SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 3, 2012

Jangan risaukan agama ini , tapi risaukan kedudukan kita dimana. ( BACA )

BismiLLAHi Rahmani Rahim.

Dunia sudah cukup penat memikul manusia-manusia yang selalu membuat masalah. Disana sini, kecelaruan dan kepincangan berlaku, sehinggakan ada yang berfikir,

" wujud lagikah tempat yang aman dan selamat di bumi ini..? ",

malah jangan terkejut jika ada yang mula berkira-kira untuk tinggal di planet lain, yang jauh lebih aman daripada bumi. Segala-galanya disebabkan tangan-tangan manusia sendiri.

ALLAH berfirman :

Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (QS. Ar-Ruum [30]: 41)

Pandang ke kanan, kita lihat saudara-saudara kita di Syria  disembelih, diseksa dan dibunuh kejam. Saban waktu, tidak pernah terhenti, daripada musuh yang berselindung dengan agama yang sama dengan mangsanya.  Ada yang dibakar hidup-hidup, ditanam hidup-hidup, malah anak-anak kecil disembelih dan ditembak tanpa ada hati perut.

Pandang ke hadapan, kita lihat saudara-saudara kita di Palestin dibedil, ditembak tepat di kepala, dan dihina sehina-hinanya. Mereka dilayan jauh lebih teruk dari haiwan ternakan oleh zionis laknatuLLAH, nyawa mereka jadi murah. Luka lama yang masih tidak terubat, sudah ratusan juta nyawa yang terkorban, sudah ratusan juta yang terseksa.

Pandang ke kiri, kita lihat umat ISLAM masih leka dengan dunia mereka, hiburan yang melupakan mereka akan akhirat, dengan masalah politik mereka dengan isu-isu yang tidak pernah surut, banyaknya perselisihan dan persoalan khilaf yang tidak mahu diselesaikan, tetap mahu sahaja kepada perdebatan yang panjang dan meleret dan mereka saling bertengkar antara satu sama lain. Padahal, dalam masa yang sama ibu bapa dan adik-beradik seagamanya sedang rakus disembelih dan dikorbankan.

Pandang ke belakang, kita lihat musuh-musuh ISLAM bertepuk tangan, rancangan mereka berjalan dan terus berjalan, mahu menghumban kesemua umat ISLAM ke kancah pertelingkahan. Melaga-lagakan umat ISLAM agar bertumpah darah, dan melumpuhkan segala bentuk kekuatan dan dengan ketawa, mereka mengaut segala kekayaan.

Lalu, kita pandang keatas.

" Ya ALLAH., apakah ada harapan lagi bagi umat ini.?! "

Seluruh 'tubuh badan' ISLAM sudah dibelasah teruk. Kita diserang pertanyaan. Apakah ada harapan.?

Harapan itu hanya kepada ALLAH semata-mata.

Harapan kita, jika kita serahkan pada manusia, maka kelak kita akan kecewa. Oleh itu, walau apa jua keadaan kita sekalipun, harapan yang paling tinggi yang harus kita sandarkan ialah kepada ALLAH ta`ala secara total, tanpa ada keraguan sedikitpun.

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. "( Surah Ali Imran, ayat 160 )

Seseorang yang meletakkan harapannya kepada ALLAH semata tidak akan pernah kecewa dan tidak akan pernah disentuh perasaan putus asa, walaupun pada kaca mata manusia berbeza.

Contoh :

Seseorang ( orang mukmin ) dikepung oleh musuh-musuh yang mahu membunuhnya. Lalu, dia menyandarkan harapannya hanya kepada ALLAH semata-mata lantas dia kekal tenang dan redha menanti apa jua keadaan.

" Ya ALLAH selamatkan aku... ", ujarnya.

Tiba-tiba.. dam.. dam.. dam..

Akhirnya dia mati dalam keadaan ditembak di bahagian kepala, tempurung kepalanya pecah berderai dan otak tersembur keluar.

Adakah ALLAH tidak mempedulikan harapannya.?

Adakah ALLAH tidak mendengar doanya.?

Ketahuilah, bahawa ALLAH tetap mendengar doanya. ALLAH tetap menjaga hamba-hamba-NYA yang menyandarkan harapan kepada-NYA semata-mata.

Tapi kenapa dia mati dalam keadaan begitu.? Kalau ALLAH dengar doanya sudah tentu ALLAH selamatkannya.?

