SaLAM PeRsAuDaRaAn

Saturday, November 27, 2010

Official Your smile- Zain bhikha 2009-No music [HD]

Official Your smile- Zain bhikha 2009-No music [HD]

Salah faham pemakaian tudung

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.

Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :

Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).

Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:

“Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)


2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah
memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:

“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)

Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.

tiru solat Rasulullah s.a.w

sumber;BLOG JALAN SALAFUS SHOLIH


Bilakah kali terakhir anda mempelajari cara bersolat dengan betul? Saya pasti kebanyakan kita akan menjawab semasa tadika atau sekolah rendah. Ketika itu, mungkin kita hanya mengikut bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh ustaz ustazah tanpa melihat dalil-dalil secara terperinci. Dan sesudah berapa lama kita meninggalkan zaman itu, maka mungkin solat kita mulai tersasar daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya kita menyemak semula solat kita dan mulai mempelajari solat berdasarkan dalil-dalil itu sendiri secara terperinci. Marilah kita memastikan solat kita benar-benar menyamai baginda sebagaimana sabdanya: "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat"


1. Menghadap Sutrah (Pembatas)

Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan solat, hendaklah ia letakkan sesuatu dihadapannya. Jika ia tidak menemukan sesuatu hendaklah ia menancapkan tongkat. Jika ia tidak membaca tongkat hendaklah ia menarik garis kemudian apapun yang lewat dihadapannya tidak akan merosakkan solatnya". (HR Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan Ibnul Madini)

2. Merapatkan saf

Dari Nu'man bin Basyir, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Rapatkanlah saf-saf kalian, atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian saling berselisih (berpecah belah)." (HR Muslim)


3. Angkat takbir setentang dengan bahu atau telinga

Dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW mengangkat kedua tangan beliau setentang bahu apabila membuka solat. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Malik bin Al-Huwairits bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)


4. Sedekap di dada

Dari Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi, ia berkata: "Kaum muslimin diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan mereka di atas tulang hasta sebelah kiri mereka dalam solat"

Dari Waails, berkata: "Aku melihat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam apabila berdiri dalam solat meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri beliau" (Hr Abu Daud dan An-Nasa'i)

Dari Waail bin Hujr, ia berkata: "Aku mengerjakan solat bersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada" (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)


5. Rukuk dengan sempurna

a. Meratakan tulang belakang ketika rukuk

Dari Wabishah, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat. Apabila rukuk, beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah". (HR Ibnu Majah dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)

b. Tangan diletakkan di lutut, jari jemari direnggangkan

Dari Abu Humeid, ia bercerita tentang sifat solat Rasulullah SAW: "Apabila beliau rukuk, beliau meletakkan kedua telapak tangan dengan kukuh pada kedua lutut beliau dengan merenggangkan jari jemari beliau". (HR Abu Daud)


6.Sujud dengan sempurna

a. Posisi sujud dengan tujuh anggota iaitu dahi (termasuk hidung, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki

Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)

b. Hidung di cecahkan ke tempat sujud

Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)


c. Telapak tangan di ratakan ke lantai dengan membentangkan kedua telapak tanganya, tidak menggenggam jari jemarinya dan tidak pula merenggangkannya.

At tirmidzi berkata: 'Cara seperti inilah yang dipilih oleh para ahli ilmu" - Kitab Al-Mumti', Nailul Authar dan lain2 (sila rujuk buku Sifatus Solah bil dalil wa ta'lil oleh Syaikh Muhammad bin Salih bin Sulaiman Al-Khazim)

d. Siku dinaikkan

"Baginda mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkan dari rusuknya sampai warna putih kedua ketiak baginda terlihat orang di belakangnya" (HR Bukhari dan Muslim)

e. Kedudukan kaki semasa sujud hendaklah dirapatkan, diteggakkan dan jari jemari di hadap ke arah kiblat

Syaikh Muhammad Bin Utsaimin berkata: "Adapun kedua telapak kaki keduanya harus dirapatkan, dasarnya adalah hadis 'Aisyah, ia berkata: "Ketika aku kehilangan Rasulullah, tanganku meraih kedua telapak kaki beliau sewaktu beliau sedang sujud" Kemudian Syaikh Muhammad Bin Utsaimin menjelaskan: "Satu tangan tentu tidak boleh meraih kedua telapak kaki kecuali bila keduanya dirapatkan." (Al-Mumti')

Di riwayatkan oleh Abu Humeid radiallahuan tentang sifat solat Nabi,: "Apabila sujud beliau idak membentangkannya dan tidak pula menggenggamnya, dan beliau menghadapkan hujung-hujung jari kaki beliau ke arah kiblat". (HR Bukhari)


7. Duduk antara dua sujud

a. Menegakkan kaki

Dari Abdullah bin Umar, ia berkata: "Termasuk sunnah dalam solat ialah menegakkan kaki kanan dan menghadapkan jari jemarinya ke arah kiblah lalu duduk di atas kaki kiri". (HR An-Nasa'i dan Abu Dawud dan disahihkan oleh Al-Albaani)

b. Meletakkan kedua tangan di atas paha dan hujung-hujung jari tepat di atas lutut.

Hendaklah ia meletakkan tangannya di atas paha dengan hujung-hujung jari tangan pada lututnya. Atau meletakkan tangan kanan di atas lutut kanannya seta tangan kiri di atas lutut kirinya, seolah-olah menggenggamnya. (Lihat Sisat Solat Nabi. Hlm. 40)

8. Duduk tasyahhud

a. Isyarat tasyahud dengan ibu jari dan jari tengah membentuk bulatan. Jari telunjuk di naikkan dan dibengkokkan sedikit

"Nabi SAW meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang, tetapi baginda menggenggam semua jari tangan kanannya dengan mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya" (HR Muslim)



Dipetik dari buku Sifat Solat Nabi, http://www.docstoc.com/docs/3856248/Sifat-Solat-(Sembahyang)-Nabi (digalakkan untuk dicetak).
sumber utama:blog jalan salafus sholih


Solat merupakan ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama. Seperti yang kita ketahui, solat itu mencegah kemungkaran. Ini adalah berdasarkan firman Allah:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)


Tetapi persoalannya, mengapakah kita masih lagi melakukan banyak kemungkaran di sana sini tanpa mengira waktu. Di manakah silapnya solat kita sehingga tidak dapat mencegah kemungkaran sedangkan kita tidak pernah meninggalkan satu waktu solat pun. Memang ada yang tidak kena dengan solat kita. Saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian supaya menilai sendiri tahap solat kita, di manakah tahap solat kita berada sekarang. Imej dibawah menunjukkan sembilan tahap solat bermula dari tahap satu sehingga tahap sembilan. Tandalah di mana tahap solat anda berada dan berusahalah perbaiki mulai dari sekarang. Janganlah ditangguh-tangguh lagi kerana solat kita tidak terlepas dari untuk ditanya ketika di akhirat kelak. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. Wallahualam

Thursday, November 18, 2010

Kisah Empat Isteri ..

sama-sama kita baca artikel dibawah dan kita ambil pengajaran dr apa yg terkandung didalamnya....dan sama-sama kita sampaikan pada org yg tak masuk dlm MM ini....semoga kita dapat manfaat bersama.
wallahualam....

Kisah Empat Isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

sekian,
wasalam.

wallahualam.

wanita di mata lelaki ... terasanya aku ..

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama
isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku

"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya
ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus
membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!
Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh
Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang
nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,
then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!


Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu
sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin
one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya
memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV
citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.
Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat
rumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan
terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat
tau!!
Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa
Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!

Renungan Berkeluarga ..

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

wassalam

Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah ..

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
Q.S Al-Hujuraat : 10

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."
Q.S Al-Hijr : 47

Berapa banyak kehidupan yang berubah menjadi keras ketika ikatan persaudaraan telah pupus, ketika sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering, ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudaraan, saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar, merasa terpisah menyendiri dari masyarakatnya.

Kebanyakan manusia pada umumnya, perilaku mereka telah tercemar oleh perkara-perkara yang dapat merosakkan persaudaraan, yang terkadang mereka menyedari perkara tersebut, dan terkadang tidak menyedarinya.

Oleh sebab itu, kami akan mencuba memaparkan beberapa perkara yang dapat merosakkan persahabatan dan persaudaraan. Sebelumnya, akan kami kemukakan terlebih dahulu beberapa hadith dan perkataan para ulama' salaf mengenai
hubungan persaudaraan.

Dalam sebuah hadith yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah,
" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya. "
HR Bukhari dan Muslim

Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman;
" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "
HR Malik dan Ahmad

Muhammad bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab, " Ketika bertemu dengan saudara-saudara ( sahabat-sahabat ), dan membahagiakan mereka."

Al-Hasan berkata, " Kami lebih mencintai sahabat-sahabat kami dari pada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia."

