SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 4, 2012

Manhaj Untuk Manusia

Wujud satu dasar penting yang dapat menjelaskan tabiat
agama ini dan bagaimana agama ini berperanan di dalam kehidupan
manusia. Dasar yang penting ini amat mudah difahami namun begitu dasar
ini sentiasa diabaikan ataupun mungkin tidak difahami sama sekali.

Oleh kerana dasar ini diabaikan ataupun tidak difahami
maka timbullah salah faham dalam memahami agama ini, memahami dasar
sebenar agama ini dan perjalanan agama ini di dalam sejarah, kini dan
di masa hadapan!

Oleh kerana agama ini turunnya daripada Allah, sebahagian
manusia mengharapkan agar agama ini berfungsi dengan cara yang ajaib
dan luar biasa di dalam kehidupan manusia! Mereka mahu agar agama ini
berperanan tanpa mengambil kira tabiat semulajadi manusia, kemampuan
semulajadi manusia dan realiti hidup manusia dan tanpa mengaitkan sama
sekali segala elemen ini dengan perkembangan dan persekitaran manusia.

Oleh itu apabila mereka melihat agama ini tidak berfungsi
sebagaimana yang mereka
harapkan, apatah lagi apabila melihat bagaimana kemampuan manusia yang
kerdil dan realiti
hidup manusia juga mampu mempengaruhi agama ini (pada satu ketika
pengaruh kedua-dua
aspek ini begitu ketara sekali tetapi di ketika yang lain kedua-dua
aspek ini memberikan kesan yang sebaliknya pula, membiarkan manusia
tenggelam dengan syahwat dan ketamakan mereka, tenggelam bersama
kelemahan mereka sehingga mereka tidak lagi menyahut seruan agama ini
apatah lagi untuk turut serta bersama agama ini),
melihat fenomena ini mereka merasa putus asa kerana sangkaan mereka
tentang agama yang turunnya daripada Allah ini meleset sama sekali.

Keyakinan mereka tentang kesesuaian agama ini untuk
kehidupan manusia juga akan luntur. Bahkan mereka juga merasa sangsi
terhadap agama itu sendiri!
Kesemua salah faham ini berpunca daripada faktor yang sama iaitu tidak
memahami agama
ini dan cara agama ini berperanan ataupun lupa dengan dasar yang
penting dan mudah ini.


* * *
i) Agama ini adalah suatu panduan yang Allah gariskan untuk kehidupan
manusia. Agama ini
terlaksana di dalam kehidupan manusia melalui usaha manusia sendiri,
menurut kemampuan
manusia dan realiti hidup manusia. Agama ini akan bermula daripada
titik di mana manusia
menerima tugas-tugas mereka seterusnya memimpin mereka menuju
penghujung jalan dengan menggunakan segala kemampuan semulajadi
manusia yang ada dengan bergantung kepada sejauhmana usaha yang mereka
lakukan.


ii) Keistimewaan agama ini tetap wujud pada bila-bila masa walau di
mana jua, ia tidak akan
sama sekali lupa dengan fitrah dan had kemampuan manusia, juga realiti
hidup mereka. Agama ini mampu mencapai satu tahap yang tidak pernah
dicapai oleh mana-mana manhaj ciptaan manusia sepertimana yang pernah
berlaku di dalam sejarah dan akan berulang semula jika diusahakan
dengan bersungguh-sungguh. Malahan tahap ini akan dicapai dengan
mudah, selesa, tenang dan sederhana.

Malangnya, punca salah faham ini ialah tidak memahami
tabiat agama ini ataupun melupakan sama sekali tabiat ini. Mereka
mengharapkan munculnya sesuatu yang luar biasa di luar kuasa manusia.
Mereka mengharapkan suatu mukjizat (perkara luar biasa) yang akan
mengubah fitrah manusia tanpa mengambil kira had kemampuan manusia dan
tidak langsung mengambil kira realiti hidup manusia!

Haaza Deen,karangan Syed Qutb

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background