SaLAM PeRsAuDaRaAn

adab

Hidup Dihiasi Adab

ALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi Muhammad diangkat
menjadi rasul selain daripada menyempurnakan adab manusia.
Kita semua adalah pengamal tasauf Qadiriyah Naqsyabandiah. Kita menjadi
pengamal kerana kita yakin dengan rasa kesungguhan bahawa tarikah kita
pelajari dan amalkan ini akan menjadikan kita manusia beradab, mendekatkan
diri kita kepada Allah SWT. Dan kita akan menjadi manusia yang dipandang
tinggi.
Hari ini dunia berkecamuk dengan masalah ekonomi dan serangan
pengganas. Maka soal adab ini semakin penting. Ia akan menentukan sejauh
mana kita tenang dan teratur dalam menangani masalah harian. Jadi marilah kita
mengingatkan diri kita akan tanggungjawab memelihara adab agar kita menjadi
manusia yang beruntung hidup di dunia dan di akhirat.
! Adab kepada Allah SWT
Dalam pengajaran tasauf, soal adab dititik beratkan kerana ia menjadi cermin
jiwa dalam hubungan kita kepada Khalik, Nabi dan Ulama, ibu bapa, guru dan
jemaah serta masyarakat umum.
Kita adalah hamba Allah SWT. Sukakah kita menjadi hambanya?
Sebagai orang Islam, kita disuruh pasrah kepada Allah SWT. Erti pasrah
atau Islam itu ialah memberikan segala yang ada pada kita kepada dan demi Allah SWT saja. Itulah sebabnya kita mengamalkan dan menghayati zikir La ila
ha illah. Tiada yang berhak disembah selain Allah SWT.
Tiada siapa yang kita takuti selain Allah SWT kerana Dialah yang menentukan
segala-galanya.
Bagaimanakah adab kita kepada Allah SWT? Cara terbaik atau sempurna
ialah pada yang ditunjukkan oleh insan kamil iaitu Nabi Muhammad saw dalam
ibadahnya, termasuk ketika baginda menemui Allah SWT sempena peristiwa
Israk Mikraj. Perhatikanlah betapa tawadduknya Nabi Muhammad saw ketika
menerima suruhan agar bersolat 50 waktu. Baginda tidak mempersoalkan
suruhan Allah SWT. Hanya setelah bertemu dengan para nabi yang lain, barulah
baginda bertemu lagi dengan Allah SWT. Apabila Allah SWT menetapkan solat
fardu lima waktu saja, Nabi enggan meminta kurang kerana baginda merasa
malu.
Demikian indahnya adab Nabi saw, yang meliputi erti malu untuk menuntut
perkara-perkara yang bukan haknya kepada Rab-nya.
Sesungguhnya apabila kita malu, maka kita akan menjaga tutur kata, tingkah
laku, cara kita berpakaian dan bergaul. Ini kerana sebagai pengamal tasauf kita
menyedari dengan penuh mendalam erti ihsan iaitu kita beribadah seolah-olah
kita melihat Allah; dan jika kita tidak melihat-Nya, yakinlah Allah melihat
kita. Oleh sebab kita senantiasa dalam pemerhatian Allah SWT, maka kita malu
lagi takut untuk melakukan perkara yang ditegahnya. Sebaliknya kita lebih
banyak melakukan kebaikan demi mendapatkan keridhaan-Nya.
Solat merupakan tiang seri Islam. Orang Islam yang tidak bersolat akan
kehilangan tiang seri ini dan sekaligus identiti/jati dirinya sebagai orang Islam.
Solat merupakan asas dalam adab kita kepada Allah SWT. Sekalipun seseorang
itu baru memeluk Islam, ia disuruh bersolat secara mudah, misalnya dengan
mengangkat takbir; membaca al-Fatiha; berdiri rukuk, sujud dan duduk;
bertasyahud dan memberi salam.
Ketika solat, seseorang itu pasrah sebenar pasrah kepada Allah SWT,
terutama ketika bersujud. Dari erti sujudinilah datang makna masjid dan
seluruh bumi terhampar ini adalah masjid. Ketika sujud, seseorang itu tidak dapat melihat kanan dan kiri kerana ketika inilah nyawanya hanya ditentukan
oleh Allah SWT.
Dalam setiap agama, kita boleh dapati adalah cebisan-cebisan perlakuan
dalam solat orang Islam iaitu ada agama mengajarkan umatnya supaya berdiri
tegak, ada pula yang disuruh rukuk dan ada pula yang sujud. Namun tiada yang
lebih teratur dan indah secara gerak laku batin dan zahir selain solat seorang
Muslim.
Selagi kita solat dan lidah serta hati terus berzikir kepada Allah SWT, kita
akan tetap Muslim. Hidup kita akan terpelihara.
! Adab kepada Nabi
Para Nabi ialah manusia maksum iaitu tidak berdosa. Insan istimewa ini dijadikan contoh atau seri teladan kepada kita. Tentulah contoh terbaik ialah
pada Junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Sudah setentulah kita beradab dengan Nabi Muhammad dengan
