SaLAM PeRsAuDaRaAn

Wednesday, November 17, 2010

buaT AKhwAt dAn iKhWaN Yg kU KAsIhi

Seorang, dahulunya sepasang matanya
yang bersinar sentiasa dijaga,
sentiasa menjaga pandangan. Pabila si
teruna memandang, dia tertunduk.
Ketika berjalan, matanya selalu
memandang ke lantai, hatinya
menggerakkan kaki menuju ke destinasi.
Melihat pabila perlu dan baik untuk
dipandang.

Kini, sinaran matanya kian pudar. Ekor
matanya terkadang meliar. Kerap juga
matanya melimpahi air tanda ketenangan
hatinya terganggu. Pabila si teruna
idaman hati memandang, hatinya
berdebar, panahan si teruna hebat
dicabar. Terkadang membuatkan si
teruna sendiri tertunduk tewas.


Dahulu, telinganya sentiasa juga
dijaga. Mendengar segala-galanya, sama
ada yang baik atau yang buruk. Tetapi,
yang buruk hanya di dengar dengan
fahaman kosong, tidak mengiyakan,
tidak mengikut atau menokok. Segala
baik yang didengar dilekatkan didalam
hati dengan teguh dan dijadikan
pedoman buat melalui hidup yang penuh
dugaan demi mendapat redhaNYA.

Kini, telinganya dihidangi dengan lagu-
lagu rancak yang melalaikan, mendengar
umpatan, hinaan dengan mulutnya pasti
mengiyakan dan menokok. Sedikit-
sedikit perkara baik yang didengari
kian luntur dari hati dan pegangan.


Dahulu, bibir yang mungil sentiasa
diukir senyuman. Berkata bila sahaja
yang perlu. Pabila si teruna menegur,
dia hanya tersenyum. Bukan menggoda,
tetapi satu isyarat bahawa dia tidak
perlu disapa tanpa tujuan. Bila si
teruna bertanya tentang ilmu, pasti
dijawab penuh dengan keikhlasan tanpa
niat yang berlainan. Cukup sekadar
jawapan. Waktu kosongnya pasti diisi
dengan puji-pujian kepada maha
pencipta dan rasulNYA.

Kini, bibirnya sentiasa berkata-kata
walaupun dengan si teruna. Senda gurau
dan gelak tawa sentiasa tersaji
walaupun di hadapan teruna. Terkadang
senyuman juga digunakan bagi menggoda.



Dahulu, hatinya sentiasa dijaga
walaupun terkadang sedikit tercalar.
Tetapi hati itu pasti dipulihkan
kembali dengan satu solat pembersihan
dengan penuh khusyuk dan tawadduk.
Hatinya walaupun dilukai, pasti
terlihat jua senyuman dibibir. Hanya
mengadu kepadaNya bagi mengubati luka
dihati. Hatinya sentiasa diisi dengan
kecintaannya kepada Ilahi. Ketenangan
hatinya sentiasa tergambar diwajahnya.

Kini, hatinya sentiasa tercalar.
Ketenangannya sentiasa diragut. Solat
pembersih diri semakin berkurangan
dengan kesibukan rutin harian menjadi
alasan.



Hari ini, seorang sahabatnya telah
menyedarkan dirinya dari lena yang
panjang. Suatu ketika, fikirannya
seakan terhenti. Suatu ketika,
fikirannya ligat berputar memikirkan
perkara-perkara ’dahulu’, suatu
ketika, fikirannya mengingati perkara-
perkara ’kini’, dan suatu ketika,
fikirannya pantas melakukan kira-kira
perkara ’dahulu’ dan ’kini’, melakukan
perbandingan dan mencongak keburukan
dan kekurangan diri.



“DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-
cepat disembuhkan semula kerana
cintaNya, disusahkan sedikit agar
insaf, namun segera disenangkan
semula, itulah belaianNya. Dimarahkan
juga kadang-kadang kerana sayang,
namun tidak lama kerana kasihNya.
Dipanggil-panggil kepadaNya untuk
meminta itu dan ini. Tuhan amat
melayani hambaNya tetapi hamba
langsung tidak peduli.”



Hari ini, matanya sekali lagi
dilimpahi air. Bukan kerana terguris,
tetapi setitik air matanya mewakili
kekesalan hati atas pekara-
perkara ’kini’ yang dilakukannya.

Hari ini, telinga dan mulutnya seakan
terkunci. Kesal dan terguris dek hari-
hari ’kini’ yang tersasar jauh dari
landasan keimanan insan dan
menyedihkan .

Hari ini, hatinya diruntun sayu,
terharu atas nikmat hidayah dan
peluang yang telah diberikan oleh yang
Maha Pencipta kepada dirinya.

Hari ini, dia cuba menyatukan mata,
telinga, mulut dan juga hati dengan
kukuh. Cuba mencari kekuatan, cuba
membulatkan tekad, cuba menyimpul
semula keimanan demi mendapatkan redha
yang Maha Esa. Supaya ’hari ini dan
selamanya’ harinya sentiasa mendapat
cahaya dari pencipta. Supaya ’hari ini
dan selamanya’ harinya, matanya akan
kembali bersinar. Supaya ’hari ini dan
selamanya’ harinya, telinganya
sentiasa terjaga. Supaya ’hari ini dan
selamanya’ harinya, bibirnya sentiasa
terukir senyuman ikhlas dan
mengucapkan yang keperluan dan
mengisyaratkan batasan. Supaya ’hari
ini dan selamanya’ harinya, hatinya
kembali tenang dan kembali terisi
dengan kecintaan kepada Ilahi...

Hari ini dan selamanya, perjalanannya
seperti roda, harapannya hanya satu,
agar mendapat keredhaan Ilahi tanpa
tersasar dari landasan iman. Satu
harapan bagi setiap insan beriman yang
sentiasa hanya mengharap cinta Ilahi.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background