SaLAM PeRsAuDaRaAn

mengenal islam

Apa itu Rukun Islam?

Rukun Islam itu ialah,

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.




Apa itu Rukun Iman?

Rukun Iman itu ialah,

1. Beriman kepada Allah.
Dengan iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata-mata kerana Allah. Secara positif menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafika segala bentuk pemujaan kepada selain dari Allah.

2. Beriman kepada malaikat.
Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan Allah.

3. Beriman kepada kitab.
Iaitu kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusan-Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini di akhiri dengan al-Quran.

4. Beriman kepada nabi dan rasul.
Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi Muhammad.

5. Beriman kepada hari kiamat.
Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka.

6. Beriman kepada qada' dan qadar.
Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan hanya Allah yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaan-Nya.



solat

* Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan lafaz atau . Syarat-syarat takbir ialah :

* Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
* Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
* Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
* Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
* Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
* Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.

4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:

* Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
* Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
* Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
* Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
* Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
* Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.

5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.

7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:

* Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
* Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
* Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
* Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
* Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
* Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
* Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.


8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:

* Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
* Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
* Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

* Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
* Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
* Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
* Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
* Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
* Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.


11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

* Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
* Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah” atau “An-Nabiy” .
* Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
* Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.

12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:

* Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam iaitu , maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
* Diucapkan dengan “kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
* Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
* Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘” yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
* Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
* Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
* Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
* Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
* Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.

13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.



Apa itu Aqiqah?

Aqiqah adalah binatang yang disembelih pada hari ke 7 untuk seorang bayi yang dilahirkan. Pada asalnya perkataan ini digunakan dari sudut bahasa untuk makna rambut yang ada di atas kepala bayi yang dilahirkan. Masyarakat Arab kemudiannya menukarkan kepada nama binatang sembelihan yang dilakukan sewaktu mencukur rambut bayi berdasarkan kepada adat kebiasaan mereka yang suka menamakan sesuatu mengikut nama perkara yang menjadi sebab.




Hukum menjalankan aqiqah

Ulama' Syafie mengatakan hukum melakukan aqiqah ini adalah sunat bagi mereka yang wajib membelanjakan nafkahnya dalam sesebuah keluarga. Bagi pendapat Ulama' Hanafi pula beliau mengatakan hukumnya adalah harus, ini kerana ibadah korban yang disyariatkan telah membatalkan semua bentuk sembelihan.



Pengertian Sembahyang


Pengertian sembahyang dari segi bahasa ialah berdoa untuk kebaikan. Dari segi syara' pula ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ibadah sembahyang menjadi wajib kerana telah disabitkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, "Oleh yang demikian dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifat-Nya), Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi Pertolongan".
(Al-Haj : 78)




Sejarah kewajipan sembahyang


Menurut pendapat yang masyhur dari kalangan ahli sejarah, ibadah sembahyang mula diwajibkan pada malam Isra' iaitu 5 tahun sebelum Hijrah. Ibadah sembahyang menjadi fardu 'ain (wajib) ke atas setiap mukallaf (berakal dan baligh). Sebuah hadis dari Anas beliau mengatakan, "Diwajibkan sembahyang ke atas Rasulullah pada malam Isra' dengan 50 waktu, kemudian ia dikurangkan lagi sehingga menjadi 5 waktu. Setelah itu Rasulullah diseru, "Wahai Muhammad, sesungguhnya percakapan di sisi-Ku tidak berubah. Sesungguhnya bagimu 5 waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu sembahyang".
(H.R. Ahmad & An-Nasa'ie)

Apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai umur 7 tahun maka hendaklah di suruh melakukan sembahyang dan apabila ia mencapai umur 10 tahun maka hendaklah dipukul dengan tangan jika ia masih ingkar. Bersabda Rasulullah, "Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka".
(H.R Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)

Kewajipan melakukan ibadah sembahyang sehari semalam hanyalah 5 waktu dan kita sama sekali tidak boleh mempertikaikannya. Berpesan Rasulullah kepada Mu'az sebelum beliau diutuskan oleh Baginda ke Yaman, "Beritahulah kepada mereka bahawasanya Allah telah mewajibkan ke atas mereka 5 kali sembahyang dalam sehari semalam".



Hikmah kewajipan sembahyang

Ibadah sembahyang adalah rukun Islam yag ke-2 selepas mengucap dua kalimah syahadah yang telah diperundangkan sebagai salah satu cara bagi umat mensyukuri dan berterima kasih kepada nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya kepada kita. Ibadah sembahyang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan terutama kepada agama. Individu dan masyarakat keseluruhannya.




