SaLAM PeRsAuDaRaAn

Friday, September 17, 2010

:11 ORANG SENTIASA DI DOA OLEH MALAIKAT::


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”



5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”



7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”



Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’



10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”



11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Moga kita sentiasa di doakan malaikat juga..insyaAllah..selamat beramal..=)



As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi (1947-2004)





Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Beliau telah dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa).



Beliau merupakan bekas pemimpin Hamas selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yassin. Bukan calang-calang pemimpin, kerana langkah da'ienya turut bersama gelaran Pakar Pediatrik! As-Syahid tidak dikagumi kerana kepakarannya dalam bidang perubatan, tetapi kerana perjuangannya untuk membela umat islam di Palestindan penentangannnya terhadap keganasan Zionis.



Kini, genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire iaitu, senjata yang sama telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.



Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.



“Ia adalah kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi.



Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”



Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.



Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun.



Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.



Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.



Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.



‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi.



Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan.



Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.



Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).



Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.



Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 orang pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?



Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”



Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”



Sahabat-sahabat,mari berganding bahu! hidupkan tiupan kebangkitan intifadhah mereka..sesungguhnya, perjuangan tidak pernah menjanjikan kemanisan. Hanya yang benar-benar ikhlas berani menawarkan diri untuk terus berada di sini. Berjuanglah kalian kerana agama Allah, kerana kemanisannya terlalu mahal dan bernilai untuk dimiliki di dunia! Allahuakbar!

Wednesday, September 8, 2010

Kisah Ibu Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Pesanan Adam buat Hawa........


Assalamualaikum warahmatullahitaalawabarakatuh....

Ku teruskan bicara buatmu, Hawa...Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu...

HAWA...
Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini.Hawa..ke mana hilangnya sopan santun dan rasa hormatmu terhadapku?Kalau dulu,untuk mengucapkan sebaris kata di hadapanku sekalipun, kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata sebaik-baiknya dan seatur mungkin. Namun hari ini, suatu kebiasaan jika ku perhatikan malumu kian lenyap!Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yg menghalang dan kau bisa menyapaku tanpa segan-silu...malu itu selayaknya kau punyai, tapi apa yg terjadi kini???


HAWA..
Apa yg membimbangkanku, kedaan ini bisa menjadikan kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah Allah. Pergaulan yg kukira tidak wajar antara muslimin dan muslimat menenggelamkan ku dalam kekalutan perasaan, terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi....

HAWA..
Mengapa tidak kau semaikan rasa malumu dalam hatimu??Mengapa hawa yg kukenal dulu tidak lagi selembut dulu?..Tidak seperti dulu?? Tutur kata yg petah, alunan suara yg lantang,
keadaan ini mengheret aku ke dalam kesedihan yg berpanjangan..

Dulu,kusanjung tinggi peradabanmu yg kiranya dibandingkan dengan kaum mu di luar sana.Tapi kini, kepercayaanku kian luntur tatkala kulihat batas-batasmu kian memudar, dan sedarlah Hawa, dirimu adalah wanita yg menyimpan setinggi-tinggi maruah...Lantaran itu,usah terlalu ghairah denganku,kau Adam dan kita mempunyai benteng yg teguh....janganlah dirobohkan...

HAWA...
Fahamilah...ku tak ingin kau terlalu menonjol diri,kerana bagiku hawa adalah sebutir mutiara yg terlalu mahal harganya.Terus terang kukatakan duhai hawa,bukan kemarahanmu kupinta,bukan sapaanmu yg menggembirakan diriku, tapi mengertilah Hawa,ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau perdagangkan.

HAWA...
Jika bersua muka,tundukkan pandanganmu.Perlahankan suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan dirimu meskipun naluri kita saling memerlukan.Ingatlah Hawa, batas-batas pergaulan di antara kita,itulah yg harus dijaga...

HAWA...
Peliharalah tingkah lakumu tak kira di mana-mana saja.Walaupun aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu seandainya kau tersilap langkah,tapi dengarlah Hawa,aku mahu kau sedar!! Sedar yg dirimu bisa terhumban di persada kehancuran jikalau dikau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala ini.Kaumku, Adam tidak ingin dunia ini dimamah laknat allah lantaran dosa yg kita titipkan...

p/s: muhasabah buat shbt, lbh2 lg buat diri ana yg hina ini..

Hidup Dipandangan Mata Hati


"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya”.



