Al-Ahnaf sahabat Nabi yang pemaaf
Al-Ahnaf bin Qais, salah seorang sahabat Nabi yang mulia. Beliau digelar Abu Bahr berasal daripada Bani Tamim, dan digelar "Al-Ahnaf" kerana kecacatan di kakinya.
Budi pekertinya menggambarkan keindahan Rasulullah saw sebagai
qudwah hasanah. Betapa harumnya nama al-Ahnaf sehingga diumpamakan,
"Lebih lemah-lembut berbanding al-Ahnaf".
Pernah diriwayatkan suatu hari ada seorang lelaki mengutuk dan
mengeji al-Ahnaf. Apa respons beliau? Al-Ahnaf pergi dari situ dan tidak
membalas kejian dan makian lelaki tersebut. Kejian dan makian tersebut
tidak diendahkan seolah-olah masuk telingan kanan keluar telinga kiri.
Langkahnya diteruskan walaupun lelaki yang mengejinya tadi tetap
mengikut langkahnya dan terus mengutuknya. Langkah Al-Ahnaf masih
seperti tadi, tenang dan tidak menghiraukannya.
Sebaik sahaja menghampiri kawasan kediamannya, Al-Ahnaf berhenti.
Langkahnya kaku. Dipandang lelaki yang mengejinya lantas berkata:"Jika
masih tidak ada apa-apa yang engkau ingin katakan, maka luahkan
segala-galanya sebelum penghuni kejiranan ini mendengar kata-katamu dan
mula menyakitimu."
Dalam kisah yamg lain pula, seorang lelaki mengutuknya dan mengejinya.
Al-Ahnaf sekadar diam tidak berkata apa-apa walau sepatah. Lelaki
tersebut tidak berputus asa, tetap meneruskan misinya mengutuk dan
menghina Al-Ahnaf sehinggalah tiba waktu makan tengah hari. Al-Ahnaf
berkata kepadanya:"Ini dia makanan tengah hari kami. Jom makan bersama
kami."
Ajakan Al-Ahnaf itu sungguh-sungguh, ikhlas dari hatinya. Bukan
ajak-ajak ayam atau ajakan sinis. Lelaki yang menghinanya itu malu.
Usahanya ibarat mencurah air ke daun keladi, sia-sia dan tidak
bermanfaat pun. Demikianlah akhlak AL-Ahnaf yang lemah-lembut, pemaaf,
tidak pendendam, tidak baran, malah berhikmah dalam menghadapi sebarang
situasi.
No comments:
Post a Comment