Definisi 'Iddah

'Iddah pada pengertian ialah membilang atau menghitung. Maksud 'Iddah pada Syara' pula ialah seseorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya ataupun yang kematian suaminya, maka wanita tersebut dilarang dari berkahwin dengan lelaki lain untuk tempoh beberapa waktu sehinggalah tempoh waktu itu berakhir. Dengan cara ini dapatlah dipastikan kesucian wanita tersebut, sama ada ia mengandung ataupun tidak.





Hukum 'Iddah

Hukum 'Iddah pada syara' adalah wajib ke atas setiap wanita yang diceraikan sama ada dengan sebab 'Talak' ataupun dengan sebab kematian suami. Firman Allah, ' Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri (dari berkahwin selama 3 kali suci (dari haid)'. (Al-Baqarah : 228)

Firman Allah lagi, 'Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu sedang mereka meninggalkan isteri, maka hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (dengan ber'iddah) selama 4 bulan 10 hari. Kemudian apabila telah habis masa 'iddahnya itu, maka tidak ada salahnya bagi kamu (para wali) mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa juga yang kamu lakukan'. (Al-Baqarah : 234)



Hukum 'Iddah ke atas lelaki

Orang lelaki tidak dikenakan sebarang 'iddah, oleh itu sekiranyaberlaku perceraian ataupun kematian isterinya, maka lelaki atau suami tersebut boleh berkahwin lagi dengan wanita lain selama tidak ada halangan dari hukum syara'.




Pembahagian 'Iddah

'Iddah wanita dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu,
1. 'Iddah dengan sebab 'Talak' atau 'Fasakh'.
2. 'Iddah dengan sebab kematian suami.

1. 'Iddah dengan sebab 'Talak' atau 'Fasakh'.
i. Bagi isteri-isteri yang diceraikan sama ada melalui talak ataupun fasakh sedangkan waktu itu mereka hamil atau mengandung anak suaminya, maka 'iddah mereka sehinggalah ia melahirkan anak dalam kandungannya itu.

ii. Bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya sedangkan ia tidak hamil, maka 'iddahnya ialah dengan 3 kali suci dari haid (Quru').

iii. Bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya sedang ia telah putus dari haid ataupun kerana telah tua, maka 'iddahnya ialah 3 bulan.

iv. Bagi wanita yang baru berkahwin pula dan belum sempat disetubuhi oleh suaminya lalu diceraikan, maka bagi wanita ini tiada 'iddah untuk mereka walau sehari pun. Ini bermakna bagi wanita golongan ini mereka boleh terus berkahwin dengan lelaki lain tanpa ada halangan dari hukum syara'.

2. 'Iddah dengan sebab kematian suami.
i. Bagi isteri yang sedang hamil lalu suaminya meninggal, maka 'iddah mereka ialah sehinggalah ia melahirkan anak dalam kandungannya itu.

ii. Bagi wanita yang tidak hamil pula lalu suaminya meninggal, maka 'iddah mereka ialah selama 4 bulan 10 hari.

iii. Bagi mereka yang baru melangsungkan perkahwinan lalu suaminya meninggal sedang mereka belum sempat menjalinkan persetubuhan, maka 'iddah mereka dikira tetap sama seperti wanita yang pernah disetubuhi iaitu selama 4 bulan 10 hari.



Kenapa Islam mensyariatkan wanita ber'iddah?

1. Tujuan Islam mensyariatkan 'iddah ke atas kaum wanita ialah untuk memastikan rahim wanita tersebut suci dari air mani suaminya pada saat ia diceraikan dan juga memastikan ia tidak hamil daripada lelaki yang menyetubuhinya sebagai langkah mencegah percampuran nasab dan keturunan.

2. Bagi wanita yang diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk, ini memberikan peluang kepada suaminya untuk memikirkan kembali saat-saat manis ketika mereka bersama dan kembali rujuk kepada isterinya setelah fikirannya kembali tenang.

Masa menunggu yang agak panjang ini memberikan peluang kepada pasangan suami isteri untuk menginsafi kembali kesalahan masing-masing dan mencari punca perselisihan antara mereka dan semoga itu mereka dapat bersatu semula.

