SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 4, 2012

Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi


Seluruh dunia kenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi islam dapat dibebaskan dari penjajahan kaum salib kristian.
Panglima Salahuddin
menumpukan segala daya upayanya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermain-mainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh Kristian selama 90 tahun dapat dibebaskan.
Keka
yaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan musuh.Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus, didirikan rumah 'Takiyah' atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin.Demikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawan tentera salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat Allah.Pada waktu kewafatan pahlawan dan pemimpin besar ini terjadilah sesuatu yang menyedihkan sekali.Orang-orang besar dan kerabat diraja yang menyaksikan kewafatkan itu sama-sama mengalirkan air mata.Ini bukan sahaja kerana pemergiannya untuk selamanya tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar itu kosong sahaja.

Demikian juga harta kerajaan yang dipimpinnya juga kosong, semua harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perang dan kesejahteraan rakyat.Sehingga untuk membeli kain kafan pembalut jenazah si panglima pun tidak ada langsung. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja yang ada di bawah taklukan Salahuddin bersepakat untuk mengutip derma di antara mereka untuk membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi.

Ternyata Penglima besar itu sudahpun tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk Allah semata.

Subhanallah,betapa zuhudnya pemimpin Islam pada zaman dahulu. Inilah antara contoh pemimpin yang menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai qudwah hasanah. Firman ALLAH s.w.t:
Sungguh,telah ada pada (diri) rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat ALLAH. (Al-Ahzab;21)

Jadi,sebagai manusia yang diberi akal yang sihat oleh ALLAH SWT, fikirlah dahulu sebelum memilih pemimpin. Pilihlah yang selayaknya..,yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup. Pesanan juga kepada yang sudah berumur 21 tahun,jangan lupa daftar sebagai pengundi sebelum terlambat.

Wallahua'lam.



~Semoga ALLAH redha:)

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background