SaLAM PeRsAuDaRaAn

Thursday, November 18, 2010

lElAgU CiNtA


Intro


“Kringggggggggg….” Jam loceng berbentuk bunga matahari itu berbunyi kuat, seperti tidak mahu berhenti.

“Hmm, dah pukul berapa ni?” hati Miftahul Jannah berkata-kata sendirian sambil mengenakan kacamata. Takkanlah nak jerit kuat-kuat pulak kan, nanti tak pasal-pasal kena marah dengan si Amy sebelah katil dia tu. Dikatakannya mengigau pulak nanti. Miftahul Jannah melihat jam loceng comel itu beberapa kali untuk memastikan jarum jam.

“Baru pukul lima. Takpe lah, first day kena semangat sikit,” gumamnya dalam hati sambil melihat roommates yang lain. Tidur mati agaknya diorang ni.

Miftahul Jannah menguap beberapa kali sambil menggeliat ke kiri dan ke kanan, membetulkan urat-urat yang berselirat time tidur. Mengantuk plus penat. Mana tak nye, semalam penat dia mengangkat dua buah beg yang sarat dengan baju-baju dan barang-barang asrama. Ditambah kotak buku yang berat mencecah lima kilo agaknya. Dan mungkin nasibnya tahun ni, dapat pulak dorm hujung dunia, tingkat tiga pulak tu. Mujurlah ada tiga tingkat je. Memang nak tercabut lah tangannya mengangkat barang-barang tu seorang diri.

Jam loceng yang masih di tangan Miftahul Jannah itu segera diletakkan di tepi tingkap. Miftahul Jannah dapat katil di tepi dinding, senanglah nak study tengah-tengah malam nanti kerana lampu koridor di luar tingkap depan katilnya sahaja. Tak perlu nak stay up kat study room yang terletak di tingkat dua.

“Mana pulak aku letak towel ni?” gumam Miftahul Jannah dalam hati sambil mencari-cari tuala yang rasa-rasanya disidai di ampai depan katilnya itu.

“Huh, ni pun.” Lantas Miftahul Jannah mencapai tuala lalu menuju ke hamam yang terletak berhampiran biliknya sahaja.

Untung jugak dapat dorm kat hujung fikir Miftahul Jannah dalam hati. Dekat dengan hamam. Mudah dia nak ke hamam tengah-tengah malam, takde la takut sangat jalan jauh-jauh. Biasa la, kadang-kadang takut jugak bejalan sorang-sorang kat hostel ni. Macam-macam difikirkan.

Selepas selesai membersihkan diri, Miftahul Jannah segera bersiap-siap memakai telekung lalu menuju ke surau yang terletak di tingkat dua blok A, setentang dengan blok yang dia diami iaitu blok B.

“Amy, bangun. Dah pukul 5.30 pagi dah ni,” katanya perlahan sambil tangannya menggerakkan badan junior sebelah katilnya itu.

“Hmmmmmmmm. Nak bangun la ni,” kata Nur Ameliya sambil mengesat matanya itu.

“Bangun cepat. Nanti lambat pulak nak siap ke sekolah,” kata Miftahul Jannah lagi.

Nur Ameliya segera bangun dan membuka loker untuk mengambil keperluan peribadi. Sambil itu Miftahul Jannah mengejutkan lagi beberapa adik juniornya yang lain.
***

Part 2

Musolla masih lagi gelap ketika Miftahul Jannah melangkah masuk. Segera dia membuka suis lampu dan kipas. Lalu membuka al-Quran kecil yang berwarna ungu. Al-Quran comel itu dihadiahkan oleh Fathul Iman kerana Miftahul Jannah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun lalu.

Miftahul Jannah tersenyum terkenangkan Abang Chiknya itu. Walaupun mereka selalu bertekak, tapi Miftahul Jannah tahu jauh di sudut hati Abang Chik amat menyayanginya kerana dialah satu-satu adik perempuannya. Pesan Fathul Iman semasa menghadiahkan Miftahul Jannah al-Quran comel ini agar selalu membacanya.
***
“Rajin-rajin baca al-Quran tu tau. Nanti pahala kita boleh share sama,” kata Fathul Iman sambil tersenyum.

“Pahala pun boleh kongsi jugak ke?” Tanya Miftahul Jannah meminta kepastian.

“Adik ingat duit je ke boleh kongsi-kongsi.” Abang Chik berseloroh. Lalu Fathul Iman membacakan sepotong hadis kepada adiknya.

“Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara. Pertama, sedekah jariah. Kedua, amal soleh. Ketiga, doa anak yang soleh.”

“Oh, ni kira macam sedekah jariah la ni ye Abang Chik?” kata Miftahul Jannah sambil membelek-belek al-Quran comel di tangannya itu.

“Lebih kurang macam tu la kot. Selagi sedekah atau pemberian kita kat seseorang tu dimanfaatkan untuk kebaikan, selagi tu kita dapat pahale same… Contohnye la kan, macam Abang Chik bagi Adik al-Quran ni, and adik baca tiap hari, Abang Chik pun dapat pahala same sebab Abang Chik yang bagi Adik al-Quran tu. Tapi katakana la Abang Chik bagi baju yang seksi kat Adik, and adik suke pulak pakai time keluar rumah, otomatik Abang Chik dapat saham sekali. Sebabnye, Abang Chik yang bagi baju tu.” Ujar Fathul Iman bersungguh-sungguh.

“Tapi kalau setakat bagi sedekah je, tapi tak bace sendiri macam mana pulak tu Abang Chik? Macam kat masjid tu, ramai orang kaya yang wakafkan al-Quran, tapi tak tahu lah diorang tu bace ke tak ntah…” Tanya Miftahul Jannah.