3. Tujuan 'iddah juga supaya ikatan sesuatu perkahwinan itu dapatlah dipanjangkan waktunya dan pada tempoh itu adalah diharapkan kewarasan dan kematangan fikiran pasangan suami isteri yang berselisih dapat dipulihkan dan menghubungkan kembali persefahaman dan kasih sayang mereka.

4. Sewaktu melalui proses 'iddah banyak peluang yang boleh direbut oleh wakil dari kedua-dua belah pihak suami isteri bagi mencari jalan keluar dan perdamaian antara mereka dari perselisihan dan semoga dengan cara ini diharapkan dapatlah mempersatukan mereka semula serta menjauhi dari berlakunya perceraian.

5. Agama Islam meletakkan institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang tinggi dan mulia terutama bagi pasangan suami isteri dimana hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri tetap mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Tuhan. Agama Islam amat benci kepada perceraian dan keruntuhan institusi kekeluargaan di mana ia boleh membawa kepada lebih banyak lagi permasalahan sosial.

6. Bagi perceraian yang berlaku kerana kematian suami, tujuan 'iddah ialah untuk isteri menjaga hak-hak suaminya, kaum kerabat, menzahirkan perasaan sedih dan dukacita, membuktikan kesetiannya kepada bekas suami serta menjaga ama baik dan maruah diri dan keluarga agar tidak diperkatakan oleh orang lain.

7. 'Iddah adalah anugerah dari Allah untuk hamba-Nya yang membuktikan kasih sayang dan kesungguhan bagi memelihara dan menjaga keutuhan institusi kekeluargaan dalam Islam.



Hukum bagi wanita yang ber'iddah

1. Haram meminang atau melamar wanita yang masih berada dalam 'iddah sama ada 'iddah talak yang boleh dirujuk atau 'iddah kematian suami. Bagi wanita yang berada dalam i'ddah yang boleh dirujuk pada hukumnya ia masih menjadi isteri orang.

2. Haram berkahwin dengan wanita yang masih berada dalam 'iddah, ini kerana hubungan dan ikatan perkahwinan itu masih belum putus sepenuhnya kerana waktu dan tempoh 'iddah belum berakhir. Sekiranya perkahwinan itu dilangsungkan juga, maka perkahwinan itu tidak sah dan terbatal. Demikian juga halnya dengan wanita yang berkahwin itu sedangkan ia masih menjadi isteri orang, maka wajib dipisahkan dari suami barunya itu.

Kewajipan ber'iddah bagi setiap wanita telah disyariatkan oleh agama bagi memelihara air mani suami supaya tidak bercampur dengan air mani lelaki lain demi menjaga nasab dan keturunannya. Setelah tempoh 'iddah berakhir, maka harus bagi sesiapa sahaja untuk mengahwini wanita tersebut.

3. Haram keluar rumah bagi wanita yang sedang ber'iddah. Bagi wanita yang kematian suami tidak dibolehkan keluar pada waktu malam kecuali pada perkara-perkara yang darurat tetapi tidak mengapa jika ia keluar pada waktu siang bagi menguruskan keperluannya kerana ia perlu keluar untuk mencari nafkah dirinya ataupun nafkah untuk tanggungannya jika mempunyai anak-anak.

4. Suami juga tidak boleh menghalau atau membenarkan isterinya keluar dari rumah selagi tempoh 'iddah belum berakhir. Tempat tinggal bagi wanita yang ber'iddah adalah di rumah suaminya sendiri dan ia tidak boleh keluar tanpa keizinan dari suaminya. Firman Allah, 'Wahai Nabi, apabila kamu (atau umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah pada masa mereka dapat memulakan 'iddahnya. Dan hitunglah masa 'iddah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai 'iddahnya) dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar (dari rumah) kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata'. (At-Talak : 1)



Amalan yang dituntut selepas kelahiran bayi

1.Sunat bagi seorang bapa melafazkan azan ke telinga kanan bayinya dan iqomah pada telinga sebelah kirinya. Perbuatan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sewaktu menerima kehadiran cucu pertama dari puterinya Fatimah. Sebuah hadis dari Ibnu Abbas beliau menyebut, bahawa Rasulullah telah melakukan azan di telinga Hassan b. Ali pada hari ia dilahirkan dan Baginda juga melakukan iqomah pada telinga kirinya.

2.Sunat mentahniqkan dengan sesuatu yang manis ke mulut bayi seperti buah tamar, pisang dan sebagainya. Caranya ialah dengan mencalitkan atau meletakkan sebahagian kecil sahaja dari cebisan buah tersebut ke mulut bayi.

