SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 3, 2012

Kids nowadays


Saya : Awak cita-cita nak jadi apa besar nanti?
Murid: Pemain bola cikgu! macam Safee Sali!
Saya: Oh..

Sekarang -

Saya : Awak cita -cita nak jadi apa besar nanti?Murid: Tentera cikgu! Macam dalam crite kat buku tu ( novel islam Thariq Ziyad). Die kate menang ataupun syahid! Nanti terus masuk syurga!
Saya : ... (mode terharu)

My Story:

Beberapa bulan yang lalu
Ketika kakiku melangkah masuk ke dalam kelas, terdengar beberapa suara comel murid tahun 2 mengalunkan lagu-lagu yang ku kenal

Abu(bukan nama sebenar): Give me the money, money, money...
Ali(bukan nama sebenar) : Kita hanya berkenalan dalam laman muka buku...
Athirah (bukan nama sebenar) : Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang....
Saya: Aish, ap nyanyi lagho ni? Ustazah tak suka..Dalam kelas ustazah, ustazah tak nak dengar lagu lagho.
Abu: Lagu lagho tu apa ustazah?
Saya: (terdiam smbil memikirkan apa yang patut dikatakan pada kanak-kanak kecil ini) Lagu yang boleh melalaikan kita dari mengingati Allah. Lagu cinta-cinta tu..Lagu yang ajak kita buat jahat ke..
Kelas: Owh.....(sambil menunjukkan reaksi tanda faham)
Saya: Hari ni ustazah nak ajar tajuk beriman kepada malaikat...Sebab kome dah nyanyi tadi, ustazah nk ajar 1 lagu boleh?
Lalu ku capai whiteboard marker dan mula menulis lirik lagu "Raihan-10 Malaikat" di papan putih..
Saya: Ha! Dah habis salin? tak habis salin tak boleh rehat...balik rumah hafal lagu ni. Sekarang, dengar ye ustazah nasyid dulu, lepas tu kamu ikut...(sambil memasang lagu di komputer untuk didengari)

Sekarang:

Ketika sibuk menanda buku kerja murid-murid di dalam kelas,

Najihah: Ustazah, pasangla lagu kat handset ustazah tu.. Nak dengar lagu Maher Zain
Ali : Ustazah, saya dah hafal lagu hari tu... dengar ni ustazah.."Mari mengenal 10 malaikat....
Abu : Insyaallah....Insyaallah...Insyaallah...You'll find your way...
Afiqah : Give me the mon-
Athirah : weyh, lagu lagho tu...
Afiqah : hehe...(sambil tersenyum malu-malu) Mintak maaf ye ustazah
Saya : (terdiam dan tunduk kerana terharu sangat)

# Kanak- kanak sangat mudah dipengaruhi apa yang mereka selalu lihat. Sentiasa dedahkan mereka kepada pemain bola, mereka akan gila bola. Sentiasa dedahkan mereka kepada artis, mereka akan bercita- cita masuk Akademi Fantasia. Sentiasa dedahkan mereka kepada TOKOH- TOKOH ISLAM dan ALIM ULAMA, mereka akan terinspirasi kearah itu.

#Kanak-kanak juga mudah terpengaruh dengan apa yang mereka sering dengari. Sentiasa dedahkan pada lagu-lagu yang lagha, maka lagu itulah yang akan menjadi dendangan mereka pada setiap hari. Sentiasa dedahkan pada lagu-lagu nasyid, bermotivasi dan bermanfaat, mereka akan terikut-ikut dan akan menjadi nyanyian mereka setiap hari.

# They are not really good at choosing what they want to be exposed to, so, we, adults have to help expose them what's appropriate.

# Setiap anak-anak Islam berpotensi menjadi pembela Islam di masa hadapan. Usaha tarbiyah kita pada hari ini ada tuaiannya. Biarpun mungkin bukan di sini, tetapi pasti ada di akhirat kelak. =)

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background