SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 4, 2012

GAGAL LAGI.....

Hari ini genap hari ketiga keputusan peperiksaan semester lalu diumumkan. Namun, keputusan peperiksaan yang boleh diketahui melalui internet itu masih belum aku semak. Tiada kekuatan mahupun keberanian untuk menyemaknya, kerana aku dapat merasakan, aku bakal kecewa lagi. Kegagalan itu bakal datang lagi. Akan kuatkah aku untuk menelannya? Bagaimana akan aku hadapinya? Allahu Rabbi, kuatkan aku.

“Salam. Ukht, kaifa hal? Macam mana result enti?”

SMS sahabat-sahabat menanyakan khabar dan keputusan peperiksaanku menembusi message inbox telefon bimbitku. Concern sungguh mereka. Namun aku tiada jawapan bagi persoalan mereka, kerana aku sendiri masih belum mengetahui keputusan peperiksaanku semester lalu. Aku sendiri tidak pasti, adakah aku sedang mengumpulkan kekuatan untuk menghadapinya, atau aku sedang melarikan diri dari menghadapinya? Allahu Rabbi, kuatkan aku.

Akhirnya tinggal dua hari untukku pulang ke kampus dan memulakan semester yang baru. Aku masih belum ’berani’ untuk menyemak keputusan peperiksaanku. Dan ini sekaligus menyebabkan aku langsung tidak semangat untuk pulang ke kampus. Aku akhirnya memutuskan. Aku perlu hadapinya hari ini.

Pautan ke log-in page portal pelajar diklik. Email address dan password dimasukkan, dan terpaparlah homepage portal ku. Jariku kini menunggu masa untuk menekan tetikus lagi bagi membuka keputusan peperiksaanku itu. Dan akhirnya. Klik.


Seperti yang ku jangkakan. Aku gagal lagi. Gagal mencapai requirement yang ditetapkan pihak sponsorshipku. GAGAL.

ANDA GAGAL?

Anda kira anda telah gagal? Jika ya, tahniah. Kerana ketahuilah, kegagalan itu adalah salah satu jalan menuju kejayaan.

Namun ada syaratnya. Setelah gagal, bukan hanya berserah, menyerah. Sebaliknya, perlu bangkit dan belajar dari kegagalan itu dan menuju kejayaan yang diimpikan.

Kegagalan dan kejayaan adalah dua perkara yang saling melengkapi. Setiap orang yang ingin berjaya haruslah tahu, bahawa saat-saat kegagalan itu pasti ada. Yang tidak kita ketahui, hanyalah bentuk kegagalan itu, waktu kegagalan itu tiba, dan sebesar manakah kegagalan yang akan ditempuh itu. Apa yang penting, bukanlah sekadar mencari jalan menuju kejayaan, tetapi juga mencari punca penyebab kegagalan.

Pesan Rasulullah SAW, “Seorang mu’min tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya”.

Bagaimana mungkin, kita dapat mengelakkan kegagalan yang seterusnya tanpa mengetahui sebab kegagalan yang terdahulu? Mengambil ’ibrah atau pengajaran dari kegagalan adalah pelajaran yang amat memberi kesan kepada setiap yang mengalaminya. Lihat saja, berapa ramai yang pernah gagal, dan akhirnya berjaya dengan jayanya?

MEREKA PUN PERNAH GAGAL

Imam Al-Ghazali umpamanya. Beliau adalah seorang yang sangat gemar mencatatkan ilmu yang didapatinya di dalam bukunya. Hinggalah pada suatu hari, ketika beliau sedang berjalan dengan membawa barang-barangnya (termasuk bukunya itu), tiba-tiba beliau dirompak oleh seorang perompak. Imam Al-Ghazali lantas cuba merebut bukunya kembali. Perompak itu malah menempelak beliau kerana menyandarkan ilmu-ilmu yang dimilikinya di dalam buku, bukan di dalam hati. Kegagalan ini menjadikan beliau mengubah cara balajarnya. Dari sekadar mencatat di dalam buku, beliau kemudiannya menghafalnya.

Umar Al-Khattab juga pernah gagal. Di masa jahiliyyahnya, beliau pernah menanamkan anak perempuannya sendiri dengan hidup-hidup. Tetapi lihatlah ketika islamnya Umar. Sehingga diangkat menjadi Khalifah yang kedua setelah Abu Bakar As-Siddiq.