“Emm…dapat la jugak ganjarannye kot. Tapi sikit je lah kot. Abang Chik pun tak tahu nak jawab camne soalan Adik tu. Nanti kita tanye Abi la nak?” jawab Fathul Iman sambil tersengeh-sengeh. Lebih baik mereka bertanya kepada Haji Haris kerana ayah mereka itu lebih banyak ilmu agamanya kerana dia merupakan seorang imam di masjid kampung mereka tersebut. Selalu sahaja dipanggil untuk memberikan ceramah dan tazkirah.

“Ok gak tu. Nanti tanye Abi la lepas Abi balik masjid.” Ujar Miftahul Jannah.

“Anyways, cantik tak al-Quran tu? Abang Chik tahu Adik suka warna purple kan. Tu pasal Abang Chik pilih warna tu” kata Fathul Iman sambil memandang wajah comel adiknya.

“Syukran ye, Abang Chik. Nanti bagi la lagi hadiah kat adik. Hehehhe.” Balas Miftahul Jannah keriangan.

“Ye lah tu, setahun sekali je k…” jawap Fathul Iman ringkas sambil berlalu ke biliknya.

“Insya-Allah, aku akan memanfaatkan pemberian Abang Cik ini,” bisik Miftahul Jannah di dalam hati.

***
“Hmmm, terberangan la pulak,”

Al-Quran comel itu segera diselak. Miftahul Jannah mencari penanda berwarna pink + hitam buatan tangan Fathul Iman yang tertulis kalimah Basmalah dengan menggunakan tulisan khat nasakh. Cantik. “Kreatif jugak Abang Chik aku ni.”

Miftahul Jannah memulakan bacaannya dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Selang beberapa ayat suci dibaca, masuk seorang pelajar puteri lalu duduk di sampingnya. Oh, Siti Hajar pelajar tingkatan empat. Dia juga membaca ayat suci al-Quran sementara menunggu azan Subuh dilaungkan di musolla Aspura.

Setelah hampir dua muka surat al-Quran itu dibaca, terdengar laungan azan sayup-sayup kedengaran. Syahdu hati Miftahul Jannah mendengarnya. Kalimah Tauhid itu dihayatinya sepenuh hati.

Hayya ‘alas solah
Hayya ‘alas solah
Hayya ‘alal falah
Hayya ‘alal falah
As-solatu khairum minan naum
As-solatu khairum minan naum
Allahu Akbar… Allahu Akbar
Laa ilaha illallah…

“Hajar, tunggu akak sekejap ye. Kita solat jemaah sama-sama jap lagi. Akak nak solat sunat qabliyyah dulu,” ujar Miftahul Jannah kepada si manis yang berada di sebelahnya itu.

Wajahnya yang ayu menggambarkan keperibadiannya yang sopan. Mata Miftahul Jannah senang menatap wajah lembut itu. “Hmmmm, perempuan macam aku pun tertarik dengan ciptaan Allah ni, apatah lagi kaum Adam.”

“Tak pe kak, Hajar pun nak solat qabliyyah jugak. Hajar nak habiskan bacaan ni dulu,” ujar Siti Hajar sopan.

“Okey.” Jawap Miftahul Jannah ringkas lalu segera menyempurnakan solat sunat qabliyyah dua rakaat sebelum subuh.

Memang itulah amalan sunat yang telah menjadi kebiasaan bagi diri Miftahul Jannah. Selewat manapun dia bangun untuk solat fardhu Subuh, dia tetap mendirikan solat qabliyyah itu. Haji Haris yang selalu mengajaknya menunaikan dua rakaat sebelum Subuh setiap pagi sejak dia masih kecil lagi. Solat sunat Subuh juga disebut sebagai solat sunat Fajar merupakan salah satu amalan Nabi yang tidak pernah ditinggalkan.

Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa pada suatu hari Nabi SAW terlewat untuk ke masjid kerana ada sesuatu urusan. Sesampainya ke masjid, baginda terus mendirikan solat bersama-sama para sahabat. Seusai solat, Bilal bertanyakan keterlambatan baginda. Lalu baginda SAW mengatakan ada sesuatu urusan yang perlu diselaikan dan baginda juga menyempatkan diri untuk solat sunat Fajar sebelum ke masjid. “Wahai Rasulullah, engkau sudah terlambat,” ujar Bilal. Sabda Nabi SAW: “Sekiranya aku terlambat lebih dari itu pun, aku tetapa akan solat dua rakaat sebelum Subuh dengan sempurna.” (Riwayat Abu Daud)

Sementara Miftahul Jannah menunggu juniornya menyudahkan sulat sunat, dia membelek-belek al-Quran comel dan membaca tafsiran ayat.

“Wahai manusia! Beribadatlah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).” [surah al-Baqarah: 21-22]

“Ya Allah, ampunilah hamba-Mu yang selalu melupakan-Mu ni.” Bisik hati kecil Miftahul Jannah.

“Kak, hayya ‘alas solah,” kata Siti Hajar. Miftahul Jannah segera bangun ke saf hadapan.

“Hmmm, mana yang lain ni. Mentang-mentanglah hostel’s rules belum dikuatkuasakan lagi, semuanya lambat.” Kata Miftahul Jannah seakan-akan mengeluh. Ketika itu beberapa pelajar puteri yang lain masuk ke Musolla tergopoh-gapah terus menuju ke saf.

