SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 10, 2012

OBSESI CINTA MU ZULAIKHA

Zulaikha, Aku lelaki Yahudi. Yahudi ortodoks kelahiran tebing Gaza. Daerah yang tidak pernah berhenti mengalirkan darah dan korban kematian. Cita-cita kami adalah kota al-Quds yang tersergam Masjid al-Aqsa yang menjadi tempat suci agama mu. Kata mu, di situ terpahat sejarah penting yang tidak pernah kau lupakan setiap kali mengingati kalendar Rejab – Rasul mu berangkat ke lapis langit ketujuh Sidratul Muntaha menemuiTuhan dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Engkau bercerita tentang ketakjuban al-Quran yang terkandung enam ribu enam ratus enam puluh ayat yang kata muajaran yang sesuai mengikut zaman tatkala aku tidak berhenti-henti melampiaskan teori zionis pujaan ku yang mimpikan dunia di bawah satu telapak tangan ajaran Yahweh yang berkiblatkan Jerussalam, kota suci agama ku yang suatu hari nanti bakal berstatus pusat pentadbiran sedunia.

Engkau ketawa terkekeh-kekeh di balik jilbab tatkala ku bentangkan piagam zionis yang terkandung di dalam doktrin Machiavellianisme. Jelas ku, dunia telah mula menerima konsep menghalalkan cara demi menggapai satu revolusi menjarah keadilan dan hak asasi yang diperjuangkan segelintir manusia moralis. Lihat sahaja bagaimana mudahnya si penguasa polisdunia itu menggunakan alasan untuk menggondam Saddam dan Iraq hingga terbujur ranap kota tamadun awal Babylon hanya kerana dakwaan uranium dan senjata nuklear WMD yang akhirnya tidak pernah ditemui. Tataplah konflik Dartur yang kononnya dicemari keserakahan pemuda-pemuda berkuda Islam yang menjarah wanitadan anak-anak gadis demi memuaskan gelojak nafsu yang tidak lagi terbendung.Sedang nun di sepanjang pesisiran Laut Arab jauh di selatan terhimpun khazanah emas hitam yang sedang diintai untuk dilahap sang politikus dari Rumah Putih.Hey, mereka juga di bawah taklukan kami. Serigala putih yang angkuh dan garang itu telah kami peralatkan demi memenuhi haloba kami menguasai ekonomi dunia sejagat. Engkau tahu Zulaikha, kamilah yang mengutuskan amalan berhutang dankonsep riba sebagai dasar permainan ekonomi ke seluruh pelosok dunia demi mengukuhkan lagi cengkaman kami di atas nilai mata wang bagi membina empayar zionis yang teragung. Malah, kau pasti terkejut kala ku nyatakan tanah air kerdil mu nun jauh di kepulauan Nusantara juga tidak terlepas daripda cengkaman kami. Kami zionis penakluk dunia alaf baru.

Wajah manis Muslimah Melayu itu cukuptenang setiap kali ku bentangkan piagam rejim zionis. Yahudi ortodoks yangsuatu hari bakal menjadikan bangsa-bangsa lain sebagai hamba abdi. Zulaikha siperawan intelektual berdarah campuran Arab Melayu itu melampiaskan senyum tatkala mata nakal ku menatap alis lentik dan bibir basahnya yang tidak berlipstik. Ada keharuman Alhambra yang tida-tida mencuit gelora nafsu ku yang terhidu aroma di sebalik jubah labuh yang membaluti tubuh kecilnya. Pertama kali bertemu engkau awal-awal lagi telah meminta ku menghormati batas-batasajaran mu yang menekankan prinsip pergaulan bertatasusila dan tertib.
"Kesopanan dan merendah hati itu ajarankami. Panduannya sirah Rasulullah yang sepanjang hayatnya tidak mengenal suteradan mahligai".

Aku hampir mengilai kuat kala kau rentaplengan kematuku yang cuba menyentuh jari jemari halusmu. Engkau pantasmenuduhku Yahudi gila yang ingin mengambil kesempatan daripada kelemahan manusia sejenismu. Lantas, kau bandingkan diriku dengan seorang demi seorang pemimpin negara zionisku yang tidak berperikemanusiaan. Yatzak Rabin, SimonPerez, Benyamin Netanyahu hinggalah Si Ariel Sharon yang katamu datang disebalik pembunuhan ribuan pelarian di khemah Shabra dan Shatilla.
Anehnya, kau tergelak halus tatkala membayangi bagaimana seorang pembunuh paling kejam dan zalim itu dinobatkan untuk merangkul anugerah tokoh nobel keamanan dunia. Sungguh melucukan, katamu.

