SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 4, 2012

Muslim di Sudut Ibadah.

1. Saya mestilah memastikan ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah. Inilah yang dikatakan martabat “keihsanan dalam ibadah”. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril) tentang martabat “ihsan” ini, lalu baginda menjawab:

“Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya (sekalipun) sebenarnya Dia melihat engkau”. (Muttafaqun ‘alaih)

2. Saya mestilah melakukan ibadah dengan penuh khusyuk sehingga dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya.
Aisyah radiyallahu ‘anha mengatakan:

“Adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi bila tiba saja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya”. (Hadith diriwayatkan oleh Al-Azdi)

3. Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya. Beribadah dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam sabdanya:

“Allah Subhanahu Wata’ala tidak memandang kepada solat seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati beserta gerak badannya”.

4. Saya mesti beribadah dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

5. Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadah Qiamullail serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana Qiamullail itu adalah menjadi sumber kekuatan yang memantapkan iman. Sungguh benar firman Allah:

“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan (Al-Quran) pada waktu itu lebih berkesan”. (Al-Muzammil : Ayat 6)

6. Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah berfirman:

“Sesungguhnya membaca Al-Quran di waktu fajar itu disaksikan (oleh para malaikat)”. (Al-Isra’ : Ayat 78)

7. Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala ibadah. Untuk itu, saya mestilah memilih doa-doa yang ma’thur daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Sungguh benar firman Allah :

“Mintalah doa kepadaku, nescaya Aku akan memperkenankan permintaanmu”.


(Dipetik daripada buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Almarhum Ustaz Fathi Yakan)

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background