3.Sunat juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendapat cahaya mata dengan menyebut, 'Semoga Allah memberikan keberkatanNya kepadamu dengan kurniaan ini dan bersyukurlah kepada Allah.

4.Sunat mencukur rambut di kepala bayi pada hari ke 7 dan menamakan bayi itu dengan nama-nama yang baik serta melakukan aqiqah untuknya. Berat rambut bayi yang dicukur ditimbang lalu dikeluarkan sedekah emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Rasulullah pernah mengarahkan kepada puterinya Fatimah dengan sabdanya,'Hendaklah engkau timbang rambut Hussain ini dan bersedekahlah dengan perak mengikut berat timbangannya'.



Pengenalan Ramadhan dan Syawal

Ramadhan dan Syawal merupakan salah satu daripada bulan-bulan Islam yang dua belas. Ramadhan dan Shawal dimuliakan kerana keutamaan beramal di bulan tersebut. Pada bulan tersebut umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan pada Ramadhan dan mengeluarkan zakat di akhir Ramadhan dan ketika menjelang Syawal. Kedua-dua bulan tersebut adalah bulan yang sangat istimewa dan mulia di sisi Allah s.w.t dan hamba-Nya. Sebagai umat Islam kita perlulah memuliakan dan menghayati bulan Ramadhan dan Syawal untuk memperolehi keberkatannya.


Keistimewaan bulan Ramadhan

Bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki kesucian dan banyak keistimewaannya. Di antara keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadan ialah:

1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya. Firman Allah s.w.t:

Terjemahannya:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.(Al-Baqarah: 183)

2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam ‘Lailatul Qadar'. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya. (Riwayat Ahmad, An Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah)

3. Bulan yang dipilih untuk sembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya boleh dilakukan di bulan Ramadan. Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sepanjang malam bulan Ramadan disunatkan untuk mengerjakan sembahyang tarawih secara berjemaah.

4. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan sebagainya. Hanya di bulan ini dituntut kita melakukan ibadah sebanyak-banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insya- Allah dimakbulkan Tuhan.

5. Bulan yang mana berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah s.a.w menawan kota Mekah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan kota Mekah menjadi suci sebagaimana yang Allah s.w.t kehendaki.

6. Berlakunya Nuzul Al-Quran (penurunan Al-Quran) pada 17 Ramadan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempumaan Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

7. Dipelihara daripada dosa. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan menutupi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, asal sahaja dijauhi segala dosa besar.
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

8. Dibuka pintu Syurga, ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Pada suatu hari aku berada di sisi Utbah bin Farqad sedang dia lagi menceritakan tentang hal Ramadan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari Sahabat Rasul. Setelah orang itu dilihat oleh Utbah, diapun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal Ramadan, katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Di dalam bulan Ramadhan dikunci segala pintu Neraka, dibuka segala pintu Syurga dan dibelenggu segala syaitan. "Berkata Nabi lagi: "Seorang Malaikat berseru: "Wahai segala orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah dirimu. " Malaikat terus-menerus berseru, sehingga habis bulan Ramadan. (Riwayat Ahmad dan An-Nasai)

9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah Ta'ala. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadan lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelumku:

i) Dipermulaan bulan Ramadan Allah melihat kepada para umatku. Barangsiapa Allah melihat kepadanya, nescaya tidak diazabnya selama-lamanya.

ii) Bau mulut mereka di waktu petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.

iii) Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka di setiap hari dan malam.

iv) Allah menyuruh kepada Syurga-Nya serta berkata kepadanya: "Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba-Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.

v) Pada akhir malam bulan Ramadan, Allah mengampuni semua dosa mereka. "Seorang lelaki dari Sahabat bertanya: "Apa itu 'Lailatul qadar', ya Rasulullah? " Nabi menjawab: "Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.
(Riwayat: Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir)

10. Sejarah berlakunya perang Badar Al-Kubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.

11. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Pada malam permulaan Ramadan, Nabi bersabda:

Pada permulaan malam Ramadan, para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu Neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu Syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang memanggil: "Hai orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membebaskan ramai orang dari Neraka.

Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan atau kebaikan di bulan Ramadan. Jadi tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh begitu merindukan saat-saat di bulan Ramadan. Kalau kita tahu pun sudah tentu rasa tertunggu-tunggu bulan Ramadan yang mulia.




