Sultan Muhammad Al Fateh
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khan
daq,
".Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera."(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat
Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau
bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di
antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman
Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam
salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat
Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di
bawah dinding kubu Kota
Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau
ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar
derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik
tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya
iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis
Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan
Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000
orang tenteranya.
Siapakah
Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan
tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik
tentera" dalam hadis tersebut?
Biodata Ringkas
Baginda
Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di
Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah
hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum
kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam
Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh
kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Baginda
menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun
(1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima
tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda
mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat
baginda mangkat diracun.
Pendidikan
Baginda
menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang
keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada
keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula,
baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda
oleh panglima-panglima tentera.
Dalam
bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di
zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab,
Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu
pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik,
semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang
baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini
baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Keperibadian
Baginda
sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari,
baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga
ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda
seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat
menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu
berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel
Selama
2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota
Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu
serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang
strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda
mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang
boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari
dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota
Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia
dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia
yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini
mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian
damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk
memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.
No comments:
Post a Comment