Khalid bin Shafwan berkata, " Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan. "

Perhatikanlah beberapa perkataan di atas, baik dari ayat-ayat Allah, hadith, mahupun perkataan para ulama, kemudian lihatlah pada kenyataan tentu akan menunjukkan kebenarannya. Siapakah yang menolongmu untuk mampu tetap teguh
memegangi hidayah? Siapakah yang meneguhkan kamu untuk tetap istiqamah? Siapakah yang menemani kamu ketika dirundung bencana dan malapetaka? Kerana itu Umar pernah berkata, " Bertemu dengan para ikhwan dapat menghilangkan kegalauan dan kesedihan hati. "

Jika demikian, bagaimana mungkin seorang yang berakal akan mengesampingkan ukhuwah dan lebih memilih kehidupan yang kacau dan hingar bingar.


Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah, Di Antaranya Adalah :

1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.

Rasulullah SAW. Bersabda;
" Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. "
HR Ibnu Majah

Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan
meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.

2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan.

Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda;
" Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. "
HR Ahmad

Ibnu Qayim, dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. "

Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman;
" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). "
Q.S Az-Zukhruf : 67

Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga;
" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. "
Q.S Al-Hijr : 47

3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.

Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;
" Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu
adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. "
Q.S Al-Israa? : 53

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;
" Kalimah thayibah adalah shadaqah. "
HR Bukhari

4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.

Seorang ulama salaf berkata, " Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia
selesai berbicara. "

5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.

Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.

6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.

Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan. Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda;
" Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. "
HR Bukhari dan Muslim

Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat.

Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah
menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan.

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang. Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.

7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )

Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.

Allah SWT berfirman;
" Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan
dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman
berserah diri. "
Q.S Al-Mujaadalah : 10

Rasulullah bersabda;
" Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. "
HR Bukhari dan Muslim

Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara rahsia ).

Wallahu?alam Bisshawab

Dari mana datangnya kekuatan ..

Seperti biasa saya balik ke rumah lebih kurang jam
12.00malam pada setiap hari Selasa kerana menghadiri majlis Ilmu. Isteri masih setia menunggu - bukan apa - untuk berkongsi ilmu kerana beliau pun baru balik dari majlis ilmu khusus untuk wanita.

Seronok bersembang sehingga tak sedar, jam di dinding hampir pukul 2.00 pagi. Kerana terlalu letih saya bergegas ke atas untuk melelapkan mata.... tiba-tiba ...."abang ....cepat emergency!!!"

Saya bergegas ke bawah. Rupanya keluarga Aminah (nama samaran - perempuan India yang masuk Islam) telah tiba di rumah rakan saya, sdr. Badrul (nama samaran), yang juga "Indian Revert". Saya lihat jam di dinding sudah
hampir sangat ke pukul 2.00 pagi. Aminah menelefon saya agar tidak memberitahu keluarganya di mana ia berada. Beliau takut dicolek balik.

Walaupun saya cuba yakinkan Badrul agar memohon keluarga Aminah balik sahaja dan jumpa besok pagi - mereka enggan kerana nak jumpa juga pagi tu.

Setelah beberapa ketika buat perbincangan dua hala dengan Aminah dan Badrul - kami mengambil keputusan untuk menemukan mereka di satu restoran Mamak. Biasanya darah tinggi saya akan naik bila lewat sangat tidur. Isteri saya pesan: "Jangan fikir bab tu...sekarang ni kita fokus nak selesaikan masalah ini"

Setelah saya dan isteri mengambil Aminah kami terus ke restoran Mamak. Mulut kumat kamit membaca Ayatul Kursi. Saat yang dinanti tiba dan kami berdo'a agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini.

Badrul ditemani isterinya. Salain dari Aminah dan
Badrul, kami bercadang untuk tidak masuk campur.
Badrul ada advantage kerana dia pandai cakap bahasa Tamil. Suasana marah, sedih, pujuk dan gertak berlaku. Ia bagaikan satu drama....tapi ini "drama in real life". Mereka mengugut hendak bunuh diri ...bukan ibu dan bapa malahan seluruh keluarga. Alhamdulillah Aminah cekal dan tidak berganjak dari pendiriannya.

Masa balik Aminah berkata: "Saya memang sudah minat dengan Islam semenjak di bangku sekolah lagi. Walau apapun saya tetap dengan Islam ini. Insya Allah besok lusa saya akan balik ke rumah ibu dan ayah untuk satu hari"

Aminah juga berkata: "Insya Allah saya sentiasa
berdoa, satu hari nanti Allah akan beri hidayah kepada kedua ibu bapanya dan semua adik-adiknya..."

Dalam linangan air mata (mujur takde orang nampak dalam gelap tu) kami mengaminkan sahaja ucapannya. Sungguh mulia isi hatinya walaupun baru memeluk Islam.

Badrul dengan cara yang cukup lunak telah berjanji
akan ke rumah Aminah pada 25 Disember 2005 nanti. Cara dia mengendalikan keadaan sungguh terpuji - walaupun dia sendiri adalah bekas penganut agama Hindu - tapi akhlaknya amat disegani oleh sahabat handai.

"Dia tetap anak kamu ....jangan risau. Darah kamu ada didalam badannya. Islam tidak memisahkan anak dan ibu bapanya... Kamu tetap ibu bapanya." kata Badrul - yang baru kehilangan ibunya tersayang - meninggal sebagai seorang penganut Hindu.

Akhirnya - kami bersurai. Kami tiba di rumah jam 6.30 pagi setelah bersolat subuh di masjid. Kami tidak tidur semalaman - tapi hati kami puas dan gembira. Darah tinggi tidak pula naik. Benarlah - bahawa jika kita menolong Agama Allah - Allah akan menolong kita. Kekuatan yang saya perolehi itu sesungguhnya adalah kurniaan Allah swt.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham


p/s; oh...betapa kuat dan cunnya aminah nih...susah nak imagine.........malu lak rasa pada diri sendiri...

Nilai sekuntum wardah..

Selami perbualan berikut..

Penulis:wahai adikku yang tercinta..boleh akak tanya satu soalan??

Adik:untuk kakak,walau sebanyak mana soalan pun,adik sanggup jawab..

Penulis:syukran adikku..baiklah..akak nak tanya,dalam banyak-banyak wardah,wardah mana yang adik jumpa paling mahal??

Adik:paling mahal??ermm..hah!ada satu adik jumpa masa temankan umi pergi supermarket..umi beli sejambak wardah..akak nak tau berapa harganya..akak jangan terkejut ya..harganya RM 150..mahal kan??tak sepatutnya penjual tu jual mahal-mahal..kan kak??

Penulis:tak baik su'zhon dengan orang lain..mungkin ada sebab kenapa dia mahal dari yang lain..

Adik:maaf kan adik ye kak..mungkin jugalah sebab wardah tu cantik..segar-bugar lagi..baunya cukup menusuk corong hidung adik ni..

Penulis:kan kakak dah cakap..pasti ada sebabnya..baiklah..akak nak tanya lagi..selain wardah yang adik jumpa hari tu,ada lagi tak yang lebih mahal??

Adik:rasanya tidak ada pula..

Penulis:adik nak tau tak apa yang akak interpretasikan sebagai wardah yang termahal..??wardah ni susah sangat nak jumpa..kena cari dengan usaha yang gigih baru boleh dapat..

Adik:mestilah nak..akak adik ni kan bijak berkata-kata..siapa yang tidak mahu mendengar hujah mujahidah sorang ni..

Penulis:jangan puji akak sebegitu..akak bukan sebijak yang disangka..itu semua anugerah yang Allah ciptakan kepada fikrah akak..Baiklah..akak akan terangkan pada adik..akak tafsirkan wardah yang termahal sebagai..' sang wardah yang fizikalnya cukup mencengkam hati sang kumbang..keharuman sang wardah yang menggelorakan lautan hati sang kumbang..keindahan sang wardah yang sentiasa melintasi fikrah sang kumbang..menyebabkan sang kumbang ingin mendekatinya tetapi dipatahkan kerana tajamnya duri di tubuh sang wardah..membuatkan kecantikan,keharuman serta keindahan sang wardah hanya bisa ditatapi pada jarak yang jauh..tetapi bagi sang kumbang yang tidak mengenal erti jemu,dia akan tetap berusaha untuk memiliki sang wardah itu..di mana usahanya diiringi oleh nasihat serta petunjuk oleh yang Maha Bijaksana..jika benar sang kumbang itu diberikan keizinan oleh-Nya untuk menyunting sang wardah yang suci itu,pasti mereka akan bersama..jika tidak..redhalah dengan caturanNya kerna segala-galanya terletak di tangan-Nya..' Itu pandangan akak..boleh terima??