"AKU TERIMA NIKAHNYA", karya Hasrizal Abdul Jamil
Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yg berada di bangku menara remaja, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kpd Allah bahawa kalian berdua amat berani menderhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya ats dasar cinta tetapi juga pd saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yg blh dijadikn tempat meletakkn kepercayaan ? Dosa semalam akn pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya..

Andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir2 kn lah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita & zina seperti Timur dijauhkn dari Barat dengan firmanNya yg bermaksud:

"dan janganlah kamu menghampiri zina..sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yg keji & satu jalan yg amat jahat..." (Surah Al-Isra':32)

MAAF, wajahmu itu bukan utk tontonan umum..apalagi tontonan khusus...Perempuan cantik itu Tidak memandang dan tidak dipandang..


MAAF, wajahmu itu bukan utk tontonan umum..apalagi tontonan khusus...Perempuan cantik itu Tidak memandang dan tidak dipandang

hayatilah...

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh

TOLONG BERITAHU DIA


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

7 peringkat solat

1. Sembahyang orang jahil :
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.

Hakikatnya :
Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang-panjang.

2. Sembahyang orang lalai :
Fardhu ain dah clear, tapi bila start saja angkat takbir, 'xpdc' otak pun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang,sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang. Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala, tiba-tiba saja dah toleh kanan, toleh kiri ... selesai.

Hakikatnya :
Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah :
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member-member dan sebab-sebab lain.

Hakikatnya :
Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya, kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.

4. Sembahyang orang mujahadah :
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingatAllah. Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dannafsu.

Hakikatnya :
Terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya.

5. Sembahyang orang soleh :
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa olehnya.

Hakikatnya :
Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali :
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri dihadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar-benar lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.

Hakikatnya :
Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak terucap juga dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul :
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan Allah... ... tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya... ... .

Jadi, tingkat mana solat kita?

pastikan bca wlupn BUSY....


Apabila Syaitan Bermesyuarat ????

Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap
kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci... insyaAllah.
Secebis ilmu dr sahabat, ana tolong forwardkan untuk dikongsi
bersama...moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat
dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, para sahabat,
syuhadak serta muslimin dan muslimat.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ...

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal
ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari
mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca
Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak
dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan
Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka
pengaruh kita keatas mereka akan terputus."
"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka
menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah
waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina
perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka
dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang
penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam
kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,"
jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang,
hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat
jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari
seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka
yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila
keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi
menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar
suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu
memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah
mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa
memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka
dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda
mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan
papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,
katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan
promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma;
dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah
dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama,
dan mereka akan tidak berpuas hati dengan isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka
di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak
bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan
meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga
mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan
mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan
hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah
sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka
sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan
tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan,
acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan
mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak
tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak
mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas
itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan
kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk
menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin
terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja
untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk
menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka
hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini,

"Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :

B-eing U-nder S-atan's Y-oke? - Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Wallahua'lam...

Setelah membaca ARTIKAL ini jangan dibiarkan sahaja..

>> SEBARKAN... kepada Saudara & saudari seagama dgn kita <<

Pramugari Koma Di Tanah Suci [Kisah Pengajaran]


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah.... Pagi tadi ana baru menerima email dari seorang teman tentang peristiwa seorang pramugari yang koma di Tanah Suci Makkah ketika ingin menunaikan fardhu haji.... Marilah kita membaca kisah ini dengan mata hati kita... moga dapat menjadi iktibar buat kita semua...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak".

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus..

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."


Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"

Nasihat Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin Bagi Penuntut Ilmu


Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu
Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin rahimahullah pernah ditanya:
"Bagaimanakah cara agar bisa ikhlas dalam menuntut ilmu?"
Beliau menjawab:
Ikhlas dalam menuntut ilmu itu bisa dicapai dengan beberapa hal:
Pertama, belajar dengan niat melaksanakan perintah Allah. Karena Allah telah
memerintahkannya, Allah berfirman (yang artinya),
[ َ ]
"Maka ketahuilah bahwasanya tiada sesembahan yang hak selain Allah dan mintalah ampun atas
dosadosamu."
(QS. Muhammad: 19)
Dan Allah subhanahu wa ta'ala juga mendorong orang supaya menuntut ilmu.
Sedangkan dorongan Allah atas sesuatu memberikan konsekuensi kecintaan dan
keridhaan Allah terhadap hal itu.
Kedua, belajar dengan niat menjaga syariat Allah. Karena menjaga syariat Allah
hanya bisa dilakukan dengan mempelajari dan menghafalkannya, dan bisa juga dengan
mencatat.
Ketiga, belajar dengan niat untuk melindungi syariat dan membelanya. Karena
seandainya tidak ada ulama niscaya syariat tidak akan terlindungi. Dan tidak ada seorang
pun yang menjadi pembelanya. Oleh sebab itu, misalnya, kita dapati Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah dan ulama yang lainnya bersikap lantang memusuhi ahli bid'ah dan
membeberkan kebatilan bid'ahbid'ah
mereka, maka kami berkeyakinan bahwa mereka
itu memperoleh kebaikan (pahala) banyak sekali.
Keempat, belajar dengan niat mengikuti syariat Muhammad shallallahu 'alaihi wa
sallam. Karena tidak mungkin bisa mengikuti syariat beliau kecuali bila sudah mengetahui
isi syariat ini.
Kelima, belajar dengan niat menghilangkan kebodohan dari dirimu sendiri dan
orang lain (Diambil dari Kitabul 'Ilmi, hal. 199, cetakan Daar Ats Tsuraya).
Pandai Memanfaatkan Waktu
Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin rahimahullah juga pernah ditanya:
"Apakah saran anda tentang pemanfaatan waktu dan bagaimana cara menjaganya agar
tidak terbuang siasia?
"
Beliau menjawab:Para penuntut ilmu sudah semestinya menjaga waktunya agar tidak terbuang siasia.
Sedangkan penyianyiaan
waktu itu memiliki beberapa bentuk:
Pertama, tidak mau mengingatingat
pelajaran dan tidak membaca lagi apa yang
sudah pernah dipelajari.
Kedua, dudukduduk
bersama dengan temantemannya
dan membicarakan
permasalahan yang siasia
dan tidak berfaedah.
Ketiga, ini merupakan yang paling berbahaya bagi penuntut ilmu. Yaitu dia tidak
punya keinginan selain membuntuti ucapan orang, si anu bilang demikian, si itu bilang
begini. Apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi, padahal perkara itu tidak
penting bagi dirinya. Tak diragukan lagi bahwa perbuatan ini jelas termasuk tanda
kelemahan Islam di dalam dirinya. Karena Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah
bersabda,
{ Ù…ِÙ† Ø­ سنِ Ø¥ِ س لاَÙ…ِ ا Ù„ْÙ… رءِ ت ر ÙƒُÙ‡ ما لاَ ÙŠ ع Ù†ِ يهِ }
"Salah satu tanda kebaikan Islam seseorang adalah mau meninggalkan perkara yang tidak penting
baginya." (HR. Ahmad, Tirmidzi, dishahihkan Syaikh Ahmad Syakir)
Menyibukkan diri dengan kabar yang tersebar dari mulut ke mulut serta terlalu
banyak bertanya adalah perbuatan menyianyiakan
waktu. Pada hakikatnya ini adalah
penyakit. Apabila penyakit itu sudah menjangkiti seseorang dan menjadi tekadnya yang
terbesar kita
mohon keselamatan darinya kepada Allahmaka
terkadang hal itu
menimbulkan permusuhan dengan orang yang sebenarnya tidak layak untuk dimusuhi,
atau membela orang yang sebenarnya tidak layak untuk dibela, hanya garagara
terlalu
memperhatikan urusan tersebut, sampaisampai
membuatnya lalai untuk menimba ilmu.
Dia berdalih bahwa hal itu dilakukannya demi memperjuangkan kebenaran. Padahal
sebenarnya tidaklah demikian. Akan tetapi perbuatan ini justru membuat diri seseorang
disibukkan dengan urusan yang tidak penting baginya.
Adapun apabila tibatiba
datang berita tanpa kau caricari
dan tanpa kau minta
maka setiap orang juga menerima berita, namun tidaklah hal itu membuat mereka sibuk
dengannya, dan itu juga tidak menjadi keinginannya yang terbesar. Sebab hal ini tentu
saja akan menyibukkan penuntut ilmu dan menjadikan urusannya berantakan, bahkan
bisa menyebabkan terbukanya pintu hizbiyah (fanatisme kelompok) sehingga
menimbulkan perpecahan." (Diterjemahkan dari Kitabul 'Ilmi, hal. 205 Daar Ats Tsuraya).

