SaLAM PeRsAuDaRaAn

Thursday, November 8, 2012

PESANAN UNTUK ISTERI PEJUANG

Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab
[ Pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israhell ]

* Bagaimana akhlak Abu Syanab?

# Akhlaknya adalah [berdasarkan] Al-Quran..
Beliau melaksanakan perintah Allah dengan cara yg betul tanpa fanatik membuta.Beliau sentiasa tekun dan memelihara sembahyang,puasa,dakwah dan Jihad Fi sabilillah.Seringkali beliau berpuasa sunat secara mingguan.Beliau menghafaz 20 juzuk dari kitab Allah [Al-Quran].Beliau mula mengenali Syeikh Ahmad Yasin [Pemimpin utama dan pengasas Hamas] sebaik tiba di Ghaza tahun 1964 dari Mukhayyam An Nusairat,kampung keluarganya.

* Adakah As Syahid [Abu Syanab] membimbing keluarga dengan baik dan adakah beliau dapat seimbangkan antara tugas-tugas dakwah,politik dan rumah tangga?

# Alhamdulillah,beliau bukan sahaja membimbing keluarga dengan baik,tetapi cemerlang.Beliau adalah pembimbing keluarga yg terbaik.Sememangnya tugas-tugas dakwah mengambil waktunya, begitu juga dengan politik dan kerja beliau di Universiti Islam. Tetapi bagi kami [ahli keluarga] kami tidak kisah.Bahkan sebaliknya kami sentiasa memberi ruang supaya beliau dapat menunaikan tugas dan kewajipannya dengan sempurna.

Al Marhum bekerja menerusi politik untuk kemaslahatan dakwah dan untuk mencari keredhaan Allah di samping satu khidmat untuk Islam dan umatnya.[Dalam keadaan itu pun] beliau satu haripun tidak pernah alpa terhadap hak keluarganya.Beliau sentiasa bertanya tentang pelajaran dan keadaan anak-anaknya walaupun seketika. Beliau juga sering menziarahi anak-anak perempuannya..

Dalam hal mengambil berat terhadap keluarga ini,saya masih ingat ketika beliau dipenjarakan oleh Yahudi pada tahun 1989.Dalam keadaan kami yg sentiasa risaukan keselamatannya yg mungkin beliau disiksa dan sebagainya,beliau masih berkesempatan menghantar pesanan menerusi pasukan Palang Merah bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anaknya di sekolah rendah.Sedangkan ketika itu kami tidak dibenarkan melawat beliau.

Dari sudut kerja-kerja dakwah,saya tidak banyak masuk campur urusannya.Tetapi beliau tidak pernah cuai menjalankan tugas tersebut.Ia dilakukan semata-mata untuk keredhaan Allah,di samping menyahut seruan rakan-rakan pejuang.

* Bagaimanakah detik-detik terakhir sebelum Abu Hasan [Abu Syanab] mati syahid?

# Detik-detik terakhir seperti biasa sahaja.Sebelum terbunuh beliau sempat membelikan perabot baru untuk rumah kami.Pada pagi kejadian,beliau menunaikan solat Subuh di rumah kerana sebab-sebab keselamatan.Kemudian beliau bersarapan bersama dengan rakan-rakan yg datang menziarahinya.Kemudian beliau duduk berehat seketika dan sempat mandi terlebih dahulu sebelum keluar rumah.

Biasanya sebelum beliau keluar rumah saya akan menasihatinya terlebih dahulu.Contohnya,"Berhati-hatilah" atau,"Jangan memandu kereta jika ada helikopter mengekori."
Tetapi pada hari kejadian, saya tidak berbuat demikian kerana merasakan sudah terlalu kerap beliau mendengar pesanan berkenaan dari saya..Perangainya seperti biasa.Pada saat-saat terakhir beliau kelihatan sangat gembira.Beliau berusaha menggembirakan anak-anak perempuannya yg masih kecil dengan membelikan keperluan mereka..