Adik:masyaAllah..indahnya..kakak,kakak nak tau satu hal tak??bagi adik..kakaklah wardah tu..wardah yang memgari dirnya dengan shauqah-shauqah yang tajam sehingga membuatkan diri kakak sukar didekati oleh sang adam..ada penerangan yang selanjutnya tak??adik nak dengar lagi..

Penulis:sang wardah yang mahal serta suci itu akan memudahkan sang kumbang untuk melebarkan sayapnya supaya bisa ia terbang lebih jauh..terbang untuk menerokai dunia..dunia yang sarat dengan rahsia..sang wardah inilah yang akan memberi inspirasi kepada sang kumbang untuk meneruskan penerokaannya sebelum tamatnya riwayat hidup..sang wardah ini merupakan sayap kiri sang kumbang untuk memastikannya mampu menuju satu destinasi untuk mencari redha Ilahi..sang wardah ini sangat setia dengan sang kumbang tersebut..kerna mereka telah berjanji..cinta yang disulami antara mereka adalah kerana Allah semata-mata dan mereka berharap agar ianya dapat disulami dengan lebih indah lagi di syurga Allah s.w.t. di kerajaan akhirat kelak..

Adik:cukup jelas wahai kakakku..kakak..dikau adalah idolaku..dikau seorang wanita yang cukup sempurna..bersyukur ke hadrat ilahi atas kurniaan insan ini dalam hidupku..

Penulis:kakak hanya beri pendapat dan akak tidak mengharapkan sebarang pujian..Jangan signifikasikan akak sebegitu mulia sebab akak hanyalah insan hina yang masih bertatih untuk mengenal Sang Pencipta..Jangan pernah katakan akak ini adalah muslimah terbaik sebab dosa-dosa yang akak tanggung selama ini sudah menghasilkan satu kepulauan yang luas banyaknya..akak tidak layak diberi pujian sebegitu..

Adik:kakak,jangan cakap macam tu..

Penulis:cuma akak dah betekad dalam diri akak..akak tidak akan pernah berputus asa dalam mencari cahaya-Nya..cahaya yang dimalapkan oleh bayangan nafsu..akak harap adik dapat bantu akak dalam menongkah kehidupan yang penuh dengan mehnah dan ujian ini..wajah kakak kini semakin tebal kerana menanggung malu terhadap dosa-dosa yang telah akak lakukan sepanjang menyusur kehidupan ini..Masih adakah ruang dihati-Nya untuk kakak??kakak takut dik..kakak takut sekiranya Allah tidak menerima akak..

Adik:la tahzan ya ukhti..ingat..walau adik tidak bersama kakak,Allah sentiasa ada dengan kakak..DIA sentiasa mendengar kata hati akak..

Penulis:syukran ya habibi ..moga-moga kita sama-sama mendapat pengakhiran hidup yang baik..insyaAllah..

Adik:insyaAllah kak..sama-samalh kita berusaha untuk menjadi wardah yang dipagari duri..di mana durinya disaluti iman..dihiasi dengan ketinggian akhlak..ketajaman durinya sentiasa diasah dengan pedang zikrullah..ingat..dari Allah kita dihidupkan dan kepada Allah juga kita dikembalikan..

liRiK LaGu mAhEr zAiN

BARAKALLAH.....

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما
وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير (x2)

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما
وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير (x2)

(x4) بارك الله
(x2) بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما, الله أدم حبهما
الله صلي وسلم على رسول الله
الله تب علينا, الله إرضى عنا
الله إهدي خطانا على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما
وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير (x4)

Tajuk Nasyid : Baraka Allahu Lakuma
Artis : Maher Zain
Album : Thank You Allah


INSYAALLAH........

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah (3x)
Insha Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah (3x)
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah (3x)
Insha Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way (2x)
Insha Allah (3x)
Insha Allah we’ll find the way

Tajuk Nasyid : Insha Allah
Artis : Maher Zain
Album : Thank You Allah



Open Your Eyes .......

Look around yourselves
Cant you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

[chorus]
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We cant keep hiding from the truth
Let it take us by suprise
Take us in the best way
[Allah]
Guide us every single day
[Allah]
Keep us close to you
Until the end of time

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running i your veins
What about anger love and pain
And all the thing you are feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there
Lets start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

[chorus]
When a baby’s born
So helpless and weak
And you are watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life

[chorus]
You created everything
We belong to you
Ya Rabb we raised our hand
Forever we thank you

Tajuk Nasyid : Open Your Eyes
Artis : Maher Zain
Album : Thank You Allah


Palestine Will Be Free .......

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Tajuk Nasyid : Palestine Will Be Free
Artis : Maher Zain
Album : Thank You Allah

Mestica – Wajah Suci

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan di buang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Tajuk Nasyid : Wajah Suci
Artis : Mestica

Mestica feat Munic Hijjaz – Puteriku Sayang

hayatilah setiap bait2 lagu nie...khas buat diri yg bergelar mukminah........

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Tajuk Nasyid : Puteriku Sayang
Artis : Mestica
Feat : Munif Hijjaz
Album : Layar Keinsafan

Iman..tolong jaga saya,insyaAllah saya jaga kamu..

Dengan nama Allah,
ar-Rahman,ar-Raheem..

"tank petrol kosong kita isi dengan minyak"
"perut kita kosong kita isi dengan makanan"
"jiwa kita kosong kita isi dengan apa??...
I.M.A.N

Senang sungguh kita berteorikan kata2, tapi praktikalnya 0..sdih3x ;''(.
Bila imbau balik zaman jatuh cinta dengan iman, manisnya rasa hidup bertuhan.
kemana-mana pun jadi kuat kerana iman, sanggup tinggal & ditinggalkan sebab apa?
sebab baru dapat rasa "halawatul iman" & xhairan dah "halawa tepi jalan"..
hari-hari rasa bangga sebab jalan seiringan dengan iman, bila dengan iman
hati x kosong,Allah pun suka..mulut x habis-habis memuji,segala kata-kata cinta diluah
xkira masa xkira tempat..indahnya iman saat ia didalam dada..setiap hari x lokek bertanya
khabar tentangnya & bimbang"apa khabar iman hari ini?..sihat kah dia?bimbang jika
iman disakiti ataupun merajuk pergi..

aku bermonolog dalaman
"alangkah bahagianya jika aku dapat melihat iman waktu itu,
tentu keadaannya segak & gagah ,tersenyum & bahagia melihat aku,
mengenakan pakaian yang putih bersih & sentiasa menemani aku,
dikala diriku bersama Rabb, imanlah pendamping setia,dialah mencurahkan
haruman & menyanggulkan bunga takwa kepada ku,mengenakan mahkota
ikhlas untuk aku bersujud merendah dihadapan Allah s.w.t,
dikeheningan malam,iman sentiasa membuatku resah untuk tidur,
tapi berjaya buatku tenang setelah kembali menangisi dosa-dosaku,
bertapa sayangnya iman padaku,bertapa lembut & manjanya iman padaku,
sungguh penyayang iman waktu itu menjaga & melindungi ku,menghiasi peribadiku..

kini setelah tertitik satu tompok hitam,hatiku kelabu & kian kelabu..
aku bermonolog lagi,
"iman..dimana iman, kenapa iman x teman saya lagi?..kenapa saya selalu resah?
iman..iman xsayang saya lagi? iman kata nak teman saya lagi..namu tiada jawapan
yang aku dengar..tapi, tiba2 hati aku diketuk.."tuk,tuk,tuk.."aku tersentap
aku terpana terlihat sesuatu yang sangat menyayat hati..terlihat aku akan iman
yang sudah lama tidak bersama,yang menghilang disaat aku ditemani hawa nafsu,
Iman datang kepadaku, kali ini ia menangis,keadaan sudah tidak seperti dulu,
kusut, masai,kurus ..pakaiannya compang-camping..aku resah..lalu bertanya
kenapakah denganmu iman? siapa yang melakukan ini padamu?iman tunduk &sedih
bicaranya bisu..lalu aku memaksa, "iman ceritakan padaku"aku memaksa..
dengan sayu iman memandang wajahku, iman meletakkan tanganku didadaku,
"tanyalah jiwamu siapakah yang telah menawan hatimu??dia atau aku"..
aku tertunduk malu,sedih & kesal..rupanya setitik tompok hitam sudah menguasai aku
ianya telah membesar dengan pantas seperti sel kanser yang telah mnyerap semua
kemanisan iman, mencampakkan iman keluar dari hati..yaAllah.h ighfirly..
kasihan iman..maafkan saya iman, saya tidak sempurna, saya dah menduakan kamu..
iman..saya masih sayangkan kamu..terimalah saya kembali..peliharalah saya kembali,
temani saya pada malam ini & seterusnya..tetaplah disini untuk selamanya..sy perlukan
kamu..iman..kaulah kunci cinta ku pada Allah& Rasulullah..izinkan aku untuk menyubur & menyemaimu kembali.."maafkan saya iman"..aku sudah sedar akulah yang menjadikan iman sebegitu rupa..akulah yang menjadi punca kekalahannya..sayuu..

