SaLAM PeRsAuDaRaAn

Wednesday, November 17, 2010

Hindun Binti Utbah


"Sudah lama niat Hindun hendak berserah diri kepada Allah S.W.T, tetapi dia takut kepada Rasulullah S.A.W kerana telah memperlakukan jasad Hamzah sedemikian rupa."

Hindun Binti Utbah

Pemimpin wanita yang mempunyai kedudukan mulia di mata kaumnya, baik ketika hidayah Allah S.W.T belum menyentuhnya, mahupun setelah dia masuk Islam. Hindun Binti Utbah, puteri seorang pemimpin Quraisy, Utbah bin Rabi'ah. Dia juga isteri seorang kenamaan pemimpin Quraisy, Abu Sufyan bin Harb dan ibu kepada Mu'awiyah bin Abu Sufyan, pemimpin Bani Umaiyah.

Wanita Pemakan Jantung
Sebagaimana halnya Umar Al-Khattab bersikap keras terhadap kaum muslimin sebelum masuk Islam, Hindun pun demikian juga. Sikap garang Hindun terhadap kaum Muslimin menghantarkan dirinya mendapat gelaran "wanita pemakan jantung". Jika keteguhan keperibadian, telah mengotori dirinya pada zaman jahiliah sebelum memeluk Islam, maka kekuatan keperibadian itu juga yang menghiasi dirinya dengan sinar Islam setelah dia mendapat hidayah.

Setelah Hindun masuk Islam dan menelusuri jalan yang lurus, kita harus menanggapinya dengan jiwa terhormat. Kalau kita buka lembaran masa lalunya, kadangkala kita ingat kekejaman dan keburukannya, lebih-lebih lagi ketika dia membalas dendam atas kematian saudara kandungnya yang bernama Syibah dan ayahnya yang bernama Utbah, yang mati di tangan Hamzah bin Abdul Mutalib. Dia memerintahkan kepada hamba sahayanya agar membunuh Hamzah dengan imbalan besar hingga sahabat yang digelar "Singa Allah" itu gugur sebagai syuhada.

Dia pun kemudian melampiaskan dendamnya dengan penuh kekejian. Dia membelah dada Saidina Hamzah dan mengambil jantung hati Saidina Hamzah dan mengunyah mentah-mentah. Namun Rahmat Allah meliputi segala sesuatu hingga Hindun pun kemudian mendapat bimbingan dari sisi-Nya masuk Islam. Niatnya untuk berserah diri kepada Allah sudah terdetik dalam hatinya sejak dahulu dan takut kepada Rasulullah S.A.W kerana telah memperlakukan jasad Hamzah sedemikian rupa.

Ingin Berbaiah Kepada Muhammad S.A.W
Pada masa umat Islam berjaya memasuki kota suci Makkah, suaminya Abu Sufian menyatakan keislamannya. Sedangkan Hindun masih berfikir-fikir. Dia masih ragu terhadap apa yang harus dilakukan. Bila masuk Islam, dia takut dibunuh, mengingatkan tempoh dulu dia pernah melakukan tindakan yang teramat kejam. Namun, ketika pertama kali dia menyaksikan kaum Muslimin melakukan solat di sekitar Kaabah setelah menakluk kota Mekah, tertariklah hatinya terhadap Islam.

Dan kemudian dia berucap, "Sungguh saya ingin berbai'ah kepada Muhammad!" Kemudian ada seorang yang memberikan nasihat kepadanya, "Ya Hindun, pergilah kepada Muhammad S.A.W beserta seorang lelaki daripada keluargamu yang menyertai!"

Berpegang Teguh Dengan Islam
Kesungguhan Hindun dalam memegang ajaran Islam juga nampak sewaktu dia pulang ke rumah, setelah berbaiah kepada Rasulullah S.A.W. Setibanya di rumah dia terjumpa sebuah patung pada salah satu tiang rumahnya, seolah-olah dia sudah tidak mahu melihatnya lagi sejak saat itu. Lalu dia hampiri patung itu dengan sangat marah, seakan-akan hendak melampiaskan dendam. Kemudian dia mengambil kapak, kemudian dia memotongnya berkeping-keping, seraya berkata, "Kami dulu tertipu kerana kamu! Kami dulu tertipu kerana kamu!"

Ibn Saad dalam thabaqatnya :
Pada hari penaklukan kota Makkah, Hindun binti Utbah masuk Islam bersama wanita-wanita lain. Mereka mengunjungi Rasulullah S.A.W yang pada waktu itu sedang berada di sungai yang berpasir dan berkerikil kemudian mereka berbaiah kepada Baginda :

Hindun bercakap: " Ya Rasulullah S.A.W, segala puji kepunyaan Allah S.W.T yang telah memenangkan agama yang dipilih-Nya, agar saya beroleh manfaat daripada kasih sayangmu. Ya Rasulullah S.A.W, saya ialah seorang wanita yang beriman kepada Allah dan membenarkan Rasul-Nya." Kemudian Hindun mengungkapkan jati dirinya dengan mengatakan, "Aku ialah Hindun binti Utbah. Ya Rasulullah demi Allah, dahulu tidak ada penghuni khemah di muka bumi ini yang lebih saya inginkan untuk dihinakan selain penghuni khemahmu. Namun sekarang tidak ada penghuni khemah di muka bumi ini yang lebih saya sukai agar menjadi orang terhormat selain daripada khemahmu."

Kemudian Rasulullah menjawab, membacakan ayat serta membaiah mereka. Kemudian Hindun berkata, "Ya Rasulullah, apakah kami perlu berjabat tangan denganmu?" Rasulullah menjawb, "Sungguh aku tidak akan berjabat tangan dengan wanita. Perkataanku kepada 100 orang wanita sama seperti perkataanku kepada seorang wanita." (Riwaiyat Malik, Tirmizi dan Nasa'i)

Islam telah mengajarkan bahawa kembali kepada kebenaran merupakan perbuatan yang utama dan bahawasanya sesudah kebenaran tidak ada sesuatu melainkan kesesatan. Dia cuba merenung dan memikirkan kembali perbuatannya pada zaman jahililah. Kemudian dia ikut serta dalam jihad bersama kaum Muslimin.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background