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya.Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang kesesatan. Mukmin denganmukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. "Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpinkepada sebahagian yang lain." Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.

Risalah Taalim - Imam Hassan AlBanna

Tahap Saling Kenal (Ta'aruf).
Dlm tahap ini, seorg muslim tidak hanya mengenal begitu saja saudaranya;akan tetapi lebih jauh mencuba mengenali penampilan, sifat2 (shaksiyah) danpemikiran saudaranya. Pengenalan dlm tahap ini mencakupi aspek jasadiy(fisik), fikry (pemikiran) dan nafsiy (kejiwaan).

Perpaduan hati (Ta'liful Qulb).
Penyatuan hati merupakan asas awal yg mesti ada dlm proses pembentukanukhuwwah, sebab hati (qalbu) merupakan sumber gerak & sikap seseorg dlmmenilai, memilih, mencinta dan membenci org lain. Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, barulah persaudaraan seseorg dgn yg lainnya bisa berjalan, bersih dan penuh rasa kasih. Hati manusia hanya bisa disatukan secara murni dan bersih apabila bermuara pada satu simpul ikatan yangfitrah. Simpul tali itu adalah Aqidah. Inilah satu2nya dasar berpijak,bertemu dan pengikat yang utuh dan abadi....

1.Bermuka cerah ketika bertemu: Berdasarkan riwayat Muslim dr Abu Dzar r.a. berkata, bersabda Rasulullah[SAW];"Jangan meremehkan kebaikan apapun bentuknya walau sekadar bermuka cerahketika bertemu saudaramu."

2.Mengadakan kunjungan persahabatan: Dlm kitab Al Muwatha' Imam Malik meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda,Allah [SWT] berfirman dlm hadits qudsi; "Wajib mendapatkan kecintaanKu barangsiapa bercinta karena Aku, bermajlis karena Aku saling memberi karena Aku."

3.Menaruh perhatian dan memenuhi keperluan: Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW bersabda;"Allah senantiasa menolong hambaNya selama hamba tersebut menolong saudaranya."

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.



Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."



“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”



“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku."



“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”



Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.'



“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras."



“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan."



“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat."



“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai."



“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia."



Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."



“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."



“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK Dan MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

Cinta Dan Rindu

Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia.

Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari
Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk.
Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara. Maka begitulah hati yang jahat, akan menyebabkan seluruh diri kita terarah kepada kejahatan. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.
Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan... Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu? Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama...
Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.
Bukankah Allah memiliki kekayaan yang diingini oleh si miskin? Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil)? Al Ghani (Maha Kaya)? Ar Rahman (Maha Pengasih)? Dan Ar Rahim (Maha Penyayang)?
Sebutlah... apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya (secara langsung ataupun tidak), manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan. Selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.
Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina (‘install') secara fitrah (tabie) dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172
Bahkan, pakar-pakar psikologi manusia juga turut mengakui. Manusia sebenarnya mempunyai keinginan kepada suatu kuasa yang dapat mengatasi segala kekurangan dan kelemahan. Ini memang satu naluri yang semulajadi.

Prof Dr Ramachandran dari California University misalnya, telah menemui ‘Titik Tuhan' - ‘God Spot' dalam sistem otak manusia yang sentiasa mencari makna kehidupan - asal-usulnya, apa maksud kedatangannya ke dunia, dan ke mana akan pergi selepas mati. Dan di hujung semua persoalan itu pasti manusia akan menemui kewujudan Tuhan. Inilah hakikatnya pencarian dan kembara manusia. Inilah asas segala kerinduan dan cinta!
Jadi sedarlah. Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan... maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar (Pengampun) dan mencintai Al Latif (Maha Lembut).
Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia merapatkan dirinya kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberi apa yang diinginkan oleh setiap manusia.
Firman Allah: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina." Al-Mukmin : 60
Menerusi nama-nama Allah yang baik inilah seharusnya kita merintih, merayu dan memohon kepada Allah.
Firman Allah: "Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." Al A'raaf : 180
Manusia hakikatnya tidak punya apa-apa yang diingini oleh manusia lain. Mereka mungkin mahu memberi, tetapi tidak mampu. Ada pula yang mampu memberi tetapi tidak mahu melakukannya. Mungkin hartawan punya harta, tetapi dia tidak punya sifat pemurah. Mugkin ada si miskin punya hati yang pemurah, tetapi tidak memiliki harta yang dipinta oleh si miskin yang lain. Tegasnya, manusia tidak sempurna.
Hanya Tuhan yang mempunyai segala apa yang diinginkan oleh seluruh manusia.
Ya, ditegaskan sekali lagi bahawa keinginan manusia kepada satu kuasa yang Maha sempurna ini adalah lanjutan daripada ‘perkenalan' dan ‘percintaan' manusia dengan Allah di Alam Roh lagi (yakni alam sebelum alam dunia ini) . Bukankah sejak di alam roh lagi manusia telah mengetahui dan mengakui akan kewujudan dan keagungan Allah.
Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172
Itulah pertanyaan Allah sekaligus keakuran roh manusia atas pertanyaan itu. Ya, ketika itu semua roh manusia telah mengenali Allah. Bukan itu sahaja, bahkan roh manusia telah mengakui Allah sebagai pemilik, pentadbir dan pengatur alam ini. Inilah yang dimaksudkan cintakan Allah itu adalah fitrah setiap hati. Tetapi soalnya, mampukah cinta itu terus suci dan abadi di dalam hati setiap manusia?
Sungguhpun begitu, perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah di alam roh itu kerap tercemar. Sebaik sahaja lahir ke alam dunia, manusia yang dulunya begitu mengenali dan mencintai Allah mula dipisahkan daripada kecintaan dan kerinduannya itu. Yang sejati luntur, yang ilusi muncul. Perkenalan dengan Allah mula dicemari. Manusia mula dipisahkan dari Tuhan. Dan amat malang, kerapkali yang memisahkan anak-anak daripada Allah ialah ibu-bapa anak-anak itu sendiri.
"Setiap anak-anak dilahirkan putih bersih, kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani."

