SaLAM PeRsAuDaRaAn

Saturday, June 30, 2012

inilah sebuah pengembaraan

Kita umpama naik sebuah kapal kemudian singgah di sebuah pulau. kita singgah di pulau adalah untuk mencari bekalan sebanyaknya,Tetapi apabila sampai di pulau tersebut ada 3 golongan :

>> 1- Terpesona dgn pulau lalu lupa mencari bekalan, sedar2 terpaksa naik kapal dalam keadaan tidak ada bekalan.Inilah orang rugi.

>> 2- Terpesona dgn keindahan pulau,kemudian tersedar lalu mencari bekalan, maka dibawa setakat yang ada. Boleh jadi dia rugi, boleh jadi dia untung.

>> 3- Tidak terpesona lalu mencari bekalan sebanyaknya, maka inilah orang beruntung.

Carilah bekalan taqwa di tempat persinggahan ini..

SAYANG BERTUTUP ITU INDAH, TUDUNG ITU UMPAMA PAYUNG.

~✿..Panas di dunia, panas lagi di akhirat nanti..TUDUNG ini umpama PAYUNG yang MELINDUNGI kita daripada KEPANASAN yang berjuta-juta kali ganda di akhirat nanti..✿~

>>> PESAN SAYA pada sahabat muslimah sekalian :
HARGAILAH DIRI kita dan TUNTUTLAH ilmu islam dengan sebaiknya kerana ia adalah tuntutan yang WAJIB bagi seorang islam..jika kita ingin mencari REDHA Ilahi, maka LAKSANAKANLAH apa yang telah diperintahkanNya tanpa mempersoalkan kembali apa yang telah Allah perintahkan serta meninggalkan segala laranganNya..ingatlah, kita merupakan GOLONGAN paling ramai yang memasuki NERAKA..tidak berasa malukah kita semua? tidak berasa takutkah kita dengan azab Allah? Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..malulah kita semua muslimah, malulah..♥♥

JANGAN MEMPERSOALKAN apa yang telah Allah NOKTAHKAN dan apa yang telah Allah perintahkan kerana di sebalik suruhan Allah itu terselit HIKMAH dan KEBAIKANNYA andai kita dapat memahami dan menyedari..bukankah suruhan Allah itu menandakan Allah SAYANGKAN kita, ayuh..bangkitlah dari lena panjang, sedarilah bahawa permainan dunia MEMERANGKAP kita..menghantar kita ke lembah neraka yang hina..♥♥

gadis solehah

Gadis solehah itu
Itu cantik,
Walaupun sering kali hatinya diusik,
Oleh pemuda yang kurang terdidik,
Tubuhnya tidak mudah melentik,
Hatinya cekal mindanya cerdik,
Berwaspada terhadap bahaya syirik,
Mulutnya menidakkan budaya munafik,
Sopan santunnya mempersona bersulamkan islamik,
Tidak jemu bergelar dai’e imannya menaik...

Gadis solehah itu
Ada saja orang yang dengki,
Diadunya kepada Ilahi,
Pinta agar dilembutkan hati,
Dia bukan peminta tetapi pemberi,
Dia dilahirkan insan yang berluhur budi,
Melalui corakkan akhlaknya berseni,
Lagaknya searus masyrakat hadhari,
Bicaranya umpama sebuah simfoni,
Akalnya suci hujahnya madani,
Tegasnya sebagai pematang peribadi,
Ilmunya dicari bukan sekadar menanti,
Disaat dunia runtuh dihumban modenisasi
Gadis solehah itu saksi seorang penyeri...

Wednesday, June 27, 2012

BUAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM, PEJUANG-PEJUANG KEBENARAN :

~ MISKIN dan PAPA itu tradisi orang berjuang..hidup mengembara (ghuraba) itu resmi perjuangan..pejuang TIDAK PERNAH JEMU berkelana, merantau ke sana ke sini, demi menyebarkan DAKWAH Ilahi..nun di sana, SYURGA sedang menanti..

~ Apa ada pada rumah kamu, sehingga membuatkan kamu "SAYANG" untuk keluar darinya? Sedang rumah pejuang itu di mana-mana ketemu, BUKAN hanya satu..di mana pejuang berteduh, di situlah rumah ditubuh..SEMENTARA kerana bagi mereka, RUMAH ABADINYA hanyalah di syurga..

~ JANGANLAH TAKUT jika waktu tidurmu terganggu kerana urusan dakwah ini..JANGANLAH KECEWA jika masa lapangmu diisi dengan tarbiyyah rabbani..bukanlah kamu telah BERIKRAR SETIA dengan jual beli Ilahi? REHATMU di syurga, istirehat abadi..

~ Sememangnya BERJUANG ITU PAHIT, PERIT dan SAKIT..mengapa? Kerana syurga itu manis..bukan SEDIKIT MAHAR yang perlu DIBAYAR untuk mendapatkannya..bahkan, bukan SEDIKIT PEDIH yang ditagihnya..adakah kamu sudah BERSEDIA?

--> Berjuang itu ertinya TERKORBAN..merelakan dirimu DIHINA kerana KEBENARAN..bagimu hanya dibentangkan dua pilihan, MENUNGGU SYAHID atau KEMENANGAN..BERSABARLAH, Allah sedang melihat setiap PENGORBANANMU.. (:

---> Sekiranya kamu ingin BERJUANG kerana Allah, bawalah daku..pimpinlah daku bersama-sama..kerana diri ini terlalu MENGHARAPKAN sesuatu yang TERINDAH buat Ilahi..syahid atau kemenangan buat ISLAM.. (:

wanita yang sederhana

Indahnya jika dapat jadi WANITA YANG SEDERHANA yang BELAJAR mencintai Allah, belajar mencintai Rasulullah, dan belajar mencintai akhirat..ditambah lagi jika ada "PENDAMPING" yang sama-sama belajar untuk MEMPERBAIKI DIRI, menjadi terindah dan sangat TERINDAH pada pandangan Ilahi, subhanAllah....

---> Ya Allah..IZINKAN aku, izinkanlah aku jadi wanita sederhana..yang MENCINTAI AKHIRAT, kabulkanlah..amin ya Allah, amin.. (secara tak langsung anda jugak telah mendoakan) moga dimakbulkan (:

Bila berjalan seorang diri, TERSENYUM DI HATI..terasa indah kerana ada yang sedang "MEMERHATI" diri ini iaitu PENCIPTAKU, Maha Cinta.. (:
ketika tawa datang menjelma.. ingatlah itu adalah penawar duka dari-Nya setelah bertahun atau sesaat air mata kita menitis.. betapa besar keagungan-Nya kerna menyayangi kita walaupun kadang-kadang ujian yang menimpa diri kita mencaci dan menghina takdir itu.. indahnya sebuah pelayaran menuju akhirat jika sentiasa berada di naungan rahmat-Nya...

Harga diri wanita ....
Terletak pada sifat malunya ...
Malunya kepada ALLAH ...
Malunya untuk melakukan dosa ...

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

10 Mawar Impian

10 Mawar Impian

Adakah anda seseorang yang mengimpikan sekuntum bunga mawar yang segar, berbau harum dan berseri menawan di setiap hati manusia? Jika anda inginkan bunga yang penuh seri tersebut, sila tatapi senarai 10 mawar impian yang sepatutnya di miliki oleh setiap insan bernama manusia.

Mawar Pertama :

Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristigfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepada-Nya.

Mawar Kedua :

Cintailah orang-orang yang lemah, pasti kau mendapat kebahagiaan. Berilah kepada orang-orang yang memerlukan, pasti kau mendapatkan kepuasan. Dan tahanlah marahmu, pasti kau mendapat kemaafan.

Mawar Ketiga:

Bersikaplah optimis, kerana Allah selalu bersamamu, para malaikat selalu memohon keampunan untukmu, dan syurga pun selalu menantimu.

Mawar Keempat:

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima:

Jangan sekali-kali beranggapan bahawa dunia ini sempurna atas diri seseorang, kerana tidak seorangpun di dunia ini yang boleh meraih segala yang diinginkan, dan tidak ada seseorang yang terlepas� dari kekurangan sedikitpun.

Mawar Keenam:

Jadilah seperti pohon kurma yang memiliki kemahuan keras dan jauh dari gangguan. Bila ia dilempar dengan batu, ia justru menjatuhkan buahnya yang segar.

Mawar Ketujuh:

Pernahkan kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah.

Mawar Kelapan:

Jangan mengharapkan datangnya ujian dan fitnah, tapi berharaplah datangnya ketenteraman, keselamatan, dan kesihatan dengan izin Allah.

Mawar Kesembilan :

Padamkanlah api kebencian dari dadamu dengan memberi maaf kepada setiap orang yang berbuat jahat kepadamu.