Ka’ab Bin Malik. Tidak menyertai perang Tabuk, sedangkan beliau adalah salah seorang sahabat utama Nabi dan pada saat itu persiapannya untuk pergi berperang hampir sempurna. Akibat tidak menyertai perang tersebut, Ka’ab mendapat kemurkaan Allah dan dipulaukan selama 50 hari oleh semua kaum muslimin, termasuk isterinya sendiri. Apakah respon Ka’ab? Ka’ab tidak berputus asa, membelot mahupun memberontak, walaupun pada ketika itu juga beliau telah ditawarkan untuk mendapat kedudukan yang tinggi oleh Raja Ghassan. Sebaliknya, Ka’ab menyedari kesalahannya, dan menanggung segala ‘denda’ yang dijatuhkan ke atasnya. Semua itu tidak pun mengurangkan kredibilitinya sebagai sahabat utama Nabi, malah Allah SWT sendiri pun menerima taubatnya dan berfirman:

HAKIKAT KEGAGALAN

 Orang yang takut melangkah kerana takut salah, adalah orang yang gagal.
 Orang yang tidak mengakui kekalahan dan kesalahannya, adalah orang yang gagal.
 Orang yang menyalahkan orang lain dan tidak mahu memperbetulkan dirinya, juga gagal.
 Orang yang gagal merancang, dia sebenarnya sedang merancang kegagalan.
 Kegagalan adalah milik mereka yang melangkah dengan setengah hati, tidak jelas dengan apa yang dicari.
 Kegagalan adalah hiasan rapat orang yang manja, tidak mahu berusaha dan berkerja, tiada motivasi diri dan tidak percaya diri.
 Kegagalan itu milik orang yang berfikiran negatif, bertindak pasif, mengalah pada keadaan, mudah menyerah dan suka mencari alasan.

TENGGELAM

Memetik satu persoalan yang ditanyakan oleh Billy P. S. Lim, seorang motivator kelas dunia kepada peserta program motivasinya:

“Mengapa orang akan tenggelam apabila jatuh ke dalam air?”

Pelbagai jawapan yang diberikan oleh para peserta. Namun satu jawapan yang diberikan oleh ramai orang adalah:

“Kerana orang itu tidak dapat berenang.”

Anda bagaimana? Ada jawapan lain? Kerana jawapan yang diberikan kebanyakan orang itu bukanlah jawapan yang tepat pada pandangan Billy P. S. Lim. Untuk meyakinkan para peserta programnya itu, Lim memberi contoh kejadian orang yang tenggelam di dalam air sedalam tiga inci! Habis tu, apakah jawapan yang sebenarnya? Jawapan Lim:

“Orang tenggelam kerana dia kekal di situ, dan tidak menggerakkan dirinya ke tempat lain.”

BANGUN LAGI

Berapa kali seseorang itu jatuh tidak menjadi soal. Itu bukan ukurannya. Yang penting adalah kemampuannya untuk bangun kembali setelah kejatuhannya. Kegigihannya untuk terus berusaha, dan tidak berputus asa.

Thomas Alfa Edison, ketika ditanya bagaimana beliau mampu untuk bertahan setelah ribuan kali gagal mencipta mentol, apa jawabnya?

“Saya tidak gagal, tetapi saya telah menemui 9994 cara yang salah dan hanya satu cara yang berjaya. Saya pasti akan berjaya kerana percubaan yang gagal telah pun habis.”

Kisah Nabi Ya’qub yang kehilangan anaknya Nabi Yusuf dan Bunyamin sehingga dipatrikan oleh Allah SWT dalam surah Yusuf, ayat ke 87. Nabi Ya’qub berkata:

“Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir”.

Walaupun hingga 20 tahun kehilangan Nabi Yusuf, Nabi Ya’qub tidak pernah berputus asa mencarinya. Optimis . Bertahan dan sentiasa berfikir, masih ada yang lebih baik. Kejayaan bergantung pada kekuatan untuk bertahan, yakni ketabahan. Kurang tabah merupakan salah satu alasan yang sering diberikan oleh orang yang gagal dalam kehidupan.

HIKMAH



Firman Allah SWT dalam ayat ke 269 dalam surah Al-Baqarah:

“Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tiada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat”.

Harus juga diingat, bahawa setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Firman Allah SWT dalam ayat ke 5 dan 6 dalam surah Al-Insyirah:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..”

Dua kali Allah SWT ulangi ayat itu. Penekanan. Yakinlah dengan janjiNya


copied from islam addin blog..

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background