Justeru, untuk mengelakkan agar cinta yang suci itu tidak terus dikotori... maka awal-awal lagi apabila seorang bayi dilahirkan, dia terlebih dahulu diazankan dan diiqamatkan. Inilah usaha awal untuk meneruskan perkenalan bayi itu dengan Allah.

Tidak cukup sekadar itu sahaja, malah para ibu-bapa juga wajib mengenalkan kepada anak-anak mereka segala sifat kesempurnaan Allah secara mudah tetapi konsisten.
Sabda Rasululah: "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."
Alangkah indahnya jika semua itu berjalan lancar. Sejak kecil lagi putik cinta dan rindu Allah itu tumbuh, berbunga dan akhirnya berbuah apabila menjelang dewasa.

Malangnya, ramai anak tidak diperkenalkan kepada Allah oleh ibu-bapanya. Sebaliknya, didedahkan kepada unsur-unsur yang melindungi kebesaran Allah. Seringkali, didikan, ajaran, malah lagu, filem, bahan bacaan yang didedahkan kepada anak-anak menggugat perkenalannya dengan Allah.
Akibatnya, kerinduan dan kecintaan yang sedia ada di alam roh itu tidak bersambung, bahkan tercemar. Cinta terputus di tengah jalan. Setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua, tidak tiga. Bila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul di dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta di dalam satu jiwa. Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!
Bagaimanakah caranyanya membersihkan semula hati yang telah dicemari dan diracuni? Cukupkah hanya dengan ucapan dan penyesalan? Ya, usaha untuk membersihkan hati adalah usaha yang sukar. Tetapi hanya itulah satu-satunya jalan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapat cinta itu semula. Setiap cinta menagih pengorbanan. Begitulah jua cinta Allah.
Sabda Rasulullah: "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."
Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kecintaan kepada Allah terlalu mahal. Bayangkan untuk mendapat cinta seorang wanita yang rupawan, jejaka yang hartawan, putera yang bangsawan, itupun sudah terlalu sukar, maka apatah lagi untuk mendapat cinta Allah zat yang Maha Agung dan Maha Sempurna itu.