iman semut vs iman manusia


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

IbU


buku buta sebelah mata!
aku benci ibuku....
Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami,
Pada suatu hari semasa disekolah rendah,ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar,
Aku sungguh malu.
Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak peduli dengan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata,
"EEEE, ibumu hanya ada satu mata!",
ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku,
Aku juga mahu ibuku hilang dariku!,
oleh itu aku berjumpe dengnnya dan berkata,
"jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau
kau mati saja?!!!!!!",
ibuku hanya berdiam diri!,
Aku tidak sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana
aku tengah marah ketika itu....,
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya...,
Aku ingin keluar dari rumah itu....,
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran
ke singapura. kemudian aku berkhawin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak.
Aku amat gembira dengan kehidupanku..,
Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah
berjumpa cucunya!.., bila dia berdiri di hadapan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...,
Aku menjerit kepadanya, "Sanggup engkau datang kesini dan menakutkan anakku!"
KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!,
Dengan pantas ibuku menjawab "Maaf , sy tersilap alamat" dan terus menghilangkan diri..,
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku...,
oleh itu aku telah memberitahu isteriku
aku akan pergi untuk urusan perniagaan....
Selepas perjumpaan itu , aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya ingin tahu!...,
Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal....,
Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!,
Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya...
"Anakku yang dikasihi , ibu selalu teringatkan kamu setiap masa....
Ibu minta maaf kerana datang ke singapura dan telah menakutkan anakmu...ibu gembira kerana
kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama...Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu... ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar... kamu mungkin tidak tahu.... semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata... sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...oleh itu...aku memberi salah satu mataku kepada kamu.... aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini........
Dengan kasihku kepadamu...... IBUMU......


SABDA NABI~DIA MEMBERITAHU KAMU SUPAYA
TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA SENTIASA.SELEPAS ITU
TAATLAH KEPADA IBUMU KEMUDIAN IBUMU KEMUDIAN IBUMU
KEMUDIAN AYAHMU!

Dunia Percintaan Remaja~


" Kenapa ni? Monyok je ni? Sakit ke? " Nurul yang baru balik daripada 'tutorial' bertanya kepada teman sebiliknya.

" Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku. " Soal Ain sambil menangis teresak-esak.

" Kenapa? " Nurul bertanya kembali, agak cemas dengan Ain yang semakin kuat esaknya.

" Kami...kami....dah putus. " raung Ain.


Cinta adalah salah satu kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa ialah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu Malaikat Jibril bertanya kepada baginda sekiranya baginda menginginkan Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, Rasulullah menyatakan bahawa mereka belum mengetahui kebenaran malah baginda turut mendoakan agar hati mereka terbuka untuk Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang amat mendalam kepada Rasulullah s.a.w sehingga para sahabat sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Di dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa anaknya ke syurga dan cinta seorang ayah pula menyebabkannya sanggup berkorban demi kebahagiaan ahli keluarganya. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar jelas dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud ;



"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."



Namun kini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, kemungkinan besar terjadilah perkara yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum yang telah Allah tetapkan. Di alam menuju kedewasaan meminati dalam kalangan insan yang berlawanan jenis adalah satu lumrah.


Kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah ketampanan Nabi Yusuf sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta kepadanya. Nabi Yusuf disumbatkan ke dalam penjara setelah Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu perkara yang patut dilaksanakannya setelah peristiwa Zulaikha mencuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya sehingga terkoyak.

Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf sehingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja.

Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah s.w.t, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf dan mereka berkahwin.



" Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta redha Islam sebagai agama kamu".
(Surah al-Maidah:3)



Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi. Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya.

Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap penciptaNya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak memperdulikan Nabi Yusuf sendiri yang sewaktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa itu bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa daripada mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran. Melihat kepada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu berlandaskan nafsu semata-mata.

Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu adanya bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri apabila cinta yang diharapkan tidak kesampaian.


" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. "



" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "

" Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan. "

Bingkisan Buat Suami Soleh


Terimalah kami dgn seadanya
Sbg isteri,teman,kawan dan penghiburmu,,
Didiklah kami agar kami menjadi seorang isteri yg solehah,
Suamiku,,
Diri ini adalah rusuk kiri yg lemah,,
Mengharapkan bimbingan dr mu suami,
Bimbinglah kami dgn penuh kesabaran,kelembutan dan keramahan,
Kerana kami memerlukan didikan yg sebegitu,,
Jika kami dididik dgn kasar maka kasarlah kami,
Jika kami dididik dgn kelembutan maka lembutlah kami,
Suami,,
Ketahuilah redha Allah pada kami terletak pada redha seorang suami,
Maka lembutkanlah hatimu agar sentiasa boleh memaafkan kami,
Andai ada kesalahan tegurlah dgn hikmah,
Andai ada kesilapan,perbetullah dgn kasih syg
Andai kami gagal mengawal lidah kami terhadapmu,,maka sabarlah dan berilah kami peluang memperbetulakan diri,
Ketahuilah suami,
Bahawa didikan mu itu terhadapku akn ditanya oleh Yang Maha Esa
Maka jgnlah membiarkan kami jika kami dlm kehanyutan,,
Sambutlah tgn kami,,
Agar kami tidak jatuh ke lembah kehinaan,,
Dgnmu suami, kami menjadi seorg yg kuat,,
Dgnmu jualah suami kami lebih dkt dgn-Nya
Dan dgnmu suami kami ingin merebut janji Allah buat seorang wanita yg taat kpd suami iaitu Jannatul Firdaus,,,

