Silibus Usrah – Pengenalan Usrah
1.0 PERTEMUAN SATU
|
1.1 PENGENALAN USRAH
OBJEKTIF
1. Ahli usrah memahami pengertian dan konsep usrah sebenar
2. Ahli usrah memahami keperluan mengikuti usrah dan matlamatnya
3. Ahli
usrah memahami dan menghayati rukun rukun usrah dan menyedari bahawa ia
adalah antara keistimewaan yang didapati daripada pebabitan diri dalam
usrah.
1.11 PENGERTIAN USRAH
Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksudkumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Isam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.
1.12 MATLAMAT USRAH
1. Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul
2. Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah
3. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam
4. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan Agama Allah S.W.T.
1.13 SEJARAH USRAH
Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan
nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk
Islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang
tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.
1.14 RUKUN-RUKUN USRAH
Rukun
usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua
ahli usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah
tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang
erti. Tiga rukun tersebut ialah:
1. Al- Ta’aruf (berkenalan)
2. Al- Tafahum (bersefahaman)
3. Al-Takaful (bantu-membantu/berseimbangan)
1.141 Al-Ta’aruf (Berkenalan)
Berkenalan
antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. Setiap ahli
hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana
Allah. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati
sesama saudara. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya
tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Ini
boleh dilakukan dengan menjunjung perintah Allah s.w.t. dan sunnah
Rasulullah s.a.w., bahkan kedua-duanya wajib diutamakan mengatasi
perkara-perkara lain.
Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu”
(Surah Al Hujurat, ayat 100 )
Firman Allah seterusnya:
“… dan hendaklah kamu semua berpegang kepada tali Allah kesemuanya dan janganlah kamu berpecah belah”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Seorang mukmin bagi mukmin yang lain seperi bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Orang mukmin adalah saudara bagi muslim yang lain; tiada menzaliminya dan tidak juga membiarkannya”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Perbandingan
orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan
sesama mereka dan perasaan simpati mereka, adalah seperti badan yang
satu; apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal maka seluruh badan
akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasa demam”
1.142 Al-Tafahum (Bersefahaman)
Rukun kedua usrah ialah Tafahum
atau bersefahaman. Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang kepada
kebenaran iaitu dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan
laranganNya. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalus-halusnya
sama ada benar-benar telah menunaikan perintah Allah atau menderhakai
perintahNya. Setelah memeriksa diri sendiri maka hendaklah
nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurang pada
saudara yang lain.
Dalam
memberi nasihat yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat
dari saudaranya serta berterima kasih atas nasihat tersebut. Manakala
pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap msaudaranya
yang tersilap tadi walaupun perubahan perasaan hati itu sekadara jarak
sehelai rambut sekalipun.
Nasihat
hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah
terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menanggap
dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak
melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu selama sebualan dan
tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada ketua
usrah. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa
tidak berdaya untuk memperbaikinya.
Dalam
apa keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati
terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah tetap memberi kasih
sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang
dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan
kedegilan dan sikap keras kepalanya kepad apemberi nasihat. Ini kerana
martabat ‘berkasih sayang kerana Allah’ adalah setinggi-tinggi martabat
kasih-sayang sesama manusia. Nasihat pula merupakan dasar yang amat
penting dalam agama Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud “ Agama itu adalah nasihat”
1.143 Al-Takaful (Bantu-membantu/berseimbangan)
Al-takaful
atau bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada
yang terbiar atau terdampar. Dasar Al-takaful ini hendaklah
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul
bebanan sesama sendiri. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari
ukhuwwah yang sejati. Untuk mengamalkan rukuan Al-takaful ini, kita
hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, ziarah-menziarahi dan saling
memberi pertolongan sedaya mungkin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi:
“
Sesungguhnya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya,
itu adalah lebih baik baginya daripada beri’tikaf selama sebulan di
masjidku ini”
Kesimpulannya
adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan
melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti
saling percaya-mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para
naqib/at pula, laksanakanlah tugas dengan penuh keikhlasan untuk
menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan
berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah Islamiyyah di kalangan
anggota usrah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.
1.15 PENGISIAN USRAH
Setiap
individu mempunyai kewajipan yang banyak berbanding dengan masa yang
ada, tambahan lagi bagi seorang yang berada dalam perjuangan Islam. Oleh
itu pertemuan usrah hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara berikut:
1. Membentangkan permasalahan dan kesalahan
Setiap
ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang
dihadapi, kemudian saudara lain turut mengambil berat untuk menolong
mengatasi masalah tersebut. Ini hendaklah dilakukan dalam suasana
ukhuwwah sejati semata-mata kerana Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Orang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya”
Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya yang bermaksud:
“Perbandingan
orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang mereka, belas kasihan
sesama mereka, dan rasa simpati mereka adalah seperti badan yang satu;
apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka seluruh badan yang lain
turut menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam”
2. Bermuzakarah
Kita
digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan
umat Islam. Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang
diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah, janganlah ada sebarang
pertengkaran atau bertikam lidah. Muzakarah hendaklah merupakan
penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan
cara menghargai pendapat yang datang dari semua pihak.
3. Kajian buku
Kita
juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah
kitab yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka
hendaklah beralih untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan
erti ukhuwwah yang sebenar. Perkara sebegini tentulah tidak dapat
disediakan dalam taklimat-taklimat usrah.
4. Program Tambahan
a) Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka perkara tersebut perlu diambil berat:
b) Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.
c) Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap bulan.
d) Berpuasa dan berbuka bersama sama seminggu atau dua minggu sekali. Sembahyang berjamaah bersama-sama di surau/masjid.
e) Berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail.
