SaLAM PeRsAuDaRaAn

Thursday, November 18, 2010

Dari mana datangnya kekuatan ..

Seperti biasa saya balik ke rumah lebih kurang jam
12.00malam pada setiap hari Selasa kerana menghadiri majlis Ilmu. Isteri masih setia menunggu - bukan apa - untuk berkongsi ilmu kerana beliau pun baru balik dari majlis ilmu khusus untuk wanita.

Seronok bersembang sehingga tak sedar, jam di dinding hampir pukul 2.00 pagi. Kerana terlalu letih saya bergegas ke atas untuk melelapkan mata.... tiba-tiba ...."abang ....cepat emergency!!!"

Saya bergegas ke bawah. Rupanya keluarga Aminah (nama samaran - perempuan India yang masuk Islam) telah tiba di rumah rakan saya, sdr. Badrul (nama samaran), yang juga "Indian Revert". Saya lihat jam di dinding sudah
hampir sangat ke pukul 2.00 pagi. Aminah menelefon saya agar tidak memberitahu keluarganya di mana ia berada. Beliau takut dicolek balik.

Walaupun saya cuba yakinkan Badrul agar memohon keluarga Aminah balik sahaja dan jumpa besok pagi - mereka enggan kerana nak jumpa juga pagi tu.

Setelah beberapa ketika buat perbincangan dua hala dengan Aminah dan Badrul - kami mengambil keputusan untuk menemukan mereka di satu restoran Mamak. Biasanya darah tinggi saya akan naik bila lewat sangat tidur. Isteri saya pesan: "Jangan fikir bab tu...sekarang ni kita fokus nak selesaikan masalah ini"

Setelah saya dan isteri mengambil Aminah kami terus ke restoran Mamak. Mulut kumat kamit membaca Ayatul Kursi. Saat yang dinanti tiba dan kami berdo'a agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini.

Badrul ditemani isterinya. Salain dari Aminah dan
Badrul, kami bercadang untuk tidak masuk campur.
Badrul ada advantage kerana dia pandai cakap bahasa Tamil. Suasana marah, sedih, pujuk dan gertak berlaku. Ia bagaikan satu drama....tapi ini "drama in real life". Mereka mengugut hendak bunuh diri ...bukan ibu dan bapa malahan seluruh keluarga. Alhamdulillah Aminah cekal dan tidak berganjak dari pendiriannya.

Masa balik Aminah berkata: "Saya memang sudah minat dengan Islam semenjak di bangku sekolah lagi. Walau apapun saya tetap dengan Islam ini. Insya Allah besok lusa saya akan balik ke rumah ibu dan ayah untuk satu hari"

Aminah juga berkata: "Insya Allah saya sentiasa
berdoa, satu hari nanti Allah akan beri hidayah kepada kedua ibu bapanya dan semua adik-adiknya..."

Dalam linangan air mata (mujur takde orang nampak dalam gelap tu) kami mengaminkan sahaja ucapannya. Sungguh mulia isi hatinya walaupun baru memeluk Islam.

Badrul dengan cara yang cukup lunak telah berjanji
akan ke rumah Aminah pada 25 Disember 2005 nanti. Cara dia mengendalikan keadaan sungguh terpuji - walaupun dia sendiri adalah bekas penganut agama Hindu - tapi akhlaknya amat disegani oleh sahabat handai.

"Dia tetap anak kamu ....jangan risau. Darah kamu ada didalam badannya. Islam tidak memisahkan anak dan ibu bapanya... Kamu tetap ibu bapanya." kata Badrul - yang baru kehilangan ibunya tersayang - meninggal sebagai seorang penganut Hindu.

Akhirnya - kami bersurai. Kami tiba di rumah jam 6.30 pagi setelah bersolat subuh di masjid. Kami tidak tidur semalaman - tapi hati kami puas dan gembira. Darah tinggi tidak pula naik. Benarlah - bahawa jika kita menolong Agama Allah - Allah akan menolong kita. Kekuatan yang saya perolehi itu sesungguhnya adalah kurniaan Allah swt.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham


p/s; oh...betapa kuat dan cunnya aminah nih...susah nak imagine.........malu lak rasa pada diri sendiri...

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background