SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 4, 2012

Bermula dari hati

Ketahuilah saudaraku bahawa sesuatu yang keluar dari hati akan sampai ke hati pula, sementara kata-kata yang keluar dari mulut paling jauh hanya sampai ke telinga


Mungkin timbul tanda tanya kenapa dakwah dan didikan kita kurang berkesan? Kenapa orang yang kita didik masih tidak berubah walaupun bermacam-macam cara dan bahan yang kita sampaikan kepadanya? Di sinilah terletaknya satu hentian bagi para Da'ie dan Murabbi. Kita tidak seharusnya terlalu sibuk dengan amal Islami hingga tidak ada masa yang diperuntukkan untuk muhasabah diri. Bahkan saya sering merasakan...apabila kita tidak lagi perlu untuk duduk sebentar untuk muhasabah diri maka hati kita sebenarnya sudah semakin jauh dari Allah SWT. Kita semakin terkeluar dari garisan kehidupan seorang hamba. Keegoan telah mula bertapak dihati kita. Keangkuhan menguasai gerak laku kita. Semangat telah mendahului kefahaman kita. Di sinilah kegelencongan bermula....kita mula tersasar dari arah tujuan kita yang sebenarnya. Memang kegelencongan itu bermula dengan darjah yang terlalu kecil namun dari semasa ke semasa ianya semakin membesar hingga terpesong jauh dari matlamat yang kita tuju.

Adakah keegoan, tidak mahu muhasabah diri, keangkuhan dan sebagainya ini perkara kecil? Saudara ku....bukankah banyak ayat-ayat Allah yang menggambarkan bahawa mereka yang akan dihumban keneraka Allah itu adalah terdiri dari orang-orang yang takbur/besar diri. Tadabburlah ayat-ayat akhir Az Zumara...tidakkah ianya menggerunkan kita.

Saya teringatkan satu hadith yang boleh kita temui semasa kita membaca syarah hadith pertama kitab hadith arbai'in Imam Nawawi bagaimana 3 golongan yang pertama-tama akan ditanya di Akhirat nanti. Golongan yang pertama ialah golongan yang mati syahid..... alangkah hebat seorang yang mati syahid jika dibandingkan dengan amal-amal kerdil yang kita lakukan. Syuhada ini dipanggil lalu dinyatakan segala nikmat Allah SWT kepadanya semasa tempoh hayatnya dan diapun mangakui banyaknya nikmat Allah SWT kepadanya. Lalu ditanya oleh Allah, untuk apa dipergunakan semua itu...maka katanya aku berjihad hingga aku syahid di jalanMu. Lalu dikatakan padanya "engkau berdusta! Engkau berjuang supaya dikatakan orang engkau pemberani, dan memang dikatakan orang begitu" Lalu diseret mukanya dan dihumban ke Neraka Allah SWT. Saya tidak dapat menahan airmata membayangkan peristiwa ini. Apalah yang ada pada amalan saya berbanding dengan orang yang telah mengorbankan jiwa raganya untuk Allah SWT..tetapi kerana rosaknya hatinya hingga hilang keikhlasan akhirnya dia menjadi bahan bakar neraka. Neraka yang pernah digambarkan dalam sebuah hadith (dhaif){Boleh ditemui dalam buku menuju ketaqwaan tulisan Abdullah Nasih Ulwan; saya minta maaf kerana tidak sempat cari matan hadith2 yang saya sebutkan ini). Rasulullah SAW menggambarkan api neraka ini dinyalakan selama 3000 tahun. 1000 tahun dinyalakan...apinya berwarna merah. Dinyalakan 1000 tahun lagi hingga menjadi putih. Dinyalakan 1000 tahun hingga apinya menjadi hitam. Inilah Neraka Allah SWT...apinya berwarna hitam dan kita nanti akan dijamu dengan buah Zaqqum (Sila baca tafsir surah al Waqiah)...pohon yang hanya tumbuh dalam neraka jahannam, mayangnya seperti kepala syaitan. Apabila ahli neraka memakannya maka terlekat buah ini di kerongkong...mereka menjerit kepanasan...lalu dihulurkan air dari cairan tembaga maka diminum...dan digambarkan dalam surah al Waqiah, minumnya seperti unta lapar. Bayangkan unta yang sekali minumnya untuk 2/3 bulan kadang-kadang hingga 6 bulan...apabila bertemu dengan air maka ia akan minum dengan begitu gelojoh sekali. Begitulah juga keadaannya ahli neraka,kerana terseksa dengan kepanasan buah Zaqqum lalu diminumnya cairan tembaga itu seperti unta yang kelaparan, lalu keluarlah...bukan buah zaqqum tetapi segala isi perutnya melalui duburnya. Kata ulamak tafsir...ini barulah hidangan keraian, jamuan menyambut tetamu bukan lagi seksa neraka yang sebenarnya.