Siti Hajar segera melafazkan Iqamah. Solat Subuh pagi itu diimami oleh Miftahul Jannah. Seusai solat, mereka beristighfar dan membacakan zikir-zikir.

“Taqabbalallahu minna wa minkum,” ujar Miftahul Jannah selepas habis membacakan doa.

“Taqabballahu Ya Karem.” Sahut para jemaah yang lain. Kemudian mereka bersalam-salaman. Terasa tenang seketika di kala itu. Alhamdulillah, penuh tiga saf jemaah pada pagi itu.

Miftahul Jannah memberikan sedikit tazkirah ringkas kepada jemaah yang lain.

“Alhamdulillah, kita dapat lagi bangun pagi ni, dan dapat berjemaah bersama-sama.
Benarlah, tiada sesuatu yang diperintahkan oleh Allah itu sia-sia. Dan setiap apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW itu mesti ada rahsianya.”

“Seperti di dalam solat, ada rahsia mengapa Nabi SAW amat-amat menekankan untuk mengerjakannya secara berjemaah. Allah swt telah menjanjikan 27 kali ganda pahala orang yang bersolat berjemaah. Berbanding orang yang hanya bersolat seorang diri, cuma mendapat satu je pahala. Cuba kita bandingkan dalam kehidupan kita, kalau diberikan pilihan RM27 dengan RM1, mana satu kita sambar dulu? Sudah tentu jumalah yang banyak tu kan. Tapi kenapa susah sangat nak berjemaah.”

“Akak tahu mungkin kita dah lali dengar pasal ni kan. Jadi, cuba-cubalah cari peluang untuk berjemaah dalam setiap solat. Tak dapat penuh lima waktu pun tak pe la, at least dalam sehari berjemaahlah walaupun dalam satu waktu.” Sambung Miftahul Jannah menghabiskan tazkirah ringkasnya itu.
***
Part 3

“Tak sabarnye akak nak gi sekolah ni, Amy.” Kata Miftahul Jannah kepada Nur Ameliya, pelajar tingkatan empat. Nur Ameliya yang berkacamata bingkai hitam tersengeh mendengar kata-kata kakak seniornya itu.

“Hmmm, biasa la akak tu. Best student la katakan,” kata Nur Ameliya pendek sambil menyarungkan tudung sekolah putih yang bernila pekat.

“Pekatnya Amy nila tudung tu. Tak takut kena denda ke first day sekolah ni?” Tanya Miftahul Jannah sambil tersenyum.

“Hehehe, don’t worry be happy la akak. Takde rules lagi ni. Cikgu pun busy memanjang je sekarang ni. Mana sempat nak pandang tudung student pun. Bernila ke, beriron ke.” Ujar Nur Ameliya sambil bersedia memakai kasut sekolah barunya tu.

“Biasa la Amy tu, kalau tak pekat nila dia memang tak sah.” Sampuk Nur Hannan, juga pelajar tingkatan empat yang sama bilik dengan Miftahul Jannah dan Nur Ameliya.

Memang peraturan sekolah dari dahulu begitu. Pelajar dilarang menila baju pekat-pekat. Kalau baju sekolah yang putih melepak tu nampak menyala je dengan warna nila Ujala, memang kena spray la jawapnya dengan pengawas.

Pernah sekali semasa di tingkatan tiga, Miftahul Jannah dispray gara-gara baju sekolahnya bernila pekat. Sebelum itu, sudah beberapa kali dia menanyakan sama ada baju nya tu okey ke tak. Risau kalau pekat nila tu. Tapi semua roommates lamanya mengatakan tak pekat. Selamba je la Miftahul Jannah memakai baju sekolah bernila tu ke kelas. Tiba-tiba kena panggil dengan pengawas tingkatan lima. Tak pasal-pasal kena sembur dari jarak dekat dengan pati nila Ujala yang pure punya. Sehari semalam la Miftahul Jannah merendam baju sekolahnya tu. Mujur ada baju spare lagi masa tu. Semenjak kejadian itu, Miftahul Jannah tidak berani menggunakan nila dah. Mujurlah dia terpilih sebagai pengawas perpustakaan, tak perlulah memakai baju putih.

Bila difikir-fikirkan, kelakar je rasanya. Rule macam tu pun wujud kat dunia ni. Tapi semakin ditegah sesuatu tu, semakin ramai la yang buat.

“Aik Kak Jannah ni, tak siap-siap lagi ke? Berangan pulak dah dia. Ni bersemangat nak pergi kelas sebab nak belajar ke nak jumpe cik abang?” bebel Nur Ameliya sambil bercekak pinggang di muka pintu dorm mereka.

“Hehehhe, teringat kisah zaman muda-muda dulu. Kena spray nila.” Kata Miftahul Jannah sambil ketawa kecil.

“Yeke? Ke teringat kat pakwe di aspura nun sana tu?” usik Nur Ameliya. Dia tahu kakak seniornye tu bukan jenis melayan pelajar putera. Miftahul Jannah seorang yang sangat pemalu, tambahan lagi di hadapan pelajar putera.

“Mana ada Amy ni. Nak siap dah ni, nak pakai jam sat.” kata Miftahul Jannah sambil memakai jam Casio berwarna hitam pemberian ayahnya sempena keputusan cemerlang untuk peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun lalu.
***

Part 4

Hari pertama sesi persekolahan dibuka, Miftahul Jannah agak bersemangat untuk melangkah menuju ke kelas. Hari pertama dia menjejakkan kaki ke kelas 5 Abu Ubaidah bersama-sama teman yang lain. Dengan azam baru, semangat baru, dan tak lupa juga baju baru, kasut baru, beg baru, semuanya baru....satu je yang still lama. Perangai. Masing-masing perangai sama je macam tahun-tahun sudah.