Bukan begitu. ALLAH itu mengabulkan setiap doa hamba-NYA yang ikhlas dan berdoa bersungguh-sungguh kepada-NYA, dan memberikan segala apa yang diminta hamba-NYA, ALLAH beri apa yang hamba-NYA perlukan, tidak semestinya yang diperlukan itu sama dengan apa yang didoakan.

ALLAH lebih tahu apa yang kita perlukan.

Baik. Bagi contoh yang ana kemukan tadi, seseorang itu meminta ALLAH agar menyelamatkannya, dengan penuh harapan dia menadah tangan dan berdoa. Tapi akhirnya, dia mati ditembak. Kenapa.?

Kerana ALLAH lebih tahu, keselamatan yang hakiki dan abadi bukan di dunia, tapi di akhirat kelak, dan itulah yang sebenar-benarnya yang dia diperlukan. Mungkin jika ALLAH takdirkan dia selamat, dia masih tetap tidak hidup aman dan sentiasa diburu, dan kelak akan tertangkap kemudian didera dengan lebih dahsyat. Maka adakah itu dipanggil 'selamat'.?

Tidak. Keselamatan yang sebenar-benarnya ialah pelepasan dari api neraka.

Dan ALLAH lebih tahu, jika dia mati dalam keadaan sedemikian , maka dia mati dalam keadaan yang mulia, iaitu mati syahid. Mungkin saja jika ALLAH takdirkan dia selamat daripada ditembak, mungkin dia mati bukan dalam keadaan syahid. Sakit barangkali, maka dia tidak mendapat kelebihan syahid tersebut. Maka adakah itu dipanggil selamat.?

Tidak. Tiada yang pernah selamat dari kematian.

Yang penting ialah, kita tetap bersangka baik terhadap ALLAH, walau dalam apa jua situasi, kerana itulah peribadi dan akhlak seorang mukmin , yang sentiasa kekal tenang dan menyenangkan dalam apa jua keadaan.

ALLAH tidak pernah, dan tidak akan menghampakan hamba-NYA yang menadah tangan dalam keadaan tiada TUHAN yang boleh mengabulkan dan mendengar rintihannya selain daripada ALLAH s.w.t.

Ini antara kelebihan orang mukmin.

Bila senang, dia bersyukur. Tidak hanyut dibuai kesenangan dunia yang sementara.

Bila susah, dia bersabar. Tidak pernah disentuh perasaan putus asa atau putus harapan.

Bagi mereka, segala yang ALLAH takdirkan untuk mereka itu kebaikan.

SubhanaALLAH..

RasuluLLAH s.a.w bersabda :

Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. [ Hadis riwayat Muslim ]

Islam tetap akan menang, samada melalui kemulian kita mahupun kehinaan kita.

Antara keyakinan seseorang mukmin yang tidak pernah goncang ialah, walau macam mana buruk dan teruk situasi yang dihadapi ISLAM. Pandang kiri kanan, depan belakang, segala-galanya seakan tidak memberi petanda kemenangan langsung, namun keyakinan itu tidak sekali-kali goyah.

Sedahsyat dan sebanyak mana pun musibah yang melanda, ISLAM akan terus berkembang dan berkembang, ISLAM akan terus bertahan sehinggalah suatu masa, ALLAH akan mendatangkan kepada orang-orang mukmin yang ikhlas berjuang berita gembira melalui kemenangan dan ketinggian panji ISLAM dengan kalimah mulia ' La ilaha illa ALLAH, Muhammadur RasuluLLAH . ' dan ketika itu ISLAM kembali mentadbir dunia.

ISLAM itu tetap terjaga dengan perlindungan ALLAH, tanpa syak dan ragu. Kelak, ISLAM juga akan menang, tanpa syak dan ragu.

Jangan risaukan agama ini, kerana kelak ia akan menang juga.

Tapi risaulah dimana kedudukan kita.?

Agama ini akan tetap menang. Itu pasti.

Tapi adakah kemenangan itu dengan kebersamaan kita.? Itu masih belum pasti.

Sudah berjuta pejuang agama, dari dahulu hingga sekarang, yang turut sama berjuang untuk menolak gerabak ISLAM ini menuju kepada kemenangan. Adakah kita bersama mereka.?

Atau kita sekadar memerhati dari tepi,malah lebih-lebih pula dalam memberi komentar.?