Hey, si gadis yang belum mengerti apa-apa tentang percaturan dunia. Telah kukatakan berkali-kali, kami zionis yang bakal menjarah dunia dengan kuku-kuku beruncing licik dan penuh helah.Bukankah kezaliman dan kebiadapan itu sebahagian daripada misi opportunis untuk menguasai dunia. Bangsa-bangsa lain mesti di bawah cengkaman kami. Kami mesti teruskan visi yang terkandung di dalam fasa 3 piagam Bani Israel yang termenterai lebih seratus tahun silam yang merumuskan zionis mesti mengepalai dunia walau dengan apa cara sekalipun. Dan hakikatnya, perjanjian Balfour dan perjanjian Oslo membuktikan impian kami bukan retorik semata tetapi realitiyang berpijak di bumi nyata.

Engkau patut tahu Zulaikha bahawa tragedi Shabra dan Shatilla pada 21 September itu hanyalah cebisan kecil kezaliman dan keganasan kami. Jika kau selongkar fail rahsia agen Mossad kami,akan kau temui platun-platun Palmach, Haganah, Stern, Lehi dan Irgun yang jauh lebih licik dan ganas demi mendaulatkan zionis sebagai pemangsa. Buktinya,ratusan pemuda-pemuda Hamas yang menggerakkan intifada hilang tanpa dapat dikesan. Kami memiliki penjara yang jauh lebih menggerunkan daripada penjaraGuantanamo Bay di Cuba yang menggemparkan dunia itu. Jangan sesekali kauterkejut andai di situ kau temui hakikat kuncu-kuncu kami bertopengkan seribu wajah telah bertaburan ke pelusuk dan daerah dunia. Barangakali engkau akan terkulai kaku tatkala ku khabarkan tragedi Ground Zero, 11 September yang menerjah wajah gagah World Trade Center di New York sebenarnya angkara agenkami. Dan siri-siri ledakan dan letupan bom di seluruh dunia juga tidak terlepas daripada muslihat zionis. Demi mengaburi mata dunia, kami tempelkanwajah-wajah Islam dan umatnya terus-terusan dikutuk masyrakat antarabangsa sebagai fundamentalis dan terrorist.

Engkau tahu apa vision kami? Islam tidakakan bangkit lagi mencipta tamadun seperti mana yang tercipta di negara Madinahal-Munawarah dan Andalusia ratusan tahun silam. Kami membiarkan mereka di alam khayalan mengimbas kegemilangan zaman Islam mu yang terus terusan menjadi mangsa terjahan dan penindasa sepanjang zaman.

Zulaikha, misi kami setiap detik untuk menjulang doktrin zionis di pucuk dunia sentiasa berubah-ubah. Kami tidak akan selamnya menggunakan peluru kekerasan untuk menentang Intifadah yang bangkit.Makin banyak darah pemuda-pemuda Palestin yang tumpah ke bumi rupa-rupanya tidak pernah mengendurkan semangat mereka. Walau secanggih manapun peluru yang tersepai di kepala dan dada san Intifada, makin membara keislaman mereka untuk mati syahid. Itulah ketakutan dan kebimbangan yang bakal menghalang cita-cita kami menjajah dunia. Kami tidak mempunyai keberanian itu.

Tentu engkau tidak lupa tragedi Rishun Letzion pinggir Tel Aviv yang membunuh puluhan rakyat Israel dalam serang hendap awal pagi di sebuah disko. Tatkala kami siasat bagi mengesahkan status dalang penyerang berani mati, seluruh kami tersentak saat menemui mayat serikandi Palestine yang baru mencecah empat belas tahun terbujur bersama darah pekat memenuhi tubuhnya yang dijeruti bongkah-bongkah bom yang berkecai hangus.Yang kami bayangkan bagaimana harus kami hadapi kewujudan ribuan lagi anak muda sementah itu yang bersedia menjadi perisai menghalang penjajahan kami di bumi mereka dan di seluruh pelusuk dunia. Mereka diasuh dengan kecekalan hati,kekuatan iman dan takwa yang dibajai bertahun-tahun. Mereka tidak lagi mimpi kankeseronokan dunia kerana cita-cita mereka adalah mati bergelar syahid atau syahidah. Sejak berpuluh-puluh tahun usaha kami melumpuhkan pergerakan jihad sentiasa menemui jalan buntu. Kau tahu Zulaikha, raifal automatik, peluru berpandu dan kereta kebal rupanya tidak mengerunkan mereka. Di dalam hatimereka hanya ada iman dan Tuhan. Lalu mati di medan tempur menjadi nikmat agung yang dicita-citakan.