mengamalkan sunnahnya iaitu suruhannya dan menjauhi tegahannya. Bibir kita
basah senantiasa dengan bersolawat kepadanya kerana Allah SWT dan para
malaikat tetap bersolawat kepadanya.
Kita tunjukkan kasih kepada kepada Nabi dengan membaca Berzanji dan
Dibaie. Ketika kita sampai kepada bahagian mendendang marhaban, secara
tidak disedari kita bangkit seolah-olah Nabi saw datang menyambut kita.
Beruntunglah mereka yang merasa kehadiran Nabi dan bahkan dapat melihat
baginda kerana dianugerahi kasyaf (dapat melihat yang ghaib). Ini menjadikan
kita merasa Nabi saw terus hidup bersama kita.
! Adab kepada ulama/syeikh
Para ulama ialah pewaris nabi. Para ulama besar yang antaranya menjadi
mursyid atau syeikh kepada ajaran tarikat seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jilani
yang kita ikuti ajaran dan juga Syeikh Bahaudin Naqsyabandi merupakan insan
mahfuz iaitu dipelihara Allah akan kesilapannya. Bagaimanakah kita
mendapatkan barakah daripada ajaran mereka?
Sudah setentulah kita mengamalkan tarikah mereka dengan sepenuh hati,
kita memberikan salam kepada mereka dan bertawassul.
Mengapakah kita memuliakan para syeikh ini? Tentulah kerana kita ini serba
kekurangan dan mengharapkan ajaran mereka menjadi penghias iman kita.
Semoga doa kita akan lebih mustajab dengan bimbingan para syeikh tadi.
! Adab kepada ibu bapa
Kita terhutang budi kepada ibu bapa kita kerana melahirkan kita di dunia.
Setiap orang yang lahir di dunia adalah ‘pemenang’ dalam satu perlumbaan. Ini
kerana manusia berasal dari mani. Hanya satu daripada jutaan sperma bapa kita
yang akhirnya menjadi bayi. Tetapi ada bayi dapat dilahirkan dan ada pula mati.
Ibu kita melahirkan kita dengan penuh kesakitan. Air susunya tiada gantinya.
Bapa pula menyara kita dan mendisiplinkan kita.
Begitu besar sumbangan ibu bapa, maka Islam menetapkan bahawa selepas
mentaati Allah, maka taatilah Rasul dan akhirnya ibu bapa. Tanpa restu ibu bapa
maka hidup kita tidak barakah.
Rasulullah saw menyatakan bahawa darjat ibu adalah tiga kali daripada
ayah. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Pada zaman Nabi saw, ada pemuda atau pemudi yang masuk Islam sedang
ibu bapanya tidak. Namun Nabi saw tetap menyuruh mereka menghormati ibu
bapa mereka yang masih kafir dan jangan sesekali memutuskan hubungan.
Maka amalan ini hendaklah diteruskan hari ini.
! Adab kepada jemaah/ikhwan
Kita mungkin tertanya-tanya ke manakah tarikah kita akan membawa kita?
Itulah sebab tanbih atau wasiat guru kita, almarhum Syeikh Muhammad Nur
Mubarok. Kita baca setiap khataman supaya kita ingat teras ajarannya mengenai
hubungan sesama ikhwan, hubungan manusia yang masih berdarjat tinggi,
setanding atau rendah, hubungan kita dengan bukan Islam dan negara. Kita
adalah jemaah yang membina keharmonian negara yang aman damai. Saya sangat prihatin mengenai hubungan sesama jemaah atau ikhwan
kerana walaupun kita berguru dan sama-sama beriktikaf, tetapi ada kala katakata
kita mengguris hati sehingga menjejas kekhusyukan kita.
Itulah sebab kita mesti selalu saling bersalaman dan bersolawat demi
menguatkan perasaan hati kita agar kasih-mengasihi antara sama lain dengan
penuh kesopanan dan hormat. Inilah adab kita sebagai jemaah dan ikhwan. Kita
saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Tidaklah terdiri komplek Masjid Khadijah dengan wang terkumpul hampir $9
juta tanpa kerjasama ikhwan yang mengorbankan banyak masa dan tenaga.
Kejayaan masjid ini mencerminkan kejayaan ikhwannya. Walaupun bilangan kita
kecil, namun kerana kita sering bersolat, berzikir, berkhataman dan bermanaqib
bersama, maka hubungan kita bak saudara yang karib. Itulah sebab kita mesti
pelihara adab ikhwan ini supaya ia akan kekal.
Oleh itu, kita akan adakan pelbagai program untuk menjadikan ikhwan kita
merasa segala jerih payah pengorbanan mereka akan dapat dinikmati kembali.
Insya-Allah banyak program sudah diaturkan istimewa untuk ikhwan. Peliharalah
keikhwanan kita dan jadikanlah ia teladan kepada masyarakat.
TAMAT

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background