Mawar Kesepuluh :

Mandi, berwudhu, memakai wangi-wangian, dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

(Dari Buku Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia. Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni. M.A)
....Wahai kaum adam..tidak usah diharapkan wanita berpurdah, bertudung bulat untuk menjadi isterimu, di matamu mereka sempurna, tanpa ada sedikit pun cela...
namun, pandanglah juga wanita yang pada PANDANGANMU BIASA, jadikan mereka wanita yang hebat, sesungguhnya di dalam diri setiap wanita itu ada 'SOLEHAHNYA'....

---> Yang tersembunyi tu MAHAL HARGANYA..namun yang tidak tersembunyi juga BUKAN MURAH..♥♥

AKU NAK BERUBAH TAPI AKU MALU..

..Tatkala hati TERKESAN dengan perbuatan DOSA yang dilakukan, itu bukti tandanya IMAN masih ada..PENYESALAN itu salah satu daripada PERINGKAT TAUBAT..

Buat diri yang rindu akan KEBAIKAN, apakah saat Al
lah mendatangkan penyesalan di hatimu, kamu mahu MELEPASKAN PELUANG ini? Apakah pada saat Allah MEMBUKA jalan taubat buatmu, kamu memilih untuk semakin MENJAUH daripadaNya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana MALU dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu TERLALU KOTOR dan TIDAK LAYAK untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun..USAH PEDULIKAN pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia MENUNGGUMU untuk sujud kepadaNya bersama air mata taubat seorang hamba..

“Rabbana fa’firlana dzunubanaa wakafir ‘anna sayyi-atinaa wa tawaffanaa ma’al-abrar”
♥♥ (Ya Tuhan kami! AMPUNILAH dosa-dosa kami dan HAPUSKANLAH kesalahan-kesalahan kami, serta WAFATKANLAH kami dengan nilai amal yang sama dengan orang-orang yang berbakti.)♥♥

MENCARI SEORANG IMAM...


Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.


Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah............

duhai solehahku

.Para MUSLIMAH penggegar dunia..tubuh kalian itu walaupun mungkin nampak LEMAH, tapi janganlah DIKORBANKAN MARUAH pada LELAKI yang "MEMBELI" dirimu dengan HARGA YANG MURAH..yang MELAMARMU melalu FACEBOOK, EMEL dan SMS..

Tidakkah kalian me
lihat mereka MERENDAH-RENDAHKAN kalian?

---> Janganlah mudah TERTARIK dengan KEBAIKAN yang terselindung, kalian belum benar-benar kenal yang terselindung..lelaki begini hanya melamarmu ke NERAKA, bukan ingin MEMIMPINMU ke SYURGA..

Allahurabbi

..Saat TERSEDAR diri berbuat dosa..saat terasa diri MENJAUH dari yang Esa..BANGKITLAH, buang debu-debu KEMALASAN pada dirimu, kamu masih punya masa..sahut CINTA Allah itu wahai sahabatku, jangan biarkan rasa itu PERGI bagai angin lalu..mohonlah KEAMPUNAN bagi dosa-dosamu..

---> Sungguh, RAHMAT Allah lebih LUAS dari murkaNya..sungguh, PINTU TAUBAT itu terbuka luas untuk hambaNya..sungguh, walau sebanyak manapun dosa..Allah tidak pernah menjauh dari kita.. Allah tidak pernah berhenti beri nikmatNya..malah setia MENANTI kita kembali padaNya..tapi kita? apa yang kita BERI padaNya? Allah.. Allah.. Allah ...

kesedihan

Mana mungkin KESEDIHAN hadir tanpa sebab..kamu MEMBOHONGI diri bila
berkata :

“saya sedih TANPA sebab.”

“sebab”nya ada..
“sebab” yang cuma kamu tahu..
“sebab” yang kamu sembunyikan, kamu nafikan..petanda bahawa kamu masih BELUM KUAT menerima segalanya..

---> Mungkin kerana sesuatu yang belum kamu LEPASKAN dengan IKHLAS dan jujur..mungkin kerana sesuatu yang belum kamu TERIMA dengan REDHA dan lapang dada, namum..percayalah pada Allah..percaya sungguh-sungguh, jangan ragu-ragu, jangan berprasangka..yakinlah dengan sepenuh hati..ketentuanNYA pasti yang TERBAIK..semoga itu membuat kamu BERLAPANG DADA dengan ketentuanNYA..

kerana dia gadis bertudung

Di sebuah restoran mahal..seorang gadis bertudung makan seorang diri, tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : “Gadis kampung mana pulak datang res
toran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu…ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfukan..”

Seorang anak muda pulak menyampuk: “Ish…muka cantik tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia, kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan, nak jaga badan….”

Seorang lagi berkata : “Eww..tengok tu…sampai menjilat jari dowh..geli aku, pengotor rupanya awek ni…”. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu…

Lelaki itu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna TANGAN kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung..
♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk MEMBAZIR, bukan kerana dia tidak malu. .
♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, BUKAN kerana dia pengotor..

---> Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MENGHIDUPKAN SUNNAHKU, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam SYURGA."
(Riwayat Anas ra.)

ketahuilah

Bila dirimu menjerit, manusia jadi PEKAK? Bila dirimu tulis, manusia jadi BUTA? Orang jahil TIADA KEDUDUKAN, orang bodoh tiada tempat..bukan dunia kita lagi, di mana mahu kita MULA KEMBALI?

"Aku mampu BERHUJAH dengan sepuluh orang yang ber
ilmu..tetapi aku pasti akan KALAH berhujah dengan seorang yang JAHIL kerana orang yang jahil TIDAK PERNAH FAHAM LANDASAN ILMU.."
(Imam Syafie)

---> Doakanlah moga kita bukan dalam kalangan yang TIDUR, lalu BERMIMPI SEPI, tanpa REALITI..lalu, tidak terpilih dalam generasi yang BANGKIT..terus MUNDUR dan terus TERSUNGKUR..

teruskan berjihad

...Teruslah berbuat baik, BERKATA BAIK, memberi NASIHAT yang baik..walaupun TIDAK RAMAI orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain..tanpa sedar kamu MEMBUKA PINTU HATI mereka untuk LEBIH DEKAT dengan Allah..tanpa sedar kamu membawa mereka untuk BERUBAH demi Allah dan tanpa sedar, ada PAHALA yang mengalir hasil nasihat dan kata-katamu itu..

----> Jadilah seperti JANTUNG yang tidak terlihat tetapi TERUS BERDENYUT setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat..setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri..maka, BERUSAHALAH untuk menjadi yang TERBAIK pada pandangan PENCIPTAMU..

cinta??

~ Kata orang cinta itu INDAH..
ya, cinta itu memang indah tetapi hanya indah apabila kita mencintai dan dicintai seseorang HANYA KERANA ALLAH..

~ Kata orang cinta itu BUTA..

ya memang cinta itu buta tetapi hanya menjadi buta apabila kita mencintai dan dicintai seseorang itu BERLANDASKAN NAFSU..

~ Kata orang ada cinta yang KEKAL ABADI..
ya, memang ada cinta yang kekal abadi iaitu cinta kita kepada Allah yang Maha Esa..cinta yang tidak akan pernah hilang..

renungkan

orang yang paling rugi ialah orang yang membutakan mata di saat ilmu berada di depan mata..
orang yang paling berlagak adalah dipekakkan telinga bila mana nasihat ingin memasuki ..
orang yang paling teruk adalah orang yang mengunci mulut dari meminta pertolongan untuk membaiki diri sendiri ..
semua nya untuk diri sendiri tapi mengapa seringkali membiarkan diri itu masih terkontang kanting melawan nikmat dunia ..
so niat itu teruskanlah dengan berniat dengan segala kebaikan dan mulakan semua itu disaat ''lintasan hati itu terjadi ''
''tak usah lagi menunggu sesuatu yang tak pasti kerana ada something yg sedang memerhati untuk membawa kita pulang ...''

sabar.

Telus..
namun kadang ia tak tembus..ke dalam.
dan akhirnya meletus..pecah..

membuak-buak hingga tak tahu bagaimana..
untuk aku luah, kerana sudah berdarah....merah..

ingin aku serah,ia tak mudah..
ingin pasrah, namun aku rasa susah..

diam.
dalam tangis,
terkadang lebih indah..

"Segala puji Allah yang telah menghilangkan KESEDIHAN dari kami. Sungguh,
Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun, Maha mensyukuri."
(Surah Fathir, 35:34)

-->Allah sedang pujuk, sabar..dalam dan mengguris..bagai percikan api..TERIMA KASIH..

Tanda awal PERUBAHAN DAN KESOLEHAN seseorang :

Tanda awal PERUBAHAN DAN KESOLEHAN seseorang :

1) SOLAT di awal waktu..