Zulaikha, gadis Nusantara yang bermastautin lebih dua bulan di tebing Gaza sebagai bulan Sabit Merah Sedunia terlopong menunggu jawapan dari mulut ku, zionis ortodoks berfahaman ekstremisini menghulurkan jawapan.

Media!, Ya, media massa. Alat propaganda paling canggih yang mampu menipiskan iman dan ketakwaan anak-anak bangsa musupaya lemas di dalam gelodak hawa nafsu. Kami eksport segala filem-filem yang mengkhayalkan perasaan. Kami utus cerita-cerita yang mengagungkan dunia Barat kepada generasi timur. Kami hijrahkan adengan-adengan pornografi melalui karya cetak dan elekronik demi membuaikan jiwa mereka agar melupakan matlamat hidup yang sebenar.

Dan kalau kau ceritakan tentang kebimbangan mu terhadap generasi baru yang gemar melanggani laman web lucah hingga menjadi isu besar di negara mu, aku ketawa geli hati mengenangkan misiutama kami telah mencapai sasarannya. Anak-anak bangsa mu perlu disuburkan dengan segala macam hiburan dan pesta keseronokan yang terus-terusan melekakan minda. Dan usaha kami mula memberi petanda awal kejayaan visi zionis ini.Tatkala ribuan petunjuk perasaan mengganas di Kubul dan Jalalabad saat tersebar perlakuan keji tentera-tentera Amerika melumuri kitab suci Al-Quran dengan najis manusia di kem Guantanamo, Cuba, anak-anak  muda mu tidak landsung mempedulikannya. Merekatelah dimabukkan dengan keasyikan irama lagu dan lenggok muzik yang kamisebarkan. Mereka dilemaskan dengan sarat evolusi khayalan yang dilimpahi virus dadah, seks bebas, memuja hedonisme dan segala macam krisis sosial yang kiantenat. Dan aku merasa bangga menatap fesyen-fesyen dan bentuk pakaian yang membaluti tubuh anak-anak muda mu yang sudah berubah mengikut acuan zaman kontemporari yang berkiblatkan Barat.

Hey, kau tahu Barat itu sebenarnya didalangi zionis. Ya , kami si zionis tidak akan jemu-jemu mengirimkan segala bentuk fesyen pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh anak-anak gadis mu agar lebih liberalisme. Malah kami perkenalkan slogan globalisasi dan dunia tanpa sempadan demi mengikis perasaan tradisi yang masih lagi menebal di kalangan umat mu. Tatkala mata ku sempat menatap ribuan anak muda di Kuala Lumpur yang asyik meraikan kedatangan seorang selebriti dari luar negara di sebuah channel antarabangsa senyum ku melebar memerhati kegilaan anak-anak muda mu berpakaian mendedahkan tubuh tanpa segan silu.

Zulaikha, semalam aku terbaca di laman internet tentang kadar jenayah yang terus meningkat hari demi hari di tanah airumat Islam. Di negara mu, pembunuhan kejam bagaikan menjadi budaya baru dengan jenayah rogl, khalwat, sumbang mahram dan pergaulan bebas yang bagaikan tiada nokhtahnya. Engkau tahu Zulaikha, apakah punca sebenarnya telah meracuni mindaanak-anak generasi mu. Ingatkah lagi pesan Nabi mu yang termaktub di dalamsurah Al-Maidah ayat lima. Di situ terbentang suruhan memakan makanan yang halal dan berkat. Hey, pernahkah engkau menyoal apakah yang dimakan oleh mereka? Apakah kandungan bahan-bahan yang menjadi santapan generasi baru musetiap hari? Tentu engkau akan terkejut jika mengetahui kamilah sebenarnya yang mengeksport makanan-makanan ke negara mu. Usah panik andai ku katakanbahan-bahan itu sebenarnya diambil daripada yang makhluk-makhluk yang jelas diharamkan di dalam ajaran agama mu. Senjata kami amat licik. Kami telah lama menelaah dan mengkaji kitab pengangan mu, al-Quran. Di situ kami menemui rahsiakekentalan iman dan jihad generasi umat mu yang terletak pada apa yang mengisidi dalam perut mereka. Bukankah juga rasul mu memberi amaran beribu tahundahulu agar berwaspada dalam persoalan makan dan minum.