Buat iman,
Iman jadilah pahlawan sejati itu kembali,agar sama-sama dapat kita tupaskan "dajjal" & angkatannya..supaya ruang kecil dihati ini dipenuhi dengan dirimu..kerna cinta kita akan bersatu atas redha Ilahi..kerna cita kita untuk membebaskan Aqsa & merealisasikan kata-kata Rasulullah pasti terlaksana andai kita kembali menyatu..kali ni jangan lepaskan ikatan ini ya..
genggam saya seerat-eratnya..jika saya jatuh,bangkitkan saya..bila saya dah mati..minta tolong bawakan amal terbaik& temankan saya ya..semoga Allah merahmati kita..

P/s: iman nanti tolong jaga ana ya,insyaAllah ana akan jaga kamu :)

PANTUN MAKSIAT

Yang perempuan pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat,
Suka pulak menunjukkan pusat,
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,
Pakai pulak yang sendat-sendat,
Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat,
Tak kire bujur, tak kira bulat,
Bila dah macam tu sape lihat pasti tercegat,
Bila dah tercegat, silap gaya jadi gawat,
Bila dah jadi gawat, bohsia bohjan lagi dahsyat,
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa tangan berjabat,
Kemudian, pakat lawan peluk erat-erat,
Mase tu, mafas naik tersekat-sekat,
Usah dipedulilah agama dan adat,
Usah ditakuti ALLAH dan Malaikat,
Yang penting ape yang kita nak buat, kita buat,
Akhirnya, bila dah buat perut kempis jadi bulat,
Bila perut kempis dah jadi bulat,
Maka tunggulah lahirnya anak-anak yang tak cukup sifat,
Maka jam tu kita tengok bayi dibuang merata tempat,
Maknanya ketika itu, iblis mula melompat,
Bila iblis mula melompat,
dia (iblis) kata apa? “ habis manusia dah masuk jerat,
“habis manusia telah tersesat”
Inilah dia fenomena masyarakat,
Oleh itu wahai saudara saudari dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa kita mungkin menghadapi HARI KIAMAT,
Sampailah masa kita semua akan berangkat,
Berangkat menuju ke negara Akhirat,
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat,
Masa itu, sendiri mau ingat,
Umurmu banyak mana mu buat ibadat??
Zaman muda mu apa telah mu buat??
Harta benda anta dari mana anta dapat??
Ilmu anda adakah anda manafaat??
Semoga ia dapat mengingatkan kita meninggalkan maksiat,
Dan memperbanyakkan ibadat,
Dan banyak bertaubat,
Habis pantun Maksiat….

---- USTAZ AKHIL HAYY----

cinta b'sulamkan redha...=)

Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah.

Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…

Jam 8.00 malam


‘Yang mana satu ek…?’

‘Yang itukan?’..

‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..

‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’

‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.

‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..

Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….

Bila ada keindahan,

Yang mewujud utuh..

Dalam seluruh dimensi..

Dan menyentuh utuh..

Sepenuh rasa di jiwa,

Itulah detik ijab qabul..

Selamanya..

Indahnya nyata..

insyaAllah


“Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.


‘Tak sempat lagi tengok muka dia’

‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.

‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’

‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’

‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.

Aduhai…

Sahabat-sahabat yang ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali......

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…

‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya (perkahwinannya) pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.

Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.



Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.

ustaz….Ukhti…

Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….

Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alasan untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok, undur dulu…

‘iffah : ok, jaga diri ..

Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)

‘iffah..insyaAllah. . wassalam..

Thariq :wslm wr wbt..

Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah (baca : dihormati) tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,

dalam kesedaran cinta ilahi,

sebagai sebenar-benar cinta.


Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…


Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..

Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…


Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….

kala cinta bertanya pada cinta..

imanlah jawabnya..


Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?


Di sini teduh hadir kukuh,

Di kelopak cerah segala bunga,di pucuk-pucuk hijau segala rasa..


Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….


‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..

kecuali pada kasihMu..

Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..

tertambat kukuh hanya padaMU..

Aku mohon redha atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku..

kenikmatan memandang wajahMu..

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..

Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..

Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’

Ingat: Allah Sentiasa Menyayangi & Memelihara Kita

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Dialog Aku Dengan Syaitan

Syaitan: HAHAHA! Padan muka kau! Siapa suruh kau mengaku dulu! Aku dah cakap, kalau kau mengaku kesilapan kau, kau akan kehilangan diorang! Rasakan Qamarul Nazrin!

Aku: Sebab aku taknak ikut telunjuk kau dengan kawan kau (nafsu)! Aku tau walaupun aku bakal kehilangan diorang, sekurang-kurangnya aku tak hilang Tuhan.

Syaitan: Kau tengok hidup kau sekarang? Mana kau tau yang kau tak hilang Tuhan? Kau susah setiap masa! Diorang cemuh kau, diorang hina kau, diorang hukum kau! Mesti Tuhan pun akan buat macam tu kat kau! HAHAHA!

Aku: Tak! Tak! Tak! Kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya! Aku akui memang diorang cemuh aku, memang diorang hina aku, memang diorang hukum aku! Tapi Allah tak akan buat macam tu! Pergi Pergi! Jangan kacau hidup aku!

Syaitan: Buktikan kata-kata kau tu wahai sahabat lama. Diorang yang dah kena tarbiah pun tetap tak boleh terima kau, nikan pula Allah. HAHAHA!

Aku: Arghhh!! Kau jijik iblis!!! Aku bukan kawan kau! Tu sebab aku pernah buat silap besar kat diorang, memang patut aku terima hukuman. Tu semua hak diorang, yang penting aku dah berterus terang kat diorang!

Syaitan: HAHAHA! Tahniah sebab berjaya buat perkara yang paling susah dalam dunia. Tapi percayalah, sebenarnya kau tertipu dengan pengakuan jujur kau tu. Padan muka!

Aku: Aku.... Rindukan persahabatan yang dah aku rosakkan..... (menangis)

Syaitan: Rindu ye? Apa kata kau tinggalkan tarbiah, kembali kepada kehidupan dulu, aku sedia bantu kau dapatkan semula sahabat-sahabat kau tu. Kau kan cerdik dalam bab-bab ni. Dulu kau terlalu hebat!

Aku: Jahanam kau iblis!!! Aku benci hidup aku yang dulu! Jangan kau berani-berani seret aku balik! Arghhh!!

Syaitan: HAHAHAHA!! Dengan iman kau yang lemah, kau tak akan mampu bertahan! Lambat laun, aku tetap sahabatmu!

Aku: Aku ada Allah! Allah bersama aku! Biar iman aku lemah, biar diorang terus hukum aku, biar aku sengsara sekarang. Aku tak akan ikut kau!

Syaitan: Kau tengoklah! Dah banyak hadis-hadis dari Nabi yang kau sayang tu pun banyak bercakap pasal kau yang hina tu! Kembali je la kat aku. Aku rindu kau.

Aku: Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (dah x tahan dengan segala bisikan)

Syaitan: HAHAHAHAHAHAHAHA!!


**************************

Dialog di atas adalah perkara benar antara aku dengan syaitan laknatullah. Syaitan ni selalu datang bila aku nak tidur dan bisikkan macam-macam perkara yang serupa dengan ni. Aku pernah buat kerosakan. Aku nak kembali pada yang haq! Aku beranikan diri untuk akui kesilapan. Hasilnya aku disisih. Aku dah cuba hadapi seorang diri, namun hampa. Aku cuba pula luahkan apa yang aku rasa, nampaknya Allah je yang benar-benar faham apa yang aku lalui.

Betul aku dah tak tahan dengan semua ni!
Kepada kau, kau, dan kau, orang yang pernah aku buat salah. Baca ni elok-elok.
Aku, cuba ubah keadaan, aku cuba perbaiki segala kerosakan yang pernah aku buat. Walaupun aku tau sesetengah kerosakan tak akan pulih. Sekurang-kurangnya Allah nilai setiap apa yang aku buat. Tapi kau, kau, dan kau! Kenapa terus nak hukum aku? Tau tak syaitan gunakan kau, kau, kau untuk terus jatuhkan aku? Kalau kau, kau, kau orang yang ditarbiah, kenapa terus nak menghukum? Kenapa tak boleh terima aku sebagai orang yang baru? Kenapa weyh?!!! Seronok ke jadi bahan mainan syaitan yang sentiasa nak pecah belahkan manusia?

