Jalan-Jalan Menuju Taqwa
1. MU’AHADAH (Ingat Perjanjian)
Dalilnya :
Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah- sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. An-Nahl s19 a91
Sesungguhnya kita semasa di alam roh telah berjanji dengan Allah swt
bahawa kita akan mengiktiraf Allah swt sebagai tuhan kita dan memenuhi
hak-hak Nya sebagai seorang tuhan. Manusia yang melupakan janjinya
padaNYa pastilah tidak akan hidup di atas bumi ini mengikut suruhannya
dan meninggalkan larangannya. Dengan selalu merasa mu’ahadah, maka
manusia akan sentiasa mengingati perjanjian itu seterusnya berusaha bersungguh untuk memenuhi janjinya itu. Seperti seorang peminjam wang dari bank, apabila teringatkan bahawa ia berhutang
, maka cukup waktunya ia akan membayar kembali akan hutangnya itu.
Maka, perasaan teringatkan bahawa ia berhutang bolehlah di ibaratkan
seumpama mu’ahadah. Sekiranya ia terlupa akan hutangnya, bagaimana
mungkin ia akan memenuhi perjanjian ia dengan bank itu?
Seorang
pelajar yang cemerlang, menjadi cemerlang kerana a ingat kan janjinya
pada ibubapanya yang ia akan belajar bersungguh-sungguh dan dengan itu
ia kan menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
Kafiat
atau cara untuk merasa mu’ahadah ialah seseorang itu mengasingkankan
dirinya seorang diri, lantas ia cuba untuk berkata pada dirinya, wahai
diri kamu telah berjanji pada tuhanmu ketika kamu masih di alam roh,
bahkan seharian kamu mengulangi janji kamu itu ketika membaca doa
iftitah, membaca Al- Fatihah dan lain- lain lagi , maka berusahalah
sedaya upaya untuk memenuhi janji itu. Sesungguhnya solatku, hidupku dan
matiku hanyalah kerana Allah swt. Dan engkaulah yang kami sembah dan
kepada engkaulah kami meminta pertolongan. Apakah perjanjiannya itu
hanya sekadar lafaz di mulut tetapi tidak dilaksanakan dalam tindak
tanduknya?
Ulama
hiraki telah menyatakan seseorang yang memperingati perjanjian dengan
rabbnya, maka memperingati perjanjian itu akan menjadi satu tenaga
/ motivasi untuk meggerakkan keimanannya, perasaannya, fikirannya dan
tubuh badannya untuk menjadikan dirinya insan yang rabbani. Dan
moga-moga dengan sentiasa merasai mu’ahadah ini, Allah swt kan
mengurniakan ketakwaan kepada dirinya.Insya Allah.
2. MURAQABAH ( Merasa kehadiran Allah swt )
Dalilnya :
Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang) As-Syura s26 a218
dan (melihat pula) perobahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. As-Syura s26 a29
Nabi saw apabila ditanya oleh malaikat Jibril apakah itu ehsan,baginda menjawab engkau menyembah Allah swt seolah olah engkau melihatNya, jika engau tidak dapat merasa begitu , maka ketahuilah Allah swt sentiasa melihat kamu _ hadis riwayat muslim
Seorang
manusia yang tidak merasa kehadiran tuhannya, maka bagaimanakah ia akan
merasa dirinya sentiasa diperhatikan? Kita lihat lagi semasa kesesakan
lalulintas sekiranya di waktu itu ketiadaan polis trafik, kebanyakkan
pengguna jalanraya tidak akan mematuhi undang- undang yang telah
ditetapkan. Tetapi dengan kehadirannya akan membuatkan pengguna takut
untuk melanggar undang- undang yang telah ditetapkan.
Kafiat
untuk merasa muraqabah ialah mengamati dirinya di awal dan ditengah
sesuatu pekerjaan atau amal. Apakah tujuaanya amalnya itu? Adakah untuk
mendapat pujian manusia atau ingin menjadi mashyur?
Semestinya
sebab utama pelaksanaan amal itu mestilah semata- mata untuk mendapat
keredhaan Allah swt. Sekirannya ia melaksanakan sesuatu amal itu kerana
manusia , maka ia dikira telah melakukan sesuatu kesyirikan kepada Allah
swt.
Kita
lihat sebuah hadis yang ulung : segala amal itu dengan niat , dan
seorang itu mendapat apa yang diniatkan.Barangsiapa yang berhijrah
kerana Allah dan rasulnya, maka hijrah itu adalah untuk Allah dan
rasulnya.