* Apakah ciri-ciri yg perlu ada pada wanita yg ingin berkahwin dengan Pejuang-pejuang Jihad seperti Abu Syanab supaya mereka boleh membantu suami mereka dalam berjihad?

# Saya tidak suka memuji diri sendiri kerana Allahlah yang terbaik. Tetapi secara realiti,setiap wanita yg ingin berkahwin dengan Mujahid dan Da'ie [Pendakwah] di jalan Allah hendaklah membiasakan diri dengan kehidupan Mujahid dan kehidupan Jihad. Kerana kehidupan para Mujahideen adalah kehidupan yg tidak tetap. Rumah tangga hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua suasana pada bila-bila masa.

Justeru,mereka yg ingin mengahwini Mujahid hendaklah benar-benar faham tugas suami [sebagai pejuang] dan hendaklah bersedia membantu mereka menunaikan tugas mereka.Mereka juga perlu menjadi orang yang sabar dan hendaklah tahu bahawa mereka perlu menerima tetamu pada bila-bila masa.Begitu juga mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan Yahudi atau musuh-musuh Islam yg lain sama ada mereka menghalau atau membunuh syahid.

* Bagaimana puan menerima berita syahidnya jurutera Ismail [Abu Syanab]?

# Perasaan saya adalah perasaan orang yg kehilangan kekasih. Tetapi saya bangga dan merasa mulia kerana suami saya berhasil memperoleh apa yg dikehendakinya dan dicita-citakan dalam hidupnya.

Saya juga bersedih hati kehilangan orang yg paling saya sayangi. Apapun,kematian boleh datang bila-bila masa.Ada orang mati kerana kemalangan jalan raya.Tetapi suami saya dipilih Allah untuk mati syahid.Saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya ditemukan kembali dengannya di dalam rahmat-Nya yang berkekalan [Syurga].

Alhamdulillah,kami semua yakin beliau adalah Syahid.Kami menerima berita Syahidnya dengan bertakbir,"Allahu Akbar,baba telah mati syahid!Allahu Akbar,baba sudah Syahid di sisi Allah."

Anak-anaknya yg lelaki dan perempuan merasa sedih dengan kehilangan bapa mereka,tetapi mereka tetap bersabar dan bertekad meneruskan perjuangan menerusi jalan yg telah dilalui oleh bapa mereka.Bapa mereka adalah model,contoh ikutan,kemuliaan dan kebanggaan.Hidupnya sebagai Mujahid dan matinya sebagai Syahid, dengan izin Allah.

* Adakah puan kesal dengan jalan yang ditelusuri oleh suami puan yg diakhiri dengan puan kehilangan suami?

# Sama sekali saya tidak menyesal !
Bahkan ingin saya tegaskan,jalan yg dilalui oleh suami saya adalah jalan yang benar.Saya merasa sangat mulia menjadi isteri beliau. Kalaulah suami saya berada di atas jalan yg tidak benar,tentulah Yahudi tidak menjadikannya sebagai sasaran pembunuhan.Jadi Alhamdulillah pada waktu senang atau waktu susah.Saya sungguh-sungguh berbangga menjadi isteri kepada lelaki seperti Abu Hasan [Abu Syanab].

* Adakah puan yakin terhadap kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang,khususnya Hamas dalam menuntut bela di atas pembunuhan As Syahid [Abu Syanab]?

# Ya,pertama sekali saya yakin dengan kuasa Allah.Kemudian saya percaya kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang.Saya tidak mahu [mereka] menuntut bela untuk suami saya sahaja.Tetapi saya mahu menuntut bela untuk Dakwah,untuk agama [Islam] dan untuk para Syuhada'.Saya berdoa kepada Allah agar pembelaan ini berlaku dengan jalan Allah dan bukannya dengan jalan manusia.

Semua pihak,timur,barat dan Amerika memusuhi kami.Saya berharap agar Allah menunjukkan kepada kami hari hitam buat mereka sebagai satu pembelaan kepada agamanya dan dakwahnya sebelum pembelaan kepada suami saya Abu Hasan [Abu Syanab] rahimahullah.Saya beriman dengan Allah.Kemudian saya percaya akan kekuatan Gerakan Kebangkitan Islam HAMAS untuk membalas dan menuntut bela kerana agama,dakwah dan Palestin dan bukannya untuk suami saya sahaja.

