SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 10, 2012

WANITA…MUTIARA YANG TERPELIHARA

Wahai saudariku,aku ingin mengajakmu merenung beberapa hukum yang Allah s.w.t. syariatkan untukmu demi memelihara kemuliaan jati dirimu sebagai wanita..

PERTAMA
Allah s.w.t.menghalalkan kepadamu memperhias diri dengan perhiasan dari emas dan sutera yang Ia haramkan bagi kaum lelaki,
Rasulullah s.a.w. bersabda :“Kedua-dua perhiasan ini (emas dan sutera) diharamkan bagi lelaki dan dihalalkan bagi wanita”.(HR.IbnuMajahdari Ali Bin AbiThalib).
Iadihalalkaniniuntukmu demi menjaga kecantikanmu dan sifatmu yang lembut.

KEDUA
Sebaliknya,Allah s.w.t. mengharamkan segala sesuatu yang dapatmenghilangkan sifat kewanitaanmu yang halus dan lembut itu baik dalam berpakaian,bertingkah dan perilaku yang menyerupai lelaki,demikian juga lelaki diharamkan menyerupai wanita dalam pakaian,gerak dan tingkahlaku,kerana hal itu tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya.
Rasulullahs.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah s.w.t. melaknati lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki”.(HR Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

KETIGA
Allah s.w.t. melindungi kelemahanmu dan menempatkanmu selalu dalam naungan lelaki,Allah tidak menghendaki kamu mencari penghidupan untuk memenuhi keperluanmu atau keperluan orang lain,tetapi kaum lelakilah yang diwajibkan memenuhi semua keperluan hidupmu,kerana Allah tidak mahu engkau susah dalam kehidupan demi sesuap nasi agar engkau tidak terhina.Jika engkauseorang gadis,ayah dan saudara lelakilah yang akan memenuhi keperluanmu,jika engkau seorang ibu,anaklelaki yang berhak dituntut menjamin keperluan hidupmu dan jika engkau seorang isteri,suami yang bertanggungjawab atas semua keperluanmu,lalujika tidak ada seorang antara mereka yang menjamin keperluan hidupmu maka Allah mewajibkan kepada pemerintah memenuhi semua hajat hidupmu yang asasi.

KEEMPAT
Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menjaga pandanganmu terhadap kaum Adam agar syaitan tidak menjerumuskan ke dalam lembah yang hina.
Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka…” (QS.24:31)

KELIMA
Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu daripada tangan-tangan jahil dan penghinaan mata-mata yang jahat dengan membalutnya dengan pakaian yang mulia kecuali muka dan tapak tanganmu.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka..” (QS.24:31)

KEENAM
Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu tidak menampakkan perhiasanmu yang tersembunyi seperti rambut,leher,betis dan lengan tanganmu kecuali kepada suamimu,dan orang-orang yang termasukmahrammu.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-puteramereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara-saudara mereka,atau putera-putera saudara lelaki mereka,atau putera-putera saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita Islam,atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”(QS.24:31)

KETUJUH
Allah s.w.t memerintahkan kepadamu berjalan dengan santai dan berbicara dengan nada yang rendah sehingga engkau nampak berwibawa dan terhormat.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…Dan janganlah mereka menghentak-hentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…” (QS.24:31) “…Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya,dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.33:32)

KELAPAN
Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menghindari segala sesuatu yang dapat menarik perhatian kaum lelaki kepada dirimu dan tergoda dengan penampilanmu dengan mengikuti perilaku kaum jahiliah pertama atau kaum jahiliyah abad ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Wanita yang memakai wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang-orang mencium aromanya adalah penzina.” (HR.Abu Daud)

KESEMBILAN
Allah s.w.t. melarangmu berdua-duaan dengan lelaki selain suami dan mahrammu agar syaitan tidak menjatuhkanmu ke jurang kehinaan.
Rasulullahs.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali didampingi mahramnya.” (Muttfafaqun a’laih)

Saudariku,jika engkau renungkan semua perintah Allah s.w.t. ini dengan hati nurani dengan penuh jujur,maka engkau akan mendapati bahawa Allah s.w.t. telah meletakkan dirimu bagai intan mutiara yang tersimpan di tempat terjaga dan tidak boleh dijamah oleh tangan orang yang di hatinya ada penyakit,engkau adalah makhluk mulia dan terhormat dalam Islam.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background