Jika
diamati kandungan hadis yang ulung ini, maka sesorang yang melakukan
sebarang pekerjaan tidak akan merasa dukacita lantaran kerana apa yang
dilakukan adalah semata- mata kerana Allah swt. Cuba lihat contoh yang
diberikan ini:
”
Seorang ibubapa dianugerahkan anak, maka ia membesarkan anak itu dengan
segala haknya, ia memberikan tempat tinggal yang baik., wang belanja
yang cukup dan pelajaran yang tertinggi kepada anaknya itu dengan niat
/harapan ia mampu menumpang kesenangan anaknya satu ketika nanti. Tiba
–tiba apabila anaknya telah berjaya, ia langsung diabaikan oleh anaknya
padahal niatnya adalah untuk menumpang kesenangan anaknya. Maka
gambarkanlah perasaan kedua ibubapa tersebut !
Tetapi
sekiranya pada awal lagi, niatnya untuk membesarkan anaknya hanyalah
kerana mengharap redha Allah swt, maka apabila ia diaabaikan maka ia
tidak merasa dukacita keran ia telah menjalankan tanggungjawabnya
sebagai ibubapa. Bahkan ketika di akhirat kelak ia dengan yakinnya
menjawab bahawa tanggungjawabnya telah dilaksanakan sebaik mungkin. Dia
tidak bertanggungjawab terhadap pengabaian anaknya terhadap dirinya. Itu
adalah di antara anaknya dan Allah swt. Ia tetap merasa syukur kerana
ia telah melaksanakan tugasnya sebaik mungkin hanyalah untuk mencari
redha Allah swt. Sebab itu setiap ibadah khusus seperti sembahyang,
puasa dan lain rukun utamanya adalah niat kerana Allah swt semata mata.
Maka kepentingan amal yang lainnya yang datang selepas dari tujuaan yang utama tersebut.
Ada beberapa jenis murakabah:
- Murakabah ketika melakukan ketaatan, hasilnya _ikhlas, khusuk, teliti dl
- Murakabah ketika meninggalkan larangan, hasilnya bertaubat nasuha, menyesal akan dosa-dosa lalu bahkan dosa – dosa masa depan, berusaha bersungguh – sungguh untuk tidak mengulanginya. Melakukan amalan sunat untuk menampung kekuranganya itu.
- Murakabah ketika melakukan perkara harus / nikmat. Hasinya bersederhan, tidak membazir, merasa cukup dengan apa yang ada (bukan pemalas)
- Murakabah ketika ditimpa musibah hasilnya terima, rela dan bersabar / tidak menyalahkan takdir.
3. MUHASABAH ( Melihat,menilai,memerhati kehidupan yang telah dilalui)
Dalilnya :
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk
hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al Hasyr s59 a18
Orang
beriman diperintahkan oleh Allah swt supaya memilih waktu yang mana
ianya digunakan untuk memerhatikkan amalannya sepanjang hari. Apakah ia
telah melakukan apa yang diperintahkan ataupun apakah ia telah
meninggalkan larangan-larangan Allah swt. Walupun detik atau masa yang
diambil itu mungkin tidak lebih dari setengah jam dari jumlah masanya
yang Allah swt kurniakan selama 24 jam sehari kepadanya, namun ianya
cukup berharga untuk menentukkan tindakan hidupnya yang seterusnya. Ia
merenung dan memikirkan dimanakah kekurangan, pengabaian dan maksiat
atau dosa yang telah ia lakukan sepanjang hari?
Kadangkala berfikir itu lebih utama dari beramal seribu tahun, bahkan di dalam Al- Quran seringkali kita temui perkataan ”tatafakkarun, yatafakkarun
” yang membawa maksud yang berkaitan dengan berfikir. Disebabkan untuk
berfikirlah, Allah swt mengurniakan akal kepada manusia. Dan berakal itu
adalah salah satu rukun yang penting di dalam islam untuk Allah SWT
mengtaklifkan sesuatu kepada manusia.
Sekiranya
seseorang yang beriman itu tidak mempunyai ”countermeasure” di dalam
hidupnya bagaimanakah ia hendak memperbaiki dirinya. Dia kan sering
mengatakan pada dirinya bahawa ia telah melakukan banyak kebaikkan di
dalam hidupnya namun kiranya ia menyelidikki keadaan itu boleh menjadi
sebaliknya.
