SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 4, 2012

Berdoalah Dengan Tepat Dan Bersungguh-Sungguh.


Alhamdulillah kita masih diberi peluang menyambut Ramadhan pada tahun ini. Syukur atas nikmat-Nya sama ada yang nyata atau tersembunyi seperti oksigen yang serba mencukupi, sihat tubuh badan, pendengaran, penglihatan yang baik. Sudahkah kita mengucapkan “Alhamdulillah” atas segala nikmat-Nya pada hari ini? Sekiranya tidak, ucapkan sekarang dengan rasa syukur yang segar dan penuh penghayatan.
Kita tidak pernah meminta oksigen yang serba mencukupi tetapi Allah telah berikan siap-siap. Cuba kita tahan nafas selama satu minit? Mampukah kita menahan lagi untuk minit seterusnya? Tatkala itulah baru kita sedar bahawa Allah telah mencukupi hidup kita tanpa kita minta atau sedari. Seandainya Allah ambil nikmat oksigen percuma itu walau hanya seminit, mampukah kita hidup? Pastinya tidak. Oleh sebab kita tidak minta dan Allah telah beri, ucapkan “Alhamdulillah” dan “Terima kasih Allah” sebagai tanda penghargaan seorang hamba. Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada di samping bersabar pada apa yang tiada kerana Allah akan beri nikmat lagi kepada hamba-Nya yang bersyukur;
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku.” (Surah Ibrahim: 7)
Apabila kita benar mahukan sesuatu, berdoalah. Kita takkan dapat andai kita tidak berdoa. Sebagai contoh, kita perlukan duit. Adakah kita akan dapat seandainya kita tidak minta pada ibu, ayah, atau suami? Sudah pasti duit itu tidak akan tiba-tiba jatuh di atas riba. Oleh sebab itu kita perlu meminta. Namun tatkala berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, seorang peminta sedekah meminta sedekah di jalanan dan meminta sedekah hanya dengan sambil lewa. Dia akan lebih mendapat simpati apabila dia kelihatan merayu-rayu meminta sedekah.
Sebegitulah juga apabila kita berdoa. Tatkala kita berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Sememangnya Allah Maha Mengetahui tetapi Dia akan lihat sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan apa yang kita nak. Dia ingin tengok cara kita meminta pada-Nya.
Seandainya kita memohon rezeki melimpah ruah, kadang-kadang kita tidak sedar Allah telah berikan kita rezeki iaitu rezeki tubuh badan yang sihat, rezeki makanan pada hari itu, rezeki ketenangan tetapi yang sebenarnya kita minta adalah rezeki wang ringgit. Oleh sebab itu, di kala meminta rezeki wang ringgit mohon berapa nilainya. Jika ingin pendapatan RM30,000 tiap bulan, mohon dengan tepat pendapatan RM30,000 tiap bulan. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Kaya, elakkan daripada bertanya bagaimana Allah akan beri kerana itu tugas Allah. Tugas kita adalah meminta.
Berdoa juga adalah salah satu usaha. Sebaiknya sebelum berdoa, tulis apa yang kita ingin mohon. Mohon dengan tepat. Mohon dengan perasaan yang begitu mengharap. Dengan penuh penghayatan yang kita benar-benar inginkan apa yang kita minta. Teruskan sehingga ia tercapai. InsyaAllah dengan berdoa secara bersungguh-sungguh dengan penuh rasa dan penghayatan akan mempercepat doa kita dikabulkan.
Tips berdoa dengan tepat dan bersungguh-sungguh
Tulis apa yang kita ingin doa dan nyatakan dengan jelas.
*Andai mahu rezeki duit, nyatakan nilainya. Gunakan perkataan “memiliki/dapat/peroleh”. Ini adalah kerana dengan menggunakan perkataan itu, tidak mustahil kita memiliki kereta impian dengan cara memenangi pertandingan tanpa perlu menggunakan duit
Masukkan perasaan yang begitu mengharap ketika berdoa
Antara mustajab doa adalah tatkala pukul 3 pagi  hingga 5 pagi. Namun begitu sentiasalah berdoa sebagai tanda kita ingat pada-Nya meskipun di luar waktu solat.
“Allah tidak pernah memilih doa yang mana patut Dia kabulkan cuma kita yang memilih doa mana yang ingin kita minta”

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background