Pengertian dan keutamaan Syawal

Bulan Syawal adalah bulan sangat yang sangat istimewa kerana sepanjang bulan itu adalah merupakan Hari Raya. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Terdapat banyak keistimewaan di bulan Syawal, di antaranya:

1. Bulan Syawal adalah bulan keampunan.

Sabda Rasulullah s.a.w dan Ibnu Mas'ud r.a. yang maksudnya:

"Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat Aidil Fitri, Allah Taala berfirman:

"Hai para Malaikat-Ku, tiap-tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hamba-Ku yang berpuasa dalam bulan Ramadan lalu menunaikan solat Hari Rayajuga mengharapkan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka."

Lalu ada seruan: "Hai umat Muhammad, kembalilah kamu ke rumahmu masing-masing, sesungguhnya semua kejahatanmu telah diganti dengan kebaikan.”

Maka Allah Taala berfirman: "Hai para hamba-Ku, kamu semua telah berpuasa untuk-Ku dan juga telah berbuka untuk-Ku, oleh kerana itu bangkitlah kamu semua, kamu semua telah diampuni."
(ZubdatulWa'izhiina)

Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia supaya terpesong dan jauh dari rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Dari Wahab bin Munabbih, bahawa dia berkata: Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya Iblis yang dilaknat Allah itu berteriak pada setiap hari Raya, maka para bala tenteranya berkumpul di sekitarnya sambil berkata: "Wahai sri baginda kami, siapakah yang menjadikan baginda murka, maka sesungguhnya dia akan kami hancurkan."

Iblis berkata: "Tidak ada sesuatu pun. Akan tetapi Allah Taala pada hari ini telah mengampuni umat ini. Maka kamu semua harus membuat mereka sibuk dengan segala macam yang lazat-lazat, dengan syahwat dan dengan minum khamar, sehingga Allah murka kepadanya."

Orang-orang yang berakal hendaknya dapat menahan dirinya pada hari Raya, dari segala macam nafsu syahwat serta dari segala yang dilarang, bahkan hendaknya selalu taat untuk-Nya.

2. Bulan yang dikabulkan doa dan Allah s.w.t melihat dengan rahmat kasih sayangNya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Hari Raya Fitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus dari solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah Taala mengampuni semua dosa kamu. mengabulkan semua doamu dan melihat kamu semua dengan kasih-sayang."
(Durratul Wa'izhiina)

Awal pagi Syawal kita disunatkan sembahyang hari raya dan Allah s.w.t menjanjikan keredaan dan kempunan-Nya. Berkata Nabi s.a.w:

"Apabila Hari Raya Fitri, maka Allah mengirim para Malaikat. Maka para Malaikat sama-sama turun ke bumi di setiap daerah, lalu mereka berkata: "Hai umat Muhammad, keluarlah kamu semua kepada Tuhan Yang Maha Mulial" Maka ketika mereka teldh tampak keluar ke tempat solat mereka,

Allah berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, saksikanlah olehmu semua, bahawa sesungguhnya telah-Ku jadikan pahala mereka atas puasanya itu, keredaan-Ku dan ampunan-Ku."

3. Bulan yang merupakan peringatan kepada hari akhirat.

Dikatakan juga:

"Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini merupakan peringatan terhadap Hari Raya di akhirat. Apabila engkau melihat orang-orang, sebahagian dari mereka adayangpergi dengan berjalan, sebahagian lagi ada yang berkenderaan, sebahagian dari mereka ada yang berpakaian dan adajuga yang tidak berpakaian, sebahagian mereka ada yang memakai pakaian yang indah dan sebahagian yang lain ada beropakaian biasa dan sebahagian ada yang tertawa riang dan sebahagian lainnya ada yang menangis, maka ingatlah perjalanan di hari kiamat, sesungguhnya hai itupun demikian pula."





Pengertian bertadarus

Bertadarus ertinya membaca Al-Quran secara beramai-ramai sehingga tamat (khatam) terutamanya di dalam bulan Ramadan. Hukumnya adalah sunat. Keutamaan bertadarus ialah:

1. Setiap huruf daripada ayat Al-Quran yang dibaca, Allah beri satu kebajikan.

2. Ayat-ayat di dalam Al-Quran banyak berisi ayat memohon keampunan, memohon kebajikan, memohon dijauhi seksaan Neraka dan sebagainya. Dengan membaca Al-Quran, secara tidak langsung kita berdoa dan memohon dari Allah. Allah akan memberikan sebaik-baik pemberian kepada orang-orang yang memohon kepadaNya.