Agak berselerak kelas 5 Abu Ubaidah. Semua pelajar puteri bekerjasama membersihkan kelas mereka yang terletak di aras atas blok dua tingkat itu. Aras bawah kelas terletaknya Ghurfatul Mu’allimat (bilik guru perempuan). Ghurfatul mu’allimin (bilik guru lelaki) pula terletak di aras bawah blok bertentangan dengan blok kelas 5 Abu Ubaidah dan 5 Abu Hurairah.

Tingkatan lima pada tahun itu cuma ada dua buah kelas sahaja kerana ramai pelajar yang telah berpindah ke sekolah lain. Berbanding dengan tingkatan lain, masing-masing ada empat buah kelas. Maknanya, senior tahun ni sikit je lah nisbahnya kalau dibandingkan dengan pelajar tingkatan lain. Aduh, macam mane nak handle hostel tahun ni. Sudahlah Miftahul Jannah adalah di antara pelajar yang berjawatan di asrama. Kemungkinan besar dia akan menyandang jawatan tertinggi di Aspuri nanti. Macam mane nak membahagikan masa antara tanggungjawab dengan study nanti.

“Jannah, kita duduk meja bahagian depan nak?” ajak sahabat baik Miftahul Jannah, Nur Balqis Aini. Mereka berdua memang rapat sejak dari tingkatan satu lagi.

“Jannah on je, dengar sikit kalau cikgu ajar. Kalau dok belakang ni sokmo nak tidow je,” jawab Miftahul Jannah sambil menyusun meja.

“Saya pun nak dok depan gak lah. Nak berubah tahun ni. Nak gi berperang la katakan. Kena la dok saf depan kan… Hehhe.” Sampuk seorang lagi kawan sekelas mereka, Nurul Hanani.

“Ye ke nak berubah? Jangan hangat-hangat taik kambing je tau,” kata Nur Balqis Aini lagi sambil ketawa kecil.

“Ada pulak hangat-hangat taik kambing. Taik ayam la Balqis. Hehehehe. Azam tahun lepas pun sama jugak. Tengok la dulu sampai mana semangat ni membara.” Jawap Nurul Hanani.

“Tak pe, tahun ni kita buat gempak untuk sekolah kita ni. Biar sume student batch kita dapat result yang gempak tahun ni.” Kata Miftahul Jannah lalu duduk di tempatnya itu.

“Aminn Ya Rabb!” jawab Nur Balqis Aini dan Nurul Hanani serentak.

Miftahul Jannah , Nur Balqis Aini dan Nurul Hanani duduk di barisan ketiga. Dua barisan di hadapan mereka memang dikhaskan untuk pelajar putera. Sebenarnya, Miftahul Jannah kurang selesa duduk di belakang pelajar putera. Selalu sahaja mereka mengusik pelajar puteri. Tambahan lagi semua pelajar di kelas Miftahul Jannah adalah classmatenya yang sama di tingkatan empat dahulu. Masak sangat dah dengan perangai mereka yang gila-gila tu.

Pada saat itu, beberapa pelajar putera baru tiba ke kelas. Mereka masuk ke dalam kelas lalu meletakkan beg dan segera keluar dari kelas. Bising kelas seketika dengan hilai tawa mereka. Tak tahulah apa yang dibualkan mereka tu. Mungkin mereka mahu bersidai di koridor hadapan kelas tu dan berborak. Mentang-mentanglah lama tak jumpa, macam la tak jumpa setahun. Ada-ada je point penting yang nak diborakkan. Memang tak pernah berubah perangai. Sama je macam tahun lepas!

Ketika itu, Miftahul Jannah mengeluarkan al-Quran comel berwarna ungu itu. Serta merta dia teringat abangnya.
Part 5

“Hahaha, beg tu lagi berat daripada Adik, tahu tak.” Kata Fathul Iman semasa Miftahul Jannah mahu mengeluarkan begnya dari bonet kereta Abi.

“Itulah, siapa suruh bawak barang banyak sangat. Orang nak lari rumah pun tak bawak barang banyak macam tu,” katanya lagi sambil ketawa dengan lebih panjang lagi…

“Suka hati Adik la. Nama pun perempuan, memang adat lah bawak barang banyak ke hostel,” ngomel Miftahul Jannah sambil mengeluarkan barang-barangnya. Memang berat pun. Kalah agaknya berat badannya. Benar juga kata-kata Abang Chik tu.

“Abang Chik, ni beg baju untuk pakai hari-hari. Seluar, t-shirt, cadar, selimut, tahu tak. Lagi satu ni beg pakaian sekolah, telekung, sejadah, tudung labuh, jubah, baju kurung dan macam-macam lagi,” terang Miftahul Jannah panjang lebar kepada abangnya. Biar jelas sikit, biar dia faham macam mana perangai orang perempuan ni, ada saje yang nak disumbat dalam beg waktu packing barang tu hatta sepit rambut pun (adat budak asrama, mesti nak bawak sepit rambut yang comel-comel..hehe) Takde lah dia tahu nak mengutuk je nanti.

“Mujur almari, katil, tilam, meja, kerusi kat rumah tu tak muat dalam beg kau tu, Dik oi. Kalau tak, Abang Chik rasa kompem kau sumbat jugak. Hahahhaha.” Sambungnya lagi sambil ketawa terbahak-bahak tanpa menghiraukan pelajar lain di sekeliling yang sibuk juga mengangkat beg seperti Miftahul Jannah. Malah, ada yang membawa beg lebih besar daripada Miftahul Jannah.