Siapa tidak inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa? Semua itu mahal harganya. Namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah - sumber segala kekayaan, kecantikan, kuasa dan keagungan. Cintakan gadis yang cantik, kecantikan akan luntur. Cintakan harta yang banyak, harta akan musnah atau ditinggalkan. Cinta pada kuasa, suatu hari pasti dijatuhkan atau berakhir dengan kematian.
Namun cinta Allah, adalah cinta yang hakiki, sejati dan abadi. Keindahan Pencipta (Khalik) tidak akan dapat ditandingi oleh ciptaannya (makhluk). Keagungan, kekuasaan dan kekayaan Allah akan kekal abadi selamanya. Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmat-Nya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan. Sebaliknya bila kita kehilangan cinta Allah, kita sebenarnya telah kehilangan segala-galanya.
Sekiranya kita telah disukai oleh seorang raja, maka anda akan turut disukai oleh pelayan-pelayannya, dikurniakan pangkat, dijamin makan-minum, bebas di bergerak di istananya dan macam-macam lagi kurniaannya. Maka begitulah sekiranya seorang yang mencintai Allah. Para malaikat akan menjaganya. Orang-orang soleh turut mendoakannya. Rezkinya akan dipenuhi dengan segala kecukupan dan keberkatan. Apa nak dihairankan? Bukankah ‘talian hayat' kekasih-kekasih Allah ini sentiasa terhubung kepada satu kuasa yang tiada tolok bandingnya!
Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)
Namun begitu, seperti yang ditegaskan sebelumnya, cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangkakan. Sudah adat, setiap yang mahal, sukar mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir, murah harganya... kerana ia boleh dicari di merata-rata. Sebaliknya, permata begitu tinggi nilainya, maka perlu menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya.
Tidak ada kesukaran, tidak ada ganjaran. Begitulah jua dengan cinta Allah yang hakikatnya jauh lebih tinggi nilainya daripada intan atau permata. Justeru, pasti ada ‘harga' atau mahar yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapatkannya.
Untuk mendapat cinta Allah kita perlu berkorban. Cinta dan pengorbanan sudah sinonim dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Kita perlu membayar harga cinta itu dengan segala yang ada pada kita - masa, tenaga, harta bahkan nyawa. Namun apa yang lebih penting bukanlah masa, tenaga atau sesuatu yang berbentuk lahiriah. Itu cuma lambang sahaja. Yang lebih penting ialah hati di sebalik pengorbanan itu.
Lihat sahaja hati yang dimiliki oleh Habil berbanding Qabil dalam pengorbanannya untuk Allah. Hati yang bersih akan mengorbankan sesuatu yang terbaik untuk Allah. Lalu kerana ketulusan hatinya, Habil mengorbankan hasil ternakannya yang terbaik untuk Allah. Manakala Qabil pula menyerahkan hasil pertanian yang kurang bermutu untuk membuktikan cintanya yang tidak seberapa. Lalu ini menjadi sebab, Allah menolak pengorbanan Qabil, sebaliknya menerima pengorbanan Habil.
Kita bagaimana? Sudahkah kita mengorbankan segala yang terbaik hasil dorongan hati yang baik? Ke manakah kita luangkan masa, usia, tenaga, harta kita yang terbaik? Untuk kebaikan yang disuruh oleh Allah atau ke arah kejahatan yang dilarang-Nya? Tepuk dada tanyalah hati, apakah ada cinta yang mendalam di dalam hati itu?
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu". Riwayat Muslim
Pengabdian kita kepada Tuhan adalah bukti cinta kepada-nya. Pepatah Arab mengatakan:"Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintanya."

Maksudnya, pengabdian adalah umpama ‘hadiah' yang kita ingin berikan kepada Allah sebagai bukti cinta kita. Ia mesti didorong oleh hati yang bersih. Tidak dicemari riyak dan syirik. Maha suci Allah daripada dipersekutukan oleh hamba-Nya dengan sesuatu. Jika amal itu dicemari oleh kekotoran hati - riyak (syirik kecil), sifat menunjuk-nunjuk, syirik besar - mempersekutukan Allah) maka amalan itu tidak bernilai walaupun ia seluas lautan atau setinggi gunung.
Sebaliknya, jika hati seseorang itu ikhlas, amalnya yang sekecil manapun akan menjadi besar dan bernilai di sisi Allah. Insya-Allah, ‘hadiah' itu akan diterima oleh Allah.
Firman Allah: "Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dengan amalannya itu." Surah Al-Kahfi: 110
Hakikatnya Allah Maha Kaya dan DIA tidak mengkehendaki apa jua manfaat daripada hamba-hamba-Nya sekalipun amalan dan kebaikan yang mereka lakukan. Maha Suci Allah daripada bersifat miskin - punya keinginan untuk mendapat manfaat daripada para hamba-Nya. Amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia bukan untuk Allah tetapi manfaat itu kembali kepada manusia semula.
Bila kita solat misalnya, solat itu manfaatnya akan dirasai oleh kita juga. Firman Allah:"Sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah daripada kemungkaran dan kejahatan." Surah Al-Ankabut: 45

Ya, solat akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Itulah manfaat solat. Itu amat berguna kepada diri manusia. Manusia yang baik akan dikasihi oleh manusia lain. Hidup yang selamat daripada kemungkaran dan kejahatan, adalah hidup yang tenang, aman dan bahagia.
Begitu juga apabila Allah menyuruh kita melakukan sesuatu atau melarang kita melakukannya, itu adalah kerana Allah ingin berikan kebaikan kepada kita bukan untuk-Nya. Inilah rasionalnya di sebalik pengharaman riba, arak, zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan lain-lain. Susah atau senangnya untuk manusia bukan untuk Allah. Tegasnya, jika patuh, manfaatnya untuk manusia. Jika engkar, mudaratnya juga untuk manusia.
Namun, walau sesukar mana sekalipun kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah, kita akan merasa mudah jika Allah sendiri memberi bantuan-Nya. Jika Allah sudah permudahkan, walaupun seberat mana sekalipun, kita akan mampu mengatasinya. Allah akan permudahkan kita dengan mengurniakan sifat sabar, istiqamah, syukur dan redha kepada-Nya. Lihatlah sejarah perjuangan para Rasul dan nabi serta sahabat-sahabat Rasulullah... kita akan tertanya-tanya mengapa mereka sanggup menderita, tersiksa bahkan terkorban nyawa untuk mendapat cinta Allah?
Renungilah betapa Sumayyah rela mengorbankan nyawanya. Begitu juga Mus'ab bin Umair, Hanzalah, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah ibnu Rawahah... mereka semuanya telah syahid di jalan Allah. Apakah itu susah buat mereka?