2) Jika mendengar NASIHAT, segera menerimanya..
3) bersikap RENDAH HATI..
4) Senangnya BELAJAR dengan siapa pun..
5) Dengan SABAR memeriksa lawan bicara yang awam..
6) Selalu mengambil HIKMAH dari semua peristiwa yang dialami dan semua peristiwa yang terjadi..
7) SEMANGAT pada kebaikan..
8) Bicaranya MENYENANGKAN..
9) PEMAAF dan suka minta maaf (menyedari kesalahan)..
10) Kesibukannya asyik MEMPERBAIKI DIRI dan tidak tertarik membicarakan apalagi mencari AIB (kesalahan) orang lain..

---> Individu yang bersedia MENGUBAH DIRINYA adalah yang PALING BERSEDIA sebenarnya..

tarbiyah..

Pesan pada diri, jangan gentar hadapi ujian hidup..
Pesan pada hati, jangan berputus asa dengan rahmat Ilahi..
Pesan pada naluri, berhenti dari terus mengeluh dan kecewa..
Bukankah Allah itu sentiasa ada untuk kita..
Sentiasa bersama dalam duka dan tawa kita..
Dan DIA selalu hadir bersama orang² yang bertakwa..
Memperkukuhkan jalan hamba² yang berjuang di atas jalan-Nya..
KETAHUILAH.. bahawa Allah tidak akan sesekali meninggalkan kita..
Kecuali hanya kita sahaja yang seakan ingin meninggalkan DIA..
Bilamana saat kita melupakan DIA di kala lagha, di dalam leka
dan di waktu kita terkejar² nikmat dunia !

Monday, June 25, 2012

Nasihat: Perlu Ke?

Ada orang allergik dengan nasihat..
Ada orang pantang dinasihati.
Ada orang merasa diri sudah cukup baik dan tak perlukan nasihat.
Ada orang sangat memilih nasihat.
Ada juga yang membalas nasihat dengan memburuk-burukkan orang
yang memberi nasihat.
Tapi tak kurang juga yang menerima nasihat dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik. Sedia memberi kerjasama kepada diri sendiri untuk mengikhlaskan diri
menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari ke hari.

Tapi, untuk siapakah nasihat itu?
Nasihat untuk Allah;
Nasihat kepada manusia supaya beriman kepada Allah.
Nasihat kepada Kitab Allah; Bukanlah bermaksud kita perlu menasihati al-Quran.
Perlu menasihati dengan al-Quran. Macamana? Dengan membaca al-Quran.
Sebab apa pulak? Sebab Quran akan datang pada esok hari Kiamat
sebagai syafaat, penolong, pembantu bagi sesiapa yang membacanya.

Keduanya, dengan cara kita perelokkan bacaan kita dan sentiasa perbetul dan pertingkatkan mutu bacaan kita. Kenapa?
Kerana Nabi sollallahu 'alaihi wasallam sebut;
"bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak melagukan al-Quran.

Seterusnya kena fahami al-Quran.
Allah dah tanya kita dua kali dalam Quran; "apakah kamu tidak mentadabbur al-Quran?"
Lepas tu kena ajar pula al-Quran ni kepada orang lain. Kenapa?
Nabi dah sebut juga" Sebaik-baik kamu ialah siapa yang belajar al-Quran dan mengajar al-Quran" Ajarlah kepada generasi akan datang.
Jangan sampai kita tak mampu nak ajar anak kita sendiri tentang al-Quran.

Seterusnya amalkan segala apa suruhan dan larangan dalam Quran dalam segala aspek.
Tak kiralah aspek nikah kahwin, muamalat, ekonomi, perniagaan, perbankan,
pentadbiran dan semuanya. Kena kembali kepada al-Quran.

Ketiganya ialah nasihat kepada Rasulullah; Nasihat supaya mencintai Rasulullah.
Kalau kamu cinta kepada Allah, nasihatlah dan ikutlah jalan Nabi sollallahu 'alaihi wasallam.

Keempatnya nasihat kepada pemimpin-pemimpin Islam.
Semua perlu menasihati. Ulama lebih-lebih lagi perlu menasihati pemimpin.

Kelimanya; nasihat kepada semua manusia semuanya.
Sempurnakan hak semua manusia yang perlukan nasihat kita.

Inilah prinsip Islam yang mudah dan indah lagi.
Prinsip nasihat-menasihati.
Nasihat kepada semua orang dan jadikan ianya sebagai satu cara hidup.
Pasti sempurna hidup didunia ini kalau budaya nasihat menasihati ini hidup dan subur.
Semoga kita tidak terpengaruh dengan racun penjajah
yang menanamkan semangat ke'aku'an dan jangan jaga tepi kain orang.
Juga racun pecah dan perintah serta membesarkan semangat kebangsaan
lebih daripada cintakan Islam. Itu racun yang merosakkan hidup kita
dari kembali kepada cara hidup yang sebenar.

Apakah cara hidup yang sebenar?
Ianya memerlukan kita kepada agama. Apakah itu agama?
Ianya adalah suatu nasihat. Nasihat kepada siapa?
Kepada Allah, kitab Allah, Rasulullah, pemimpin-pemimpin Islam
dan seluruh manusia semuanya.

Semoga usaha yang kecil ini dilihat-Nya
sebagai menunaikan tanggungjawab seorang muslim
dalam menyampaikan nasihat walaupun sangat kecil dan terlalu ringkas.

copy paste dri fb

Ingatlah Wanita...!..

Apabila kamu berkawan dengan lelaki
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..
 Mudah diperoleh.. Diparut..
Diperah.. Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi.. Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan..menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian.. OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. Menjadi mutiara..
sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Sunday, June 24, 2012

berhati-hati dengan 2 jiran..

Di kiri kanan kita ada 'jiran' yg tdk prnh berenggang dgn kita. antara kita dgn mereka xda dinding @ hijab, xda rahsia. mereka tahu sgala nawaitu, ucapan & perbuatan kita. belum smpt pun kita nak update status kat fb/blog, mereka tlebih dhulu mencatat. pantas.

Apabila hati ingin merancang melakukn kebaikan, mereka telah merekodkan walaupun blm lagi buat. hebat sgguh komitmen mereka mmastikn sgala diari hidup kita direkodkan scra sistematik & xda 1 pun yg tertinggal.

jika kita berfikir sjenak, agak2nya, 'jiran' kita yg mana lbh sibuk? kanan @ kiri? yg mencatat amalan baik @ buruk? jiran yg bernama Raqib @ Atid?

Apa kata kita bagi malaikat Atid 'bercuti' @ buat kerja yg minimum. Malaikat Raqib lbh molek bkerja keras & lagi bagus kalau tiada masa rehat. kenapa? kerana itu tanda kita sdg mencari bahagia di dunia & insya-Allah akan terus bahagia di akhirat kelak. :)

kehidupan

KITA INGIN PUTIH...
TETAPI HITAM PULA MENJELMA...

CERAH YANG DITUNGGU..
GELAP YANG TIBA..

KETIKA ITU JANGAN PANIK!..
INGATKAN DIRI BAHAWA KITA CUMA HAMBA..
BUKAN TUHAN!

SEBAGAI HAMBA...
KITA BERUSAHA MENTADBIR..
SEDANGKAN PADA ALLAH-LAH ADA KEMUTLAKAN TAKDIR
TAKDIR SENTIASA MENGATASI TADBIR...
Ketika wajah lelah memikiirkan dunia, maka BERWUDUKLAH,

Ketika tangan letih menggapai cita2, maka BERTAKBIRLAH,

Ketika pundak tak kuasa memikul amanah, maka BERSUJUDLAH.

Ikhlaskan semua dan dekatlah DIRI kepada ALLAH,

Agar TUNDUK di saat yg lain angkuh,
Agar TEGUH di saat yg lain runtuh,
Agar TEGAR saat yg lain rapuh
Dan SABAR di saat yg lain mengeluh.

Orang bahagia dan merasakan hidupnya penuh dgn kebahagian
bukanlah sesorang yang berjaya memiliki apa yang dikehendaki dan diingininya..
Tetapi dia berasa bahagia kerana dia bersyukur dengan apa yang dia ada dan apa yang telah diberikan kepadanya..
Serta menjadikan apa yang ada dalam hidupnya adalah yang terbaik untuknya..
-ALHAMDULILLAH-
❤• Tazkirah ❤•

".. Letakkan DUNIA itu di tangan, AKHIRAT itu di hati. Supaya senang DUNIA itu dibahagi-bahagi dan AKHIRAT itu di bawa mati.." ❤•




untukmu wanita

Hal terindah dari wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia,tetapi saat AIRMATANYA jatuh dalam DOA...bukan kerana KATANYA yang INDAH tetapi saat BIBIRNYA basah dengan ZIKRULLAH...bukan kerana KECANTIKAN yang mempesona,tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah...bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT...