SEKURANG-KURANGNYA AKU BERANI AKUI KESILAPAN DIRI.
SEKURANG-KURANGNYA AKU BERANI AKUI KESILAPAN DIRI.
SEKURANG-KURANGNYA AKU BERANI AKUI KESILAPAN DIRI.
SEKURANG-KURANGNYA AKU BERANI AKUI KESILAPAN DIRI.
SEKURANG-KURANGNYA AKU BERANI AKUI KESILAPAN DIRI.

bukan untuk menggoda

kita berjalan bersama
walau tak seiring

solat zuhur bersama
walau tak berjemaah

menuju ke destinasi yang sama
walau tak sehaluan

pernah pergi makan bersama
walau tak duduk semeja

meminati lagu yang sama
walau tak perasan

memakai baju warna sama
walau tak sepadan

mempunyai cita rasa yang sama
walau tak semua

itu semua adalah kita
namun mengapa masih ada
rasa yang tak puas hati dalam jiwa?
katakan jika aku adalah punca
jangan kau bermuram durja
dibelakang menghamburkan kata-kata
terus terang saja
agar aku ketahui semua
apa yang lebih apa yang tiada

datanglah padaku
bukan untuk menggodamu
apatah lagi menambah dosamu
berceritalah dengan ku
kerna ku ingin mengetahui sesuatu
tentang dirimu dan hidupmu

kita buat seperti biasa
kerna memang tiada
yang istimewa antara kita
agar hidup kita ceria
berkongsi suka dan duka
walau tak semua

Surat Cinta Untuk My Future Hubby (tiada 'ies' di belakangnyer)

tengah blogwalking...terbaca ni...sangat MENARIK!!
wa tergelak sorang2 ...hehe
tahniah kepada blogger ni...

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Kehadapan my future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer).

I menulis article ini kerana sifat suka menjawab i lepas mentengok surat cinta utk future wife(s) yg dah tersebar kat facebook. Lagipun mmg dah lama I nak menulis ni tapi malu2 kucing gitu. So, sila baca entri ni bersungguh-sungguh dan semat dalam ingatan u supaya u tau bukan kaum bapa saja yg nak wife hebat, dan betapa lasernya mulut I kalau kita ada jodoh nanti (maklumla, u kan kene jaga I sampai akhirat?).
So, wahai my future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer).

I tak tau siapa u b, sbb I takder ilmu meramal masa depan. Tapi I yakin Allah dah readykan u for me. Tapi nanti bila kita jumpa, I harap u terimalah seadanya I, sepertimana I akan terima diri u seadanya u. Lagipun, I tau yang u mmg Allah bagi jadik sesempurna manusia kat hati I. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan of kos hensem kat mata I. Sebab tu Dia readykan u utk I kan? =)

I harap bila I membrowse2 facebook dan membuat kerja2 blogwalking nanti, xla I terjumpa gambar u yg macam2 rupa. Sebab setau I, lelaki2 bila perasan dia hensem (yg x hensem pun sama jugak), mesti nak war2kan rupa dia kat satu dunia. Macamla dia sorang yg mcm da'bomb. I vavavoommmm jugak, tapi xderla pulak I letak gmbr kat facebook nak tunjuk kat seluruh dunia. Sebab I rs tak perlu pujian org. Allah dah jadikan I vavavoommm dengan cara yg tersendiri. Jadi I tidak memerlukan pujian manusia. Cuba u baca ni jap, b : "Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri. (Hadis riwayat Muslim)". So jaga2 taw suka mintak puji dan kene puji ni...

Jadi, gambar u yg pakai rantai ke, tgh shisha sampai 8 paip ke, tgh di kelilingi ppuan pelbagai gaya ke apa ke, tgh shuffle2 ke, tgh terloncat2 dlm gig ke apa ke, baikla u delete je. I xnk org mengumpat bakal suami I yg Allah dah pilih utk I ni. Dosa u pun dah banyak b... Diorang mengumpat pun sbb u yang mengundang. U share dosa taw, b! Nanti lepas kawin u nak jaga I dengan anak2 lagi. Dosa kami pun nnt u kene tempias sikit2. Kesian taw kat u. Baik u cuba kurang2kan sket dosa kecik2 u tu.

Lagipun u tau kan, bakal mak ngan ayah mertua mana pun dalam dunia ni mesti tak berkenan ngan lelaki yg nampak mcm tak peduli agama langsung dan xleh bimbing anak diorang =).

My future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer),

I tak tau pasal masa depan kita. I tak tau berapa banyak duit yg u akan ada, sebab mcm I cakap mula2 tadi yg I ni xder ilmu meramal masa depan. So, dengan kata lain, I tau mungkin u tak akan mampu kasik umah 10 tingkat kat i (walaupun I rs umah 10 tingkat tu u mampu nak bg sebab Flat DBKL pun 20 tingkat). I tau mungkin u pun x mampu nak kasik I 10 emas intan berlian. I tak kisah sbnrnya kalau u takder harta. U tau tak kenapa? Sebab harta2 ni semua kita guna kat dunia je. Bila u mati nanti kan, b... U bawak amalan u je. I dgn anak2 semua u akan tinggalkan smpi kita jumpa balik akhirat nanti. Apa sedekah jariah yg u dah buat ms kat dunia dgn ikhlas, ilmu2 bermanfaat yg u ada dengan doa anak2 yg soleh. Maknanya kan b, baik u jgn ajar2 sgt I dengan anak2 kita gila dunia. Baik u ajar kami ni dengan agama dan iman. Kita sederhana dahla ya? Rs mcm tak perlu kot u nak beli BMW 7-series ngan TV 100inci sekali dgn surround sound system yg slalu kuar lagu2 haram tapi x pernah kuar alunan ayat Al-Quran.

Bila kita ada umah nanti, I harap u bagila I bekerja. Sebab I tau, walaupun menyediakan kelengkapan dan keperluan hidup tu mmg tugas u, tapi tak salah rsnya I membantu selagi tak berlawanan dengan syariat. Maklumla ya b, I xnk menyusahkan hati u sampai nak beli kicap masa I lalu kat kedai pun kene tipon u mintak u bank-in duit. Cuba u baca ni jap, b : " Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.” See, b? Kesian kat I. Kalau I diberi peluang usaha duit sendiri sikit2 pun, InshaAllah I tak merapu2 nanges guling2 mintak itu ini kat u. Kang sia2 semua amalan I. U tak kesian kat I ke b? Kita nanti kan kene saling bantu membantu...

Tapi kalau u nak jugak suruh I duk umah jaga u dan anak2 je, maka I akan sedaya upaya redha lah dan tutup mulut I dr mintak2 kat u. Tapi u janganla sampai kasut I dah luruh tapak pun x belikan yang baru ye? Nanti I nangis luka kaki, u jugak yg pening.

Tapi walaupun I redha dengan rezeki yg Allah bagi kat kita nanti, jangan pulak u rembat duit maskawin atau cincin hadiah kawin yg u sarung kat I masa menikah tu, Tu dah jd hak I. Bahagian I yg Allah tentukan. Berdosa taw u amik! Kalau xder duit sgt, nanti I blaja buat kuih and jual nasik lemak ya? U pegila buat part time drive teksi malam2. Takper, rezeki kita Allah dah tentukan. kene yakin Lailahaillallah aje.

Pastu kan b, kalau u rs nak tambah org umah lagi 1,2,3 org sebab u nak ringankan beban menguruskan umah, InshaAllah I bg. Memang u suami perihatin. patutla Allah nak jodohkan I ngan u kan b? Tapi kan b, u kenela ajar i grip agama dulu. Kalau u tak ajar I grip agama dan dahulukan Allah, takut2 nanti kepala bini2 u yg lain tu yg i grip, terguling2 atas tanah berebut perhatian u. Laaaaa....nampak sgt u takleh ajar 1 org umah. Camana u nak ajar 2,3,4? U jangan tamak taw b... Tuhan marah taw... Poligami ni utk yg mampu memikul amanah, tanggungjawab dan keadilan saja. Kalau kasut I yg dah luruh tapak tu pun u xleh ganti, cmanala u nak kasik kasut kat bini2 yg lain? Berselipar jamban aje pulak nanti kami ni semua. Tapi alhamdulillah la jugak. Ada jugak rezeki kan?

Hmmm...u tau x? I ni bukannya seorang yg lemah lembik dan akan ikut semua kata2 u. U fahamla ya b? I ni manusia lemah. Sebab akal I lg 9 ada kat u. Rusuk I pun I pinjam daripada u. Dah fitrah ppuan mmg memerlukan bimbingan. Lainla kalau I ni jenis mcm Waliullah Rabiatul Adawiyah ngan Siti Maryam. Ala, u pun bukannya mcm para sahabat. So kita ni kira fair and squarelah yer? jodoh Allah bg kan sesuai ngan diri masing2... =). Kalau bergaduh ke apa ke, I harap u sabarla banyak. Janganla laser je mulut u nak mencerai2 I sebab perangai I yg degil ni. Sbb tu I kata, ajarla I guna agama. I ni bukan anak kura2 taw. Bila u xmo kang u tinggalkan kat paya. Ehhhh no no no. U bayar maskawin I rm80 ngan sebentuk cincin (or seutas gelang or seutas rantai tu), terikat sampai akhirat taw...