Mereka sangat menghayati apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW:
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan temukan DIA di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan dapat luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran." Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani, Ibnu Sunni, Ajiri dan Dhiya'agal
Mereka sesungguhnya merasa bahagia dalam mengharungi penderitaan, merasa mulia dengan mengorbankan nyawa. Ini semua mudah buat mereka kerana Allah telah melembutkan hati-hati mereka. Benarlah bila hendak seribu daya, bila mahu sejuta cara. Kemahuan dan keinginan mereka itu hakikat didorong oleh Allah. Untuk itu, mintalah simpati dari Allah untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-Nya.
Bagaimana memohon simpati daripada Allah? Tidak lain dengan cara berdoa kepada-Nya. Doa itu adalah senjata orang mukmin. Maksudnya, doa ialah alat atau ubat yang paling mustajab dan mujarab untuk mendapat hati yang lunak dengan Allah. Namun harus diingat, doa bukanlah usaha ‘pemberitahuan' kehendak-kehendak kita kepada Allah ( kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui), namun doa hakikatnya usaha ‘penyerahan' diri kita kepada-Nya.
Orang yang berdoa ialah orang yang mengakui segala sifat kehambaannya di hadapan kekuasaan Allah. Apakah sifat-sifat kehambaan itu? Antaranya, rasa lemah, hina, jahil, miskin, berdosa, hodoh dan segala sifat-sifat kekurangan. Berdoa ertinya kita menyerah pasrah kepada Allah. Kita nafikan segala kelebihan diri. Yang kita akui hanya sifat keagungan dan kebesaran Allah. Lalu kita inginkan hanya bantuan-Nya. Kita tagihkan simpati, kasihan dan keampunan-Nya sahaja.
Hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah kita akan memperolehi kekuatan. Hanya dengan mengaku miskin di hadapan Allah kita akan dikayaka-Nya. Tegasnya, hanya dengan merasai segala sifat kehambaan barulah kita akan mendapat kekuatan, kemuliaan dan kelebihan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.
Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?
Itulah hakikatnya syukur - pada lidah, hati dan amalan. Syukur dengan lidah, mengucapkan tahmid (pujian) kepada Allah. Syukur dengan hati, merasakan segala nikmat hakikatnya daripada Allah bukan daripada usaha atau ikhktiar diri kita. Tadbir kita tidak punya apa-apa kesan berbanding takdir Allah. Dan akhirnya syukur dengan tindakan, yakni menggunakan segala nikmat daripada Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu.
Jika Allah berikan harta, kita gunakan ke arah kebaikan dan kebajikan. Jika diberi ilmu, kita mengajar orang lain. Diberi kuasa, kita memimpin dengan adil dan saksama! Syukur itulah tujuan utama kita dikurniakan nikmat. Ertinya, kita kembalikan nikmat kepada yang Empunya nikmat (Allah).

ANTARA RAJAK (HARAPAN) DAN KHAUF (KEBIMBANGAN)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.
Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya.
Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.
Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.
Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.
Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.
Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Allah akan mengikut menurut sangkaan kita.
Menyorot kehidupan sekarang, seolah-olah manusia sudah hilang perasaan khauf. Kebanyakannya lalai dan leka dari menunaikan tanggungjawab. Namun pada masa yang sama mengharapkan keampunan Allah. Harapan begini hanya angan-angan kosong tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.
Oleh itu sama-samalah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya kita tidak terdorong kepada perilaku yang terlalu rajak. Sebaliknya tanamkan perasaan khauf dalam diri kita supaya di akhir nafas kita nanti Allah permudahkan untuk kita menaruh perasaan rajak. Semoga kita semua akan selamat di satu alam yang kekal dan abadi di dalam syurga yang penuh kemanisan dan kenikmatan.

ANTARA 'BASYIR' (BERITA GEMBIRA) DAN 'NAZIR' (BERITA AMARAN)