♥ Saya TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain yang lebih CANTIK banding diri Saya..
♥ Tapi Saya sgt2 CEMBURU melihat WANITA2 lain yang lebih SOLEHAH brbanding diri saya..
♥ Saya TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain dapat PAKWE yang HENSEM dan BEGAYA...
♥ Tapi saya sgt2 CEMBURU melihat WANITA2 lain yang dapat SUAMI yang SOLEH...
♥ ♥ Ya ALLAH ♥ Solehkan Ku dan Seluruh KeturunanKu ♥





wahai kaum hawa

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
~~~~~~~
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
... Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

~~~~~~~~~~

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..

Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

malu

MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??

◆ Malu kerana berbaju kurung,bertudung & berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian skirt pendek,dress seksi & tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

P/S: MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
Malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
Jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,

✿ APAKAH KAMU PEMUDA YANG BERANI MENGUBAH? ✿

Hanya satu PERSOALAN yang ingin difikirkan bersama, tatkala usia Sultan Muhammad Al Fateh menginjak ke umur 22 tahun, beliau mampu menyahut SERUAN hadis Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh?
Apakah KEHEBATAN baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "SEBAIK-BAIK raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Sultan Al Fateh telah MEMECAH tembok kemalasan dan MENUNDUKKAN nafsu kepemudaannya dengan MENAWAN sejarah bahawa pemuda seperti kita tidak gentar melakar sejarah yang LEBIH HEBAT..kota Konstantinople bukanlah sejarah teragung di abad ini, kerana PEMUDA HARAPAN Islam di saat ini sudah MELAMPAUI zaman teknologi canggihnya untuk MENGUBAH DUNIA..

---> MAMPUKAH kita berubah? BERANIKAH menyahut CABARAN untuk berubah? Beranikah setiap pemuda mengambil LANGKAH AWAL yang menjadi batu pijakan bagi mereka untuk berlari mengejar MIMPINYA? Hanya untuk islam..

calon zauj/zaujah

.Jika bakal suami/isterimu adalah dari kalangan individu berharta, berwajah cantik/tampan, memiliki kerjaya yang baik..maka, selidik pula AGAMA dan AKHLAKNYA..
sekiranya elok dan menepati ciri-ciri yang diimpikan..nikah jalannya..

Nabi
BERPESAN, pilihlah seseorang untuk menjadi teman hidupmu yang baik dari agamanya..insyaAllah kamu akan bahagia di dunia akhirat..

kerana calon dari pilihan agama akan mengajar kita dari tidak tahu membaca Al-Quran, dia akan ajar supaya pandai dalam membaca Al-Quran..dari kita tidak pernah bangun solat malam..dia akan kejutkan untuk sama-sama bangun solat malam..tak nak ke? mesti nak kan? ^__^
✿~ Dulu,
bila di sebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini, bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi..

✿~ Dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini, bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki penjahat, perogol bersiri..

✿~ Dulu,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa yang berani menggoda,
kini, bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa..

✿~ Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini, lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya.

✿~ Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini, lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah..

✿~ Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..

✿~ Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini, lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah..

---> KEMBALILAH lelakiku pada KELAKIANMU..
kami RINDUKAN lelaki dulu, ACUAN madrasah Rasul.

PESAN SAYA kepada perempuan, wanita dan muslimah yang DISAYANGI :

--> Jika ada wanita Islam yang TIDAK MENUTUP AURAT RAMBUTNYA, ingatkanlah pada mereka, supaya memakailah tudung..ingatlah AZAB Allah sedang menanti..UNDANG-UNDANG yang Allah beri ialah setiap SEHELAI RAMBUT wanita Islam yang sengaja DIPERLIHATKAN kepada LELAKI BUKAN MAHRAMNYA, maka dia diberikan SATU DOSA..jika 10 orang lelaki bukan mahram MELIHAT sehelai rambut wanita, bermakna mendapat 10 DOSA..✿

“…BERTAQWALAH kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat BERAT SIKSANYA.”
(Surah Al Maa’idah : 2)

--> SEDARLAH dan WASPADALAH kerana dosa kalian MENGALIR setiap masa hanya kerana tidak menutup aurat rambutmu..semoga Allah MEMBERKATI kita semua, InsyaAllah..

..KARAT YANG TERTINGGAL..

.Adakalanya kita TIDAK PERLUKAN pendamping-pendamping yang HEBAT untuk MENEGUR dan MENASIHATI..cukup "dia-dia" yang boleh kita hormati dan kagumi KESEDERHANAANNYA..buat kita rasa betapa HINANYA "mulia" yang kita rasakan, dan betapa TINGGINYA "ego" yang ada dalam hati..

Akhirnya, melahirkan BIMBANG dan SESAL bahawa kita mungkin BERAMAL dalam "bangga" yang kita TIDAK SEDAR..sehebat-hebat, dan SESEMPURNA yang kita cuba jadi, masih juga ada KARAT YANG TERTINGGAL..mungkin ego, bongkak, sombong, dan mungkin riak yang DIAM-DIAM cuba menghuni hati? MUNGKIN TERISI tanpa disedari..itu NASIHAT YANG SEMPURNA..

--> RAHSIA hati MILIK Allah..cukuplah, aku yakin dan tahu, Kau Maha Tahu..

--> BUAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM, PEJUANG-PEJUANG KEBENARAN :

~ MISKIN dan PAPA itu tradisi orang berjuang..hidup mengembara (ghuraba) itu resmi perjuangan..pejuang TIDAK PERNAH JEMU berkelana, merantau ke sana ke sini, demi menyebarkan DAKWAH Ilahi..nun di sana, SYURGA sedang menanti..

~ Apa ada pada rumah kamu, sehingga membuatkan kamu "SAYANG" untuk keluar darinya? Sedang rumah pejuang itu di mana-mana ketemu, BUKAN hanya satu..di mana pejuang berteduh, di situlah rumah ditubuh..SEMENTARA kerana bagi mereka, RUMAH ABADINYA hanyalah di syurga..

~ JANGANLAH TAKUT jika waktu tidurmu terganggu kerana urusan dakwah ini..JANGANLAH KECEWA jika masa lapangmu diisi dengan tarbiyyah rabbani..bukanlah kamu telah BERIKRAR SETIA dengan jual beli Ilahi? REHATMU di syurga, istirehat abadi..

~ Sememangnya BERJUANG ITU PAHIT, PERIT dan SAKIT..mengapa? Kerana syurga itu manis..bukan SEDIKIT MAHAR yang perlu DIBAYAR untuk mendapatkannya..bahkan, bukan SEDIKIT PEDIH yang ditagihnya..adakah kamu sudah BERSEDIA?

--> Berjuang itu ertinya TERKORBAN..merelakan dirimu DIHINA kerana KEBENARAN..bagimu hanya dibentangkan dua pilihan, MENUNGGU SYAHID atau KEMENANGAN..BERSABARLAH, Allah sedang melihat setiap PENGORBANANMU.. (:

---> Sekiranya kamu ingin BERJUANG kerana Allah, bawalah daku..pimpinlah daku bersama-sama..kerana diri ini terlalu MENGHARAPKAN sesuatu yang TERINDAH buat Ilahi..syahid atau kemenangan buat ISLAM.. (:

CiNtA MaHa tInGgI....

Hemburan pasir yang beralun menari mengikut rentak angin, dengan lingkaran yang terhasil mencorakkan pemandangan yang indah di padang pasir yang gersang. Butiran pasir yang halus dengan jumlahnya yang maha banyak tidak mampu menandingi jumlah bintang di alam semesta. Siang itu berbeza dengan hari-hari yang lain, kehangatan yang dirasa membayangkan dahsyatnya kepanasan api neraka kelak.Angin dingin yang berhijrah melalui padang pasir beralun dengan lembut menyamankan suasana terang siang waktu itu. Tangisan teriakan seorang insan yang baru lahir ke dunia memecahkan suasana tenang malam itu. Satu suara tangisan yang ditunggu-tunggu selama ini. Tangisan si kecil disahut dengan suara tangisan kesyukuran lelaki tua yang telah lama menginginkan kedatangan anak yang dicintainya.