3. Orang yang berpuasa dan bertadarus, mendapat syafaat dari puasa dan Al-Quran.



Adab bertadarus

1. Berniat mengerjakan tadarus di bulan puasa adalah kerana Allah.

2. Tumpukan perhatian dan fikiran kepada ayat-ayat yang dibaca.

3. Fahami dan rasailah kebesaran dan kehebatan Allah.

4. Fahamilah kandungan atau ayat yang dibaca.

5. Jauhilah ingatan kepada permasalahan lain.

6. Anggaplah setiap ayat yang dibaca ditujukan kepada diri sendiri.

7. Apa yang dibaca biarlah terkesan di hati. Contohnya, ayat yang menyentuh tentang seksaan Neraka, datangkan rasa gerun dan takut di hati akan seksaan Neraka itu dan sebagainya.

8. Bacalah dengan jelas, teratur dan jika boleh dengan tajwid yang betul.




Pengertian Umrah Dan Haji

Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullah al-haram dalam keadaan beribadat dengan mengerja-kan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur).

Rukun Umrah:
1. Berniat Ihram Umrah.
2. Tawaf Kaabah 7 kali keliling.
3. Sa'i di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 ka­li.
4. Bergunting (Tahallul).
5. Tertib.

Wajib Umrah:
1. Niat Ihram di Miqat.
2. Meninggalkan Larangan Ihram.

Haji ialah qasad mengunjungi Baitullah al-ha-ram serta melakukan manasik dengan sifat-sifat yang tertentu pada waktu yang tertentu.

Rukun Haji:
1. Niat.
2. Wukuf di Arafah.
3. Tawaf Baitullah.
4. Sa'i (Safa - Marwah).
5. Tahallul (Bergunting/Bercukur).
6. Tertib pada kebanyakan rukun.

Wajib Haji:
1. Niat di Miqat.
2. Meninggalkan larangan Ihram.
3. Bermalam di Muzdalifah.
4. Melontar Jumrah Aqabah.
5. Bermalam 3 malam di Mina.
6. Melontar ketiga-tiga jumrah pada hari Tasy-rik.

Keterangan:
Erti rukun; sekiranya meninggalkan sesuatu yang rukun, haji atau umrahnya tidak sah (batal) dan terpaksa melakukan amalan itu hingga selesai, walaupun terbatal.

Amalan wajib pula jika tertinggal sah haji atau umrahnya, tetapi diwajibkan dam (fidyah) ke I atas kekurangan itu.

Ulasan:
Haji tidak akan lengkap jika tidak ditunaikan dengan umrahnya sekali. Oleh itu, berikut adalah cara-cara menunaikan jenis-jenis haji yang telah disenaraikan di antara rukun dan wajib serta sunat-nya.

Jenis-jenis Haji:
1. Haji lfrad.
2. Haji Tamattuk.
3. Haji Qiran.

Hampir 2/3 daripada jemaah haji dari negara ini melakukan haji Tamattuk. Kerana negara kita jauh dari Makkah, maka kebanyakan jemaah haji datang le­bih awal dan lama masa hendak berihram, hingga ke hari Nahar (10 Zulhijjah) yang membolehkan mereka bertahallul awal, selepas melontar jumrah Aqabah. Jika mereka melakukan haji Ifrad, tentulah sangat lama memakai ihram dan terpaksa berpantang-larang yang lama pula.




Najis

PENGERTIAN NAJIS

* Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
* Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.


PEMBAHAGIAN NAJIS

* Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua:

1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:

i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.

iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya.

Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.

NAJIS YANG DIMAAFKAN

Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan:

1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing.

2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.

3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.

4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.


CARA MENYUCI NAJIS

* Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.
* Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:

1. Najis mughallazah (berat)

Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

2. Najis mutawassitah (pertengahan)

Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

3. Najis mukhaffafah (ringan)

Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.

· Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.





Zakat

Zakat adalah satu rukun daripada lima rukun Islam, difardhukan dalam bulan Syawal tahun ke 2 hijrah. Dari segi bahasa ialah membersih dan menyubur dan dari segi Syara' ialah mengeluarkan sebahagian dari harta yang tertentu diberikan kepada yang berhak menerimanya.

