dirimu sehalus dan selembut ciptaan
dihiasi kelembutan dan sifat keibuan
takut dan malu pendinding diri
tiada diberi pada lelaki
titisan air matamu yang jernih
membuktikan kehalusan fitrah duniawi
Muslimah....
dirimu ibarat jambangan istana
yang menghiasi gapura istana
senyum tawamu adalah penawar
kepada hati yang dirunding malang
Muslimah....
peliharalah anugerah Ilahi
bajailah kemurniaan dihati
halus budi perkerti
jadilah muslimah yang sejati
Dunia dan Akhirat diberkati
Muslimah....
matangkanlah dirimu dengan seribu pengalaman
pengalaman mengajar erti pengajaran
setiap insan berbeza rintangan
di uji Ilahi mengikut ketabahan
empuhilah ia dengan penuh kesabaran
Muslimah.......
usah menangisi setiap kesusahan
usah melampaui dengan kesenangan
usah berbangga dengan setiap kejayaan
usah kecewa dengan kegagalan
usah merungut setiap kejadian
usah Takbur dengan kelebihan
usah malu dengan kekurangan
kerana semua itu hanyalah ujian
menguji seteguh mana keimanan
No comments:
Post a Comment