* Adakah As Syahid [Abu Syanab] sudah dapat merasakan bahawa ajalnya sudah hampir,kerana biasanya pejuang-pejuang Mujahideen ini mereka dapat merasakan kedatangan ajal mereka?

# Sebenarnya,beliau tidak merasa demikian.Tapi boleh jadi juga ada perasaan berkenaan di dalam dirinya.Bagaimanapun,saya dapati beliau sangat senang hati dan terlalu gembira..Saya tidak menyangka itu adalah saat-saat terakhir kehidupan beliau.

Alhamdulillah beliau telah menjayakan cita-citanya iaitulah kegembiraan di dalam hidupnya.Saya berdoa moga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan redha dan mendapat Nikmat Syurga dengan penuh kegembiraan dan kekal di dalamnya.

Dalam tempuh terakhir itu juga beliau pergi menemui semua orang yang bekerja di rumah dan membayar baki gaji mereka.Orang terakhir menerima bayaran daripadanya ialah Duhan.Katanya,
"Awal bayaran kali ini Abu Hasan?"

Beliau menjawab,"Wahai orang muda, ambil hak kamu ini. Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati."

Alhamdulillah,beliau sempat membayar semua bayaran yang sepatutnya beliau jelaskan dan beliau meninggalkan dunia ini dengan tidak menanggung sebarang hutang.
Moga-moga Allah menerimanya sebagai Syahid...

Tuesday, November 6, 2012

as solah

"TeLaH BeRJaYa OrG Mu'MiN,IaITu MeReKa YanG KhuSYu' DaLaM SoLaT"..


"Awwalul Hisaab as-Solah." Perkara pertama yang akan dihisab(dihitung di akhirat ) adalah solat.

Apa yang perlu dibuat setiap hari adalah mencari kembali semangat solat yang hilang. Kemudian, perlu cari sebab dan check diri:

"Sejak bilakah aku tidak lagi rasa berminat untuk solat? Bagaimanakah cara untuk menyuburkan rasa cinta dalam diri untuk beribadat kepada Allah? "

Solat tanpa perasaan adalah solat hanya kerana orang Islam wajib solat. Masuk waktu, solat. Malu tengok orang lain solat, maka kita solat. Tapi hati tidak bersama dengan solat. Dalam solat, fikir benda lain. Hati rasa nak sudahkan solat dengan cepat.

Solat mengambarkan kecantikan hati kita. Manusia yang hidup tanpa hati adalah manusia tanpa perasaan. Manusia yang hidup tanpa solat adalah manusia yang nampak hidup bernafas dgn baik, tetapi hakikatnya tidak bernyawa. Solat adalah jantung kehidupan.

Jika kita betul-betul menjaga solat, Allah akan kurniakan beberapa anugerah.
Antaranya:-

1. Tidak merasa susah dengan duniawi
2. Tidak ada masa untuk maksiat
3. Kekuatan dalaman yang tidak disangka-sangka
4. Rezeki cukup walaupun tidak terlebih-lebih
5. Ujian yang datang kepadanya untuk menaikkan imannya, bukan menjadikan dia hina dan terseksa

p/s :solatlah walaupun terpaksa …..usirlah bisikan2 syaitan…jgn biarkan syaitan menakluki hati dan fikiran kita ..lawan dan terus lawan…kuatkan hati..kuatkan benteng iman….insyaAllah kita mampu…^_^

SOALAN DALAM JAWAPAN & JAWAPAN DALAM SOALAN.

Fitrah manusia kebiasaannya melihat:-

Acapkali sememangnya yang bertanya itu tidak tahu jawapan.

Fitrah manusia yang jarang dilihat :-

Kadangkala yang bertanya itu bukan bererti tidak tahu.