“Yela tu. Mujur kan Bang Chik. Kalau ada poket doremon memang dah lama adik angkut semua barang-barang kat rumah tu. Termasuk Abang Chik sekali.” Balas Miftahul Jannah dengan nada geram.

“Dah la tu Achik, jangan menyakat adik kamu tu. Kamu pun sama juga dulu masa mula-mula masuk asrama. Masa tingkatan satu dulu. Sama banyak je barang yang kamu angkut.” Kata Haji Haris seperti mahu membela anak bongsunya itu.

“Yes…yes… padan muka Abang Chik, kena marah dengan Abi. Tengok, Abi pun back up Adik tau. Hahahha.” Kata Miftahul Jannah puas sambil ketawa.

“Yela, kang Abi tak back up Adik, menangis pulak masuk asrama ni.” Kata Hajah Salamah sambil tersenyum melihat gelagat anak-anaknya itu.

“Apa la Ummi ni, takkan la nak nangis kot. Dah form five dah ni. Kang buat malu je depan budak form one. Hahahahaha.” Jawap Miftahul Jannah.

“Bang Chik, cepat la tolong!” jerit Miftahul Jannah.

“Meh sini, Abang Chik tolong.” Kata Fathul Iman sambil berpeluk tubuh bersandar tepi kereta.

“Tolong apa kebenda nya tu. Tu tolong tengok ada lah,” ujar Miftahul Jannah sambil memuncungkan mulut.

“Nak tolong macam mananye. Orang luar mana boleh naik atas tu.” Kata Fathul Iman.

“Aah, ye tak ye jugak an. Ek eleh, Abang Chik suka la tu tak leh tolong Adik. Huh, ustazah ni pun, consider ar sikit awal-awal tahun ni. Barang belambak gong ni. Takkan nak angkat sorang-sorang sume ni. Mati tengah jalan kang Adik.” Kata Miftahul Jannah seolah-olah merungut.

“Adik, tak elok merungut. Hmm, adik angkat dulu barang-barang tu. Abi dengan Ummi tunggu adik kat sini. Pas habis angkat semua barang, kita pergi makan kat tepi pantai.” Kata Haji Haris.

“Okey, janji tau. Tunggu Adik.” Kata Miftahul Jannah sambil mengangkat barang-barangnya satu persatu.

Semua pelajar puteri sibuk mengangkat barang masing-masing, termasuk Miftahul Jannah. Bukan tiada orang yang membantu, tapi nak buat macam mana. Masing-masing sibuk mengangkat barang sendiri. Tambahan lagi undang-undang asrama tidak membenarkan orang luar masuk ke dalam asrama (tak boleh consider langsung…nyampah tol). So, tak bolehlah Abi dan Ummi nak tolong Miftahul Jannah mengangkat barang. Cuma tengok dari pintu pagar je lah. Fathul Iman yang turut menghantar Miftahul Jannah tersenyum ala-ala kambing melihat adiknya yang kecil molek itu mengangkat barang-barang yang banyak tu. Yang lebih menyakitkan hati Miftahul Jannah ialah abangnya mengejek-ngejek barang yang dibawanya itu. Bukannya mahu menolong. “Sabar je lah ada abang macam dia ni.”
***



Part 6

Lamunan Miftahul Jannah terhenti tatkala Ustazah Normala masuk ke kelas.

“Qiaman!” Ahmad Amsyar selaku ketua kelas 3 tahun berturut-turut sejak dari form 3 memberi arahan kepada kawan-kawan sekelas yang lain termasuk Miftahul Jannah yang separuh berangan. Serta-merta bunyi kerusi ditolak kedengaran.

“Assalamualaikum semua,” ucap Ustazah Normala yang anggun berjubah hitam dan berpurdah, salah seorang guru kegemaran Miftahul Jannah.

“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, ustazah!” jawab semua pelajar tingkatan 5 Abu Ubaidah dengan penuh bersemangat.

“Juluus.” Ujar Ustazah Normala kepada kami semua.

“Syukran ustazah,” balas kami.

“Alhamdulillah, ni hari pertama kita memulakan sesi persekolahan kita tahun ni. Kita buka sesi hari ini dengan Ummul Furqan, Al-Fatihah.” Kata Ustazah Normala lembut. Suasana kelas senyap seketika. Ustazah Normala, sikapnya yang penuh keibuan itu disenangi ramai pelajar. Tak kira pelajar putera mahupun pelajar puteri.

“Baiklah kelas, ustazah akan menjadi guru kelas 5 Abu Ubaidah untuk tahun ini. Ustazah juga akan mengajar subjek Pendidikan Quran Sunnah di kelas antum ye… Diharap pelajar putera dan pelajar puteri memberikan kerjasama yang baik.” Katanya lagi. Semua pelajar 5 Abu Ubaidah kelihatan tersenyum lebar.

“Hari ni mungkin kita belum start lagi P&P. Nanti lepas waktu rehat, ustazah mahu antum semua pergi ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks. Boleh?”

“Boleh, Ustazah Normala,” jawap pelajar 5 Abu Ubaidah termasuk Miftahul Jannah.

“Okey, sekarang ustazah mahu antum buat kerja masing-masing sebab ustazah ada kerja sedikit di pejabat. Tapi ustazah nak antum semua dalam keadaan senyap. Boleh?” Tanya ustazah sekali lagi.

“Bolehhhh…” jawap pelajar dengan volume yang lebih tinggi lagi.