I ni sangat2lah mengharapkan u ni bersifat tegas dalam lembut pd I and anak2 kita nnt. U kan imam, makmum mesti nak follow. Kalau imam salah baca, makmum terus jd blur.

My future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer)

I tau mesti u mengidamkan sorang isteri yang reti masak, mengemas dan bleh menjahit. Sikit2 pun xper asal jangan jahil langsung. Btul tak? Kan? Kan? Utk pengetahuan u, I mmg tgh cuba nak memperkayakan ilmu rumahtangga sementara tunggu Allah jodohkan I ngan u. Tapi kan b, u pun kene la blaja memasak, mengemas dan menjahit sket2. Nanti kang kalau I duk kat spital masa lahirkan anak yg berikut2nya cmana? Kang kesian u lapar ngan anak sulung kita kat umah. Nanti sian i susah hati kat spital pikir suami ngan anak kesayangan I apala ceritanya kat umah. Dah penat bertarung nyawa nak lahirkan anak u, lagi mau nangis plak pikir umah cmana. Kesian I kan?

Lagipun kalau I penat ke demam ke, bleh jugak u tlg2 sket2. U mesti xnak kan dalam hati I ni membanding2 u ngan suami jiran sebelah yg rajin tlg bini buat keje umah? Telan air liur je I nanti. U tak kesian ke? Takkan u nak duduk je memboroikan diri tgk bola kat Astro kot? Kang dah tak macho, I tgk lelaki u marah plak. I pun berdosa. Anak2 pun nanti xder contoh ayah mithali. Kang diorang mintak I cari ayah lain cmana? Bahaya tu b.

I harap u jagala diri u sebelum jumpa I. Kayakan diri u dengan iman dan taqwa sebab nanti U nak jaga I ngan anak2. Kalau driver tak tau jalan, penumpang semua habis sesat. Takper, I paham kalau u penah kapel2 sebelum ni. Atau u pernah jadi jahat sebelum u jadi baik. Sebab I pun bukan baik sgt. Baru nak belajar2 beriman. Allah syg org2 yg bertaubat dan belajar mengenal Dia ni b. Kene kenal tuhan dlu sebelum kenal I, supaya I pun dulukan Allah drpd u. I xnkla nanti I syg u sebab u. I nak syg u sebab Allah. Allah tau manusia ni lemah, b. Iman naik turun mcm rollercoaster. Cuma nanti kita usahala sama2 ye nak membahagiakan sama sendiri dan kita sama2 menyenangkan 'hati' Allah. Jodoh kita pun Dia yg bagi. Jadi, xkan kita xnk bersyukur ye tak?

Lagi satu, I harap lepas kawin, u pegila keluar ikut org buat usaha agama sikit2. Kalau tanggungjawab kat umah u dah settlekan, tak salah u keluar ajak org lain pun jadi mcm u. Takkan u nak masuk syurga sorang2 kot kan b? Nanti boring pulak xder kawan. I akan belajar fahamla kalau u nak follow Jemaah Tabligh keluar 3 hari, 7 hari, 10 hari, 40 hari, 4 bulan. Kalau u nak pegi kempen2 Kem Ibadat ke apa ke, xper b. I akan doakan u, InshaAllah. Nanti kita ikutla budi bicara rumahtangga ya? Mcm I katala. Kalau u ajar i dahulukan agama, InshaAllah Allah akan bg I fhm kewajipan u kene keluar berdakwah dan mengenal diri u. Kalau u tak kenal diri u, cmana I ngan anak2 nak kenal u? Absence makes the heart grows fonder. InshaAllah I akan cuba jadi isteri solehah utk u, jaga diri elok2 skalik masa u takder.

Akhir kata daripada I, bila kita jumpa dan menikah nanti, I masak, u makan jangan komplen2 banyak. Syukur rezeki yg ada. U imam, I makmum. U baca doa, I aminkan. I merajuk, u pujuk. Perfect kan? So u doa banyak2 supaya Allah jumpakan kita ya? I malu nak pergi cari2 U. Malu kan pakaian wanita? U pun sure xnak I terhegeh2 pampang muka nak cari u kan? Jodoh tu kan rahsia Allah? Kat sana ajelah kita doa ya?

Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Yang benar,

Bakal Isterimu Si Mulut Laser.

tAkDiR

TAKDIR

Sedih. Aku tidak tahu mengapa. Tetapi suasana kelam itu mengundang rasa sedih di dalam hatiku. Kulihat Ariff menangis teresak-esak. Fawwaz dan Munsyi duduk menunduk wajah yang sugul. Di sekeliling mereka bertiga, kebanyakan rakan-rakanku di Jordan ini turut hadir. Semuanya mempunyai gaya masing-masing. Namun gaya mereka semua bersatu atas satu perkataan. Sedih.
Tiba-tiba aku rasa takut. Seakan-akan suasana itu meragut jiwaku.
“Semoga ALLAH rahmati arwah” Presiden MPPM Jordan, Abang Dzulkarnain berkata dalam keadaan matanya yang kemerahan.
Arwah? Ada orang meninggal kah?
Tiba-tiba aku nampak wajah Toriq, sahabat karibku. Wajahnya pucat lesu. Kenapa? Dia kaku sahaja tanpa suara. Matanya terpejam.
Adakah….

****

Aku memandang wajah Toriq. Wajah itu tidak sama seperti wajah yang kelihatan dalam mimpiku. Wajahnya kini hidup, ceria, penuh cahaya. Wajah yang aku tidak pernah rasa sugul bila memandangnya. Namun hari ini, keresahan aku tidak hilang dengan memandang wajah bersih itu. Malah, semakin bertambah gelisah.
“Ni kenapa gaya nak makan orang? Dah tranformasi jadi Godzilla?” Toriq tersenyum-senyum.
“Jalan pandang depan la” Aku memuncungkan bibir ke hadapan, ke arah jalan raya. Kami kini sedang berada di hadapan sebuah pasaraya, yang bertentangan dengan pintu gerbang universiti kami. Antara pasaraya dengan pintu gerbang universiti, ada jalan raya yang besar untuk kami lintasi.
Senior-senior sentiasa berpesan agar kami berhati-hati kerana orang arab biasanya memandu dengan laju. Kadangkala, kita tidak dapat menjangka bagaimana mereka memandu. Aku yang pernah naik teksi dan coaster di Jordan ini, memang rasa macam nak tercabut jantung dengan cara pemanduan mereka. Menggerunkan.
“Uih, garangnya. Ni boleh jadi Godzilla sungguh ni” Toriq terus melangkah.
Tiba-tiba mataku menangkap sebuah kereta yang bergerak dalam keadaan laju.
Pantas wajah pucat Toriq dalam mimpiku menjengah. Kata-kata Abang Dzulkarnain mengetuk kepala.
Arwah…
“Toriq!” Aku terus mencapai lengannya, menarik Toriq ke belakang semula. Kereta tadi terus bergerak membelah jalan raya.
“Kau nak mati ke? Jalan tak pandang kiri kanan?” Aku meninggi suara. Dapat kurasa wajahku tegang. Dada berdegup kencang. Bukan marah, tapi…
Toriq angkat kening. “Kau ni kenapa? Siapa tak nampak kereta tadi? Aku bukan nak melintas jalan raya. Aku baru je nak melangkah nak berdiri tepi jalan raya. Macam tak biasa pulak.”
Aku diam. Tadi, dia bukan nak melintas ke?
“Kau ni, sayang aku terlebih ni” Toriq ketawa kecil.
Muka aku merah. Aku terasa macam aku ini orang bodoh pula.
“Aku risau” Aku menjawab tanpa memandang wajah Toriq. Jalan raya sedang dipenuhi kenderaan yang lalu lalang. Kami masih belum ada peluang untuk melintas.
“Risau? Terharu seh” Toriq memaut bahuku dengan lengannya. Dia masih ketawa.
Aku diam sahaja. Mana aku tak risau? Aku mimpi kau mati!
Tidak lama kemudian, kami mendapat peluang melintas jalan. Toriq melangkah dahulu. Aku pantas bergerak agar langkah kami seiring. Pantas tangan kananku memegang tangan Toriq, memimpinnya seperti memimpin anak kecil melintas jalan.
Sampai sahaja di pintu gerbang Univeristi Yarmouk, aku perasan Toriq memandangku. Tapi aku senyap sahaja. Beberapa orang di tepi jalan tersenyum-senyum memandang kami. Memang, nampak pelik kalau lelaki berpimpin tangan dengan lelaki.
“Kau tak sihat?” Suara Toriq agar kerisauan dengarnya.
Aku melepaskan tangannya semasa melepasi pintu gerbang. Geleng kepala. Aku perlu bagitahu kah mimpi aku?
“Kalau kau ada masalah, bagitahu aku”
Toriq, memang sahabat yang baik. Sahabat aku yang terbaik. Tapi sekarang, bukan aku yang bermasalah. Masalahnya adalah kau, Toriq. Aku rasa macam kau akan ditarik pergi. Aku tidak mahu kau pergi!
“Tiada apa-apa”
Toriq tersenyum semula. Wajah cerianya kembali bercahaya. “Kau tengah angau dengan sesiapa ke?” Tangannya mencuit pinggangku.
“Banyak la kau”
****