Kadangkala yang tidak menjawab itu bukan bererti tidak tahu.

Kadangkala yang bertanya itu lebih tahu daripada yang diajukan soalan.

Kadangkala yang tidak menjawab itu lebih daripada yang diajukan soalan.

Fitrah manusia yang terlalu sedikit mampu melihat:-
Kadangkala yang ditanya sengaja memberikan jawapan yang salah atau tidak menjawab kerna semata2 mahu melihat sejauh mana yang bertanya itu menghormati ilmu-Nya. Padahal yang ditanya itu tahu jawapan yang sebenar.

Kadangkala yang bertanya itu sengaja bertanyakan soalan2 yg agak kurang bijak soalannya semata2 mahu melihat sejauh mana yg ditanya itu zuhud kepada ilmu-Nya. Padahal yg bertanya itu tahu jawapan yang sebenar.

Bukan persoalan apa yang disoal @ apa yang dijawab tetapi sejauh mana kita tunduk malu dengan Ilmu-Nya....

Menyembunyikan sesuatu ilmu setelah kita ketahui, amatlah dilaknat oleh Allah Taala (2: 159) .

Jangan tanya Aiman, sure nnt Aiman jawab " Aiman x kisah"... tapi tanyalah iman.

'Alakulihal tepuk dada tanya iman kita.

ukhti...

Tika dirimu terasa hambatan ujian Nya terlalu perit,
Maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang,
Secebis ketenangan akan menyusup kembali,
Saat terasa kehabiskan semangat di medan juang,
Sahutlah kembali seruan 'Hayya 'alal falah',
Usah dibiarkan mutiara berharga itu mengalir sia-sia,
Salurkan ia kepada Yang Maha Esa,
Dia yang selalu bersamamu,
Saat duka dan gembira menerpa,
Tabahkan hatimu sayangku,
Moga rahmat Allah bersamamu,

Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahidah muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,
Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah...

Sayangku,
Usah hiraukan kumbang yang menerpa,
Kerana kau bunga berkembang mekar,
Indah di taman larangan,
Bukan permainan untuk sebarangan,
Tapi permata berharga,
Intan yang berkilau cahayanya,
Hanya yang 'haq' mampu mendekatimu,
Seindah Mawar BERDURI,
Itulah pujaan seorang lelaki,
Yang mendambakan sayap kiri,
Yang suci dari debu dunia,
Apatah lagi sebutan sang lelaki....

Sayangku,
Bentengkan dirimu dengan iman pada Nya,
Kuatkan hatimu dengan taqwa pada Nya,
Pasakkan semangatmu dengan hidayah Nya,
Kerana ku yakin....
Kau mawar BERHARGA,
Milik si kumbang yang juga berharga,
Di kanvas sejarah ISLAM,
Kerana janji Allah itu pasti kan tiba,
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik....

" Sesungguhnya yang tertutup indah "

wanita..fahamilah

Bismillahirrahmanirrahim~

Wahai wanita bermaruah,
Kalian adalah kekasih rasulullah...
Kenapa kalian kecewakan baginda...

Kalian faham 'menutup aurat' sbg menutup badan dgn kain,
... Sdgkan yg rasulullah faham ialah mnutup diri dari pndangan lelaki,
Apa guna kalian berpurdah lalu ditayangkan pnuh aksi kepada lelaki ajnabi?
Apa guna kalian mnutup bdan dgn kain tp tidak mnutup diri dari pandangan lelaki?

Kenapa kalian mesti kecewakan rasulullah?
Kenapa kalian mahu rasulullah palingkan wajah?
Kenapa kalian tidak mahu simpan gmbr kalian utk suami yg sah?
Kenapa mesti menggoda lelaki ajnabi dgn gmbar berpurdah?
Tidak kah kalian malu kpd allah dan rasulullah?
Kenapa kalian pamerkan diri dgn alasan mahu 'berdakwah'?
Sdgkan maksiat tidak boleh dikira sbg ibdah?

