SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 4, 2012

Al-Ahnaf sahabat Nabi yang pemaaf





Al-Ahnaf bin Qais, salah seorang sahabat Nabi yang mulia. Beliau digelar Abu Bahr berasal daripada Bani Tamim, dan digelar "Al-Ahnaf" kerana kecacatan di kakinya.

Budi pekertinya menggambarkan keindahan Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah. Betapa harumnya nama al-Ahnaf sehingga diumpamakan, "Lebih lemah-lembut berbanding al-Ahnaf".
Pernah diriwayatkan suatu hari ada seorang lelaki mengutuk dan mengeji al-Ahnaf. Apa respons beliau? Al-Ahnaf pergi dari situ dan tidak membalas kejian dan makian lelaki tersebut. Kejian dan makian tersebut tidak diendahkan seolah-olah masuk telingan kanan keluar telinga kiri. Langkahnya diteruskan walaupun lelaki yang mengejinya tadi tetap mengikut langkahnya dan terus mengutuknya. Langkah Al-Ahnaf masih seperti tadi, tenang dan tidak menghiraukannya.

Sebaik sahaja menghampiri kawasan kediamannya, Al-Ahnaf berhenti. Langkahnya kaku. Dipandang lelaki yang mengejinya lantas berkata:"Jika masih tidak ada apa-apa yang engkau ingin katakan, maka luahkan segala-galanya sebelum penghuni kejiranan ini mendengar kata-katamu dan mula menyakitimu."

Dalam kisah yamg lain pula, seorang lelaki mengutuknya dan mengejinya. Al-Ahnaf sekadar diam tidak berkata apa-apa walau sepatah. Lelaki tersebut tidak berputus asa, tetap meneruskan misinya mengutuk dan menghina Al-Ahnaf sehinggalah tiba waktu makan tengah hari. Al-Ahnaf berkata kepadanya:"Ini dia makanan tengah hari kami. Jom makan bersama kami."

Ajakan Al-Ahnaf itu sungguh-sungguh, ikhlas dari hatinya. Bukan ajak-ajak ayam atau ajakan sinis. Lelaki yang menghinanya itu malu. Usahanya ibarat mencurah air ke daun keladi, sia-sia dan tidak bermanfaat pun. Demikianlah akhlak AL-Ahnaf yang lemah-lembut, pemaaf, tidak pendendam, tidak baran, malah berhikmah dalam menghadapi sebarang situasi.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background