"Alhamdulillah Ya Allah, aku bersyukur padaMu Ya Allah atas zuriat yang Engkau kurniakan kepada kami, terima kasih kerana mendengar dan mengabulkan doa kami ini Ya Allah, Engkau la Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, jadikanlah anak ini anak yang soleh dan beriman hanya padaMu, jadikan dia seorang yang sentiasa tabah dan sabar menempuh kehidupan ini Ya Allah." Kegembiraan yang tak terhingga masuk memenuhi relung-relung hati lelaki tua itu. Air mata kegembiraan keluar jatuh meleleh menelusuri kedua pipinya.Lelaki tua itu terus menerus melaungkan pujian kepada Yang Satu. Sujud syukur terus ditundukkan sebagai lambang syukur atas kurnia yang diberikan. Si isteri hanya tersenyum lemah melihat kegembiraan suaminya atas hajat yang dipenuhi oleh Allah Azza Wajalla.

"Bagaimana keadaanmu isteriku, kamu kelihatan sangat lemah, semoga Allah berikan kekuatan kepadamu wahai kesayanganku" Si suami duduk disamping isterinya yang sedang memeluk erat zuriat kurniaan Illahi. Tangisan si suami yang mengalir manuruni pipi dikesatnya berulang kali.

"Aku dalam keadaan baik, tidak perlu pedulikan diriku dulu, bersihkanlah tubuh si kecil ini, aku masih mampu bertahan suamiku" Dengan suara lemah mendayu-dayu si isteri memperlihatkan cintanya kepada anak tunggal kurniaan Yang Maha Kuasa. Pengorbanan mengandungkan anaknya itu tidak terasa tatkala melihat wajah anaknya itu lahir kedunia, tangisan si anak menghapuskan segala kesakitan yang dialaminya, namun si isteri masih terbaring lemah di tempat tidurnya. Si anak masih terus zahirkan tangisanya sambil digendong oleh si ayah dengan penuh kasih sayang.



Hari berganti hari, kegembiraan hari-hari yang berlalu terasa amat indah dalam keluarga pemuda tua itu. Namun pada suatu hari lelaki tua itu mengajak isteri kesayangannya keluar dari rumah yang sederhana binaannya untuk berhijrah ke satu tempat. Suara si suami agak berlainan dari kebiasaanya, namun, sambil menggendong anak yang baru mula membesar dan masih dalam usaha melangkahkan kaki dengan sendirinya, si isteri turuti kemahuan suaminya itu. Si suami menyediakan bekal yang hanya berisi kurma dan membawa satu bejana air sebagai bekalan dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan si suami hanya diam membisu sambil mencari-cari sesuatu dibalik padang pasir yang luas. Anak yang dalam pelukannya terus menerus diusapnya dengan penuh kasih sayang. Si isteri hanya diam kehairanan melihat tingkah laku suaminya itu.

"itu dia..di situ..mari isteriku.." Sambil menuding ke sebatang pohon kurma, si suami segera menghala ke sana.

"ada apa di sana suamiku, kita mahu ke mana sebenarnya" Si isteri akhirnya bersuara tatkala si suami memberikan reaksi selepas sepanjang perjalanan hanya diam membisu.

"ikut sahaja dulu ya isteriku, semoga kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang sabar" Si suami mengajak isterinya dengan nada kasih sayang sambil menatap isterinya dengan penuh cinta. Anak di pelukan terus dipegang erat dengan ikatan kasih sayang.

"baiklah isteriku..kamu berehat la disini..tolong jaga anak kita..aku ada urusan yang perlu dilaksanakan"

Sambil menghulurkan anak di pelukan si suami menyatakan dengan nampak kepada isterinya. Si isteri terkejut dengan apa yang dituturkan suaminya itu. Bermain-main dalam benaknya adakah si suami hendak meninggalkan mereka bedua di tanah yang gersang yang hanya berbekalkan kurma serta bejana air yang dibawa.

"wahai suamiku, kemana kamu mahu pergi..adakah kamu mahu tinggalkan kami berdua padahal di lembah ini tidak terdapat seorang pun di kawasan ini." Si suami hanya diam membisu sambil mulakan langkah meninggalkan mereka berdua. Tanpa melihat ke belakang si suami terus mengorak langkahnya walau di dalam hati siapa yang tahu. Air matanya yang mula mengalir di tahan agar tidak menzahirkan kesedihannya.

"wahai suamiku, apa semua ini, sanggupkah kamu tinggalkan anak kita yang kecil ini sedangkan kamu mahu pergi jauh dari kami, tolong katakan wahai suamiku." Tangisan mula mengalir membasahi kelopak mata si isteri. Si suami hanya berdesit di dalam hati.:

maafkan aku isteriku, aku ada amanah yang harus dilaksanakan bagi memnuhi seruan Illahi. Semoga Allah menjaga kalian berdua dan semoga kita dipanjangkan umur unutk kita bertemu lagi. Aku sayang kalian berdua, namun sayang kepada Yang Satu lebih tinggi dari kalian.

"wahai suamiku, adakah ini perintah dari Allah untuk kamu pergi ke tempat itu, jika ya, kami rela suamiku."

Si suami terus menoleh dan memeluk isterinya dengan tangisan mengalir di matanya.

"ya isteriku, aku ada amanah yang perlu dilaksanakan, tolong jaga anak kita dengan penuh kasih sayang, asuhla dia menjadi insan yang dekat dengan penciptanya, jika dengan izin Allah, kita akan bertemu lagi suatu hari nanti isteriku" Tangisan yang cuba ditahan akhirnya mengalah dengan kepribadian isternya.

"Jangan bimbang suamiku, kami yakin Allah tidak akan membiarkan kami, pergilah laksanakan amanah dari Illahi,kamu akan mendapati kami termasuk dari orang-orang yang sabar." Sambil si isteri mengesat tangisan suaminya, si isteri terus menatap wajah suaminya itu. Bermain dalam hatinya kapan lagi dia akan bertemu dengan suaminya itu.

"tataplah wajah anakmu ini suamiku, akan aku jadikannya seperti ayahnya yang meletakkan cinta tertinggi hanya padaNya, pergilah laksanakan perintahNya dengan yakin dan sabar."

"terima kasih isteriku, semoga Allah sentiasa menjaga kalian berdua."

Dalam kejauhan si isteri terus memerhatikan susuk tubuh suaminya yang makin kabur dari pandangannya. Hemburan pasir umpama kabus yang melesapkan suaminya dari pandangan. Si isteri terus memohon kepada Allah dalam hatinya agar sentiasa memberikan pelindungan kepada suaminya. Matanya menatap anak kesayangannya. Tangisan tiba-tiba mengalir dari matanya yang berpunca dari hatinya yang memikirkan nasib anaknya yang masih kecil. Dalam kalbunya terus bermain dengan perasaan akan peninggalan suaminya, sering bermain di fikirannya adakah ini kali terakhir dia akan melihat suaminya. Bagaimana pula dengan si anak jika membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Namun kebergantungan kepada Allah mengatasi segalanya, si isteri terus tegar mengharungi ujian yang diturunkan kepadanya. Dalam hatinya sudah bulat memohon perlindungan kepada Yang Maha Penyayang."Ibu..ayah mana ibu..bila ayah akan pulang ibu" Suara si anak yang sudah semakin membesar dibalas dengan senyuman dari si ibu. Pertanyaan yang hampir setiap hari dituju kepadanya. Walau kesedihan sering bergolak di hatinya, namun tidak dizahirkannya.

"Ayahmu pergi laksanakan perintah Allah anakku, perintah yang suci dalam memenuhi seruan Illahi, sabarlah ya anakku, ayah pasti akan datang semula untuk berjumpa dengan kamu." Si ibu sering memberi kata-kata harapan kepada si anak walau si ibu sendiri tidak tahu kondisi suaminya saat ini. Namun dia sering bermunajat memohon kepada Allah siang malam agar keselamatan sering mengiringi suaminya.

"Ayah mesti seorang yang hebat kan ibu, besar nanti aku mahu jadi seperti ayah yang sanggup berjuang demi menegakkan seruan illahi..boleh kan ibu.."Suara keriangan kanak-kanak namun disertai dengan semangat yang berkobar-kobar sering mengubat hati ibunya.

"iya..iya..insyaAllah..anak ibu pasti mampu menjadi seperti ayahnya, bahkan lebih hebat lagi"

"mana boleh ibu..ayah mesti lebih hebat..aku jadi kedua hebat..nanti bila ayah dah balik..aku mahu bersama-sama ayah berjuang di jalan Allah...baiklah ibu..aku mahu pergi main memanah dulu ya ibu..aku sayang ibu"

"iya..iya..semangatnya anak ibu ni..semoga Allah sentiasa menjagamu anakku..ibu juga sayang padamu..main hati-hati ya"

"baik..jangan risau..mahu jadi hebat kena berlatih dari sekarang ibu..kawan-kawan dah menunggu tu ibu.." Si anak dengan girang berlari meluru kawasan permainannya. Si ibu terbayang waktu dia ditinggalkan bersama anaknya di tempat ini. Sekarang sudah menjadi kota yang maju selepas peristiwa air yang memancut keluar dari tanah bawah kaki anaknya pada masa dahulu. Air yang menjadi sumber harian membuat tempat ini menjadi satu kota yang sering dikunjung orang ramai. Si isteri terbayang wajah suaminya yang sudah bertahun-tahun tidak ketemu. Kesedihan menyelubungi hati si isteri, air mata mengalir tanpa disedari.