Wahai yg memiliki akal senipis rambut...
Andai kalian tahu pengikut teramai dajal selepas yahudi ialah wanita...
Andai kalian tahu penghuni neraka paling ramai ialah wanita.....
Andai kalian tahu diri kalian sgt berharga...
Hingga nabi bsbda jika dpt istri solehah mka tlah sempurna sparuh agamanya.......

Berhenti dari kecewakan Rasulullah,
Hentikan godaan kpd lelaki bkn mahram,
Hentikan pameran gmbr walaupun berpurdah,
Fatwa yg dibenarkan hnya gmbr sbsar ibu jari dipamerkan,itu pun JIKA PERLU....
Kalian tidak tahu betapa ramai lelaki soleh telah kalian rosakkan imannya hanya dgn skeping gmbr....
Jgn smpai kalian mati nanti nabi palingkan wajahnya kecewa dgn kalian dan x mahu ngaku kalian sbg umatnya....

Bangun!

Berusahalah menjadi KEBANGGAAN RASULULLAH!

mengapa aku berpurdah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih...

Nahmaduhu wanusalli wanusallim a'la rasulihilkareem...

Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun "ustazah".
Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar "ustazah" oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.

Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk pulang. Termasuk lah Aishah.

"Erm Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?" Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. "entahla~" jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. "Aik? entah je? abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam "ninja"? hehe.." gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.

"erm..ok lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?" Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. "Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?"

"MashaAllah, hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe." Aishah bergurau. "Ade2 je la Aishah ni. "Aqilah bersuara malu. "Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh.." Aishah mengembalikan perbincangan. "Betul sgt ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu.."
"Eh salah ke? astaghfirullahalazim~" kerisauan Aqilah jelas terpancar. "Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin." Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.
"Alah, Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama~" Aqilah memuji Aishah. "segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut sikit2 aje.." Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian
tersebut.

"Ok2..sambung eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah al-'Asr, "setiap manusia itu dalam kerugian..". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita." Hurai Aishah.

"Oooo..mcam tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?" Aqilah kembali bertanya. "Tak jugak~" sekali lagi mudah Aishah menjawab. "Pulak dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?" Aqilah inginkan penjelasan.

"Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi." Aishah menjelaskan. "Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?" Aqilah inginkan kepastian. ""Ya" pada Aishah, mungkin "tidak" bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah." Aishah menjawab. "Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw...takkan la Nabi ....." Aqilah kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.

Aishah ketawa kecil, "memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi "title" yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak". " "title" ahli syurga? apa die?" Aqilah ingin tahu. "RadiaAllahu'anhu waradhu'anh (Allah redha ke atas mereka)" jawab Aishah.

"Oooo..Jadi, apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe" Aqilah tetap ingin tahu. "Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. itu jep." Aishah tenang menjawab. "Ooo. gitu eh? kalau camtu, buleh "share" dengan Aqilah tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?" Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. "Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."

"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .
"Eh Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk kot~" Aqilah cuba mendapatkan kepastian. "Eh, tak lah. betul la tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu. "Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. "Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ" pinta Aishah.

"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]
"Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu." pinta Aishah lagi.

"Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Baca Aqilah sambil tersenyum kagum. "Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?" tanya Aishah. "MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~" Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.

"Yup~ itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah "extremist" atau ape2 pun Aishah tak kesah, sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka." tambah Aishah.

"Allah~lepas ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~" Aqilah memberi azam. "Amin ya Rab. suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu" Aishah mengambil hati. "hehehe...emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)" Aqilah cuba berkongsi ilmu. "Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? " Aishah inginkan kepastian.

"Haaaa..."lurus" yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!" Aqilah mengagumi Aishah.

"Oooo..kire Aqilah nak kate Aishah ni "lurus" la eh?" Aishah bergurau. "Eh? Buleh jugak kot~ haha" spontan jawapan dari Aqilah. "Amboih~" Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, "Ayoyoyo~ tak mau balik lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~" tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.

"Eh, sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe...jom Aishah~" Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.

nota kecil : "Beramallah kerana taqwa, bukan kerana fatwa" Semoga kalian istiqamah

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background