SaLAM PeRsAuDaRaAn

Wednesday, November 17, 2010

UMMU WARAQAH AL-ANSHARIYAH R.A


UMMU WARAQAH AL-ANSHARIYAH R.A

Ummu Waraqah Binti Abdullah bin Harith Al-Anshariyyah salah seorang wanita kaum Ansar yang telah menghambakan dirinya untuk beribadah, taat dan mecari keredhaan Allah S.W.T. Sejarah hidup seorang wanita yang terkenal dengan ibadahnya, zuhudnya dan takwanya dimana Ummu Waraqah telah mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W, menghafaznya serta memahami kandungan isinya. Ummu Waraqah juga termasuk golongan terawal masuk Islam daripada kaum Ansar.

Berkawan Orang Mulia
Ummu Waraqah dikenali dengan kesucian peribadinya, kebersihan jiwanya, ibadahya dan membaca Al-Quran. Oleh kerana itu, dia mendapat penghormatan daripada Rasulullah S.A.W. Baginda selalu menyempatkan diri untuk menjenguknya. Pada suatu hari, terdengarlah khabar daripada Rasulullah S.A.W bahawa dia adalah seorang wanita syahid (syahidah). Akhirnya masyarakat lebih mengenali Ummu Waraqah dengan panggilan syahidah kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada para sahabat yang bermaksud : "Berangkatlah kamu sekalian dan kunjungilah seorang wanita syahid."

Suatu ketika Rasulullah S.AW datang menjenguknya di rumahnya. Rasulullah S.A.W memerintahkan Ummu Waraqah supaya menjadi imam bagi kaum wanita di rumahnya, dan Ummu Waraqah meminta izin kepada Baginda agar diberikan seorang muazin di rumahnya. Maka Rasulullah S.A.W menjadikan seorang muazin di rumahnya.

Allah Pemberi Pahala Orang Mati Syahid
Telah terdengar seruan untuk keluar berjihad pada Perang Badar. Para sahabat saling bersegera untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T dan berlumba-lumba untuk ikut serta berjihad bersama Rasulullah S.A.W termasuk Ummu Waraqah terus datang menghadap Rasulullah S.A.W, dia berkata : "Ya Rasulullah S.A.W! Izinkan saya untuk keluar bersamamu, saya mengubati yang terluka, sakit dan semoga Allah S.W.T memberi hadiah (pahala) orang mati syahid bagiku." Rasulullah S.A.W menjawab: "Sesungguhnya Allah akan memberimu hadiah orang mati syahid, berdiamlah di rumahmu, kerana sesungguhnya engkau seorang syahid."

Qariah dan Gugur Syahid
Di antara bukti kenabian Rasulullah S.A.W adalah apa yang berlaku pada Ummu Waraqah Al-Ashariyyah. Bagaimana Ummu Waraqah mati syahid? Ummu Waraqah memiliki dua orang hamba sahaya lelaki dan perempuan. Mereka berdua telah dijanjikan kemerdekaan oleh Ummu Waraqah setelah dia meninggal dunia. Akhirnya mereka bersepakat membunuh Ummu Waraqah dan keduanya melarikan diri.

Sudah mejadi kebiasaan bagi Umar Al-Khattab untuk mendengarkan bacaan Al-Quran Ummu Waraqah tetapi pada malam itu dia tidak mendengar bacaan Ummu Waraqah. Pagi harinya Umar berkata: "Demi Allah! Aku tidak mendengar bacaan ibu saudaraku, Ummu Waraqah malam kelmarin." Umar Al-Khattab memutuskan untuk masuk ke rumah Ummu Waraqah, namun dia tidak mendengar dan tidak melihat sesuatu. Umar Al-Khattab masuk ke dalam dan mendapati Ummu Waraqah terbungkus dalam guni di rumahnya. Maka Umar Al-Khattab berdiri di hadapan orang ramai sambil berkata : " Sesungguhnya Ummu Waraqah telah diserkap dan dibunuh oleh dua orang hamba sahayanya, dan mereka telah melarikan diri."

Kedua hamba sahaya Ummu Waraqah tertangkap dan dihadapkan kepada Umar Al-Khattab lalu bertanya mengenai perbuatan mereka. Mereka mengakuinya lalu hukuman pancung dikenakan. Keduanya adalah orang pertama yang dipancung di Madinah.Pada saat itu, Umar Al-Khattab berkata : " Sungguh benar Rasulullah S.A.W berkata kepada para sahabat "Mari kita berangkat untuk menjenguk seorang syahidah" Telah berjaya Ummu Waraqah mendapatkan apa yang dia cita-citakan selama ini iaitu mati syahid.

Allah S.W.T telah memberikan bukti dan kenyataan apa yang Rasulullah S.A.W sampaikan daripada hal-hal yang ghaib yang akan terjadi. Di akhir kebersamaan kita dengan Ummu Waraqah, marilah kita sama-sama menghayati firman Allah S.W.T yag bermaksud : " Janganlah engkau kira mati orang-orang yang telah terbunuh pada jalan Allah S.W.T, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya, serta diberi rezeki." (Surah Ali Imran: 169)

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background