Setiap Rasul diutuskan sebagai pembawa berita gembira (basyir) dan pemberi peringatan (nazir) kepada manusia. Menyampaikan berita gembira kepada mereka yang taat melakukan ibadat dan memberi peringatan dan amaran kepada mereka yang melanggar perintah Allah. Ini jelas diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran Surah Fathir: 24.
Sebagai perutusan Allah, para Rasul mempunyai kebijaksaan dalam berdakwah bagi menangani kerenah masyarakat pada zaman itu. Mereka bijak menggunakan sama ada pendekatan 'basyir' atau 'nazir' terhadap orang yang mereka seru.
Kepada mereka yang terlalu 'khauf' dan kuat melakukan ibadat kerana takut kepada azab Allah, para Rasul memberikan berita gembira tentang syurga dan keseronokannya. Dengan cara ini, mereka berasa tenang, gembira dan tidak terlalu khauf tentang azab Allah. Para rasul adalah pakar motivasi dan kaunselor yang memberikan ketenangan jiwa kepada umatnya.
Sebaliknya kepada mereka yang ingkar dan kufur kepada Allah, para Rasul memilih pendekatan 'nazir' iaitu menyampaikan berita seksa dan pembalasan azab yang amat sangat di neraka. Dengan cara ini, mereka akan mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan betapa pedihnya azab Allah jika amalan itu diteruskan. Akibatnya mereka akan bertaubat dan mula mentaati Allah.
Sungguhpun begitu adakalanya Rasul menggunakan kombinasi 'basyir' dan 'nazir' bergantung kepada keadaan orang yang didakwah.
Demikianlah contoh teladan yang ditunjukkan oleh para rasul ketika berdakwah. Mereka yang terlalu 'khauf' digembirakan dengan berita syurga dan yang terlalu 'rajak' diancam dengan berita neraka. Begitu juga tentang hukuman bagi pesalah dirujuk pada Al-Quran tanpa memilih kasih. Masyarakat sekarang dilanda pelbagai penyakit sosial. Mereka perlu diberi rawatan dengan resepi perubatan yang mujarrab sesuai dengan penyakit yang diidap. Kenapa penyakit masyarakat semakin menjadi walaupun pelbagai pendidikan dan program 'Rakan Muda' diperkenalkan.

Jawapannya adalah kerana penyakit lain ubat yang diberi pula lain. Tegasnya, lain sakit lain pula ubatnya. Untuk mengubati penyakit, kita perlu mengetahui puncanya. Punca penyakit masyarakat masa kini ialah hilangnya perasaan khauf dan meluasnya perasaan rajak di dalam jiwa.
Berdasarkan huraian di atas, penyampaian bagaimanakah agaknya yang sesuai untuk golongan tersebut? Jawapan anda tepat iaitu dengan memberikan ancaman dan amaran tentang balasan dan azab yang bakal diterima di neraka. Pendekatan 'bashir' tidak sesuai bagi mereka.
Dalam Islam tiada kompromi tentang hukuman dan hudud. Hukum-hakam dalam Islam tidak berubah walaupun masa telah berubah. Hukuman berzina, mencuri misalnya tetap sama seperti hukuman yang dikenakan semasa zaman Nabi. Agama Islam telah lengkap dan tak perlu diubahsuai atau ditokok tambah. Demikian besarnya peranan yang perlu dimainkan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing dewasa ini. Sekiranya pelaksanaan hukum dan hudud diperkenalkan selama ini, sudah tentu masalah sosial seperti yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku.

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Aku Salah Aku

Menjadi lumrah kehidupan manusia bahawa mereka akan bertelingkah dan menyalahkan sesama sendiri. Namun begitu, terdetikkah di hati kita bahawa pada suatu hari nanti, manusia akan bertelingkah dan menyalahkan batang tubuh mereka sendiri? Suadah tentu kenyataan ini nampak aneh bunyinya. Akan tetapi tanpa kita sedari,terdapat beberapa firman Allah swt dan hadis baginda saw yang menyatakan hal ini.
Firman Allah; “Pada hari ini(hari kiamat),kami tutup mulut mereka dan kami izinkan kedua-dua tangan mereka dan kaki mereka akan menjadi saksi terhadap apa yang mereka lakukan.”(Yasin:65)
Manakala di dalam surah an Nur, Allah berfirman; “Pada hari(ketika) lidah, kedua-dua tangan mereka dan kaki-kaki mereka menjadi saksi ke atas setiap yang mereka lakukan.” (an Nur:24)
Kedua-dua ayat di atas merupakan bukti perbicaraan agung yang akan diadakan di Mahkamah Tinggi Akhirat yang akan dihakimi oleh Allah Rabbul Jalil. Hakim yang maha adil. Tiada terkecuali dari pengetahuan-Nya walau sekerdip dari pandangan mata.
Pada hari itu juga, semua anggota yang ada pada tubuh badan mereka seperti tangan, kaki dan mulut mereka menjadi saksi atas semua perlakuan mereka sewaktu hidup di muka bumi Allah. Lidah akan memberitahu kepada Allah bahawa tuannya selalu menuturkan ucapan yang kotor,berdusta, mengumpat dan menyebarkan fitnah. Tidak cukup dengan itu, datang pula tangan memberitahu kepada Allah apa yang diperlakukan tuannya dengan nikmat itu. Kemudian kaki mengambil peranan menjadi saksi di hadapan Allah.
Cuba bayangkan apabila semua anggota tubuh kita menjadi saksi di akhirat kelak. Mereka akan mendedahkan semua perbuatan kita di hadapan Allah. Perbicaraan yang menjadi tontonan semua manusia semenjak zaman nabi Adam as. Bayangkan, ibu bapa kita, kawan-kawan kita dan semua orang akan mengetahui semua perbuatan kita. Mungkin di dunia ini, kita masih boleh berdalih dan bersembunyi apabila melakukan sesuatu kejahatan. Namun, pada hari itu tidak ada dalih lagi, semuanya akan didedahkan.