"ibu..ibu menangis ka ibu" Si anak tiba-tiba menergah mengejutkan si ibu dari lamunan.

"eh..tidak la..ada pasir masuk di mata ibu ni..yang kamu pula ni..sudah habis main ka" Si ibu cuba sembunyikan kesedihan dihadapan anaknya itu.

"tidak la..belum mula lagipun..busur tertinggal tadi..mata ibu dah baik belum..mari aku tiupkan"

"sudah baik..dah..pergilah main..kesian kawan-kawan tunggu tu.."

"baik la ibu..gerak dulu.."Si ibu mengesat air matanya sambil menatap anaknya dari kejauhan, seperti

menatap suaminya dahulu. Tiba-tiba susuk tubuh suaminya kelihatan samar di balik hembusan pasir berdekatan dengan kawasan permainan anaknya. Si isteri menggosok matanya untuk pastikan adakah ini hanya lamunan semata-mata. Hati si isteri mula berbunga-bunga tatkala melihat susuk tubuh itu dari kejauhan.

Benarkah itu suamiku. Adakah dia lelaki yang selama ini aku tunggu kepulangannya.

"maaf paci..aku tidak sengaja tadi..kawan aku tadi yang mengganggu perhatian aku..itu la sasaran agak jauh tersasar lalu terkena paci pula."

"tidak mengapa hai anak kecil..nasib baik panahnya hanya kayu biasa..paci baik-baik sahaja."

"hehe..baikla paci..aku mahu sambung main dulu ya..maaf lagi sekali..assalamu'alaikum paci."

"wa'alaikumsalam warahmatullah" Lelaki itu berlalu menghala kearah ibu anak tersebut. Si ibu makin berdebar hatinya, mata yang kurang jelas membuatkan si ibu tidak mampu memastikan wajah sebenar lelaki itu. Lelaki itu makin menghampiri tempat si ibu.

Astaghfirullah..bukan rupanya..susuk tubuhnya agak sama rupanya..tapi aku yakin itu bukan dia..Maafkan hambaMu ini Ya Allah.





Masa berlalu dari hari ke hari, minggu ke minggu, bahkan tahun ke tahun. Penantian tetap tabah diharungi dengan penuh kesabaran. Malam dan siang yang silih berganti menemani perjalanan kehidupan si ibu bersama anaknya.

"kamu mahu pergi kemana malam-malam ini anakku" Si ibu yang keluar dari biliknya mengejutkan anaknya yang kini meningkat dewasa.

"owh..minta maaf ibu..aku fikir ibu sudah tidur tadi..aku hanya mahu mengambil udara di luar ibu."

"owh..ada apa yang mengusarkan hatimu anakku." Seorang ibu yang mempunyai naluri membaca perasaan yang bermain di hati anaknya.

"tidak apa-apa ibu..sekadar menghirup udara nyaman di luar."

"kamu teringat akan ayahmu? Sabarlah anakku..sesungguhnya ini semua ujian dari Allah. Jika Allah mengkehendaki kita bertemu dengannya, pasti kita mampu dengan izinnya."

"aku rindu ayah ibu..aku ingin menatap wajah ayah yang menggendongku di kala kecil, yang mengusapku di kalaku menangis, walau ketika itu aku hanya anak yang kecil, namun kasih sayang ayah masih dapat kurasa sehingga sekarang ibuku, Setiap malam aku merintih kepada Allah agar pertemukan aku dengan ayah. Aku rindu kepadanya ibu." Pemuda gagah yang mempunyai hati yang bersih mudah menangis atas kelembutan hatinya.

"sabarlah anakku..ibu juga rindu dengan ayahmu.. teguhkan kesabaranmu anakku..tabahkan hatimu mengharungi semua ini..ibu sendiri tidak tahu sempat ka tidak ibu bertemu semula dengan ayahmu, kita serahkan semua pada Allah.. Dia lah yang mengatur segala urusan. teruskan berdoa anakku" Ibu terus mendakap anaknya sambil mengesat air mata anaknya sepertimana si ibu pernah mengesat air mata suaminya dahulu.

Malam itu menguatkan lagi ketabahan dan kesabaran si anak mengharungi ujian Allah. Ibadat dan doa terus ditingkatkan sebagai lambang cinta kepada Allah. Si anak tertidur di tempat ibadat selesai berdoa memohon kepada Yang Maha Melihat. Si ibu perhatikan anak kesayangannya itu.

Malam sunyi di luar dipayungi langit yang dihiasi dengan bintang-bintang yang gemerlapan. Kedinginan pada waktu malam jauh berbeza suhunya di kala siang. Langkahan tapak seorang lelaki tua memecah lingkaran angin malam. Lelaki tua itu menuju ke sebuah rumah.

'tuk..tuk..tuk.." lelaki tua itu mengetuk pintu rumah tersebut.

"tul..tuk..tuk.." kali kedua diketuknya lebih perlahan berbanding yang pertama.

"tuk..tuk..tuk.." kali ketiga hanya sekadar bunyian halus yang menambah seri irama angin malam.

Keesokan paginya, alangkah terkejutnya si anak melihat ada seorang lelaki tua yang tidur dihadapan pintu rumahnya. Dia mengejutkan lelaki tua itu dengan kelembutan disertakan suara yang halus lembut.

"paci..bangun..paci..ada apa boleh aku bantu?" Lelaki tua itu bangkit dari tidurnya lalu menatap wajah pemuda di hadapannya.

"ada apa anakku..siapa yang datang ke rumah.." Si ibu melulu ke muka pintu selepas mendengar anaknya berbicara dengan seseorang. Alangkah terkejutnya si ibu tatkala melihat suaminya berdiri di hadapan pintu.

"suamiku..akhirnya kamu pulang suamiku..lama kami menunggumu suamiku..anakku..itu ayahmu nak.." Si ibu terus menangis kegembiraan berjumpa insan yang selama ini dinantikan.

"Ayah..ayah ka ni..kemana ayah menghilang ayah..ayah tahu tak betapa aku rindukan ayah..jangan lagi pergi meniggalkan kami ayah.." Si anak terus memeluk tubuh tua ayahnya itu. Si anak terus mengeratkan lagi pelukannya sambil tangisan terus membasahi pundak ayahnya.

"maafkan ayah anakku.." Si ibu hanya melihat dahulu si anak bersama ayahnya beramah mesra dalam pelukan kerinduan sambil mengucapakan kesyukuran kepada Allah.

"kemari isteriku, maafkan aku kerana pergi terlalu lama isteriku, aku rindu kalian berdua, syukur kepada Allah yang mempertemukan kita sekeluarga selepas lama terpisah.."Si isteri terus mendakap kedua lelaki kesayanganya itu dalam keadaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

"baiklah kalian berdua..aku ingin berehat sebentar..selepas ini banyak lagi masa kita akan bersama.."

"terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doaku untuk bertemu dengan ayahku..sesungguhnya Engkau la Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang." si anak memanjatkan kesyukuran kepada Rabbul 'Izzati.sambil mengesat air matanya.

"sudah la isteriku..hentikan tangisan itu..aku tahu apa yang kamu rasakan selama ini..sesungguhnya kamu memang orang yang sabar" Si suami mengesat air mata isterinya yang mengalir tiada hentinya.

Si isteri terus bertasbih memuji Allah dalam tangisannya. Tidak dapat digambarkan kerinduan yang terubat setelah sekian lama menahan sebak di dada. Si isteri menarik nafas agar kembali tenang mengawal emosinya.

"ayah..mengapa ayah tidur di luar semalam..kenapa tidak ketuk sahaja pintu sehingga kami bukakan untukmu"

Suara si anak yang masih berbau serak kesedihan cuba menceriakan semula keadaan.

"aku takut mengejutkan kalian berdua yang sedang tidur, tidak mengapa, perkara biasa bagi ayah." Keluhuran pribadi si ayah menggamit kembali tangisan si isteri dan anak. Itulah pagi yang paling bermakna dalam kehidupan keluarga tersebut.

*********************************************

Setiap kesedihan bakal dihiasi dengan kegembiraan, namun setiap kegembiraan juga pasti disusuli dengan kesedihan. Suatu malam yang dihiasi bulan purnama. Si ayah yang tidur bersama anaknya terkejut dan terbangun dari lenanya.