Orang kata, kalau ada manusia nak dekat mati, biasanya dia akan ada tanda-tandanya. Tapi, selalunya tanda itu tidak akan kita perasan, melainkan selepas dia mati. Contoh yang biasa didengari adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tak habis. Contoh lain yang biasa aku dengar, arwah akan sering berkata berkenaan mati sebelum kematiannya.
“Agak-agak, umur kita ni berapa panjang lagi?”
Hampir tersembur air yang sedang kuteguk. Terkejut. Aku membesarkan mata, memandang Toriq.
“Mati-mati jangan sebut lah” Aku menegur.
Toriq tersengih. “Kenapa pulak? Mati tu bila-bila. Apa salahnya ingat mati. Mati selalu ingat kita”
Aku menghela nafas. Betul. Malah, mengingati mati adalah antara pencuci kekaratan di dalam hati.
Rasulullah SAW bersabda: “Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi” Sahabat-sahabat pun bertanya bagaimana untuk membersihkannya. Rasulullah SAW menjawab: “Membaca Al-Quran dan mengingati mati”
“Tak ada la, hilang keindahan pagi ni” Aku memberikan alasan. Kemudian memandang mentari pagi yang redup di sebalik awan.
Sekarang Subuh pukul 3.40 pagi. Malam sudah menjadi pendek kerana musim panas. Antara hobi aku dan Toriq masa musim panas ini adalah duduk di atas sutuh dan berehat sambil memerhatikan mentari naik. Kami akan membaca Al-Quran dan kemudiannya bersarapan bersama-sama.
“Kalau aku mati, macam mana agaknya kau?” Soalan itu, mengundang pusingan pantas dari kepalaku. Pantas aku meluku kepalanya.
“Aduh, kenapa?” Toriq menggosok-gosok kepalanya. Memandang aku dengan kehairanan.
“Degil ya. Kan aku dah cakap jangan rosakkan mood pagi ni” Aku cuba bergaya selamba.
Toriq mencemikkan muka, kemudian terus menyambung sarapannya.
Suasana senyap sebentar. Aku terus menghabiskan air. Cawan kuletakkan. Toriq tekun dengan makanannya. Aku rasa bersalah pula.
“Kalau kau tak ada…” Perlahan-lahan aku bersuara.
Toriq mengangkat kepala. Mata kami bertentang. Suasana senyap kembali. Kemudian Toriq mengangkat kening, isyarat agar aku meneruskan kata-kata.
“Aku akan rasa amat amat amat sedih” Suaraku perlahan. Perlahan-lahan senyuman Toriq terukir.
“Kenapa? Lawak ke?”
“Terharu seh”
“Banyak la kau punya terharu”
“Aku saje je nak tengok kau sayang aku tak” Toriq angkat kening dua kali. Kemudian dengan selamba meneruskan sarapan.
“Ceh” Buat aku risau aje. Aku memandang langit kembali. Semakin cerah. Baru pukul 6.00 pagi, sudah seperti pukul 8.00 pagi di Malaysia. Adakah hidup akan sentiasa cerah seperti keadaan sekarang?
****

Hah!
Aku terbangun lagi. Mimpi itu datang lagi. Wajah teman-teman yang sugul, ada yang menangis, ucapan Abang Dzulkarnain dan berakhir dengan wajah Toriq yang terpejam kehilangan seri. Aku beristighfar berulang kali. MasyaALLAH… Perasaan takut menyerang. Tubuhku rasa hangat. Kusentuh dahi, terasa basah. Aku berpeluh. Semakin lama, aku terasa seakan-akan mimpiku akan menjadi kenyataan. Mimpi yang sama datang dan datang lagi.
Ya ALLAH…
Kulihat jam pada telefon bimbit. 2.45 pagi. Aku terus bangun dan menuju ke tandas. Gosok gigi, dan membasuh muka. Kemudiannya aku mengambil wudhu’. Aku hendak solat tahajjud. Semalam, Toriq mengadu kepadaku bahawa dia sakit. Dia rasa lemah-lemah badan. Hidung pula sentiasa berdarah. Aku amat risau. Aku telah membawanya berjumpa doktor pada waktu malam, tetapi doktor hanya berkata bahawa itu keadaan biasa apabila perubahan cuaca. Memang biasanya pada musim panas, badan akan terasa lebih lemah dan kadangkala untuk beberapa orang, darah akan keluar dari hidung.
Keterangan doktor tidak membuatkan aku lega. Mungkin aku juga akan menganggap ini biasa, kalau aku tidak didatangi mimpi aneh itu. Tapi, setelah berulang kali mimpi itu hadir, aku rasa teramat risau. Adakah pemergian Toriq memang tidak dapat dielakkan? Adakah mimpi aku itu, benar-benar satu kepastian? Aku menangis dalam sujudku.
Ya ALLAH, sesungguhnya KAUlah yang menguasai nyawa, maka panjangkanlah nyawa sahabatku itu!