1.16 ADAB-ADAB USRAH
1. Mengikhlaskan niat semata mata kerana Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam”
2. Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang dijanjikan.
3. Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah
4. Datang ke majlis urah dalam keadaan berwudhuk dan suci jiwa dan tubuh badan
5. Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Qur’an, teks usrah dan buku catitan
6. Hadir usrah dengan hasrat mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam.
7. Mendahului
majlis usrah dengan Al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah
s.w.t. serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Menutup majlis dengan
bacaan surah Al-A’sr dan tasbih kaffarah dengan bertadabbur maknanya.
8. Jangan
mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa
dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar
9. Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan ahli usrah.
10. Berada dalam keadaan sopan-santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan.
11. Bersalaman dan bermaafan selepas selesai majlis.
BAHAN RUJUKAN
1. Fiqh Sirah 1 –Sa’id Ramadhan Al-Buthi
2. Usrah dan Dakwah – Al-Imam Hasan Al-Banna
Relevankah USRAH?
Sebelum itu kenapa ada yang bertanya adakah Usrah ini relevan atau tidak
Yakni relevan itu daripada aspek apa?
Sebagai pelajar universiti, bukankah 100% fokus perlu diberikan kepada pengajian di universiti
Yakni jika biologi maka teruslah thabat dan istiqamah dengan biologinya sahaja
Ataupun jika fizik, maka teruslah konsisten dengan fiziknya sahaja
Nah, mengapa perlu ada usrah?
Terbukti banyak peristiwa dimana yang selalu dibuang universiti lantaran masalah akademiknya ialah abang-abang atau akak-akak penggerak usrah
Yakni Naqib dan Naqibah Usrah lah yang kelihatan selalu berhadapan dengan masalah akademik
Lantaran situasi sebegini, relevankah usrah kepada para pelajar?
Jika usrah itu wujud sebagai sampingan ketika pengajian di universiti
Maka yang sampingan itu perlu disingkir andai ia mengganggu yang asas, yakni akademik yang sepatutnya lebih dititik beratkan
Relevankah usrah?
Benarlah kata Sheikh Abul A’la Al Maududi
Beliau berkata bahawa universiti adalah perkuburan bagi golongan mahasiswa
Gulungan sijil,ijaza, phd, itu semuanya bagaikan pengesahan bahawa pelajar itu sudah berjaya dimatikan didalam medan perkuburan yang besar selama mana tempoh pengajian berlangsung
Yakni tempoh pengajian itu mematikan mahasiswa daripada hubungan dengan dunia luar
Sekularisasi pendidikan yang wujud di universiti menyebabkan pelajar menjadikan pengajian dan perjuangan menegakkan Islam sebagai bahan sampingan kepada program akademik universiti
Yakni boleh ditendang disisih andainya ia kelihatan membantut prestasi akademik mereka
Maknanya pengajian dan perjuangan menegakkan Islam hanyalah bersifat kosmetik yang tidak penting , boleh dicuci dan dibuang andainya difikir tidak perlu
Perlu diinsafi apakah yang sebenarnya menjadi faktor keciciran dan kelemahan akademik pelajar di unveristi
Sebelum menuding jari kepada usrah sebagai faktor
Eloklah diperhalusi perkara yang lain..
Jumlah drama korea yang ditonton misalnya
Jumlah jam kerja part time sebagai cleaner misalnya
Jumlah waktu yang diperuntuk untuk bermain computer games/ PS3/ atau permainan konsol yang lain misalnya
Jumlah waktu yang diperuntuk untuk memadu cinta di Yahoo Messenger atau Facebook misalnya..
Dan banyak lagi perkara yang lain perlu diperhalusi
Yakni sebelum menyatakan usrah menjadi punca kepada kemerosotan akademik
Sebagai pelajar yang sendiri mengalami masalah akademik yang kritikal
Ku tidak fikir usrah adalah penyebab kepada masalah ini
Yang menjadi faktor kemerosotan akademikku adalah bilamana hubungan ku dengan Allah ada wujud masalah
Yakni ku tidak beribadah dengan sepenuh hati
Tidak beramal dengan apa yang pelajari dan disampaikan didalam usrah
Astaghfirullah .. memang hina diri ini
Namun tidaklah sebegitu hina untuk menjadikan usrah
Atau pengajian dan gerakan menegakkan Islam secara umumnya
.. sebagai satu alasan kepada pencapaian akademik yang kurang cemerlang
Jauh disana wujud begitu ramai First Class students yang lahir daripada institusi usrah
Mereka berjaya menjadi teknokrat hizbullah
Cemerlang akademik dan pada masa yang sama aktif usrah, dan aktif dalam gerakan menegakkan Islam
Kadangkala cara pembawaan usrah yang lemah menyebabkan wujud kesangsian dikalangan penggerak dan anak usrah samada usrah itu relevan atau tidak
Mungkin si A sedang berbicara mengenai usrah yang difahami berbeza oleh si B
Contohnya apabila berada didalam usrah yang ku lalui ketika di sekolah menengah mestilah berbeza dengan usrah yang ku lalui semasa di universiti
Pengurusan usrah yang berkesan akan memberikan impak yang positif kepada perkembangan diri setiap anggota usrah
PENTADBIRAN USRAH (sumber : DPPWP)Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapid an kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja.
3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ manupun ahli.
5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:
Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam. Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.- Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.
Relevankah usrah?
Tidak akan terjawab andainya kita tidak mengenali dan menyertai usrah …
No comments:
Post a Comment