“Amsyar, boleh ikut ustazah sekejap?” pinta Ustazah Normala.

Serta-merta Ahmad Amsyar bangun dan mengikut Ustazah Normala keluar dari kelas.
***


Part 7

Tiba-tiba seorang pelajar putera berkaca mata masuk bersama Ahmad Amsyar. Patutlah Ustazah Normala menyuruh Ahmad Amsyar mengikutnya ke pejabat tadi. Ada pendatang baru rupanya.

Pelajar putera tersebut mengambil tempat kosong yang betul-betul terletak di hadapan Miftahul Jannah. Sewaktu itu Miftahul Jannah tidak menyedari kerana dia leka membaca al-Quran.

“Eh, Fitri UNIC ke tu?” bisik Nur Balqis Aini sambil mencuit-cuit lengan Miftahul Jannah.
Part 7

Tiba-tiba seorang pelajar putera berkaca mata masuk bersama Ahmad Amsyar. Patutlah Ustazah Normala menyuruh Ahmad Amsyar mengikutnya ke pejabat tadi. Ada pendatang baru rupanya.

Pelajar putera tersebut mengambil tempat kosong yang betul-betul terletak di hadapan Miftahul Jannah. Sewaktu itu Miftahul Jannah tidak menyedari kerana dia leka membaca al-Quran.

“Eh, Fitri UNIC ke tu?” bisik Nur Balqis Aini sambil mencuit-cuit lengan Miftahul Jannah.

“Ape? Fitri UNIC?? Mane? Mane?” jerit kecil Nurul Hanani.

“Tu hah.” Kata Nur Balqis Aini sambil memuncungkan mulutnya ke hadapan menunjukkan ke arah pelajar putera tu.

“Citt. Ape la Balqis ni. Takkan lah UNIC nak datang sekolah kita buat konsert pulak awal-awal tahun ni...” Kata Nurul Hanani sambil melihat ke arah pelajar putera tersebut.

“Tapi an, macam Fitri la dari tepi… heheheh.” sambung Nurul Hanani lagi.

“Itulah, Balqis cakap tak percaya..” Kata Nur Balqis Aini seakan merajuk.

“Ape yang ribut-ribut ni?” Tanya Miftahul Jannah sambil menutup kitab comel di tangannya itu menandakan baru sahaja selesai membaca kalamullah.

“Tu hah, ada student baru.” Kata Nurul Hanani ringkas. Miftahul Jannah hanya sekilas pandang sahaja.

“Itulah Jannah, khusyuk sangat mengaji sampai tak sedar sekeliling,” tambah Nur Balqis Aini.

“Macam hensem je budak tu kan Balqis,” bisik Nurul Hanani kepada kawannya tu.

“Amboiiiiiii. Nak menggatal pergi Sabah la. Banyak sungai gatal kat situ,” bidas Miftahul Jannah sambil mencubit lengan temannya.

“Hehehehehe… saya gurau je la.” Kata Nurul Hanani.

Sementara itu pelajar putera berkumpul di hadapan student baru tu, mungkin mahu berkenalan agaknya. Itu yang Miftahul Jannah tidak suka duduk di belakang saf pelajar putera, kompem bising la. Yang pelajar puteri pulak sibuk berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin bercerita tentang pelajar putera baru tu kot.

Miftahul Jannah malas nak ambil peduli. Dia lebih suka menulis bait-bait nasyid yang dihafalnya ke dalam buku yang berkulit tebal berwarna ungu. Ungu jugak. Memang tak sah kalau bukan warna ungu. Bak kata Nur Balqis Aini, di mana ada Miftahul Jannah, di situ ada warna purple!

***

Part 8

“Larrr… patutlah aku macam penah nampak muke ko ni,” kata Muhammmad Salihin sambil menepuk-nepuk bahu kawan baru mereka itu.

“Tu lah, aku pon perasan gak tadi.” Balas Aiman Ariff.

“Sape nama ko? Lupe lak nak tanye. Hehehehe (sambil garu-garu kepala).” Tanya Muhammmad Salihin sambil tersengeh-sengeh. Ntah ape-ape, tadi macam kenal sangat.

“Fathee Imanee. Fathee Imanee bin al-Harith,” Jawab pelajar putera baru itu ringkas.

“Bukan ke ko wakil SMA al-Ihsan masa MASISUPA dulu? Debat Bahasa Arab kan?” Tanya Aiman Ariff. Aiman Ariff merupakan salah seorang ahli English Debating Society (EDeS). Pelajar putera menggelarkan ahli-ahli EDES ni sebagai AEDeS. Macam nama nyamuk pulak dah. Apa daa…

*(MASISUPA= Majlis Sukan & Ilmiah Sekolah-sekolah Agama Pahang)

“Ha’ah (sambil angguk kepala), tahun lepas aku wakil SMA al-Ihsan waktu MASISUPA ZON untuk Debat Bahasa Arab. Peringkat Zon je lah. Pastu kalah dengan wakil sekolah ni. Terror tol debater Arab korang tu. Lagi-lagi yang pompuan tu, yang dapat the best debater tu... Tak dapat la aku merasa nak pergi peringkat Negeri. Hehehe.” Ujar Fathee Imanee. Sekejap je dia mesra dengan pelajar-pelajar putera yang lain.

“Perhhh… best ar gini. Ada la geng aku ni. Jom ar join Arabic Debating Society,” kata Muhammmad Salihin pula. Dia merupakan ahli Arabic Debating Society (ADebS). ADebS? Ada la jugak ala-ala arab bunyi nye kalau nak dibandingkan dengan EDeS. 