Apakah benar mimpi yang aku alami ini Ya Allah..berilah aku petunjuk Ya Allah

Si ayah mengalami mimpi yang sama selama 3 hari berturut, lalu bangun la si ayah pada malan ketiga lantas berdoa memohon petunjuk Yang Maha Mengetahui.

Jika benar mimpiku ini Ya Allah, Jika benar ia suruhan dari Mu, aka aku laksanakan untukMu Ya Allah..Aku cinta pada Mu lebih dari segalanya..Cintailah aku sebagai hambamu yang ingin mencintaimu.

Si ayah terus bermunajat dengan Allah dan tanpa disedari si anak bangun lalu melihat si ayah sedang menangis merintih di malam yang sepi.

"ada apa ayah..apa yang membuatmu bersedih ayahku." Si anak gerak menuju kepada ayahnya bagi berkongsi rintihan ayahnya.Si ayah lalu menatap wajah anaknya itu lalu dipeluk seeranya anak kesayangannya itu.

"wahai anak kesayanganku, sesungguhnya! sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku akan menyembelihmu anakku..maka fikirkanlah apa pendapatmu anakku" Si ayah yang baru berapa tahun berkumpul semula dengan keluarganya diberikan satu ujian yang amat berat. Satu ujian yang bakal menguji keimanan dan pengorbanan yang tertinggi. Tangisan kasih sayang terus mengalir membasahi bumi.

"wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, insyaAllah ayah akan mendapati aku termasuk dalam orang-orang yang sabar." Si Ayah terus memeluk anaknya yang sabar menerima ujian dari Allah.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak yang soleh dan penuh dengan kesabaran, sesungguhnya kami semua milikMu, dan kepada Engakau la kami akan kembali. Tabahkan la hatiku dalm ujian ini Ya Allah. Sesunggunya kepadaMu la cinta yang hakiki.

"Semoga kita berada dalam redhaNya anakku, insyaAllah kita akan laksanakan perintah dari Allah pada esok pagi, semoga kita tabah dan ikhlas hadapi semua ini anakku" Malam itu mengungkap seribu makna kehidupan yang selama ini dilalui. Si anak yang sudah lama menantikan kepulangan ayahnya kini akan berpisah semula. Si ayah pula yang sudah terlalu lama menantikan kelahiran anak kesayangannya itu kini bakal berpisah buat selamanya. Malam itu, kedua hamba Allah itu tunduk sujud kepada Yang Maha Hidup dan terus beribadat kepada Pencipta Alam Raya.

**********************************************************

Keheningan pagi itu seperti beralun mengikut rentak kesedihan si ayah dan anaknya. Sepanjang malam kedua lelaki itu bermunajat ibadat kepada Yang Maha Esa. Namun kesedihan disembunyikan di hadapan si ibu tatkala keluar dari bilik.

"Ibu..kami hendak pergi bersiar-siar dahulu ya ibu..sesungguhnya aku sangat sayangkan ibu..semoga ibu sentiasa dalam rahmat Allah." Si anak cuba meluahkan perasaan kepada ibu tercinta tanpa menzahirkan kesedihan yang bakal melihat ibunya buat kali terakhir.

"kamu mahu kemana anakku..jangan lama sangat ya..ibu juga sentiasa sayang kamu berdua." Si ibu hanya membalas kehairanan akan tingkah laku kedua lelaki yang ibarat kedua belah tangan baginya.

"baik ibu..semoga berjumpa lagi ya ibu.." Si anak mencium tangan ibunya dengan penuh kasih sayang. Tangan ibu yang telah menggendongnya di waktu kecil, tangan yang menyuap makanan masuk ke dalam mulutnya, tangan yang tidak kenal erti penat lelah menjaga dirinya serta tangan yang sering mengusapnya di kala dilanda kesedihan. Si anak memegang erat tangan ibunya sambil menatap wajah ibunya yang dicintai.

"dah la tu anakku..kita sudah lambat ingin bersiar bersama..insyaAllah kalian akan bertemu kembali juga..mari anakku."

kalian akan bertemu di syurga kelak atas janji yang telah ditetapkanNya. Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang benar-benar sabar dalam ujian ini.

"baiklah ibu..kami pergi dulu ya ibu..semoga ketemu lagi..assalamu'alaikum" Si anak berlalu pergi selepas tangan yang menggenggam tangan ibunya dilepaskan secara perlahan. Si ibu hanya diam seribu suara walau di hati mampu membaca apa di balik semua itu. Si ibu hanya menatap kedua insan yang disayanginya berlalu meninggalkan rumah. Lambaian si anak dibalas dengan penuh kemesraan.

*****************************************************

Langkahan kaki memecahkan aliran angin yang bertiup sayu pagi itu. Pegangan tangan yang erat terus digenggam kedua lelaki yang meletakkan cinta tertinggi pada Yang Satu. Suara si anak memecahkan suasana suram dalam perjalanan.

"Ayah..mari kita laksanakan perintahnya di atas bukit sana..agar ibu tidak sedar akan apa yang kita lakukan.." Si ayah hanya mengangguk bersyukur mendapat anak yang sebegini sabar tingkatannya.

"Anakku..ikhlas hati hanya padaNya..moga ini menjadi bukti buat kita berdua..kerana Cinta Yang Maha Tinggi hanya layak diberikan kepadaNya.."

Kedua lelaki itu berlalu melalui padang pasir. Masa-masa yang tinggal terus dimanfaatkan bersama. Bibir yang tidak henti memuja Allah Yang Esa terus direntakkan.

"situ ayah.." Si anak menuding kepada sebuah batu rata yang besar. Lalu si anak terus berjalan menuju ke arah batu itu dan membaringkan tubuh sucinya itu. Pakaian atas dibukanya serta merta.

"tolong alihkan baju aku ayah..aku tidak mahu darah yang mengalir mengenai bajuku..aku takut ibu akan bersedih hati ayahku." Si anak dengan sabar bersedia melaksanakan perintah dari Allah.

"baiklah anakku..Ya Allah..Saksikanlah hambaMu ini tunduk patuh kepada perintahMu. Walau cintaku kepada anakku amat tinggi namun Cinta Yang Maha Tinggi hanya untukMu wahai Tuhanku..akan ku buktikan kecintaan dunia tidak menyaingi kecintaan ku padaMu..Engkau lah yang aku cinta selamanya. Engkau la cinta yang hakiki.. ALLAHUAKBAR.." Si Ayah terus meletakkan pisau di leher anaknya untuk terus melaksanakan perintah Yang Maha Agung.

"CUKUP WAHAI IBRAHIM..SUNGGUH..KAMU TELAH MEMBENARKAN MIMPIMU ITU..SESUNGGUHNYA INI MERUPAKAN UJIAN YANG NYATA BAGIMU"

Suara Yang Maha Dahsyat kedengaran menghentikan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Tangisan yang mengalir di matanya terus dialihkan ke tempat pembaringan anaknya. Alangkah terkejut pabila melihat tempat anaknya diganti dengan satu haiwan sembelihan yang besar.

"aku di sini ayahku" Nabi Ismail berdiri gagah di belakang ayahnya.

"Alhamdulillah Ya Rahman..terima kasih atas segala pemberian yang telah Engkau berikan kepada kami..sesungguhnya Engkau la yang kami cintai lebih dari segalanya..terimalah amalan kami Ya Allah.." Si ayah terus menangis kesyukuran memanjatkan kepada Illahi. Nabi Ismail terus memeluk ayahnya dengan penuh kasih sayang.

"semoga kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang sentiasa sabar akan ujianNya." Kedua hamba Allah yang dijanjikan syurga baginya atas pengorbanan dalam melaksanakan perintah yang amat berat.

******************************** TAMAT ***************************

malunya aku

..Bagaimana hati ini mengharapkan PERTEMUAN dengan Allah suatu hari nanti, sedangkan RUMAH Allah (masjid) pun JARANG DIKUNJUNGI, jarang disinari dengan majlis-majlis KEILMUAN yang MEMUJI KEBESARANNYA..

--> Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku TAKUT DERHAKA..untuk mengatakan tidak, aku TAKUT BERDUSTA..aku hanya INSAN HINA, aku ingin mencintaiMu setulusnya, sebenar-benar aku cinta dalam doa .... dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya..
Sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ...

Saturday, June 23, 2012

BERPENAMPILAN KEMAS BERSIH DAN INDAH.

~ BismillahirRahmaanirRahiim ~
Asslamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

BERPENAMPILAN KEMAS BERSIH DAN INDAH.

