SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 10, 2012

NASIHAT tu macam UBAT, PAHIT tapi MENYEMBUHKAN!!!


kamu semua tahu tak, ----> NASIHAT tu macam UBAT, PAHIT tapi MENYEMBUHKAN!!!
oleh Lipstik Merah pada pada 4hb Januari 2012 pukul 3.33 ptg 

”Kata bijaksana bijaksini dalam benda2 begini…, cinta, semakin dikejar semakin jauh berlari…. Hentikan mengejar ia akan datang mendekati. Saat kita tak lagi memerlukan cinta…, saat itu ia akan cuba menghampiri. Biar ia datang tanpa mencari….. Kala itu kau cuba bersedia menghadapi.

KATA HAMKA ’cinta membangkit rasa semangat untuk jadi kuat’.

Tapi KATA SAYA, ’cinta kadang2 menjadi racun membunuh rasa bertuhan’.

Itu yang saya minta agar KAMU isi sedaya mampu kalbu yang satu dengan tauhid yang padu agar keputusan yang berlaku diterima seredho mungkin…. Jangan cuba keluarkan dari lisan kata2 mengeluh walau jauh di sudut hati kesakitan dialami. Biar ia pulih secara alami semulajadi. Melalui itu, KAMU dah mula kenal karektor insan bernama LELAKI/WANITA. Itu baru gerak langkah awal mengenal, belum lagi BERSUAMI/BERISTERI… Insya'allah gerak langkah selepas ini mudah2an tegap dan semakin berani”.

Siapa pernah kecewa kerana cinta manusia? Tak perlu angkat tangan, ANGKAT KENING pun dah cukup. HEHEHE… Tulisan kali ini bukan berfokus pada kecewa dek cinta manusia tapi kecewa dek ’kerikil2’ sepanjang ranjau perjalanan yang kita pernah ’tersepak’. Kecewa tu perencah hidup, renyai yang nantinya menghadirkan pelangi dan proses mencapai kematangan emosi.

Pada saat2 kita berendam airmata, berteman tangis, berbalut luka (di hati)? Pada saat2 sebeginilah kita akan mula ’merangkak’ mengetuk pintu2 EMOSI.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang pernah berkata: “Apabila aku melakukan sesuatu yang betul maka bantulah aku, dan apabila aku menyeleweng maka perbetulkan daku.”

Baginda Rasul saw bersabda, ‘Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat’.
Maka sahabat pun bertanya: ’Kepada siapa?’
Jawab Baginda: ’Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.’ (Hadis riwayat Muslim).

Mulai sekarang (ingatan keras untuk diriku), jangan tunggu tangis dan kecewa datang bertandang menjengah kamar hati baru nak mengetuk pintu2 nasihat. Ketuklah setiap waktu, jangan pernah jenuh mengetuk pintu2 nasihat.

Percayalah tak semua pintu yang kita ketuk tu akan meluahkan rasa letih mereka ‘menghulur’ nasihat. Yang kata letih tu pun aku yakin jauh di sudut hati mereka rasa dihargai bila kita datang meminta nasihat (betul tak, hatimerdeka? Kihkihh..)

Kita semak balik firman Allah yang maksudnya:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3).


kamu semua tahu tak,

----> NASIHAT tu macam UBAT, PAHIT tapi MENYEMBUHKAN!!!

Dalam keadaan berbalut luka tu NASIHAT dihulurkan umpama ‘antibiotik’ ni dengan harapan ‘luka’ tak kena ’infection’ (hikhikk..! Banyak bermain dengan bahasa).

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background