Bilal Dan Penderitaannya....


Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi.
Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah.
Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya.
Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh 'Islam'
yang terkemuka yang memiliki Bilal telah membaringkannya atas pasir yang panas membakar
serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya
yang lapan kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal:
"Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak."


Bilal menjawab dengan berkata:
"Ahad"-(Tuhan Yang Esa)-"Ahad-(Tuhan Yang Esa)."


Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka.
Pada waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas.
Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh.


Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir.
Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai
seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa
berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.


Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpinya.
Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal:
"Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?"


Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya,
dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah.
Setibanya dia dikota itu., dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain,
iaitu cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia berazan.
Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak.
Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah,
penduduk-penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka
kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka.,
Nabi Muhammad s.a.w. Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah
dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh.


Rasulullah s..a.w bersabda :
" Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat.,
dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat.,
bererti dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

tetap akidah,muhasabah benteng harungi hidup..


muslim sejati akan sentiasa mengingati Pencipta sekalipun berdepan dengan cabaran


UNTUK berdepan cabaran hidup, kita perlu memiliki pegangan dan amalan iaitu istiqamah, istiqarah dan istighfar.

Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: "kukuh dalam akidah dan konsisten dalam beribadah". Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud, dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata, " Aku telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. Nabi menjawab: "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah'." (Hadis Riwayat Muslim).

Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan maksiat.

Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu'" ( Fusshilat: 30)


Istiqarah pula dapat didefinisikan sebagai, selalu mohon petunjuk Allah SWT dalam setiap langkah dan penuh pertimbangan dalam setiap keputusan.

Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berbicara dan melakukan suatu perbuatan. Namun, menurut Islam, tidak ada kebebasan tanpa batas, dan batas itu adalah aturan agama. Maka seorang Muslim yang benar, selalu berfikir berkali-kali sebelum melakukan tindakan atau mengucapkan sebuah ucapan serta ia selalu mohon petunjuk kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda, "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka berkatalah yang baik atau diamlah. (Hadis Al-Bukhari dan Muslim). Orang bijak selalu berkata, berfikirlah hari ini dan berbicaralah esok hari.

Kalau ucapan itu tidak baik apalagi sampai menyakitkan orang lain, maka tahanlah, jangan diucapkan, sekalipun menahan ucapan itu terasa sakit. Tapi kalau ucapan itu benar dan baik maka katakanlah, jangan ditahan sebab lidah kita menjadi lemas untuk meneriakkan kebenaran dan keadilan serta menegakkan amal makruf nahi mungkar.

Mengenai kebebasan ini, malaikat Jibril pernah datang kepada Muhammad SAW untuk memberikan rambu-rambu kehidupan. Baginda bersabda yang bermaksud, "Jibril datang kepadaku dan berkata: 'Hai Muhammad hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati. Cintailah apa yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan lakukanlah apa yang engkau inginkan, sesungguhnya semua itu ada balasannya,'" (Hadis Baihaqi dari Jabir).
Sabda Nabi SAW ini semakin penting untuk diresapi ketika akhir-akhir ini dengan dalih kebebasan. Banyak orang berbicara tanpa logik dan data yang benar dan bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan etika agama.

Kita memasyarakatkan istiqarah dalam segala langkah kita, agar kita benar-benar bertindak secara benar dan tidak menimbulkan kekecewaan pada kemudian hari.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan rugi orang yang beristiqarah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang hidupnya hemat. (Hadis Thabrani dari Anas)

l Istighfar pula dapat diertikan sebagai bermuhasabah diri dan mohon ampun kepada Allah SWT. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, sama ada kesalahan individu atau kesalahan sebagai sebuah bangsa. Setiap kesalahan dan dosa itu sebenarnya penyakit yang merosak kehidupan kita, ia harus diubati.

