SaLAM PeRsAuDaRaAn

Sunday, November 10, 2013

Tazkirah - > Hati Yang Lapang & Bersih Daripada Dosa Serta Takut Melakukan Dosa & Maksiat Malah Beriman Kepada-NYA.

Assalamualaikum-Warahmatullahi-Wabarakatuh…

Allah S.W.T berfirman:

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”

(Surah Ar Ra’d Ayat 28 )

Setiap manusia meinginkan kehidupan yang bahagia dan harmoni. Tidak ada di antara kita yang tidak ingin menggenggam kebahagiaan. Sebagai umat islam, kita sering kalimembaca do'a untuk mendapatkan kebahagiaan baik di dunia mahupun akhirat.

Allah S.W.T berfirman:

"Ya Allah Tuhan kami,berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan hindarkanlah kami dari seksa api neraka."

(Al-Baqarah Ayat 201)

Di antara tanda-tanda kebahagiaan dan kejayaan seseorang itu ialah apabila ilmunya bertambah maka semakin bertambahlah sifat rendah diri dan kasih sayangnya terhadap orang lain.

Kemudian, apabila bertambah umurnya maka semakin kuranglah perasaan tamaknya kepada harta dunia dan apabila bertambah hartanya maka semakin bertambahlah sifat pemurahnyadan membelanjakan hartanya pada jalan Allah S.W.T

Kadang- kadangkita sendiri tidak sedar bahawa kita telah melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kita ke arah kejahatan yang tidak sepatutnya kita lakukan. Justeru,sebagai seorang muslim hendaklah berusaha menjauhi perkara- perkara yang boleh menyebabkan kita tidak bahagia.

Antara perihal yang boleh menjadikan diri kita tidak bahagia ialah dengan mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain. Selain itu, dengan melupakan dosa-dosa yang lalu juga boleh menyebabkan diri kita terbinasa.

Asbab tiadanya taubat nasuha dan muhasabah diri maka, besarlah kemungkinan akan mengulangi perkara (dosa) yang sama. Kadangkala ada orang yang memandang rendah terhadap dosa itu sendiri.

Sungguh, laknat Allah ke atas mereka sepertimana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:-

"Setiap umatku akan mendapat kemaafan kecuali orang yang menzahirkan kemaksiatannya, termasuk menampakkan kemaksiatan ialah seseorang berbuat maksiat pada waktu malamnya lalu pada waktu paginya padahal Allah telah menutupi kemaksiatannya, namun  diamengatakan:

 Wahai fulan tadi malam aku telah berbuat inidan ini, kemaksiatannya telah ditutupi oleh Allah lalu pada waktu pagi diamenyingkap apa yang telah disembunyikan oleh Allah"

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)


Walaubagaimanapun, apa jua balasan yang Allah berikan kepada hambaNya pasti terselit maksud tersembunyi yang kita sendiri tidak ketahui hikmah dan tujuannya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama bersihkan hati kerana Allah S.W.T. Ketahuilah, dari hatiyang bersih itulah datangnya bahagia...

Hati itu perlu dijaga dan dipelihara tahap "kesihatannya". Agar sentiasa sihat tanpa ada penyakit mazmumah yang bersarang di dalamnya.

Gilaplah hati itu dengan sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha,pemaaf sepertimana yang dianjurkan dalam Islam.

Mudah-mudahan dengan hati yang sentiasa dijaga rapi itu akan menzahirkan akhlak yang mulia dan hasanah sedang Allah juga redha kepadanya.

Sesungguhnya kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah tanpa dipaksa.

Wallahua’lam…

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background