Sahabat sekalian, jom kita semua bermuhasabah sejenak. Sepanjang hidup di dunia ini, apa yang telah kita buat. Lidah, tangan, telinga, kaki dan semua anggota pada tubuh kita. Ingatlah, semua ini akan menjadi saksi kepada kita di akhirat kelak. Anggota tubuh tidak akan khianat kepada diri sendiri, mereka akan bersikap jujur di hadapan Allah swt. Kejujuran mereka itu hanya akan memberi keuntungan kepada orang yang mengerjakan amal soleh. Sebaliknya, bagi kita yang mengerjakan kejahatan, kita bukan sahaja tidak mendapat manfaat daripada anggota tubuh kita sendiri. Bahkan kitaakan mendapat balasan azab seksa daripada Allah swt.

Tidak timbul soal khianat atau kasihan kepada diri kerana anggota tubuh kita akan bercakap benar walaupun terpaksa memecahkan tembelang di hadapan Allah. Orang yang merasa malang terhadap pengakuan anggota tubuhnya sendiri hanyalah ahli maksiat yang banyak dosa. Justeru, kita menyumpah dan mengherdik tubuh kita sendiri dengan berkata;“Pergi jahanam wahai anggota yang tidak mengenang budi.
Aku bekerja keras memerah keringat untuk mendapatkan rezeki untuk memelihara anggota tubuh supaya menjadi segar, sihat dan tidak dihidapi sebarang penyakit. Inikah balasanmu setelah segala kebaikan kulakukan untuk menjagamu?”Sesungguhnya tiada yang boleh dimarahi melainkan diri kita sendiri.

Aku dan Kau berbeza

LELAKI
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu,

JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Kenapa Menolak Sedangkan Dia Memberi?

Bismillah... Selawat dan salam keatas junjungan besar, Muhammad Rasulullah... Maksud firman Allah S.W.T :
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Az-Zumar : 53

Siapa yang sentiasa menolak dan siapa pula yang sentiasa memberi? Mahu saya ertikan disini sang memberi itulah Allah dan sang penolak itulah manusia. Angkuh sungguh bukan sang penolak itu, angkuh? Kenapa angkuh pula? Sedangkan apa yang diberi dan apa yang ditolak itupun saya belum jelaskan. Sabar. Jangan menghukum tanpa ilmu, jangan menyerang sebelum menerang. Izinkan. Setiap yang bergelar manusia pastinya tidak mungkin melarikan diri dari suatu hakikat, KESILAPAN!

Mana mungkin kita tidak tersilap, mana mungkin kita tidak terlupa, sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri memungkinkan diri baginda tersilap, apatah lagi kita insan biasa yang cacamarba ini.Ah, tentu sekali sehari hari bergelumang dengan kesilapan, besar atau kecil sama saja kelakuannya, si kecil dengan kesilapan kecilnya si besar dengan kesilapan besarnya, begitulah selanjutnya. Beruntai untai kesalahan dan kesilapan. Mahu menghitung? Silakan... Apa pula jadinya dengan MENOLAK dan MEMBERI tadi?

Begini lanjutannya. Pasti pernah bukan, setelah melakukan suatu kesilapan atau kesalahan. Terasa berat dan besarnya beban dosa yang dipikul bagai memikul dunia seisinya, pernah rasa begitu? Pernah terasa kesilapan yang dilakukan bagai tiada sudahnya?Bagai memikul satu junjungan dosa di atas kepala dan ditayang-tayang pula kepada semua. Semua melihat kejelikan kita. SEMUA!Atau pernah menangis pada zahirnya diikuti tangis hati pula, menyalah-nyalahkan diri atas kelemahan sendiri. Menyendiri, sendirian merintih sayu, tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat berpaut, tiada lagi tempatku di dunia. Mahu kemana? Terjun bangunan 44 tingkat? Silakan. Jika sudah bosan membaca. QURRA' sekalian.

