TEGURAN ITU PENTING
"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat
diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang
menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di
dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam
persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam
rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan
lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Teguran
boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang
statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang
membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung
suka ditegur.
Sifat
manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang
memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin
meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh
Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain
pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba
ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh
menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan
terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia
memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza
hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur
tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan
jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang
agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain
pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi
longkang dalam kotak.
Sebab
itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke
arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran
itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar
kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita
lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu
cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah
orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi
awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata
Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain,
manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada
kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia
memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah
cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin.
Bukankah susah?
Ingat..
Setiap
orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu
lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab
itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu
adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat!
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3
jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
-SUMBER: Artikel www.iluvislam.com
JANGAN HANYA SUKA MENEGUR...,TETAPI TIDAK SUKA DITEGUR.
ORANG YANG BIJAKSANA HARUS BERLAPANG DADA BILA DITEGUR
TEGURLAH SAHABAT DENGAN TEGURAN YANG MEMBINA DAN DENGAN CARA BERADAB SUPAYA
APA YANG DIKATAKAN MUDAH UNTUK DITERIMA
No comments:
Post a Comment