Atau kita tiada sumbangan langsung malah menjadi tangan-tangan yang melambatkan perjalanan gerabak tersebut.?

Ya. Jangan risaukan agama ini. Sesungguhnya, walau dalam apa jua keadaan sekalipun, ALLAH akan tetap memenangkannya.

Tapi risaulah dimana kedudukan kita.?

Samada kita mulia kerana kemenangan ISLAM, atau kita jadi terhina.?

Samada kita yang menolak gerabak ISLAM menuju kemenangan, atau kita yang bertindak melambatkan perjalanan.?

Konklusi : Penyelesaian bagi semua masalah. Kembali pada ALLAH.

Berjuta masalah di dunia sekarang bagai tiada kesudahan, segala-gala menyerabutkan kepala dan menyesakkan dada. Sudah berpuluh-puluh ribu yang bosan mengeluh, melihatkan masalah tiada penghujungnya, lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri. Sudah berjuta-juta yang masih menggaru kepala menyelesaikan masalah dengan keterbatasan akal mereka, lalu mereka melepaskan nafas dalam keadaan yang sangat sukar.

Tidak terkecuali anda, yang sedang membaca ini. Cuba untuk menyelesaikan masalah bersandarkan kekuatan sendiri, hanya bergantung pada usaha dan ikhtiar kita semata-mata. Hanya tahu segala masalah diselesaikan melalui tangan kita semata-mata, menyebabkan kita terasa beban yang tersangat berat, kepala juga sudah benar-benar buntu untuk berfkir akan konklusinya, dan letih sudah kuat mencengkam keseluruhan badan.

" Kalau aku jadi begini, begini sudah tentu aku boleh buat begini begini, dan masalah akan selesai ! "

" Kalau aku boleh buat begini, sudah tentu musuh dapat ditewaskan dan dicantas satu persatu. "

Berangan-angan mahu jadi hero seperti, Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Ingin disebut-sebut sebagai pengukir jasa, perwira, dan tokoh pembela agama, yang disebut-sebut, " kerana dialah ISLAM berjaya mendapat kebebasan di Syria dan Palestin  ! "

Ya. Ini bagus. Tapi kenapa kita tidak bercita-cita dan berangan untuk menjadi seperti tentera-tentera kepada tokoh tersebut, yang mungkin ada dalam kalangan mereka lebih ikhlas dan tulus dalam berjuang.? Ataupun kita hanya mahu kemahsyuran dan ingin nama kita disebut sebagai pembela ISLAM.

Biarlah kita tidak terkenal di dunia, malah tiada yang mengingati nama sekalipun, walau nanti dikuburkan kita tanpa nisan, akan tetapi kita terkenal disisi ALLAH s.w.t dan disambut oleh RasuluLLAH s.a.w, yang kita rindui, dalam keadaan RasuluLLAH s.a.w tersenyum bangga dengan kita.

Bukankah itu lebih melapangkan dan menenangkan hati kita.?

Kita guna upaya yang kita ada bukan niat untuk mengukir nama kita dalam kitab sejarah, tapi pada kitab yang dicatatkan amalan, usaha dan setiap keringat kita di dalamnya, yang akan dipersembahkan kepada umat manusia keseluruhannya sebagai saksi, pad hari akhirat kelak. Hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan ALLAH.

Maka., ketika itu berbanggalah kamu sebagai pejuang ISLAM dengan memperoleh sebaik-baik tempat tinggal yang abadi yang bernama Syurga.

SubhanaALLAH..

Ya ALLAH., bukakanlah jalan-jalan tersebut kepada kami. Tunjukilah kami kearah kebenaran.

Ingatlah., bahawa yang melontarkan ujian dan musibah itu adalah ALLAH, dan hanya DIA-lah yang dapat menarik musibah itu kembali.

Kerana ALLAH inginkan ujian dan musibah itu diangkat dan meletakkan kita pada tempat kemuliaan disisi-NYA, maka dengan itu ALLAH menggerakkan kita untuk berusaha sedaya upaya, dengan sepenuh ikhlas di dada, untuk sama-sama pejuang-pejuang agama yang lain

Dan ALLAH izin, anda membacanya.

~ Jangan risaukan agama ini, tapi risaulah dimana kedudukan kita. Mulia atau hina. Syurga atau neraka. ~

Wallahu`alam.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background