****
“Nama aku Toriq. Yoroshikuu” Dia menghulurkan tangan.
Yoro… shiku? Bahasa Jepun apabila memperkenalkan diri, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
“Pelajar JUST?” Nama universiti untuk pelajar perubatan dan pergigian di Irbid kusebut. Semua orang disekelilingnya ketawa.
“Aku dah kata dah, kau ni tak ada rupa pelajar Yarmouk” Bahunya ditepuk kawan di sisi.
Dia ketawa juga. “Aku pelajar Yarmouk. Macam kau juga. Kita sama baya la. Cuma aku sampai sini seminggu awal”
Aku tersengih. Pandangan pertama aku, pelajar bernama Toriq ini adalah seorang yang suka lepak-lepak, gaya happy go lucky dan ada aura anak orang kaya. Sekejap sahaja. Sudah dua tahun berlalu. Tanpa aku sangka, pelajar yang aku ingat suka lepak-lepak, gaya happy go lucky, dan ada aura anak orang kaya itu adalah sebenarnya jauh dari sangkaan aku. Gayanya memang ceria, tetapi Toriq adalah seorang yang serius pada tempatnya. Dia rupanya bukan anak orang kaya. Dia sederhana sahaja seperti aku. Tetapi dari segi pelajaran, Toriq jauh melebihi aku. Dia antara yang tergenius di dalam Universiti Yarmouk. Hatta pensyarah pun menyayangi dia.
Akhlaknya baik dan bersih. Tidak pernah menyakitkan hati orang. Malah Toriq yang mengajak aku untuk mengikuti usrah yang dijalankan oleh Iktilaf Islami, kumpulan persatuan ISLAM orang arab di Universiti Yarmouk. Toriq Sentiasa berbahasa yang menyenangkan, dan semua orang di kawasan Irbid ini menyukainya. Dan semestinya, Toriq ramai peminat dari kalangan pelajar perempuan.
Dan tanpa aku sangka juga, pelajar yang aku ingat suka lepak-lepak itulah yang menjadi sahabat karib aku sepanjang berada di Jordan ini. Kami tinggal serumah dari tahun pertama dengan tiga orang pelajar JUST, iaitu Ariff, Fawwaz dan Munysi.
Malah, kami adalah pasangan setter dan spiker yang digeruni di Universiti. Aku spiker dan dia sebagai setter. Kami berdua suka juga buat video macam Anas Tahir dan Akbar, tapi kami tak buat video nyanyi macam mereka. Kami buat video tazkirah. Antara projek dakwah aku dan Toriq. Aku, memang amat sayang dengan Toriq.
Sayang kerana ALLAH. Ukhuwwahfillah. Toriq yang kenalkan aku dengan benda-benda tu. Dia yang kenalkan aku akan hakikat ISLAM, hakikat iman. Sedikit demi sedikit dia mencerahkan kefahaman aku berkenaan makna kehidupan. Hinggalah sampai satu tahap, dia mengajak aku mengikuti usrah untuk pemahaman yang lebih tersusun.
Walaupun aku adalah seorang pelajar sekolah agama sebelum berkenalan dengan Toriq lagi, tetapi selepas dia menunjukkan aku semua itu, baru aku nampak bahawa aku telah silap meletakkan agamaku. Selama ini, aku hanya nampak ISLAM ini sebagai agama sahaja. Aku nampak ISLAM ini pada pelajaran. Aku nampak ISLAM ini untuk aku lulus cemerlang dan mendapat kerja dalam kehidupan.
Tapi rupa-rupanya, ISLAM ini lebih daripada itu. Seluruh kehidupan itu sendiri sebenarnya perlu berada di dalam ISLAM. Hal ini kerana, ISLAM itu syumul, meliputi segala perkara. Semua itu aku fahami, hanya selepas aku mengenali Toriq. Perlahan-lahan, dialah yang memimpin aku. Sebab itu, aku amat menyayanginya.
“Ni kenapa tengok aku macam aku dah nak mati je ni?” Toriq memandang kepadaku.
Aku tersedar dari lamunan panjang. Perkataan ‘mati’ membuatkan aku sedikit rasa tidak senang.
“Kau sakit, aku tengok-tengokkan la” Aku menjawab selamba.
Toriq tersenyum. “Kut la nak ubatkan”
“Aku bukan doktor lah”
“Da’ie, doktor pada ummah seh”
Kata-kata Toriq mengoyak sengihku. “Masalahnya, kalau bab sakit macam kau ni, da’ie tak boleh nak ubatkan. Doktor la kena bagi ubat”
Toriq menggeleng. “Da’ie, perlu beri harapan kepada pesakit macam aku ni, untuk menjalani ujian sakit itu dengan penuh keimanan”
Aku tersenyum. Ada-ada sahaja. Tak mahu kalah juga.
“Jadi, bersabarlah kau dengan ujian ni. Ini baru sakit sikit. Kemungkinan, ALLAH akan uji dengan benda yang lebih besar”
“Apa agaknya benda yang lebih besar tu?”
“Aku kahwin dengan orang yang kau suka” Terkeluar tawa kami berdua.
“Berani la” Toriq menunjuk penumbuk.
“Joke man, joke” Toriq mengangguk. Aku tahu, dia faham. Kami bukan sekali dua bergurau. Entah, sudah kali ke berapa ribu kami bercanda. Kadang-kadang, tanpa bersuara pun, aku seakan dapat menjangka perasaannya, dan dia pula seakan dapat menjangka keadaan aku.
“Aku rasa, aku dah hampir sihat dah ni” Toriq memegang dahinya.
“Kau rehat cukup, okaylah kut”
“Darah pun dah tak keluar dah sehari dua ni”
“Esok boleh pergi kuliah”
“Kau mesti sepi pergi kuliah sengsorang”
“Bajet macam aku ni jiwang plak”
“Ha ha…”
Senyap sebentar selepas itu. Tiga hari ini, aku la yang menjaganya. Ahli rumah lain agak sibuk kerana mereka pelajar perubatan. Pelajar agama di Yarmouk memang agak banyak masa lapang.
“Tapi, memang sepi pun tak ada kau”
“Ha… introducing, mamat jiwang Irbid, Rasyid!”
“Banyak la” Aku menolak Toriq. Kami ketawa lagi. Nampaknya, Toriq memang benar-benar sihat. Aku rasa lega.
Mungkin, mimpi aku itu hanya mainan sahaja. Mungkin, aku ini terlalu banyak fikir.
“Hei Toriq” Aku memandang Toriq. Mata kami bertemu.
“Em?” Keningnya terangkat sebelah. Gaya kebiasaan.
“Uhibbukafillah, jiddan jiddan” Aku cintakan kamu kerana ALLAH sangat-sangat.
Toriq senyap sebentar. Kemudian ketawa. Aku hairan. Kenapa?
“Kau memang dah jadi mamat jiwang seh. Gaya macam nak tinggal aku jauh je”
Aku tersengih. Aku yang takut kau tinggal aku jauh. Aku yang tak mahu kau pergi jauh tinggalkan aku.
Kemudian tawa Toriq mengendur. Dia memandang aku.
“Uhibbukafillah kaman” Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.
Aku tersenyum. Hati lapang.
****

Aku terbangun. Aku tidak tahu sama ada aku patut tersenyum, atau terus bimbang.
Aku bermimpi mimpi yang sama. Tetapi, mimpiku bertambah. Semuanya sama, hingga ketika wajah pucat Toriq yang terpejam matanya. Namun, kali ini, sebelum berakhir, mata Toriq yang terpejam itu, terbuka, dengan mata yang bergenang.
Adakah ini tandanya, dia tidak akan mati? Ataupun, adakah ini tandanya, Toriq hanya berada dalam kesedihan?
Aku tidak tahu.
Ya ALLAH, lapangkanlah kehidupan sahabatku Toriq, permudahkan segala urusannya, ampunkan segala dosa-dosanya….
Aku berdoa. Semoga ALLAH pelihara sahabatku Toriq.
Sekurang-kurangnya, dalam diriku sekarang, ada perasaan bahawa, Toriq tidak akan pergi meninggalkan aku.
Tapi…
****

Kehidupanku seakan kembali seperti biasa. Berjalan ke Universiti Yarmouk bersama sahabat tercinta, Toriq.
Pagi tadi, selepas bersarapan, aku teringat akan ibuku. Aku bersembang lama juga. Sempat berkirim salam kepada semua keluarga. Agak lama juga tidak menghubungi mereka.
“Ni kenapa muka macam orang baru kahwin ni?”
Aku tersengih. Sebab aku senang hati. Aku dapat telefon ibuku pada pagi hari, dan sahabatku kembali sihat. Malah, aku dapat rasa bahawa kerisauanku macam beterbangan hilang. Mungkin selepas aku kembalikan bahawa, hidup dan mati itu susunan ALLAH.
Semalam, sebelum tidur, aku bermuhasabah.
Mungkin, kalau benar mimpi-mimpi aku selama ini benar adalah tanda bahawa Toriq akan ditarik pergi, maka aku pun tidak akan mampu menghalang kehendaknya. Mati itu adalah urusan-Nya. Kita tidak boleh mengelak, jauh sekali hendak melarikan diri. Cuma, tugas kita adalah hidup dengan nyawa yang masih ada, dan cuba menjaga diri sebaik mungkin.
Setiap yang bernyawa akan mati. Tiada keraguan akan hal itu. Maka tidak perlu dipertikaikan. Pokok persoalan sekarang adalah, bagaimana kita menjalani kehidupan.
Dikejutkan mimpi semalam, aku solat tahajjud, solat taubat dan melakukan solat hajat. Aku mendoakan agar aku termasuk dari kalangan yang beriman dan diberi rezeki untuk masuk syurga. Aku berharap agar, aku termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat redha ALLAH. Aku juga mendoakan semua ahli keluargaku, dan rakan-rakanku. Semestinya, aku tidak lupa mendoakan sahabatku Toriq.
“Weh, jawab la. Mimpi jumpa bidadari ke?” Toriq menolak bahuku.
Aku menggeleng. Aku mimpi kau hidup. “Mana ada apa-apa”
Aku terus berjalan. Toriq menepuk-nepuk belakang tubuhku. “Takpe…”
“Jangan ambil hati seh” Aku meniru ‘seh’ yang selalu diucapkannya.
“Aku ambil jantung je seh” Toriq membalas canda.
Kami ketawa.
Kami sampai di tepi jalan raya.
“Tak sibuk seh pagi ni”
Aku mengangguk. Walaupun ada kenderaan lalu lalang, tapi tidak sesibuk seperti biasa.
Toriq terus melintas. Aku mengikuti dari belakang.
Poooooooooonnnnn!!!!
Aku menoleh. Sebuah coaster bergerak laju ke arah kami. Mataku membesar. Spontan aku menolak Toriq dengan kuat. Sahabatku itu terkeluar dari jalan raya.
Jarak coaster denganku tidak lebih dari sedepa.
Ketika ini, keadaan sekeliling aku seakan menjadi perlahan. Aku sendiri jadi pelik. Aku sempat memandang Toriq yang hendak membuka mulut untuk mejerit.
Aku sempat pula teringat akan mimpiku.
Tangisan ahli rumah, kesugulan kenalan-kenalan di Jordan, kata-kata Abang Dzulkarnain, kemudian wajah pucat Toriq dengan mata terpejam yang akhirnya terbuka dalam keadaan mata bergenang.
Patutlah…
Aku tersenyum.
“Oh, rupanya bukan Toriq. Tetapi aku…”
Alhamdulillah. ALLAH Maha Besar. Ternyata ilmu berkenaan kematian ini tidak tersampai pada insan untuk menjangkanya.
BAM!
Seluruh alam macam berputar berulang kali.
Dan yang terakhir aku dengar adalah suara jeritan Toriq yang panjang, sebelum segalanya menjadi gelap, dan senyap.
ALLAH… Aku naik saksi bahawa tiada Allah selainMU, dan Muhammad itu adalah RasulMU.
Toriq…
Aku yang pergi dahulu..

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background