Ku cintakan para solehin namun aku bukanlah sebahagian daripada mereka
mudah-mudahan aku mendapat syafaat mereka
dan aku benci melakukan maksiat

walaupun ku sedar kita seringkali sama sahaja
si dungu sering menegurku dengan biadab
dan aku kurang senang untuk melayannya
bertambahlah dungu dan makinku berlembut
umpama setanggi makin dibakar makin mengharum
ku mengadu kepada Waqi' masalah ingatanku
maka beliau menasihatiku untuk meninggalkan maksiat
beliau khabarkan bahawa ilmu itu cahaya
dan cahaya Allah itu bukanlah untuk si pendosa
kita menyalahkan masa, sedangkan kesalahan itu pada kita
tidaklah masa itu bersalah melainkan kita sendiri
kita mencela masa sedangkan ia tiada berdosa
kalau masa itu mampu bertutur nescaya kita dicelanya
serigala itu tidaklah memakan daging serigala
sedangkan kita 'memakan' sesama kita terang-terangan
singa di hutan mati kelaparan
sedangkan daging kambing itu dimakan anjing
dan terkadang hamba itu tidur beralaskan sutera
sementara si mulia itu berlantaikan tanah
masa ini hanya dua, kadang aman kadang khuatir
hidup juga dua, kadang jernih kadang keruh
tidakkah kamu lihat lautan itu di atasnya bangkai
sedangkan di dasarnya tersimpan mutiara
juga di langit itu berjuta bintang tiada terkira
dan tidaklah gerhana melainkan hanya matahari dan bulan
saudaraku, kamu takkan memperoleh ilmu melainkan dengan 6
ku khabarkan buatmu dengan terperinci
kecerdikan, disiplin, kesungguhan, bekalan
melazimi guru serta tempoh yang panjang
(Imam al-Shafie Rahimahullahu Ta'ala 'Anhu)

No comments:
Post a Comment