SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 4, 2012

Nuzul Quran : Interaksi Dengan Al-Quran.

Bagaimana Berinteraksi dengan al Quran .

Masih ramai dikalangan ummat Islam di Negara kita hari ini menjadikan al Quran tidak lebih sekadar tangkal azimat menghambat hantu jembalang , demikian juga hanya dibaca pada malam – malam tertentu seperti malam khatam al Quran sempena majlis perkahwinan atau pun malam bacaan Yassin pada hari – hari tertentu seperti malam nisfu sya’ban , di majlis kematian dan seumpamanya.

Tidak kurang juga mereka yang membaca al Quran sekadar memerhatikan lagu qira’ahnya semata – mata tanpa sebarang tadabbur atau penghayatan terhadap kandungan al Quranul Karim kitab Mukjizat ini.

Lebih parah apabila terlalu ramai ummat Islam di Negara kita tidak langsung membaca al Quran bahkan tidak tahu pun bagaimana untuk membaca al Quran.

Inilah akibat dari penghapusan tulisan jawi sejak 40 tahun yang lalu di zaman Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.

Masyarakat kita tidak tahu membaca al Quran dengan baik maka bagaimanalah pula mereka mahu memahami al Quran untuk mengambil petunjuk Ilahi dalam kehidupan mereka.

Akhirnya kehidupan mereka terumbang – ambing tanpa petunjuk serta mudah pula menjadi mangsa kepada pengaruh orientalis , Islam Liberal dan pelbagai ideology ciptaan manusia yang merosakkan aqidah mereka.

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .

Selayaknya kini , kita kembali ke pangkuan al Quranul Karim untuk mendapatkan pedoman ke arah jalan yang benar dan selamat bagi kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah swt :

Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu ( ugama Islam / al Quran ) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

( Surah al Ana’am : Ayat 153 )

Nabi saw. telah menegaskan bahawa jalan yang lain dari petunjuk al Quran atau wahyu Allah swt. maka ia adalah jalan yang dipandu oleh syaithan alaihi laknatullah .

Rasulullah saw. pernah menggariskan satu garisan di tanah lalu berkata: هذا سبيل الله مستقيما ( inilah jalan Allah yang lurus.)

Kemudian Baginda saw. menggariskan pula dikanan dan kirinya lalu berkata: هذه السُّبُلُ ليس منها سبيل إلا عليه شيطان يدعوا إليه ( Ini adalah jalan – jalan yang tiada satu pun daripadanya melainkan terdapat syaithan yang menyesatkan .)

Lantas Baginda saw. membaca firman Allah swt :

Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu ( ugama Islam / al Quran ) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah .

Saudara Muslimin dan Muslimat sekalian.

Kembali ke pangkuan al Quran adalah bermula dengan kesungguhan mempelajari teknik pembacaan dan pemahaman al Quran yang betul. ( Kuasai ilmu pembacaan al Quran dan seterusnya memahami al Quran melalui pengajian secara serius )

Tiada istilah “ lewat usia ” bagi mendalami al Quran justeru ia adalah sumber kehidupan hakiki yang bebas dari kemurkaan Ilahi. Tanpa al Quran , hidup ini bagaikan hanyut ke tengah lautan tanpa bintang dan sesat di hutan rimba tanpa kompas.

Dewasa ini , terlalu banyak siri pengajian al Quran dianjurkan . Samaada secara langsung di universiti dan madrasah atau pun secara tidak langsung di masjid dan surau .

Malah ada yang mengambil inisiatif memanggil cendikiawan Islam ini mengajar di rumah mereka . Kepada mereka yang insaf dan sedar , wang tidak lagi menjadi persoalan sebaliknya apa yang penting ialah mereka dapat kembali ke pangkuan al Quran untuk mendapatkan kejernihan petunjuk Ilahi.

Tidak kurang mereka yang terperangkap dalam kesibukan dunia modern hari ini , memanafaatkan kaset dan vcd pengajian tafsir yang disampaikan oleh para ulama’ yang berkelayakan dan di percayai ilmu serta riwayatnya. Apa yang penting ialah menuntut ilmu mestilah berguru .


Berinteraksi dengan al Quran

i. Al Quran dibaca dan ditadabbur ( dihayati )

(Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

( Surah Shod . Ayat : 29 )

ii. Al Quran dipelajari dan dilaksanakan. 

Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah ( hukum di dalam al Quran ) dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum Yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka Dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang Yang fasik.

( Surah al Maaidah . Ayat : 49 )

Sabda Rasulullah saw :

ياَ حُذَيْفَةَ تَعَلَّمْ كِتَابَ اللهِ وَ اعْمَلْ بِمَا فِيْهِ

Wahai Huzaifah pelajarilah kitab Allah dan beramallah dengan isi kandungannya .

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background