Jabir bin Abdullah meriwayatkan :

"Pada suatu hari, Rasulullah SAW melhat seorang berambut kusut, baginda kemudian berucap : "Apakah orang itu tidak ada sesuatu untuk merapikan rambutnya ?". Baginda SAW melihat lagi seseorang yang pakaiannya sangat kotor, lalu berucap : "Apakah tidak boleh mendapatkan sesuatu untuk mencuci pakaiannya?". (H.R. Abu Dawud).

Islam menyeru umatnya supaya berusaha memperolehi penghargaan masyarakat dengan berhias diri dengan memperindahkan penampilan kerana penampilan yang kemas, bersih dan Indah ini secara tidak langsung akan membina keyakinan diri dan keyakinan orang lain terhadap dirinya.

Rasulullah SAW bersabda :

"Orang yang menyimpan di dalam hatinya rasa takbur walau sekecil biji sawi, dia tidak akan masuk Syurga". Salah seorang sahabat bertanya : (menyeleweng dari persoalan yang disebutkan Nabi). : "Bagaimana kalau orang itu suka memakai baju dan selipar yang baik ! ". Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Allah SWT adalah Maha Indah dan menyukai keindahan :. (H.R. Muslim)

Dalam riwayat hadith yang lain disebutkan seperti berikut :

"Pada suatu hari seorang yang tampan datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata : "Aku sangat suka kepada keindahan dan sebagaimana yang engkau ketahui, aku telah dikurniakan sebahagian dari keindahan itu. Aku tidak senang melihat orang lain mengangguku walau dengan tali sepatu. Apakah itu termasuk takbur ya Rasulullah ?". Baginda Rasulullah SAW menjawab : "Bukan ! Takbur ialah sikap menolak kebenaran dan tidak mengindahkan orang lain !".

Apabila Rasulullah SAW melihat orang yang tidak menjaga keindahan dirinya dan kerapian penampilannya, baginda SAW segera mengingatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut serta memerintahkan supaya mereka memakai pakaian yang lebih baik dan menjaga penampilan diri.

Wallahu'alam.

lakukanlah walaupun sedikit

Imam Ghazali pernah ditya ank muridnya..
" Tuan bagaimana keadaan ku... tika mulutku berzikir tapi hatiku masih lalai?.."
Imam Gazali menjawab..
" Teruskan berzikir.. walaupun hatimu lalai sekurang2nya lidahmu akan terselamat daripada berkata2 yang kotor dan sia2..."

Nabi Muhammad pula pernah ditanya Abu Hurairah tentang seorang yang bersolat... tetapi masih mencuri.
Lalu Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yg buruk.

Jadi.. jika dirimu melakukan kejahatan,ingatlah itu bukan alasan utk berhenti melakukan kebaikkan.Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

air mata

~♥ Biar airmata kita mengalir menyesali segala DOSA..
daripada hanya KETAWA tanpa mengira MASA..

~♥ Biar airmata kita mengalir ketika BERTAUBAT..
daripada tak sempat kerana TERLAMBAT..

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana SYUKUR..
daripada terus terleka dalam KUFUR..

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana diberi PETUNJUK..
daripada tergoda dengan SYAITAN yang MEMUJUK..

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana TAKUT API NERAKA..
daripada terus menjadi HAMBA ALLAH yang DERHAKA..

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana rindukan SYURGA..
daripada terpesona dengan DUNIA hingga DIRI tiada HARGA..

ya Allah bantulah kami

Ya Allah
Aku ditakdirkan lahir sebagai wanita akhir zaman
Saban hari mencuba
Menjadi wanita solehah
Namun aku sering kufur dengan nikmat-Mu
Meski dalam gelap aku masih mencari-cari arahku

Ya Allah
Dalam kesenangan duniawi
Aku sering terlupa pada keperitan Zinnirah
Mempertahankan cinta-Mu yang satu
Sedangkan aku begitu tega
Membiarkan cinta pada-Mu layu

Ya Allah
Dalam kesamaraan dangkalnya iman
Aku tidak pernah mengambil peduli
Tentang bagaimana sejarah Asiah
Yang telah membuktikan iman bukan penjara jiwa

Ya Allah
Dalam takdir-Mu
Aku mencuba lagi untuk menjadi
Teman pendamping persis Siti Khadijah
Namun aku hanya seorang wanita akhir zaman
Yang ada kalanya terlupa

Ya Allah
Teguhkanlah rasa cintaku pada-Mu
Jadikanlah aku hamba-Mu yang tidak pernah melupakan-Mu
Sentiasa berpegang pada sunnah Rasul-Mu
Menjadi anak yang berbakti kepada ayah dan ibu
Dan juga seorang isteri yang taat kepada suami

Semoga wanita akhir zaman ini sentiasa dekat kepada-Mu

Aamiin Ya Rabbal A'lamiin

bersabarlah

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..
Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH
Subhanallah... SELAMAT BERAMAL...

Tips Bersangka Baik Terhadap Manusia.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Rasulullah bersabda : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" (HR. Muttafaqun alaihi.)

Dari : Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Misteri Hajarul Aswad.....

(jika sahabat dapat bukti sokongan dan keshahihan fakta ini tolong kongsi)

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”


Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

Sumber asal : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=228266503930479&set=a.228266240597172.53382.182667548490375&type=1&theater

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

Fakta Menarik Tentag kaabah yang ramai tidak ketahui

Fakta Menarik Tentag kaabah yang ramai tidak ketahui

P/s : Post ini merupakan rentetan post terdahulu bertajuk " "Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui" lebih dari 2700 share dan admin dah delete sebab ramai menerima bulat-bulat. Ada sahabat mempersoalkan beberapa perkara yang mengelirukan, alhamdulillah masih ramai memahami tujuan page ini, iaitu tidak mahu pembaca menerima bulat-bulat kecuali yang ada dalilnya. Pada dasarnya post itu ringkasan supaya semua memudah pembaca ia ringkasan dari artikel ini. Dengan ada artikel yang penuh dan rujukan lain di ruang komen ini mungkin lebih membantu perbincangan kita.

"MAKKAH KOTA PALING SELAMAT DI DUNIA"

BAGI orang-yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemu kan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam agama yang datang dari tuhan yang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi tuhan.

Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah ada lah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami.

“Itulah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman se hingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistime waannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

“Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah pe rintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab clan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah,” katanya.

Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertah anan daripada segala serangan penya kit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vaksin.

Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah un tuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat clan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kem bali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Ketika berada di sisi Kaabah perasa an akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu ada lah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah.

Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh merieropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

“Tempat yang paling tinggi teka nan gravitinya, mempunyai kandu ngan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilha ram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantar masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu,” terangnya.

Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, seja rahnya, perkara yang dilarang semasa ihram clan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang mem beritahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu di laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesu dan rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif.

Justeru, Al Islam mengambil kesempatan ini untuk merungkaikan nikmat di sebalik tuntutan rukun haji dan larangan di dalam ihram berdasarkan hubungannya di dalam sains. Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang ter lintas di hati untuk menunaikan haji. Menurut Prof Norhisham, apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di tanah air. Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapat kan haji yang mabrur.

Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. Ibadat haji mempu nyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan. Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampung.

‘Niat ke sana untuk apa? Belum pun habis kita menyusun niat sebenamya Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. Niat itu ibarat bar kod yang akan diimbas semasa di sana nanti.

“Kita pergi ke sana untuk penye rahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada kebesaran Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah tuhan yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Kaabah bukan se kadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang pa ling dirahmati. Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah menurunkan perintah nya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebe lum kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.

“Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang. Pengaruh graviti itu penting untuk menentukan kedudukan kan tulang belakang bagi menghasilkan sel darah. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam.

“Semasa tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila ber malam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi,” jelasnya. Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa.

Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya. Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jum lah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengi*kut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi nukles

SEMBELIHAN CARA ISLAM YANG PALING BAIK

SEMBELIHAN CARA ISLAM YANG PALING BAIK
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Islam adalah agama rahmat-kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Perhatikanlah bagaimana peraturan Islam dalam penyembelihan binatang ternakan. Cara penyembelihan Islam juga adalah sangat baik untuk kesihatan.


Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan. Buku bertajuk Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi menghuraikan kaedah dan syarat penyembelihan berdasarkan al-Quran dan sunnah. Penyembelihan harus menggunakan objek tajam. Kaedah ini untuk meminimumkan kesakitan haiwan ketika disembelih.

Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

Penyembelihan harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya. Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah.
Firman Allah bermaksud:
“Maka makanlah haiwan (yg halal) yg disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.

Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.

Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.

Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yg mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.

Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan.

Oleh: Zamri Mohamad
Petikkan ~ http://yusofembong.blogspot.com/2009/11/kaedah-sembelihan-cara-islam-yang.html

Sunnah Tidur Siang Dan Penemuan Semasa

Sunnah Tidur Siang Dan Penemuan Semasa : Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:


"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:


"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background