Apa lagi yang menghalang kita untuk berhenti seketika untuk kita muhasabah diri. Adakah segala yang kita lakukan semuanya untuk dan kerana Allah SWT. Betulkah? Jika begitu kenapa kadang-kadang kita melakukan amal wajib dengan sambil lewa, kenapa kita terlalu sibuk untuk bermunajat kepadanya...memohon perlindungan dari kemurkaan dan azabNya, kenapa kita tidak sempat untuk membaca KalamNya..al Quran. Mungkinkah nanti apabila ditanyakan diAkhirat nanti; untuk apa kita kerjakan semuanya lalu kita katakan untuk Allah...lalu Allah katakan BOHONG...lalu diseret muka kita dan dihumbankan kita ke NerakaNya.

Saya minta maaf kalau tulisan ini agak keras....keras kerana saya tujukannya pada diri saya sendiri dengan harapan untuk dikongsi bersama mereka yang telah bekerja mencari keredhaanNya. Keras...tetapi inilah hakikatnya. Para salafussoleh...disaat-saat kematian, mereka menangis. Lalu dikatakan orang kepadanya "kenapa kamu menangis, bukankah kamu seorang yang soleh, banyak amalan dan taat kepada Allah" Lalu jawabnya "Ya...tetapi bagaimana saya tahu adakah ianya diterima oleh Allah".


Tiliklah diri kita lebih dari kita menilik orang lain. Lihatlah kesalahan diri kita melebihi dari melihat kesalahan orang lain. Di sinilah kekuatan dalam amalan kita. Menyedari kelemahan diri menyebabkan kita sentiasa bergantung padaNya, kita sandarkan segalanya pada Allah SWT. Inilah kekuatan sebenar. Lihatlah dalam kehidupan para sahabat...bukankah kejayaan mereka, kejayaan yang luar biasa...tidak logik, tak masuk aqal tetapi kerana mereka sandarkan segalanya kepada Allah SWT lalu Allah datangkan pertolongan dan kemenangan yang dekat.

Tiliklah hati kita supaya kita tidak menjadi penjual ubat, pandai berkata-kata lalu orang ramai mengerumuninya dan membeli ubatnya. Apabila pulang kerumah dilihatnya botol itu kosong. Inilah gambaran da'ie yang bercakap dengan lisannya tidak dengan hatinya. Kata-katanya tidak memiliki ruh yang akan menyalurkan kekuatan kepada orang yang dididiknya untuk melakukan perubahan dan menuju kebenaran.

Perjalanan kita masih jauh, halangannya terlalu banyak, simpang siurnya tidak menentu dan musuh-musuh sentiasa mengintai pergerakan kita...maka berbekallah kita dengan sebaik-baik bekal dan berhentilah di hentian-hentian muhasabah supaya kita dapat memulihkan tenaga dan meluruskan perjalanan kita hingga kita benar-benar sampai kedestinasinya.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background