“Best la ADebS, ada ahli baru. EDeS ni kekurangan ahli sekarang ni,” ujar Aiman Ariff.

“Yelah, EDeS kan membawa maut. Kah kah kah…” kata Safwan. Serentak dengan itu, gamat kelas 5 Abu Ubaidah dengan ketawa pelajar putera.

“Okey…okey…aku join dua-dua society la.” Kata Fathee Imanee sambil ketawa.

“Woiiii, mane boleh tamak bro!” Muhammmad Salihin mencelah.

“Aku saje je la.” Kata Fathee Imanee.

“Camne aku nak register ni? Kena wat angkat sumpah ke dulu?” Tanya Fathee Imanee lagi.

“Don’t worry. Selalunye ada grand meeting dalam masa dua tiga minggu ni. Nak buat pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi. Tak pe, nanti aku ingatkan ko,” terang Muhammmad Salihin kepada kawan barunya tu.

“Yes, Sir!” kata Fathee Imanee sambil mengangkat tabik ke arah Muhammmad Salihin.

“Aku lepuk kang ko ni (sambil menggayakan penyekeh ke kepala Fathee Imanee),” kata Muhammmad Salihin lagi.

Kringgggggggggggggggggggggg……..

Loceng rehat kedengaran. Semua pelajar putera dan pelajar puteri segera menuju ke kantin. Lapar sangat la tu sebab pagi tadi makan roti kaya tiga keping je kat dewan makan.
Part 9

Pelajar putera puteri 5 Abu Ubaidah dan 5 Abu Hurairah beratur untuk mengambil buku teks pinjaman. Beberapa pelajar tingkatan empat menyusun buku-buku yang akan diagihkan itu secara memanjang. Ahli SPBT selalunya akan dipilih daripada kalangan pelajar tingkatan empat sahaja kerana pihak PIBG tidak mahu pihak sekolah membebankan pelajar tingkatan lima dengan tanggungjawab yang banyak. Selesai mengambil buku, pelajar pulang semula ke kelas.

Miftahul Jannah dan Nur Balqis Aini berasa sedikit bosan kerana tiada apa yang dipelajari pada hari pertama ini. Mereka berdua adalah pelajar Top Ten dalam tingkatan tersebut. Miftahul Jannah meluangkan masa yang ada dengan membaca al-Quran manakala Nur Balqis Aini dan Nurul Hanani berborak-borak mengenai pengalaman mereka semasa cuti sekolah.

Suasana bising. Pelajar putera dari 5 Abu Hurairah berkumpul dalam kelas Miftahul Jannah.

“Macam ada perjumpaan besar-besaran je diorang ni. Dah la menyibok masuk kelas orang, buat bising pulak tu.” Gumam Miftahul Jannah seorang diri. Terganggu konsentrasinya untuk membaca al-Quran.

“Hmm, nak tulis lagu la…” bisik hati Miftahul Jannah sambil mengeluarkan kertas dan terus menulis bait demi bait.

Berikanku sebaris kata
Tuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada Yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Tuk ku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah mentari terbenam

Bersama menyusuri jalan
Para Rasul Nabi junjungan
Terus menuju ke puncak
Gemilang terbilang
Iman di dada mengiringi langkah
~ 12.49pm, 7 Jan 200*, dalam kelas~

***


Part 10

“Eh, barang sape pulak ni Amy?” Tanya Miftahul Jannah sebaik sahaja melangkah masuk ke biliknya. Dua beg tersusun di hadapan katilnya. Takkan la beg dia semalam beranak pulak.

“Ada budak baru masuk. Mana ntah budak tu. Pergi solat kot,” jawab Nur Ameliya.

Beberapa ketika kemudian, masuk seorang pelajar puteri. “Mungkin ni kot adik baru tu,” getus hati Miftahul Jannah.

“Assalamualaikum. Em, ni Kak Jannah ye?” Tanya pelajar puteri tersebut sambil menghulurkan salam perkenalan. Mungkin dia tahu nama Miftahul Jannah daripada Nur Ameliya kot.

“Waalaikumsalam. Ha’ah, akak ni Miftahul Jannah. New student ye? Sape name?” Tanya Miftahul Jannah sambil menyuruh pelajar puteri tersebut di sebelahnya.

“Fathiyyatul Insyeera,” jawabnya ringkas.

“Sedapnye name.” kata Miftahul Jannah sambil tersenyum.

“Form berape ni?” Tanya Miftahul Jannah lagi.

“Form three. Dulu saya sekolah SMA al-Ihsan. Pindah sini sebab ikut ayah. Ayah kena bertugas kat pejabat agama sini.” Terang Fathiyyatul Insyirah tanpa dipinta.

“Kak Jannah, sorry ye kalau bersepah sikit depan katil ni. Jap lagi Syeera kemas.”

“Eh, akak tak kisah la. Loker akak pun tak berkemas lagi tu. Tak sempat nak kemas,” jawab Miftahul Jannah tersenyum.

“Nanti akak tolong Syeera sikit-sikit ye. Akak memang suka mengemas pun… hehe,” kata Miftahul Jannah lagi.

“Cutenyee akak ni…baik pulak tu…” bisik kecil hati Fathiyyatul Insyirah sambil melihat wajah senior yang berkacamata di hadapannya itu.

***


Part 11

Dewan Mahkota penuh dengan pelajar putera dan pelajar puteri. Pagi itu diadakan perhimpunan untuk mengumumkan ahli-ahli baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Baitul Ulum (library la) dan juga perlantikan Ahli Majlis Tertinggi Badan Disiplin Asrama SMA Imtiaz sesi 200* sekaligus penyampaian sijil perlantikan dan Majlis Angkat Sumpah.