Pernah atau tidak merasa begitu? Atau tidak pernah? Tidak? Jika tidak jawapannya, maka silakan segera mencari 'RASA' itu kerana dengan 'RASA' itulah dapat menunjukkan kalian masih punya hati dan jiwa. Menunjukkan kalian masih dengan ayat-ayat NYA. Maksud firman Allah :
"Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." As-Shu'araa : 218 - 220

Begitu saja? Dengan punya rasa begitu sudah cukup? Merintih-rintih sendiri di balik pintu sambil menyalahkan diri? Membawa perasaan pilu seolah-olah tiada siapa yang mahu menjeling kearah kita. Apakah betul dengan punya rasa begitu kita sudah cukup untuk dikira hambanya yang patuh?Kalau ditanya dengan kelakuan itu menunjukkan kalian masih punya rasa jawapannya ya! Tapi kalau begitu kelakuannya, kalian boleh digelar insan yang punya rasa dan sudah berputus asa... :)

Mungkin amat besar kesilapan dan kesalahan yang pernah kita kerjakan, mungkin juga kecil. Tetapi ingatlah teman yang saya kasihi dan ingatan kepada diri sendiri jua, jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah! DIA masih lagi tidak lekang dalam MEMBERI. Kenapa kita mahu MENOLAKnya? Rahmat dah kasihNya tidak pernah lekang untuk kita teman, cuma kita saja yang seringkali menolak dan terus menolak.Alangkah rugi menolak anugerah. Sebesar mana pun kesilapan dan kesalahan, ingatlah DIA masih lagi tidak lokek dalam MEMBERI.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya." HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah Alangkah manisnya bait-bait kata itu, tidakkah QURRA' sekalian dapat merasa akan kemanisan itu. Alangkah bersifat MEMBERI-nya sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Adakah kita tidak sudi mendapatkan pemberian dariNya? Mahu apa? Keampunan, kesejahteraan? Hadapkanlah sepenuh pengharapan dan keyakinan kepadaNya wahai teman! insyaAllah... Maksud firman Allah SWT :

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu." Ghafir : 60 Janganlah terlalu terbawa bawa kesedihan dan duka lara itu, bergembiralah dengan janji Allah, yakinlah, pohonlah padaNya. Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya kerana itu perbuatan sia2 membawa murka. Jangan begitu QURRA' sekalian, mengapa mahu MENOLAK sedangkan DIA MEMBERI?

Kesedihan yang datang itu pastinya kerana melengkapi fitrah sebagai manusia yang masih punya rasa, tetapi jangan jadikan ia sebagai ratapan rutin yang sia-sia. Kuatkan dan tabahkan diri, NurNya ada dimana mana. Segelap mana pun bahagian diri ini pasti NurNya akan menyinggahi diri selagi masih ada mahu memperolehnya. Jangan biarkan diri menjadi sang putus asa yang tidak punya rasa, tinggalkan duka lara itu dan pohonlah padaNya dengan keyakinan yang teguh. Pasakkan betul keimanan nan utuh agar tidak lagi terumbang ambing di ulit ombak perasaan.

Maksud firman Allah SWT :
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Az-Zumar : 53 Teruskan meminta, sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba-hambaNya bahkan murka kepada si hamba yang tidak mahu meminta, sedarlah hakikat diri sebagai hamba dan sedarlah hakikat Yang Maha Kuasa itu punya sifat MEMBERI yang tiada tolok bandingnya. Usah lagi meratap kesalahan dan kesilapan sampai membawa mudarat diri, bangkitlah menuju fasa baru kehidupan yang lebih bermakna.

Usah MENOLAK lagi! Sujud dan pohonlah kepadaNya. Pasti DIA MEMBERI!

wallahu'alam

Friday, October 5, 2012

cantikkah aku???

Cantikkah aku andai AURATku terbuka untuk disantap oleh mata
yang bakal membawa ALLAH murka

Cantikkah aku andai MARUAHku tidak terjaga lalu senang di kata-
kata oleh mulut mereka yang suka mengata

Cantikkah aku andai AKHLAKku tidak terpelihara mudah saja
dicanang dijadikan tajuk utama cerita

Cantikah aku andai AGAMAku tidak terguna lalu mudah saja aku
alpa dek kerana tipuan dunia

Wahai MUSLIMAH,peliharalah AURATMU,MARUAHMU,AKHLAKMU & AGAMAMU agar kamu beroleh PAHALA & KEREDHAAN ALLAH kerana seindah2 perhiasan adalah WANITA SOLEHAH..Sungguh bahagia MUSLIMAH yang telah menemukan CINTA SEJATINYA.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh MUSLIMAH yg berhati mulia yang bibirnya basah akan CINTA kepada RABB-NYA ^_^

nasihat buat teman

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam
InsyaAllah...
Sahabat,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran2 ALLAH
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera,
Jika pernah hatimu terluka,
luhkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringilah lenaku dengan kalungan doa....

Berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya.

lelaki pilihan Allah

Lelaki Pilihan Allah,
ialah lelaki yang beriman,
Yang hatinya bersalut rasa takqwa,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam ,
Yang sentiasa dahagakan ilmu,
Yang haus akan pahala,

Di mana solat adalah maruah dirinya,
yang tidak pernah takut berkata benar,
yang tidak gentar melawan nafsu
yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan ALlah,

Lelaki Pilihan Allah ,
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
yang tidak megah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang tidak angkuh dengan harta yang dicarinya,
yang sentiasa membuat kebajikan kerana hatinya yang penyayang.