Orang
yang cerdik di dalam hidupnya ialah mereka yang selalu menghisab,
memperbaiki amalan hidupnya dan menambah amalan – amalan solehnya, hasil
dari muhasabah terhadap dirinya. Sementara orang yang rugi ialah mereka
yang terus bermaksiat sehingga sampai ajalnya kerana ia tidak pernah
memperuntukkan masa untuk menilai dirinya.
Hakikat muhasabah itu bolehlah diumpamakan seperti seorang peniaga
yang mesti meneliti perniagaannya, mengira modalnya, untungnya dan
ruginya . Hasil dari penelitian itulah ia akan mengetahui akan untung
ruginya perniagaannya dan mencorak langkah yang wajar diambilnya.
4. MUAQABAH ( Menghukum diri )
Dalilnya :
”Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa”. Al-Baqarah s2 a179
Seperti
yang kita fahami qishaash adalah salah satu bentuk hukuman yang di
kenakan atas kesalahan/ jenayah yang dilakukan oleh manusia. Ini adalah
bertujuan untuk mencegah agar manusia itu takut untuk melakukan
kesalah / jenayah seterusnya menjamin agar kehidupan manusia itu
dilindungi. Kadangkala apabila pelajar itu melakukan sesuatu kesalahan
maka gurunya akan menghukum pelajar itu supaya ia sedar dan
kesalahannya dan takut serta cuba bersungguh untuk tidak melakukan
kesilapan itu lagi.
Maka pengertian muaqabah bolehlah dikatakan sebagai hukuman tuan empunya diri keatas dirinya sendiri sekiranya ia melakukan maksiat bahkan jika ia meningglkan kebaikan yang biasa ia lakukan
, ia akan menentukkan hukuman keatas dirinya sendiri, dengan itu ia
tidak kan kekal dalam kemaksiatan ataupun bersungguh- sungguh untuk
kekal melakukan kebaikkan dan takut akan hukuman itu sekiranya ia lalai
dan malas sebelum ia dihukum oleh Allah swt di hari penghisaban kelak.
Di
dalam hidup ini, perasaan takut adalah sesuatu keperluan manusia itu
sendiri. Cuba kita bayangkan sekiranya anak- anak kita langsung tidak
mempunyai perasaan takut terhadap ibubapanya? Bagaimanakah corak
kehidupan anak itu?
Kita
lihat contoh ini lagi, di dalam bidang apapun seseorang yang cemerlang
ialah mereka yang mempunyai displin yang tinggi. Dalam bidang sukan,
juara dunia ialah mereka yang mempunyai tahap displin yang tinggi.
Mereka rela dihukum oleh jurulatih asalkan ia membawa kepada kebaikkan
walupun pada mulanya hukuman itu kadangkala menyakitkan dirinya sendiri.
Disebabkan
perkara kesukaran, keperitan dan kepedihan, maka Al – Quran memberi
gambaran bahawa disebalik kesukaran itu ada kesenangan. Oleh itu
orang-orang yang beriman lebih rela hidup ”susah” di dunia yang sementara ini ( paling lama 60 -75 tahun ) daripada ”susah ” diakhirat selama – lamanya. Biarlah di dunia ini ia mendera dirinya sendiri daripada diderai oleh yang Tuhannya diakhirat kelak.
(
susah di dunia bukanlah membawa maksud miskin , merempat, meminta,
kotor dan lain-lain keadaan yang negatif. Ia membawa maksud yang lebih
mendalam. Mendera di sini juga bukanlah ia membinasakan dirinya sendiri)
5. MUJAHADAH ( Bersungguh- sungguh )
Dalilnya :
”Dan
orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar
akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya
Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” Al- Ankabut
s29 a69
Mereka
yang bersungguh untuk mencari keredhaan Allah swt, maka Allah akan
menunjukki jalan dan adalah golongan yang membuat kebaikan.
Ini
adalah satu sikap yang mana walaupun seseorang itu berada di dalam
kemalasan, kepenatan dan lain lain keadaan, ia tetap melakukan amalan-
amalan kebaikkan. Dan juga telah bertahun lamanya ia membuat kebaikkan
ia tetap jua melakukan kebaikkan dengan kadar yang terbaik. Sekiranya
tiada sifat ini, maka akan berlakulah pengabaian dari segi masa, umur
tindak tanduknya.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment