SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 10, 2012

~WAHAI ANAK ADAM~


WAHAI ANAK ADAM...

Apakah kamu meninggal dunia ataukah dunia meninggalkan kamu.Apakah kamu mengumpulkan dunia atau dunia mengumpulkan kamu.Apakah kamu mematikan dunia ataukah dunia mematikan kamu.
Dimana tubuhmu yang kuat tidakkah melemahkan kamu.Dimana mulutmu yang cakap tidakkah menjadikan kamu diam.Dimana semua kekasihmu tidakkah mengasingkan kamu..

Pergilah kamu ketempat yang jauh tanpa membawa bekal.Keluarlah kamu dari rumahmu dan janganlah kembali.Naiklah kuda dan kamu tidak akan naik saperti itu selamanya dan kamu akan menjadi sesuatu dalam rumah yang penuh kesedihan.

Sangat bahagialah kamu jika kamu menjadi seorang yang taubat.Sangat berbahagialah kamu jika amalmu baik.Sangat berbahagialah kamu jika sahabatmu dalam keridhaan AllahSangat celakalah kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai Allah.

Segala amal yang kamu perbuat akan kamu lihatJika amal itu baik maka kamu akan melihat baikJika amal itu buruk maka kamu akan melihat buruk.

Tidaklah kamu menambah damai pada tempat yang sempit iniTidaklah kamu membawa kekayaan ditempat kefakiran iniTidaklah kamu membawa cahaya penerang ditempat yang gelap ini

Kamu berada diatas punggungku bersenda gurautetapi kamu dalam perutku menjadi menangis.Kamu berada diatas punggungku bergembira riatetapi kamu dalam perutku menjadi susah perhatian.Kamu diatas punggungku dapat berbicaratetapi kamu dalam perutku diam.

Allah s.w.t. berkata:"Wahai hambaKu, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur dan kamu telah berbuat maksiat kepada Ku kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak dan Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan Rahmat yang dengannya para makhluk sama kagum dan Aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya".

SEJIWA, SEKATA, SEHALA...AL-QURAN, HADIS, IJMAK DAN QIAS...IMAN , ISLAM, IHSAN

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background