Firman Allah Ta’ala :

وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

Maksudnya : “ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat ”. (Surah An-Nur Ayat 56)


Firman Allah Ta’ala :

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

Maksudnya : “ Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) ”. (Surah As-Syams Ayat 9)

Hukum Zakat

Wajib/Fardhu Ain ke atas orang Islam yang sudah sempurna syarat-syaratnya seperti cukup nisabnya,haulnya dan lain-lain lagi.

Firman Allah Ta’ala :

وَآتُوا الزَّكَاةَ

Maksudnya : “ Berilah Zakat ”. (Surah An-Nisa’ Ayat 77)

Firman Allah Ta’ala :


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا

Maksudnya : “ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).(Surah At-Taubah Ayat 103)

Sabda Rasulullah s.a.w :

عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمربن الخطاب رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : بني الاسلام على خمس, شهادة أن لاإله إلاالله وان محمدا رسول الله,وإقام الصلاة,وإيتاء الزكاة وحج البيت,وصوم رمضان.
(رواه البخارى ومسلم)

Maksudnya : Dari ‘Abdal Rahman ‘Abdullah Ibn ‘Umar r.a katanya : Aku dengar rasulullah s.a.w. bersabda : Didirikan Islam atas lima (rukun) : Syahadah (pengakuan) bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di baitullah serta puasa di bulan Ramadhan.(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)


Syarat-syarat zakat

Terbahagi kepada 2 bahagian :

1) Syarat wajib zakat

2) Syarat sah zakat

Syarat wajib Zakat

1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Cukup Nisab
5. Cukup Haul (12 Bulan/1 Tahun)

Syarat sah zakat

1) Niat
2) Memberi milik (Al-Tamlik) - diberi kepada orang yang berhak

Kategori Zakat

1. Zakat Pendapatan
2. Zakat Simpanan
3. Zakat KWSP
4. Zakat Emas/Perak
5. Zakat Perniagaan
6. Zakat Saham
7. Zakat Tanaman
8. Zakat Ternakan



Keterangan :
Nisab berdasarkan harga emas semasa iaitu 85gm = 20 misqal = 25 mayam 2.7108 saga.

Kaedah Pengiraan Zakat

Zakat Pendapatan
Takrifan :
Imbuhan atau perolehan yang di peroleh oleh individu daripada majikan atau individu samaada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.
(Fatwa telah pun diwartakan pada 22 Mei 2000 bagi mewajibkan setiap umat Islam yang telah cukup syarat bagi melunaskan zakat pendapatan).

Kaedah Pengiraan :

Terdapat 2 kaedah pengiraan di mana pembayar zakat boleh membuat pilihan:

Kaedah 1 : (Tanpa penolakan)

Pendapatan dari semua sumber setahun (termasuk elaun-elaun)
RM30,000 x 2.5% = RM 750.00

Kaedah 2 : (Dengan penolakan)

Bil
Perkara

Jumlah
a.

Pendapatan Setahun

RM 30,000.00
b.

Perbelanjaan


1. Diri

RM 8,000.00

2. Isteri (yang tidak bekerja)

RM 5,000.00

3. Anak (RM800.00 seorang x 6 orang)

RM 4,800.00

4. Pemberian Ibubapa

RM 1,200.00

5. KWSP (11%)

RM 3,300.00

6. Caruman ke Organisasi yang membayar zakat

RM 1,800.00

Jumlah Perbelanjaan

RM 24,100.00
c.

Pendapatan yang layak di zakat (a-b)

RM 5,900.00
d.

Zakat yang wajib dibayar (RM5,900.00 x 2.5%)

RM 147.50

Zakat Wang simpanan
Takrifan :
Zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun atau cukup nisab.

Kaedah Pengiraan :
1. Bagi simpanan tetap iaitu setelah cukup haul simpanan selama 354 hari dan melebihi nisab wajib dikeluarkan zakat.
2. Bagi simpanan biasa pula, adalah berdasarkan jumlah baki terendah satu atau beberapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun . Ianya juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu bilakah bermula dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
Misalnya :
(Baki terendah bagi tahun 2005 adalah RM4,000.00)
RM4,000.00 x 2.5% = RM100.00
Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00

Zakat KWSP/LTAT Dan Seumpamanya
Takrifan :
Zakat yang dikeluarkan oleh pencarum melalui KWSP/LTAT setelah diperoleh wang caruman tersebut dan cukup nisab serta haulnya.
Kaedah Pengiraan :
1. 2.5% atas caruman KWSP ketika dikeluarkan samaada selepas bersara atau dikeluarkan untuk tujuan-tujuan lain sebelum bersara. Zakat perlu dibayar setiap kali pengeluaran dibuat.
2. 2.5% atas wang simpanan KWSP/LTAT bagi setiap pekerja berdasarkan penyata tahunan.