Kini pesan dan nasihat itu hanya tinggal nasihat. Ketika kami terus lekakan anak-anak remaja mu supaya berkiblatkan dunia Barat, orde Yahudi yang terhimpun di dalam dokumen asal zionis tiada lainingin melihat seluruh masyarkat dunia sujud dan tunduk kepada sebuah negara kecil, kami bumi Israel yang pernah melahirkan ramai para anbia' mu. Selagi belum tercapai cita-cita ini, selagi itulah kami jajah fikiran dan minda anak bangsa mu agar menyembah zionis yang bertopengkan Barat. kami khayalkan mereka dengan pesta demi pesta. Kami ciptakan pakaian-pakaian yang menjolok mata dengan ciptaan terkini. Kami jadikan media sebagai medan memperkanalkan produk-produk makanan ciptaan kami yang dicemari, gelatin dan tisu yang tidak halal! Malah, kebanggaan ku lebih terserlah ketika menatap wajah-wajah generasi Islam yang mula menagih alkohol sebagai minuman kegemaran.

Hanya satu yang masih terkilan di hatikecil ku, aku masih belum mampu menundukkan nafsu berahi mu agar rebah di dalam pelukan cinta si zionis ortodoks ini. Benteng iman mu terlalu kental untuk kutewaskan, Zulaikha. Tidak seperti si Puteri Zulaikha yang gagal mengawal godaan cintanya terhadap Nabi Yusuf yang serba menawan, engkaulah perawan Muslimah yang hampir-hampir melemaskan lelaki Yahudi ini terhadap kejelitaan dan kehalusan budi bahasa mu. Aku terpanah oleh kelembutan pekerti mu, saat kau bakal tinggalkan bumi al-Quds ini dengan serangkap pesan yang mengocak rohaniku.

"KAMI BUKAN DILAHIRKAN UNTUK MENJADIBAHAN EKSPERIMEN MU, YAHUDI. ISLAM AKAN BANGKIT DENGAN CAHAYANYA BERGEMERLAPAN,GEMILANG DI SEBELAH TIMUR DUNIA. KEADILAN DAN KEBENARAN AKAN MERUNTUHKAN PAKSIKEJAHATAN DAN KEMUNGKARAN.

Waktu ku tatap E-Mail kiriman mu,teringat aku buku rujukan tesis sarjana psikologi ku The Revolution of Hopetulisan Erich Fromm, psikoanalisis berfahaman zionis kelahiran Jerman yang meramalkan humanisme berasakan keadilan sejagat akan menguasai dunia. Bukan komunisme, zionisme atau kapitalisme tetapi Islamisasi yang terus subu rmemperjuangkan kebenaran dan keadilan hakiki. Aku mengakui kebenaran mu itu,Zulaikha. Justeru, ku balas E-Mail mu dengan perenggan kata-kata seikhlas hati.Anak-anak bangsa mu memerlukan perisai keimanan dan ketakwaan yang kental untuk menghadapi serangan virus F3ml yang boleh menjerumuskan umat mu ke lembah kehinaan. F3- Fiesta, food and fesyen... semuanya digerakkan di dalam sel yangsatu, MULTIMEDIA.
Ingat, virus ini belum pernah tercatat di dalam mana-mana istilah perubatan. Namun, bahananya lebih buruk daripada virus-virus yang pernah dikesan. E-Bola, E-Coli, HIV, selesema burung dan virus nipah. Pesan ku buat mu dan anak-anak cucu mu. Terapilah dengan iman dan takwa,munajat dan doa. Yakinlah dengan kemuliaan agama mu. Berjuanglah melawan hawanafsu yang bergelojak dan membara itu...

Oleh: Nazri bin Hussein.
SinarRohani Pembimbing Ummah..

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background