TAQWA SI KECIL
Dalam
sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang
berjalan-jalan di tepi sungai. Semasa dia berjalan-jalan dia terpandang
seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil wudhuk.
Apabila orang tua itu melihat si anak kecil menangis, maka diapun bertanya: "Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"
Anak
kecil itu berkata: "Wahai pakcik, saya telah membaca Al-Quran sehingga
sampai ke ayat yang berbunyi "Yaa ayyuhal ladziina aananuu quu
anfusakum" yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu". saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam neraka."
Orang
tua itu berkata: "Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu
terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka."
Anak
kecil itu berkata: "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal,
tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama
sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu
kemudian baru mereka meletakkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang
kecil ini dahulu akan dibakar sebelum dibakar orang dewasa."
Orang tua itu berkata sambil menangis: "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kamu nanti."
Diriwayatkan orang tua tersebut adalah Hassan AlBasri.
No comments:
Post a Comment