Berdoalah Dengan Tepat Dan Bersungguh-Sungguh.
Alhamdulillah
kita masih diberi peluang menyambut Ramadhan pada tahun ini. Syukur atas
nikmat-Nya sama ada yang nyata atau tersembunyi seperti oksigen yang
serba mencukupi, sihat tubuh badan, pendengaran, penglihatan yang baik.
Sudahkah kita mengucapkan “Alhamdulillah” atas segala nikmat-Nya pada
hari ini? Sekiranya tidak, ucapkan sekarang dengan rasa syukur yang
segar dan penuh penghayatan.
Kita tidak
pernah meminta oksigen yang serba mencukupi tetapi Allah telah berikan
siap-siap. Cuba kita tahan nafas selama satu minit? Mampukah kita
menahan lagi untuk minit seterusnya? Tatkala itulah baru kita sedar
bahawa Allah telah mencukupi hidup kita tanpa kita minta atau sedari.
Seandainya Allah ambil nikmat oksigen percuma itu walau hanya seminit,
mampukah kita hidup? Pastinya tidak. Oleh sebab kita tidak minta dan
Allah telah beri, ucapkan “Alhamdulillah” dan “Terima kasih Allah”
sebagai tanda penghargaan seorang hamba. Seharusnya kita bersyukur
dengan apa yang ada di samping bersabar pada apa yang tiada kerana Allah
akan beri nikmat lagi kepada hamba-Nya yang bersyukur;
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku.” (Surah Ibrahim: 7)
Apabila kita
benar mahukan sesuatu, berdoalah. Kita takkan dapat andai kita tidak
berdoa. Sebagai contoh, kita perlukan duit. Adakah kita akan dapat
seandainya kita tidak minta pada ibu, ayah, atau suami? Sudah pasti duit
itu tidak akan tiba-tiba jatuh di atas riba. Oleh sebab itu kita perlu
meminta. Namun tatkala berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh.
Sebagai contoh, seorang peminta sedekah meminta sedekah di jalanan dan
meminta sedekah hanya dengan sambil lewa. Dia akan lebih mendapat
simpati apabila dia kelihatan merayu-rayu meminta sedekah.
Sebegitulah
juga apabila kita berdoa. Tatkala kita berdoa, berdoalah dengan
bersungguh-sungguh. Sememangnya Allah Maha Mengetahui tetapi Dia akan
lihat sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan apa yang kita nak. Dia
ingin tengok cara kita meminta pada-Nya.
Seandainya kita
memohon rezeki melimpah ruah, kadang-kadang kita tidak sedar Allah
telah berikan kita rezeki iaitu rezeki tubuh badan yang sihat, rezeki
makanan pada hari itu, rezeki ketenangan tetapi yang sebenarnya kita
minta adalah rezeki wang ringgit. Oleh sebab itu, di kala meminta rezeki
wang ringgit mohon berapa nilainya. Jika ingin pendapatan RM30,000 tiap
bulan, mohon dengan tepat pendapatan
RM30,000 tiap bulan. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Kaya,
elakkan daripada bertanya bagaimana Allah akan beri kerana itu tugas
Allah. Tugas kita adalah meminta.
Berdoa juga adalah salah satu usaha. Sebaiknya sebelum berdoa, tulis apa yang kita ingin mohon. Mohon dengan tepat. Mohon dengan perasaan yang begitu mengharap. Dengan
penuh penghayatan yang kita benar-benar inginkan apa yang kita minta.
Teruskan sehingga ia tercapai. InsyaAllah dengan berdoa secara
bersungguh-sungguh dengan penuh rasa dan penghayatan akan mempercepat doa kita dikabulkan.
Tips berdoa dengan tepat dan bersungguh-sungguh
Tulis apa yang kita ingin doa dan nyatakan dengan jelas.
*Andai mahu
rezeki duit, nyatakan nilainya. Gunakan perkataan
“memiliki/dapat/peroleh”. Ini adalah kerana dengan menggunakan perkataan
itu, tidak mustahil kita memiliki kereta impian dengan cara memenangi
pertandingan tanpa perlu menggunakan duit
Masukkan perasaan yang begitu mengharap ketika berdoa
Antara mustajab
doa adalah tatkala pukul 3 pagi hingga 5 pagi. Namun begitu
sentiasalah berdoa sebagai tanda kita ingat pada-Nya meskipun di luar
waktu solat.
“Allah tidak pernah memilih doa yang mana patut Dia kabulkan cuma kita yang memilih doa mana yang ingin kita minta”
No comments:
Post a Comment