Majlis Perwakilan Pelajar
Ketua Umum : Muhammad Salihin Bin Salim, 5 Abu Ubaidah .
Penolong : Nur Balqis Aini Bt Badruddin, 5 Abu Ubaidah .
Setiausaha : Muhammad Nadhir Bin Salim (kembar Salihin), 5 Abu Hurairah
Syarifah Nadhirah Bt Syed Hassan (padan la ngan Nadhir), 5 Abu Hurairah

Jawatankuasa Baitul Ulum
Ketua : Aiman Ariff bin Zainal, 5 Abu Ubaidah
Penolong : Miftahul Jannah bin Haris, 5 Abu Ubaidah

Ketua Aspura : Wan Kamil Bin Wan Kamal, 5 Abu Hurairah
Penolong : Syafiq Shah bin Omar, 4 Abu Hurairah

Ketua Aspuri : Nurul Hanani bt Abdul Halim, 5 Abu Ubaidah
Penolong : Siti Hajar Bt Razali, 4 Abu Hurairah

Miftahul Jannah agak gembira kerana dia dipilih lagi sebagai ahli Baitul Ulum. Boleh lah dia menghabiskan masa di dalam maktabah dengan membaca buku-buku ilmiah. Tambahan lagi tahun ni dia akan menghadapi peperiksaan besar, SPM.

Selain itu, dia juga dipilih sebagai ahli jawatankuasa Disiplin & Pendidikan Aspuri. ‘Nasib tak jadi ketua’ fikirnya.

“Ya Allah, permudahkanlah urusan ku ini. Sesungguhnya aku takut jika tidak mampu memikul amanah ini dengan sempurna. Aku takut aku dipersoalkan di Sana kelak,” doa Miftahul Jannah di dalam hati.

Miftahul Jannah teringat pesanan Imam Ghazali: “Perkara yang paling berat di dunia ini bukanlah batu yang besar, tetapi ialah amanah yang digalas.”

***


Part 12

“Assalamualaikum semua,” kata Ustaz Zaidi memulakan perjumpaan pada pagi itu.

“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….” Jawap pelajar-pelajar.

“Alhamdulillah, nampaknya ramai yang berminat untuk menyertai ADebS tahun ni. Sampai penuh kelas ni ye. Syukran ‘ala hadharatikum…” Sambung Ustaz Zaidi selaku mursyid ADebS sambil tersenyum.

“Awwalan, kita akan melantik jawatankuasa terbaru untuk tahun ni. Mula-mula kita pilih ra’is al-barnamij. Ustaz nak kamu cadangkan tiga orang dari pelajar putera sahaja ye… Ada cadangan?” katanya lagi.

Tiba-tiba seorang pelajar putera berdiri. “Saya cadangkan Abang Salihin ustaz.”

“Saya cadangkan Zul Hafiz ustaz,” kata pelajar putera yang lain pula.

“Okey, ada lagi cadangan?” Tanya Ustaz Zaidi selepas melihat tiada lagi pelajar yang mahu mencadangkan bakal ra’is mereka.

“Takpe lah, jangan buang masa lagi. Man yukhtar tilmiz awwal, Muhammad Salihin?”

Sebahagian pelajar mengangkat tangan. Sambil itu, ustaz mengira pelajar yang mengangkat tangan.

“Toyyib. Man yukhtar tilmiz tsaniyan, Zul Hafiz?” kata ustaz sambil menulis jumlah pelajar yang menyokong Muhammad Salihin di papan hitam.

“Hasanan. Al-an, ra’isul jaded li hazal-barnamij hual akh Muhammad Salihin. Mabruk alaika ya akh!” Kata Ustaz Zaidi sambil diiringi tepukan dari pelajar putera dan pelajar puteri.

“Al-an, uriid an nakhtar naib ar-ra’is min at-tolibat faqad... bisur’ah.” Kata Ustaz Zaidi sambil melihat jam di tangannya.

“Ustaz Zaidi, akhtar al-ukht Miftahul Jannah.” seorang pelajar dari tingkatan empat member cadangan.

“Cadangan ditutup ustaz!!” jerit pelajar putera.

“Ada pulak macam tu, tak aci la gitu. Menang tanpa bertanding la nanti. Lagi sorang calonnye…” kata Ustaz Zaidi sambil tersengeh.

“Takde calon dah ustaz.” Kata seorang pelajar puteri.

“Haha, ape lah antum semua ni. Tayyib, naib ar-ra’is hia Miftahul Jannah.” Umun Ustaz Zaidi sambil diiringi tepukan yang lebih gemuruh dari pelajar-pelajar lain.

Selepas beberapa minit kemudian, selesailah sesi pemilihan bagi AJK ADebS. Ustaz Zaidi meminta pelajar-pelajar yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa supaya hadir ke hadapan kelas untuk memperkenalkan kepada ahli persatuan yang lain.

Miftahul Jannah dan beberapa pelajar lain memperkenalkan diri seperti yang diminta oleh mursyid mereka.

“Masya Allah, dia ke tu?” bisik hati Fathee Imanee sambil memandang ke arah seorang pelajar puteri yang berdiri betul-betul di hadapannya.

“Dialah yang aku cari-cari selama ni. Kenapa aku tak perasan yang dia same kelas dengan aku?” bisik hati Fathee Imanee. Barulah dia mengetahui bahawa pelajar puteri yang dicarinya selama ini bernama Miftahul Jannah.

*** 

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background