Zakat Emas/Perak
Takrifan :
Zakat emas dan perak merupakan zakat barangan kemas dan perhiasan wanita. Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung samaada emas yang dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.

Kaedah Pengiraan :
Zakat Emas

Pembayaran zakat emas terbahagi kepada 2 iaitu :
1. 2.5% atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilai pasarannya melebihi kadar nisab (85gram).
2. Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan :
Uruf nilai pasarannya melebihi kadar uruf ialah pemakaian setempat yang dibenarkan iaitu RM5,000.00

Zakat Perak
2.5% ke atas nilai perak yang disimpan atau yang dipakai yang nilainya melebihi kadar nisab (624gram).

Zakat Perniagaan
Takrifan :
Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu perniagaan persendirian (tunggal) perkongsian, Syarikat Berhad, Syarikat Sdn. Bhd, Koperasi dan persatuan yang telah genap setahun operasi perniagaan dan cukup nisab yang mana barangan itu diniat untuk diniagakan dan berkembang.
Kaedah Pengiraan :
2.5% atas harta perniagaan yang layak di zakat yang telah melebihi nisab. (Harta Semasa – Tanggungan Semasa) x peratus pemilikan ekuiti yang dimiliki oleh individu muslim.

Zakat Saham
Takrifan :
Zakat yang dikeluarkan ke atas pelaburan saham yang telah genap setahun dan cukup nisab.
Kaedah Pengiraan :
2.5% atas nilai terendah bagi semua saham yang dimiliki dalam tempoh setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham dan tidak kurang dari kadar nisbah.

Zakat Tanaman
Takrifan :
Zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sesebuah negeri yang telah cukup 400 gantang seperti padi, gandum, biji-bijian dan sebagainya.
Kaedah Pengiraan :
5 ausuk bersamaan dengan 400 gantang (setelah dibersihkan dari roman dan hampa) kadar nisab ialah 10% daripada padi atau bijian yang ditanam jika di siram /diairi dengan air hujan semata-mata dan 5% jika diairi menggunakan tenaga.

Zakat Ternakan
Takrifan :
Zakat yang dikenakan ke atas ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang tidak digunakan untuk tujuan kerja yang mana telah genap haulnya dan nisabnya.
Kaedah Pengiraan :
Zakat bagi ternakan ialah seekor lembu/kerbau bagi setiap 30 ekor lembu/kerbau dan seekor kambing bagi tiap 40 ekor kambing yang tidak digunakan untuk bekerja.
Qadha Zakat
Berbagai jenis zakat yang tidak ditunaikan semasa ianya wajib berzakat dan jika bayaran zakat dikeluarkan sekarang, ianya sebagai qadha zakat.




Tayammum

PENGERTIAN TAYAMMUM

* Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.
* ·Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:

005.006 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Maksudnya:
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)

* Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.


SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM

1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.

2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.

3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

SYARAT TAYAMMUM

1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.

2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.

3. Hilang najis terlebih dahulu.

4. Masuk waktu sembahyang.

5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.

6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.


ANGGOTA TAYAMMUM

1. Muka.

2. Dua belah tangan hingga siku.


RUKUN TAYAMMUM

1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:


Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

2. Menyapu muka.

3. Menyapu kedua-dua belah tangan.

4. Tertib.


SUNAT TAYAMMUM

1. Membaca basmalah iaitu lafaz

2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.

3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.


PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM

1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.

2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.

3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.




Pembahagian Jenis Air

Air dari segi hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:

1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

a) Air Mutlaq:

* Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.

* Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut .

* Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .

* Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

b) Air Musyammas:

* iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
* Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.
* Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

a) Air Musta'amal:

Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.

* Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
* Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
* Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu.

Air yang berubah ada dua cara :-

* Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
* Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.

- Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.

- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.

Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.

Air yang bercampur itu ada dua cara :-

* Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.
* Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.

b) Air Muqayyad:

* Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.

3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:


a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.

b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.

* Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
1. Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
2. Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
3. Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.



No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background