SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 3, 2012

Takkan Sebiji Burger McD Yang Aku Makan Ni Boleh Bunuh Orang Palestin!



Buat sekian kalinya Umat Islam ditindas lagi di Palestin dan juga negara-negara lain. PM Netanyahu tetap meneruskan pembinaan penempatan haram di tanah Palestin. Selain itu, dia juga menyeru negara pengeluar minyak menghentikan eksport minyak ke Iran untuk melumpuhkan negara Islam tersebut. Seruan itu disahut banyak negara pengeluar minyak.

Maka semboyan anti Israel-US kembali ditiup oleh umat Islam setelah kelam sejak kebelakangan ini sejak pembunuhan kejam beramai-ramai rakyat Palestin tahun lepas. Kenapa lemahnya kita ditindas sewenang-wenangnya musuh Islam?

Ibarat pilihanraya…rakyat yang ramai ini menentukan pemimpin yang sebilangan itu memerintah, begitu jugalah dalam ekonomi. Pengguna yang ramai ini menentukan jatuh bangun sesebuah perusahaan. Maka hari ini pengguna terbanyak ialah negara Islam tetapi gagal mengguna kuasa sebagai pengguna untuk melumpuhkan pengusaha yang zalim.

Pernah juga dengar ada yang berkata tiada bukti pembelian produk US menyumbang kepada kezaliman mereka ke atas umat Islam. Bahkan lebih pedih mendengar kata-kata mereka yang langsung tidak peduli nasib umat Islam di luar sana. Ada juga yang secara sinis berkata…

“takkan sebiji burger McD yang aku makan ni boleh bunuh orang Palestin?’

Pernah suatu ketika dalam satu program saya ditayangkan sebuah video yang memaparkan rintihan seorang ibu tatkala meratap kematian anaknya yang ditembak tentera Israel. Sungguh mengharukan apabila si ibu itu berkata…

“Kamu yang bunuh anak saya!…”sambil menuding jari

“Kamu yang memberi mereka duit untuk membunuh kami semua!”

Ya…duit itu datang dari kita semua yang berterusan menyumbang ekonomi kepada mereka. Sejak sebelum merdeka lagi kita bergantung harap kepada produk Israel-US. Lihat sahaja restoran fast food US tidak pernah lengang daripada pengunjung. Jenama Colgate, Darlie, Palmolive, Maggi dan macam-macam lagi seperti wajib ada di setiap rumah.

Marilah kita berusaha sehebat mungkin untuk mengelak dari menggunakan produk US-Israel. Jadilah umat Islam yang prihatin terhadap saudara kita di luar sana dengan menunjukkan kuasa sebagai pengguna menolak produk yang dibuat oleh mereka yang zalim. -Faiez Hakimie Al Habshee -

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background