Banyak persoalan besar yang kita hadapi akhir-akhir ini adalah akibat kesalahan kita sendiri. Muhasabah diri dan pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Buatlah pembetulan untuk masa depan yang lebih cerah dengan penuh keredaan Allah SWT.

Dalam persoalan ekonomi, jika rezeki Allah SWT tidak sampai kepada kita disebabkan kita malas, maka yang perlu diubati adalah sifat malas itu. Kita tidak boleh menjadi umat pemalas. Malas adalah sebahagian musuh kita.

Namun, ada kalanya kehidupan sosial ekonomi sebuah bangsa yang mengalami kesulitan. Kesulitan itu disebabkan dosa masa lalu yang bertompok dan belum bertaubat darinya. Jika itu penyebabnya, maka satu-satunya ubat adalah beristighfar dan bertaubat.

Firman Allah SWT yang mengisahkan seruan Nabi Hud kepada kaumnya yang bermaksud, "Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52).

Apa Makna Wanita Diciptakan dari Tulang Rusuk yang Paling Bengkok?


Dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa nabi shalallahu ‘alayhi wasallam bersabda,

“Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara laki laki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka , tidak mendzalimi mereka dan senantiasa memberikan ha-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan. Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam, “Berbuat baiklah kepada wanita.”

Hal ini jangan sampai terhalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan kerabatnya, baik berupa perkataan maupun perbuatan karena para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam bahwa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.

Sebagaimana diketahui, bahwa yang paling atas itu adalah yang setelah pangkal rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Karena itulah disebutkan dalam hadits lain dalam ash-Shahihain.

“Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih bias menghilangkan akal laki laki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita).” (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)

Hadits Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam yang disebutkan dalam ash shahihain dari hadits Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu. Makna “kurang akal” dalam sabda Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam adalah bahwa persaksian dua wanita sebanding dengan persaksian seorang laki laki. Sedangkan makna “kurang agama” dalam sabda beliau adalah bahwa wanita itu kadang selama beberapa hari dan beberapa malam tidak shalat, yaitu ketika sedang haidh dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.

Maka hendaknya wanita mengakui hal ini sesuai dengan petunjuk nabi shalallahu ‘alayhi wasallam walaupun ia berilmu dan bertaqwa, karena nabi shalallahu ‘alayhi wasallam tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu beliau sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Qs. An-Najm:4)

Tersebut Dalam Kitab Bidayatul Hidayah


Manakala hari khiamat didatangi api yg gemuruh hingga menggelentarkan hati setiap umat.Ketika mereka mendekatinya,gemuruh semakin keras .Hingga terdengar dari jarak 500 tahun.Setiap orang sehingga para Nabi-nabi berkata:''Nafsi-nafsi'' (sendiri-sendiri) Kecuali Nabi Muhammad saw berkata: ''Umat-umatku''.Kemudian keluarlah api bagaikan gunung.Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata: Demi org2 yg bersolat,demi org2 yg siddiq,demi org2 yg khusyuk,demi org2 yg berpuasa..Kembalilah engkau wahai api.Tetapi api itu tidak kembali.Jibril as berkata:"Sesungguhnya api itu hendak membakar umat Nabi Muhammad",lalu Jibril as datang kepada Nabi Muhammad saw dgn membawa segelas air sambil berkata:ambilah air ini dan percikkan ia ke api itu..Kemudian Nabi saw memercikkan ke api itu.Nabi bertanya:"air apakah ini? "Jibril as menjawab:air mata umatmu yg menangis kerana takut kepada Allah.Dan skarang aku diperintahkan sedemikian untuk memberikan air ini kepadamu supaya engkau memercikkan ke api sehingga padam dengan izin Allah ..kerna Rasulullah saw seringkali berdoa: YA ALLAH,BERIKANLAH AKU REZEKI DARI DUA MATA YG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADAMU SEBELUM AIR MATA INI HABIS''..

“Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”


*Saya dapatkan artikel ini daripada salah seorang sahabat saya di fb. Jadi saya meminta kebenarannya untuk dipostkan di sini.

As-Salaamu ‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

sometimes kata-kata mutiara nih bg smngat kat someone...


* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.
__________________________________________________________________________________


Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat

benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH

s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa

menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT
ANDA TERSEBUT

__________________________________________________________________________________


JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan
Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS
UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,
TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN
DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG
MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelak

___________________________________________________________________________________



" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu
membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka
tiadalah perpisahan"
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang
akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah
dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)





" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek
moyang"
(Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika

engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan
hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya.

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background