Lelaki pilihan Allah..
Sentiasa sedia untuk menjadi imam,
yang masjid dijadikan rumahnya
Yang hidup dibawah naugan Al-Quran
serta sentiasa mencontohi Rasulullah,
yang boleh dibawa berbicang dan berbicara,
yang menjaga matnya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran

Lelaki Pilihan Allah...
Adalah lelaki yang tidak pernah membazir masa,
matanya penat kerana membaca,
suaranya lesu kerana berzikir dan mengingati Allah,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunya pada subuh dengan penuh kecerdasan,
usia bertambah selari dengan kematangan

Lelaki pilihan Allah,
sentiasa mengingati mati,
yang baginya dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian ,

Lelaki pilihan Allah...
adalah yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana mengimpikan syurga
dan merindui redha Illahi
kerana itulah matlamat akhirnya.....

Muntakhab Ahadith

jom menjadi hamba

Bismillahirrahmanirrahiim..

Saat seorang hamba ALLAH berjaya bangkit dari lenanya,
waktu itu masih sunyi sepi kerana kebanyakannya masih LENA beristirahat..
Bangunnya dengan penuh SYUKUR kepada ALLAH kerana hari ini DIA masih diberi peluang
untuk memperbaiki 'amalan dirinya agar menjadi HAMBA dan khalifah ALLAH yang lebih BAIK..

Untuk membuktikan rasa syukurnya, DIA menepis kehendak nafsunya untuk terus LENA dengan membersihkan diri lantas berwudhu'..Paginya dimulakan dengan bertahajjud bersujud kepada ALLAH..segala pengaduan dan HAJAT diajukan kepada yang Maha Mendengar dan Maha Pemurah..kepada ALLAH dipohonkan agar ALLAH memudahkan segala urusan HIDUP sepanjang hari itu dan hari-hari seterusnya..

Jelesnya melihat orang yang mampu istiqomah dengan bangun MALAM dan bertahajjud..
Teringat tazkirah seorang ustaz, katanya kita tidak perlu bangun seawal jam 3pagi untuk bertahajjud..Untuk permulaan, mulakan dengan bangun awal sebelum masuknya waktu subuh, dan kerjakanlah solat tahajjud walaupun hanya dengan dua raka'at..Itu lebih MUDAH untuk istiqomah..

Sementara menanti masuknya waktu SUBUH, hamba ALLAH itu berzikir menyebut-nyebut nama ALLAH..Al-QURAN dibaca sambil menunggu laungan AZAN berkumandang..Saat masuknya waktu, solat sunat subuh dilaksanakan dituruti dengan solat subuh di AWAL waktu..Wah, jelesnya..

Selesai menunaikan kefardhuan, hamba ALLAH yang merindukan kasih Pencipta-NYA meneruskan paginya dengan Mathurat..Oh, terisinya waktu paginya..Saat insan lain masih dibuai MIMPI, hamba ini sudah selesai menunaikan kefardhuannya beserta 'amalan SUNAT yang lain..

Berpagi-pagian hamba ALLAH ini dengan mengecewakan kehendak nafsunya untuk tidur selepas SUBUH dengan melakukan perkara-perkara BERFAEDAH..Dia asyik menyelesaikan segala tugasan yang ada sambil jiwanya sedang menantikan waktu dhuha..Setiap hari, solat dhuha ditunaikan seolah-olah ianya adalah solat wajib..Jiwanya dihantui rasa bersalah andai meninggalkannya tanpa sebarang sebab yang munasabah..
Em, jelesnya tengok orang berusaha mencari masa untuk solat sunat dhuha..Sanggup mengisi waktu rehat semasa kuliah untuk pergi ke musolla dan bersolat..Sangat terkesan melihat masih ada hamba ALLAH yang bersungguh-sungguh meng'amalkannya..

Mungkin hari ini kita bukanlah seperti hamba ALLAH yang benar-benar BERSYUKUR dengan waktu pagi yang ALLAH telah rezekikan..
Andai hari esok masih milik kita, sudah tentu kita juga boleh berpagi-pagian seperti hamba ALLAH ini..
Ya, saya memang jeles melihat insan-insan disekeliling saya yang sangat bersungguh-sungguh menjaga 'amalannya dengan ALLAH..Tetapi saya BERSYUKUR kerana dikelilingi insan2 seperti mereka yg punya hati yang sangat rindukan kasih sayang dan rahmat ALLAH..Saya ingin jadi seperti mereka, saya mahu berpagi-pagian seperti mereka..Keindahan apa lagi yang diperlukan andai setiap hari kita mampu mulakan paginya dengan BERSYUKUR memuji ALLAH dan bertahajjud kepadaNYA..Pasti sepanjang hari terasa diberkati ALLAH yang Maha Memelihara...


Moga ALLAH memberikanku dan kita SEMUA kekuatan untuk MENGAMALKANNYA secara ISTIQOMAH...Amin ya RABB.. ♥

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background